Rabu, 11 Februari 2009

TEKANAN PAKATAN RAKYAT, DALAM DAN LUAR

TEKANAN PAKATAN RAKYAT, DALAM DAN LUAR

Selepas ”kejatuhan” yang tidak sah berlaku di perak, tekanan yang menimpa Pakatan rakyat semakin menjadi-jadi. Tekanan itu, sama ada dari dalam mahupun dari luar.

Lebih-lebih lagi, diberitakan bahawa 4 orang ADUN PKR di selangor juga yang sudah hilang dilarikan oleh hantu; tidak tahu entah kemana pergi mereka itu???

Tekanan dari luar adalah tekanan UMNO (Untuk Manusia No Otak) parti jijik dan kotor, bersama dengan komponen BN (Babi Najis), adapun tekanan dalam pula antara parti; PAS, PKR dan DAP.

Semakin rumit, apabila Presiden DAP, Karpal Singh mencadangkan agar Pak Syaikh Anwar Ibrahim meletakkan jawatan dari mengepalai Pakatan Rakyat, tetapi ”dilegakan” balik oleh Setiausaha DAP sendiri, iaitu Lim Guan Eng (insya Allah, akan datang Omar Lim guan Eng).

Dari dalaman PAS juga berbunyi, kononnya kejadian sebegini berpunca dari tindakan Pak Syaikh Anwar Ibrahim, yang mencanang ’lompat parti’ untuk menubuhkan kerajaan sejak 16 september yang tak menjadi. (kena tanya balik, kenapa tidak jadi??)

Dari pihak PKR pula, kelam kabut ini berlaku bukan sekadar pada ahli bawahan, tetapi lebih memeningkan ianya menimpa kepada pihak ADUN-ADUN mereka sendiri yang sedang melompat parti.

Dari sudut strategi, dalam keadaan sekarang, tuduh menuduh dan buruk memburuk sesama parti dalam Pakatan Rakyat ini tidak seharusnya berlaku.

Bak kata orang tua-tua terdahulu, masa sedang berlawan bola, jangan disebabkan kemuncup yang melekat pada seluar kita itu menjadi penghalang untuk kita score gol. Tetapi fokus utama sekarang adalah, bersatu antara anggota pasukan dalam usaha mendapat score gol, dan kemuncup itu dibuang selepas selesai perlawanan berlangsung.

Dalam hal ini, kita kena lihat bagaimana yang dilakukan oleh Rasulullah SAW menerusi sirah.

Ketika meletusnya peperangan Badar Al-Kubra, bilangan tentera islam tidak ramai. pihak kafir Qurasyh bertindak menyerang kesatuan umat Islam itu dengan mengutuskan sekeping surat kepada ”boneka” mereka dikalangan umat Islam yang bernama Abdullah bin Ubai bin salul, si bapa munafiq.

Dalam surat tersebut, orang kafir quraish menjanjikan berbagai-bagai kelebihan kepada Abdullah bin Ubai sehingga menawarkan jawatan ”Perdana Menteri” Madinah, itupun setelah dia berhasil memecah belahkan kesatuan umat Islam di Madinah, lalu Islam kalah dalam peperangan tersebut.

Mengenangkan keuntungan dunia yang ditawarkan itu, menyebabkan Abdullah bin Ubai telah berjumpa dengan kabilah Aus dan Khazraj yang telah berjaya dipersaudarakan oleh Nabi SAW, lalu dibangkitkan semangat nasionalis masing-masing, disamping mengingatkan balik punca berbalahan mereka sejak sekian lama.

Saraf yang dimainkan oleh Abdullah hampir berjaya, menyebabkan Baginda SAW datang berjumpa dengan dua kabilah besar ini, lalu menaikkan semangat persaudaraan, disamping menyebut tentang kesatuan madinah dan menimbulkan semangat patriotik Madinah.

Jika diperhatikan kepada tindakan nabi SAW, kita dapat belajar sesuatu dari apa yang ditimbulkan oleh Nabi SAW.

Tindakan nabi SAW menaikkan semangat persaudaraan adalah dengan tujuan mahu menunjukkan bahawa semua rakyat madinah mempunyai hubungan adik beradik. Dan adapun menaikkan semangat patriotik madinah, kerana tidak mahu semangat orang-orang kafir yang tinggal di Madinah merasa tawar hati untuk turut sama membantu umat Islam menghadapi quraish yang mahu menyerang Madinah.

Jika ketika itu baginda Saw menaikkan semangat islam, pasti para pemuja berhala di Madinah tidak mahu bergabung dengan tentera Islam, bahkan tidak mustahil, mereka akan bergabung dengan kafir Quraish dalam mengalahkan tentera islam.

Jelasnya, tindakan nabi SAW ketika itu, nabi tidak menimbulkan semangat menyelamatkan Islam, tetapi menimbulkan semangat menyelamatkan Madinah.

Oleh yang demikian, mungkin kita perlu belajar dari sirah nabi SAW ini dalam menghadapi kemelut dalaman; antara parti-parti dalam pakatan rakyat, agar permainan yang sedang dilakukan oleh UMNO dan BN tidak akan menjadi.

Di kala ini, kita perlu menaikkan kejahatan UMNO yang merosakkan agama kita, merosakan persaudaraaan antara bangsa dikalangan kita, mencabut taring raja melayu kita, membangsatkan bangsa kita.

Juga perlu dibangkitkan, penyelewengan harta rakyat berbilion-bilion ringgit, yang semua ini menyebabkan kita sudah menjadi rakyat yang susah dari semua sudut kehidupan.

Yang penting perlu difikirkan sekarang adalah, UMNO/BN mahu merampas kerajaan dari tangan kita. Apabila mereka rampas, pasti mereka akan ”membabikan” kita; juga ”menganjingkan” kita.

Justeru itu, hindarkan perbezaan antara kita, tetapi carilah titik kesamaan antara kita demi untuk mempertahankan kerajaan yang berada ditangan kita ini.

Ingatlah firman Allah;

قُلْ يَا أَهْلَ الْكِتَابِ تَعَالَوْا إِلَى كَلِمَةٍ سَوَاءٍ بَيْنَنَا وَبَيْنَكُمْ

Maksudnya;
”Katakanlah (Wahai Muhammad). Wahai ahli kitab, marilah kepada titik persamaan antara kami dan antara kamu”

(surah Al-Imran : 64)


Sekian

Wallahu ’Alam


Al-Bakistani
http://g-82.blogspot.com/

ustaz_bakistani@yahoo.com



- Sri Indah (B), Sg Buloh
12 Febuari 2009 :1:02 petang.


MEMAHAMI PERJUANGAN SALAFI DAN KHALAF

MEMAHAMI PERJUANGAN SALAFI DAN KHALAF

Golongan yang mendakwa sebagai salafiyyah pada asalnya adalah dari kelompok yang mendakwa sebagai pengikut Imam Ahmad bin Hanbal, atau dikenali sebagai “hanabilah”.

Mereka adalah penerus kepada perjuangan Imam Ahmad bin Hanbal yang sedang menghadapi kesesatan golongan muktazilah yang telah menyebarkan kesesatannya kepada masyarakat umum.

Dari itu, golongan hanabilah mula membicarakan perkara-perkara yang berkaitan dengan tauhid yang turut menyentuh mengenai “ayat mutasyabihat”. Hasil dari perbincangan tersebut, maka lahirlah pegangan yang disandarkan kepada Imam Ahmad bin Hanbal sebagai mewakili perbincangan beliau. Pun begitu, wujud juga pertikaian sesama hanabilah sendiri dalam kontek penyandarannya kepada Imam Ahmad bin Hanbal.
[1]

Kemudian dari itu, lahirnya Imam Abu Al-Hasan Al-Ashari dan pengikutnya yang digelar sebagai “Asyaa’iarah” selepas zaman Imam Ahmad bin Hanbal. Pendekatan Imam Abu Hasan Al-Asyari adalah pendekatan yang disebut “mutakallimin” untuk mempertahankan aqidah ahl al-sunnah wa al-jamaah dalam menghadapi muktazilah. Namun, konsep dan pandangan asyaariyyah itu tidak dapat diterima oleh mereka yang berpegang dengan pendekatan generasi awalan dari kalangan yang mendakwa pengikut Imam Ahmad bin Hanbal
[2].

Para ashaairah mengisytiharkan bahawa mereka mempertahankan akidah islam dengan perantaraan ilmu kalam atau pendekatan logic akal dan menganggap sebagai kesinambungan daripada generasi salaf. Lantas mereka menggelarkan diri mereka sebagai khalaf sebagai perbezaan terhadap mereka yang sebelumnya. Berikutan itu, gelaran salafi mula digunakan sebagai lawan kepada gelaran khalaf.
[3]

Pertelingkahan yang sengit di antara salafiyyah hanabilah dan ashaairah tercetus disebabkan kemunculan pendirian salaf semasa teguhnya kedudukan ashaairah dalam mendominasi bentuk pegangan tauhid umat Islam sejak sekian lama. Kemunculan ketika itu seolah-olah mencabar pengaruh ashairah sehingga masing-masing mendakwa sebagai mewakili pegangan sebenar generasi salaf.
[4]

SIAPAKAH MUSUH SALAFI DAN KHALAF YANG SEBENAR?

Dari sejarah yang dinukilkan ini, difahami bahawa, kelahiran aliran salafi dan khalaf bukanlah satu sebab yang menyebabkan boleh dilebelkan khalaf itu sesat atau salaf itu betul, begituga sebaliknya.

Tetapi kelahiran kedua-dua aliran ini mempunyai satu matlamat, iaitu untuk menghadapi golongan muktazilah yang sedang berusaha kuat untuk menyesatkan umat Islam di zaman tersebut.

Golongan salafiyyah mendakwa bahawa mereka mempunyai manhaj tersendiri dalam menghadapi muktazilah, begitujuga berlaku kepada golongan ashaairah.

Ini di umpamakan seperti seseorang yang berada di Kuala Lumpur; yang hendak ke kota bharu, samada hendak melalui jalan Gua Musang atau menggunakan laluan Jalan Kuala terengganu. Kedua-dua laluan tersebut sampai ke Kota Bharu, tetapi berbezanya hanya pada sudut lambat atau cepat sahaja.

Maka begitulah halnya terhadap mereka yang bergelar dengan salafiyyah dan asyairah.

APAKAH PERJUANGAN SALAFIYYAH YANG SEBENAR DI MALAYSIA?

Memahami dari ulasan ini, difahami bahawa perjuangan golongan yang mendakwa salafi yang menyerang golongan khalaf; khalaf menyerang salafi di Negara ini merupakan satu dakwaan yang berkonsepkan jenayah ilmu.

Ini kerana, jika dilihat kepada fitnah yang menimpa umat Islam di Malaysia kini, difahami bahawa, UMNO merupakan muktazilah moden yang sedang beruasaha menanam syirik didalam hati umat Islam di Negara ini.

Menanam fahaman bahawa undang-undang Islam tidak layak dilaksanakan disebabkan masyarakat majmuk, kilang arak tidak boleh di tutup kerana memungkinkan kemunduran ekonomi Negara dan berbagai lagi merupakan fahaman muktazilah moden yang telah dipelopori oleh UMNO dan Barisan Nasional di Negara ini.

Maka dengan demikian, jika dilihat kepada perjuangan golongan salafiyyah dan asyairah dalam ulasan di atas, didapati bahawa perjuangan mereka adalah menghadapi golongan muktazilah.

Keadaan sedemikian menyalahi dengan tindakan yang dilakukan oleh golongan yang mendakwa salafi dan juga khalaf di Negara ini. Ini kerana, dalam dakwaan mereka sebagai salafi mahupun khalaf, tetapi dalam masa yang sama, mereka boleh bersekongkol dengan golongan muktazilah moden ini.

Oleh itu, jika benar mereka memperjuangankan method atau aliran perjuangan Salafi, juga khalaf, pasti mereka akan menyerang segala fahaman yang berasaskan kepada pemikiran muktazilah, tidak kira apa namanya sekalipun, lebih-lebih lagi mereka yang bernama UMNO.

Sekian

Wallahu ‘Alam


Al-Bakistani
http://g-82.blogspot.com/

ustaz_bakistani@yahoo.com



- Sri Indah (B), Sg Buloh
12 Febuari 2009 * 7:58 pagi.



[1] Sumbangan aliran asyairah dan Salafiyyah dibidang Usuluddin : lakaran semula sejarah pemikiran tauhid Ahl Al-Sunnah : m/s 20.
[2] Sumbangan aliran asyairah dan Salafiyyah dibidang Usuluddin : lakaran semula sejarah pemikiran tauhid Ahl Al-Sunnah : m/s 22.
[3] Salaf dan Khalaf : hakikat dan Implikasinya : m/s 4.
[4] Tarikh Al-Mazahib Al-Islamiyyah fi As-siyasah wa al-‘aqaid wa tarikh al-mazahib al-fiqhiyyah : m/s 177.


WAHABI DAN KRISTIAN : MANA LAGI BAHAYA???

WAHABI DAN KRISTIAN : MANA LAGI BAHAYA???

Kadang-kadang nak tergelak pun ada. Nak dikatakan bodoh, yang buat kerja ni mufti. Mungkin mufti cap ayam kot.

Mana tidaknya. 7 Febuari 2009 baru-baru ini, aku ada menulis luahan hatiku tentang seorang anak muda yang hampir 2 tahun masuk Islam, lalu disebabkan kerenah birokrasi, menyebabkan dia tidak mendapat apa-apa hak pun dari wang zakat, walaupun satu sen.

Tekanan demi tekanan ekoran kekurangan wang, dia telah pergi tidur di rumah salah seorang paderi di Petaling jaya semata-mata nak dapatkan bantuan kewangan bagi menyambung pengajiannya di peringkat lebih tinggi.

Itu kejadian yang berlaku pada 7 Febuari, sehinggakan pada malam itu, aku tidak berjaya melelapkan mata disebabkan memikirkan masalah anak muda yang dibimbangi murtad; masuk kristian.

Hari ini, aku mendapat maklumat bahawa pihak Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) pada 9 Febuari baru-baru ini mengadakan satu mesyuarat yang membincangkan masalah tersebarnya fahaman wahabi di Malaysia.

Mesyuarat yang dihadiri sebilangan besar ulama-ulama di Selangor, mahupun diluar selangor, seperti Mufti Selangor, Dr Osman Muhammady, Dato’ Saleh Ahmad dan sebagainya.

Mesyuarat yang melahirkan satu keputusan, pihak MAIS akan menubuhkan satu NGO bagi menghadapi pergerakan Wahabi di Selangor.

Kadang-kadang aku terfikir, apa sebenarnya yang sedang difikirkan dalam benak ulama-ulama ni dalam memajukan islam di selangor, mahupun di Malaysia.

Isu wahabi adalah isu lama. Isu yang didebatkan selepas zaman Imam Ahmad bin Hanbal. Bahkan, jika diperhatikan kepada ulama-ulama terdahulu, mereka tidaklah menjadikan isu ini sebagai sebagai sesuatu yang serius sehingga mengabaikan masalah yang lebih penting.

Yang berlaku kini, didebatkan isu wahabi, sampai diabaikan peranan MAIS dalam pengurusan Zakat sehinggakan ramai golongan Muallaf jadi murtad. Membiarkan si miskin terus dengan kemiskinan.

Apakah mereka mengkaji atau tidak, dimanakah bermulanya sejarah wahabi ini??? apakah mereka mengkaji dimanakan bermulanya berdebatan antara Salafi dan wajabi??? apakah mereka boleh membeza antara Salafi dan Wahabi??? Apakah mereka boleh membezakan isu yang didebatkan oleh wahabi, apakah dari sudut Aqidah atau dari sudut Syariah??? Apakah mereka tahu, dimanakah keutamaan umat Islam kini, menyerang wahabi atau menyelamatkan aqidah umat Islam yang sudah semakin hari berminat dengan Kristian????

Dok tengok cara berfikirnya ulama-ulama ini, aku terus meletakkan satu persepsi, bahawa itu sebablah islam tidak maju di Malaysia. Itu sebab ramai umat Islam yang murtad, keluar dari agama. Itu sebab ramai anak muda yang jadi sesat.

Benarlah kata Abdul Qadir Al-Audah, umat Islam kini ditimpa penyakit kronik yang agak susah untuk diubati, iaitu penyakit ”kelemahan ulamaknya, kejahilan umatnya”.

Terpulanglah kamu wahai ulama yang mempunyai kuasa.... kalau orang murtad, kamulah yang bertanggungjawab menanggung dosa-dosa mereka. Sebab, mereka murtad kerana kelemahan kamu dalam memanfaatkan akal-akal kamu.

Sekian

Wallahu ’Alam

Al-Bakistani
http://g-82.blogspot.com

ustaz_bakistani@yahoo.com



- Sri Indah (B), Sg Buloh
12 Febuari 2009 * 12:03 pagi.







SALAHKAH USTAZ MASUK DAP????

SALAHKAH USTAZ MASUK DAP????

Dulu aku ada terbaca tulisan Prof Sayed Nuqib Al-Attas. Aku kagum dengan lontaran idea beliau, yang boleh disifatkan sebagai ‘berfikiran jauh’.

Beliau ada menyebut tentang isu Palestine. Beliau menyatakan, permusuhan Israel dengan umat Islam akan berkekalan sampai kiamat. Ini dibuktikan dengan hadis yang menyebut bahawa semua makhluk benda akan bercakap di akhir zaman nanti; memberitahu kepada umat Islam ketika itu agar membunuh orang-orang yahudi yang menyorok di belakangnya, melainkan pokok gharqad. Oleh itu, isu pemusuhan antara yahudi dan Islam tetap akan berpanjangan sampai kiamat.

Cumanya, yang perlu difikirkan sekarang, bukan hendak meluputkan yahudi dari muka bumi Allah ini, ini kerana, Nabi SAW sendiri menyebut bahawa mereka tidak akan luput hingga hari kiamat, tetapi yang paling penting; yang perlu difikirkan adalah, bagaimana hendak mengalahkan yahudi, agar mereka menjadi bangsa yang terbangsat atas muka bumi Allah di mata-mata umat manusia???

Beliau mencadangkan agar orang islam sendiri perlu bertindak seperti yahudi bertindak merosakan umat Islam, iaitu dengan masuk kedalam yahudi, mendalami ajaran mereka, kemudian merosakkan mereka dari sudut keilmuan.

Padaku, pandangan ini amat bagus untuk difikirkan bagi melancarkan serangan terhadap yahudi, juga mana-mana pihak yang menyerang islam.

Kita masuk ke dalam mereka, bukan untuk membersihkan mereka, tetapi kita masuk ke dalam mereka dengan tujuan untuk merosakan mereka.

Pada pandangan peribadiku, pandangan ini tidak bercanggah dengan islam. ini kerana, serangan yang dilakukan oleh Yahudi terhadap umat Islam kini, bukanlah diseriuskan pada sudut ketenteraan dan pembunuhan, tetapi serangan yang dilakukan oleh yahudi secara serius adalah dari sudut keilmuan.

Ekoran dari itulah, mereka mencadangkan berbagai-bagai fahaman , lalu fahaman ini diterima oleh Umat Islam sendiri, seperti fahaman Sosialis, Kapitalis, nasionalis, pragmatis dan sebagianya.

Apabila umat Islam menerima fahaman-fahaman ini, pasti umat Islam tidak akan bersatu lagi, maka disitulah bermulanya kelemahan umat Islam. apabila umat Islam sudah lemah, maka mereka pun melancarakan serangan persenjataan terhadap Umat Islam sehingga umat Islam tidak boleh berbuat apa-apa pun.

Oleh itu, bagi menyerang balik serangan keilmuan ini, tidak ada salahnya kita menyerang mereka dengan keilmuan juga. Hal ini disandarkan kepada Firman Allah SWT;

فَمَنِ اعْتَدَى عَلَيْكُمْ فَاعْتَدُوا عَلَيْهِ بِمِثْلِ مَا اعْتَدَى عَلَيْكُمْ

Maksudnya;
“barangsiapa yang menyerang kamu, maka seranglah ia, seimbang dengan serangannya terhadapmu”

(Surah Al-Baqarah : 194)

Begitujuga, jika kita rujuk kepada sirah nabi SAW pula, antara peperangan yang Islam mencapai kemenangan adalah peperangan Ahzab, walaupun bilangan tentera musuh ketika itu amat ramai berbanding bilangan tentera Islam.

Tidak dinafikan peperangan itu menghasilkan kemenangan dari pihak Islam ekoran pertolongan Allah SWT, tetapi adalah sesuatu yang silap jika dinafikan strategi Nabi SAW dalam usaha hendak memenangkan tentera Islam.

Antara tindakan Nabi SAW dalam mengalahkan musuh ketika itu adalah, berusaha memecah belahkan kesatuan musuh dengan melantik Nuaim bin Mas’ud yang tidak diketahui keislamannya oleh musuh.

Dengan kebijaksanaan yang wujud pada Nuaim, menyebabkan musuh kucar kacir; pecah belah yang akhirnya tentera Islam berjaya melahirkan kemenangan yang gilang gemilang.

Atas dasar strategi inilah, aku kadang-kadang terfikir sendirian dalam usaha hendak mengislamkan kawan-kawan kita dari DAP. Apakah cara yang paling baik; yang perlu dilakukan dalam mengasilkan natijah yang baik dalam usaha hendak mendaulatkan islam di Malaysia di masa akan datang.

Aku melihat, ramai agamawan yang “takharruj” dari luar Negara, bahkan dari dalam Negara. Kepulangan mereka selalunya kurang dimanfaatkan untuk kemenangan Islam, bahkan apabila mereka pulang, mereka hanya “bekerja kerajaan”, “mengajar di sekolah” dan sebagainya. kalau wujud pun mereka yang terlibat dengan dunia dakwah, mereka lebih menumpukan kepada ceramah dan kuliah di masjid-masjid dan surau-surau.

Adapun dari sudut dakwah yang lebih mencabar, agak kurang ianya dilakukan, walaupun sememangnya ianya wujud dengan bilangan yang amat sedikit.

Yang lebih menyedihkan lagi, apabila usaha dakwah ini sepatutnya dilakukan oleh golongan agamawan ini telah diabaikan mereka, bahkan yang dilihat golongan yang bukan agamawan yang lebih agrasif dalam bertindak menyampaikan seruan Allah SWT itu secara berkesan dan efektif.

Melihat kepada tindakan nabi SAW yang melantik Nuaim bin Mas’ud sebagai orang yang dapat memecah belahkan kesatuan kuffar dalam peperangan Azhab; juga melihat kepada idea yang dikemukan oleh Sayed Nuqib Al-Attas untuk merosakan kesatuan Yahudi dari dalam, mengapakah kita tidak berfikir sama untuk menghantar agamawan kita agar masuk ke dalam DAP, untuk menyampaikan dakwah dalam parti tersebut.

Jika agamawan ini masuk ke dalam DAP, lalu dilantik memegang jawatan-jawatan parti yang besar-besar, pasti dalam usaha hendak melaksanakan islam di Malaysia di masa akan datang tidak menghasilkan sesuatu yang susah.

Sekian

Wallahu ‘Alam



Al-Bakistani
http://g-82.blogspot.com/

ustaz_bakistani@yahoo.com



- Sri Indah (B), Sg Buloh
11 Febuari 2009 * 10:40 malam

Selasa, 10 Februari 2009

“PATIK MOHON SEMBAH DERHAKA” : BERSALAHKAN IR NIZAR???

“PATIK MOHON SEMBAH DERHAKA” : BERSALAHKAN IR NIZAR???

Penguasa adalah manusia yang tidak sekali-kali boleh disifatkan sebagai ma’sum. Kesilapan yang dilakukan oleh penguasa, kadangkala melibatkan kepada perkara haram, justeru itu wajar diberikan teguran yang lebih berhikmah.

Kadang-kala juga, ada kesilapan yang dibuat itu melibatkan kepada perundangan; yang apabila ianya tidak dihormati, pasti akan membawa kemudharatan yang lebih besar.

Keadaan inilah yang sedang menimpa di Perak, rentetan dari kejadian “pemecatan” jawatan MB Ir Nizar, lalu digantikan dengan seorang MB “jadian”, Dr Zamry.

Article ini ingin mengulas sedikit sebanyak tentang sikap kita terhadap pihak penguasa, dengan dikemukakan hujjah bagi menepis sebilangan pihak yang mengatakan penguasa wajib diberikan ketaatan tanpa berbelah bahagi, dan tindakan Ir Nizar itu kononnya bercanggah dengan syariah islam.

TAAT PENGUASA???

Memandangkan penguasa adalah manusia yang pasti akan melakukan kesilapan, maka sudah pasti tidak semua arahan atau perintahnya perlu diberikan ketaatan, bahkan arahan yang wajib diterima pakai dan ditaati selagi mana arahan itu tidak bercanggah dengan syariah, juga tidak membawa mudharat yang lebih besar.

Bahkan jika diperhatikan kepada sirah nabi dan para sahabat, didapati banyak hadis-hadis dan atsar yang membuktikan bahawa tidak semua arahan penguasa itu wajib diberikan ketaatan. Bahkan, dalam keadaan tertentu sahaja, wajar diberikan ketaatan, iaitu sekiranya tidak melibatkan kepada percanggahan dengan syariah; juga menghasilkan natijah mudharat yang lebih besar.

ASAS PERBINCANGAN

Jika di zaman dahulu; iaitu di zaman pemerintahan khalifah. Seseorang khalifah itu dilantik berdasarkan kepada pemilihan yang dilakukan oleh golongan yang disebut sebagai Ahl Hilli wa Al-Aqdi (terjemahan : kumpulan cerdik pandai, berpengalaman dan bertaqwa); mereka adalah golongan orang-orang yang soleh; bertaqwa; yang layak berijtihad dan sebagainya. Dalam istilah lain, Ahli Al-hilli wa Al-Aqdi disebut ”majlis Syura”.

Orang yang dipilih menjadi khalifah pula, hendaklah menepati ciri-ciri khalifah yang telah ditetapkan oleh Syarak. Seperti seseorang yang bertaqwa, lelaki, mampu berijtihad, mempunyai firasat yang tinggi dan sebagainya
[1].

Adapun sekarang, perlantikan seseorang penguasa tidak berasaskan kepada perlantikan yang berlaku pada khalifah. Oleh sebab itu, dalam asas inilah perbincangan ini perlu diperhalusi; seharusnya dilihat dari perbezaan antara kedua-duanya.

Keadaan ini berasaskan kepada kaedah;

الحكم علي شيئ فرع عن تصوره

Maksudnya;
“gambaran terhadap sesuatu itu adalah satu furu’ daripada hukum”

Bermakna, sesuatu nas itu tidak boleh terus ditatbiqkan atau direalisasikan kepada sesuatu benda yang hendak dihukumkan, melainkan perlu difahami terlebih bentuk benda yang diberikan hukum tersebut.

Dengan erti kata lain, sebelum hendak meletakkan hukum ketaatan kepada raja itu digunakan dengan nas-nas yang merujuk kepada ketaatan kepada khalifah, maka bentuk penguasa perlu diperhalusi terlebih dahulu.

Juga, ulasan tersebut, hendaklah dirujuk kepada maqasid disebalik ketaatan yang dimaksudkan dalam nas.

SISTEM BERAJA

Sistem beraja terdahulu, raja mempunyai kuasa mutlak. Bermakna, raja tidak terikat dengan mana-mana undang-undang, bahkan ia boleh melakukan apa-apa tindakan pun mengikut kehendaknya.

Jika sebarang kehendak raja yang dilakukan itu mengandungi maksiat, maka sebagai rakyat hendaklah menegur pemerintah mengikut kadar kemaslahatan yang mampu, disamping tidak menatijahkan mudharat yang lebih besar.

Adapun kini, raja di Malaysia disebut sebagai raja berperlembagaan. Oleh itu, raja di Malaysia ini tidaklah mempunyai kuasa mutlak seperti raja-raja dahulu kala. Iaitu, raja juga perlu mentaati undang-undang, justeru itu, jika raja melanggar undang-undang, maka raja juga boleh digelar sebagai bersalah.

Dengan ini, apabila raja di zaman kini melakukan sesuatu kesalahan yang boleh disifatkan sebagai melanggar undang-undang; maka sebagai rakyat yang melihat kesalahan tersebut wajar memberikan teguran yang berhikmat kepada pihak raja, bahkan sebarang arahan yang bercanggah dengan undang-undang tersebut adalah tidak wajar diberikan ketaatan.

Jika rakyat tidak bertindak sedemikian, bermakna rakyat itu adalah rakyat yang redha dengan rajanya yang melakukan kesalahan; sedangkan sesuatu kesalahan tidak layak diberikan ketaatan.

Hujjah-hujjah yang menyatakan kewajipan rakyat bertindak sedemikian adalah seperti berikut;

PERTAMA:

Firman Allah;

كُنْتُمْ خَيْرَ أُمَّةٍ أُخْرِجَتْ لِلنَّاسِ تَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَتَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنْكَرِ

Maksudnya;
”Kamu adalah sebaik-baik umat yang dikeluarkan kepada manusia; kamu menyuruh dengan ma’ruf dan mencegah daripada kemungkaran”

(Al-Imran : 110)

Juga sabda Nabi SAW;

من رَأَى مِنْكُمْ
مُنْكَرًا فَلْيُغَيِّرْهُ بيده فَإِنْ لم يَسْتَطِعْ فَبِلِسَانِهِ فَإِنْ لم يَسْتَطِعْ فَبِقَلْبِهِ وَذَلِكَ أَضْعَفُ الْإِيمَانِ

Maksudnya;
“barangsiapa melihat akan kemungkaran, maka hendaklah dia tukarnya dengan tangan, sekiranya tidak mampu, maka dengan lisan (bercakap), sekiranya tidak mampu, maka dengan hatinya (benci kepada mungkar), dan demikian itu adalah selemah-lemah iman”
[2]

Imam An-Nawawi menukilkan kata-kata Qadi Iyadh dalam mensyarahkan hadis ini dengan katanya;

هَذَا الْحَدِيث أَصْل فِي صِفَة التَّغْيِير فَحَقُّ الْمُغَيِّر أَنْ يُغَيِّرهُ بِكُلِّ وَجْه أَمْكَنَهُ زَوَاله بِهِ قَوْلًا كَانَ أَوْ فِعْلًا

Maksudnya;
“Hadis ini adalah asal (dalil) pada sifat mengubah (dari mungkar kepada ma’ruf). Hak (wajib) kepada pengubah bahawa mengubahnya (maksiat) itu berdasarkan kepada segala kemampuannya yang dia mampu sehinggakan maksiat tersebut terhapus, samada dengan perkataan atau dengan perbuatan
[3]”

ISTIDLAL

Apabila menyebut “ingkar” (atau : tidak taat), menunjukkan perkara tersebut adalah perkara yang boleh yang melibatkan mungkar, dan sudah pasti bukan perkara ma’ruf. Antara perkara yang boleh disifatkan sebagai mungkar adalah, sesuatu tindakan yang akan melahirkan kemudharatan yang lebih besar.

Apabila seseorang penguasa memberi arahan yang bercanggah dengan undang-undang, pasti ianya merupakan perkara yang boleh mengundang kemudharatan yang besar, ini kerana, sudah tidak wujud lagi “kedaulatan undang-undang”. Justeru itu, tidak selayaknya diberikan ketaatan terhadap arahan tersebut.

Merujuk kepada ulasan di atas, kita akan fahami bahawa tidak semua arahan itu perlu diberikan ketaatan, bahkan dalam keadaan tertentu, arahan itu tidak wajar diberikan ketaatan, bahkan wajib diberikan teguran (baca : amar ma’ruf dan Nahi Mungkar).

KEDUA:

Firman Allah;

اذْهَبَا إِلَى فِرْعَوْنَ إِنَّهُ طَغَى * فَقُولَا لَهُ قَوْلًا لَيِّنًا لَعَلَّهُ يَتَذَكَّرُ أَوْ يَخْشَى

Maksudnya;
“Pergilah kamu berdua kepada Firaun, Sesungguhnya ia telah
melampaui batas Dalam kekufurannya. "Kemudian hendaklah kamu berkata kepadaNya, Dengan kata-kata Yang lemah-lembut, semoga ia beringat atau takut".

(Surah Taha: 43-44)

ISTIDLAL:

Ayat ini, Allah menjelaskan kepada kita bahawa sebarang tindakan dari pihak penguasa yang bertindak “tagha”, maka hendaklah ianya tidak ditaati, bahkan hendaklah dilakukan teguran berhikmat kepada penguasa tersebut.

Kalimah “tagha” adalah kalimah arab yang diterjemah sebagai ‘melampaui batas”. Dalam kitab Lisan Al-Arab, kalimah Tagha itu ditafsirkan sebagai “melampaui kadar yang sepatutnya
[4]”

Imam Ibnu Kathir, menafsirkan maksud “melampai batas” ini dengan “melakukan kejahatan, biadap, angkuh terhadap Allah, bahkan melakukan maksiat terhadap Allah
[5]”

Maqasid disebalik “tagha” adalah, melakukan kezaliman. Ini kerana, semua yang disebut sebagai zalim, maka itu adalah perkara yang melampaui batas; melampai kadar yang sepatutnya. Antaranya adalah, melanggar undang-undang yang telah ditetapkan.

KETIGA:

Para sahabat terdahulu bertindak menegur penguasa yang melakukan kesalahan secara terang-terangan. Antaranya adalah seperti berikut;

Said Al-Musayyab:

Merupakan ulama tabiin yang alim dibunuh oleh Hajjaj bin Yusof Al-Thaqafi kerana mempertahankan fatwa perlantikan khalifah yang tidak sah kerana ia melalui perlantikan putera mahkota, bukan melalui baiah yang betul. Bahkan sejarah menyaksikan bahawa fatwa beliau mempengaruhi kawasan Al-Haramain untuk turut sama tidak membaiah khalifah.

Dari ini, membuktikan kepada kita bahawa, walaupun Said Al-Musayyib sangat-sangat dikenali sebagai seorang tokoh ulam salaf yang hebat, tetapi memandangkan tindakan Hajjaj bin Yusuf Al-Thaqafi tidak sesuai dengan undang-undang yang diperuntukan pada masa itu, menyebabkan Said Musayyib tidak taat, bahkan membangkang tindakan Hajjah sehinggakan beliau ditangkap dan dibunuh.

Imam Ahmad bin Hanbal:

Menolak serta menyatakan keburukan pegangan (baca : fahaman) khilafah pada masa itu berhubung dengan Makhluknya Al-Quran. Tindakan ini bukan sahaja menimbulkan pertembungan dengan Kerajaan, bahkan lebih dahsyat daripada itu ialah terbunuhnya pengikut-pengikut Imam Ahmad dan ulama-ulama lain yang sezaman dengannya sehinggakan imam ahmad sendiripun hampir terbunuh.

Nyata disini, Imam Ahmad bin Hanbal tidak taat kepada pemerintah pada masa itu; yang mendakwa bahawa Al-Quran itu makhluk. Bukan sekadar itu sahaja, bahkan beliau telah bertindak mengheboh dan memburukkan pemerintah di atas mimbar atas tindakan pemerintah pada masa itu.

Imam Nawawi:

Sultan Zahir Bebrus yang memerintah Kerajaan memalik mesir telah mengeluarkan arahan yang bercanggah dengan undang-undang Islam ketika itu. Ekoran dari arahan tersebut, menyebabkan Imam An-Nawawi telah bertindak mengeluarkan fatwa agar supaya arahan sultan Zahir itu tidak ditaati.

ISTIDLAL:

Dari ini, jelas bahawa golongan ulama salaf soleh tidak melakukan ketaatan kepada penguasa pada zaman mereka secara membabi buta (atau : taqlid buta), bahkan jika penguasa melakukan arahan yang mengandungi kesilapan, pasti mereka akan bertindak untuk tidak taat dengan arahan tersebut, bahkan bertindak akan menegur dan seterusnya melawan, walaupun mereka terpaksa ditangkap oleh penguasa sekalipun.

ISYKAL DAN JAWAPAN:

PERTAMA:

Firman Allah;

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آَمَنُوا أَطِيعُوا اللَّهَ وَأَطِيعُوا الرَّسُولَ وَأُولِي الْأَمْرِ مِنْكُمْ فَإِنْ تَنَازَعْتُمْ فِي شَيْءٍ فَرُدُّوهُ إِلَى اللَّهِ وَالرَّسُولِ إِنْ كُنْتُمْ تُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الْآَخِرِ ذَلِكَ خَيْرٌ وَأَحْسَنُ تَأْوِيلًا

Maksudnya;
“Hai orang-orang yang beriman, taatilah Allah dan taatilah Rasul (Nya), dan ulil amri di antara kamu. Kemudian jika kamu berlainan pendapat tentang sesuatu, maka kembalikanlah ia kepada Allah (Al Quran) dan Rasul (sunnahnya), jika kamu benar-benar beriman kepada Allah dan hari kemudian. Yang demikian itu lebih utama (bagimu) dan lebih baik akibatnya”

(Surah An-Nisa’ : 59)

Ayat ini dengan nyata dan jelas mewajibkan kepada rakyat memberi ketaatan kepada ulil Amri (baca : penguasa) walau dalam apa jua keadaan sekalipun.

JAWAPAN:

Ketaatan kepada Allah adalah mutlaq. Begitujuga ketaatan kepada Rasul yang merupakan utusan Allah. Adapun ketaatan kepada penguasa, tertakluk kepada ketaatan penguasa itu dengan Allah dan rasul. Tanpa ketaatan penguasa kepada Allah dan Rasul, maka ketaatan kepada penguasa itu adalah tidak wajib, bahkan wajib diderhakai.

Ini disandarkan kepada hadis yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad, daripada Ali bin Abi talib bercerita;

”Rasulullah telah melantik seorang lelaki dari ansar untuk mengetuai satu kumpulan tentera. Dalam perjalanan, lelaki itu telah mengarahkan para tentera agar menghimpun kayu api, lalu dibakar dan disuruh tentera-tentera itu terjun ke dalam api itu. ada sebilangan tentera mahu terjun ke dalam api, tetapi dihalang oleh seorang pemuda, lalu menyuruh tentera agar hal ini di rujuk kepada Rasulullah SAW terlebih dahulu.

Ketika mereka berjumpa dengan Rasulullah SAW, dan bertanyakan hal itu, menyebabkan baginda SAW terus berkata;

لو دخلتموها ما خرجتم منها أبدا؛ إنما الطاعة في المعروف

Maksudnya;
”Kalau kamu masuk dalam api itu, pasti kamu tidak akan keluar sampai bila-bila (baca : masuk neraka). Hanya sesungguhnya ketaatan itu dalam perkara ma’ruf sahaja
[6]”

KEDUA:

Daripada Abi Hurairah r.a berkata, sesungguhnya Nabi SAW bersabda;

عَلَيْكَ السَّمْعَ وَالطَّاعَةَ فِي عُسْرِكَ وَيُسْرِكَ وَمَنْشَطِكَ وَمَكْرَهِكَ وَأَثَرَةٍ عَلَيْكَ

Maksudnya;
“hendaklah kamu dengar dan taat dalam perkara yang kamu susah atau kamu senang; kamu suka atau benci; dan perkara yang dipentingkan dirinya atas kamu
[7]”

Dari sini menjadi dalil bahawa ketaatan kepada penguasa itu adalah perkara penting, bahkan wajib diberikan kepadanya dalam apa jua keadaan, walaupun dalam perkara yang merupakan kepentingan diri penguasa (arab : أثرة) sendiri.

Justeru itu, menderhaka terhadap penguasa merupakan perkara yang haram.

JAWAPAN:

Ulasan ini dijawab dengan dua jawapan; ianya seperti berikut;

1- Secara asas, ketaatan terhadap penguasa itu adalah selagi mana penguasa itu memberi arahan yang tidak bercanggah dengan perintah Allah dan Rasul. Sekiranya arahan yang berasaskan kepada Allah dan Rasul itu dilakukan, maka wajib atas rakyat mentaatinya, sama ada arahan itu disukai atau tidak; mudah dilaksanakan atau tidak.

Adapun arahan yang dilakukan itu tidak berasaskan kepada kehendak Allah dan Rasul, maka arahan itu tidak boleh ditaati, walaupun ianya disukai oleh rakyat.

2- Dalam hadis ini menyebut, ketaatan itu hendaklah diberikan kepada penguasa, walaupun dalam perkara yang melibatkan kepentingan peribadi penguasa???

Perlu diingat, maksud dengan ”الأثرة” atau diterjemah sebagai “kepentingan diri” penguasa adalah, dengan melebihkannya atau memberi penghormatan lebih kepada penguasa tersebut berbanding orang lain. Ianya bukan bermaksud membiarkan penguasa melakukan penyelewengan demi keuntungan peribadinya, seperti bertindak mengambil harta rakyat dengan sesuka hati; membiarkan penguasa melanggar undang-undang dan sebagainya
[8].

Bermaksud, apabila penguasa bertindak mengikut wewenang dirinya, sehingga melakukan kezaliman, melanggari undang-undang atau sebagainya, maka tindakan penguasa itu tidak boleh diberikan ketaatan, bahkan wajib diberikan teguran.

BEBERAPA IGAUAN DAN JAWAPAN

PERTAMA:

Tindakan Ir Nizar yang tidak mahu melepaskan jawatan Menteri Besar setelah diarahkan oleh Sultan merupakan tindakan yang tidak wajar, bahkan melahirkan hilangnya ”respek” rakyat terhadap MB. Oleh itu, tindakan sedemikian adalah tidak wajar sama sekali.

JAWAPAN:

Sebagai raja melayu di Malaysia kini, raja tertakluk dengan perundangan yang diluluskan sendiri oleh raja tersebut.

Di Perak wujud perlembagaan negerinya tersendiri. Dalam perlembagaan tersebut menyatakan, seseorang Menteri Besar itu tidak berlaku perletakkan jawatan melainkan berlakunya tiga perkara, iaitu;

a) Pembubaran DUN;
b) Perletakkan jawatan dengan rela hati;
c) Undi tidak percaya dalam sidang DUN.

Dari ini, nyata bahawa tindakan sultan yang mengarahkan Ir Nizar meletakkan jawatan MB adalah tindakan yang tidak tepat, lebih-lebih lagi dengan baginda Sultan melantik Menteri Besar baru tanpa sahnya perletakkan jawatan Ir Nizar sebagai MB terlebih dahulu.

Keadaan ini semakin rumit, apabila tindakan sultan itu menyanggahi perlembagaan Negeri Perak yang diluluskan sendiri oleh baginda sultan. Menunjukkan, tindakan itu menggambarkan tidak wujudnya “kedaulatan undang-undang”.

Apabila sesuatu undang-undang itu tidak mempunyai kedaulatan, pasti di masa akan datang, kemudharatan yang lebih buruk akan berlaku dan seterusnya merosakan sistem perundangan dan pemerintahan sesebuah negeri itu sendiri.

Keadaan ini adalah haram, kerana Nabi SAW ada bersabda;

لَا ضَرَرَ وَلَا ضِرَارَ

Maksudnya;
”tidak ada mudharat pada diri sendiri dan tidak ada mudharat kepada orang lain
[9]”

Dalam keadaan ini, ”hilang respek” rakyat kepada MB tidak akan berlaku, bahkan ”hilang respek” itu akan berlaku terhadap Sultan yang boleh disifatkan sebagai tidak menghormati undang-undang.

Adapun jika wujud ”hilang respek” itu juga kepada Ir Nizar, itu sekadar permainan politik songsang dari pihak UMNO, bukan dari sudut hakikat kebenaran.

KEDUA:

Tindakan Ir Nizar yang tidak mahu meletakkan jawatan MB itu merupakan tindakan pihak yang disebut dalam Islam sebagai Bughah.

JAWAPAN:

Jika dirujuk dari kitab-kitab fiqh, bughah itu didefinisikan sebagai;

هُمْ مُخَالِفُو الْإِمَامِ بِخُرُوجٍ عَلَيْهِ وَتَرْكِ الِانْقِيَادِ أَوْ مَنْعِ حَقٍّ تَوَجَّهَ عَلَيْهِمْ بِشَرْطِ شَوْكَةٍ لَهُمْ وَتَأْوِيلٍ وَمُطَاعٍ فِيهِمْ

Maksudnya;
“Mereka (bughah) adalah golongan yang menyalahi imam dengan keluar atasnya, dan meninggalkan ketaatan atau mencegah diri dari melakukan kewajipan yang wajib dilakukan oleh mereka; dengan syarat mereka mempunyai ketenteraan dan mempunyai ta’wil dan mereka ada orang yang ditaati
[10]”

Dari definisi ini difahami, sesuatu kelompok yang mahu digelarkan sebagai bughah adalah mereka yang keluar dari ketaatan imam dengan syarat-syarat berikut;

1) mereka tidak menunaikan kewajipan kerajaan yang wajib mereka lakukan seperti membayar zakat.
2) Mereka mempunyai gerakan bersenjata.
3) Mereka mempunyai ta’wil sendiri.
4) Mereka ada imam yang ditaati.

Dari definisi ini, difahami bahawa maqasid disebalik bughah adalah menentang Imam dengan tujuan untuk menggulingkan Imam tersebut.

Adapun dalam isu Ir Nizar, tidak timbul isu mahu guling sultan atau tidak, bahkan yang wujud adalah Ir Nizar mahu mempertahankan kedaulatan Undang-undang yang diluluskan oleh pihak sultan sendiri.

KETIGA:

Tindakkan Ir Nizar itu menunjukkan sudah tidak wujud lagi “ketuanan melayu” yang sultan merupakan tonggak utamanya.

JAWAPAN:

tidak timbul isu ketuanan melayu atau tidak dalam isu ini. Ini kerana, isu yang sepatutnya dibincangkan adalah, apakah tindakan tersebut bersesuaian dengan peruntukan undang-undang atau tidak.

Jika sesuatu tindakan yang kononnya berasaskan ketuanan melayu, lalu sanggup melakukan tindakan yang menyalahi dengan peruntukan undang-undang yang telah ditetapkan, maka ini menggambarkan tindakan yang zalim. Sedangkan, dalam islam mempertahankan kezaliman dengan menjadikan bangsa sebagai asas merupakan tindakan assobiyyah yang diharamkan oleh islam.

Sabda Nabi SAW;

لَيْسَ مِنَّا مَنْ دَعَا إِلَى عَصَبِيَّةٍ وَلَيْسَ مِنَّا مَنْ قَاتَلَ عَلَى عَصَبِيَّةٍ وَلَيْسَ مِنَّا مَنْ مَاتَ عَلَى عَصَبِيَّةٍ

Maksudnya;
“Bukan dari kalangan kami, mereka yang menyeru kepada Assobiyyah; bukan dari kalangan kami, mereka yang berperang atas dasar Assobiyyah; bukan dari kalangan kami, mereka yang mati atas dasar Assobiyyah
[11]”

Dalam mensyarahkan hadis ini, Imam Al-Munawi menafsirkan maksud Assobiyyah adalah;

أَيْ مَنْ يَدْعُو النَّاس إِلَى الِاجْتِمَاع عَلَى عَصَبِيَّة وَهِيَ مُعَاوَنَة الظَّالِم

Maksudnya;
“Iaitu mereka yang menyeru manusia agar berhimpun atas Assobiyyah, iaitu memberi bantuan terhadap orang zalim
[12]”

KESIMPULAN

Dari segala ulasan ringkas ini, dapat disimpulkan bahawa tindakan Ir Nizar yang mempertahankan jawatannya sebagai Menteri Besar di Perak merupakan tindakan yang bersesuaian dengan kehendak Syarak.

Bahkan tindakan melantik Menteri besar baru adalah tindakan yang bercanggah dengan roh islam, lebih-lebih lagi berdasarkan peruntungan undang-undang yang diluluskan sendiri oleh Baginda Sultan.

Dalam isu ini, sepatutnya pihak Sultan perlu berterima kasih dengan Ir Nizar kerana memberikan ruang kepada pihak sultan membetulkan kesilapan yang dilihat melanggar peruntukan undang-undang Perlembagaan negeri perak.

Oleh itu, tidak timbul langsung, apakah Ir Nizar itu menderhaka atau tidak. Jika ucapannya yang menyebut “patik memohon sembah derhaka” yang dijadikan isu, maka hendaklah diperhatikan dahulu disebalik ucapan tersebut.

Ini kerana, ucapan tersebut diungkapkan dalam majlis istiadat sultan, yang merujuk kepada tidak bersetuju dengan keputusan Baginda Sultan yang bertindak menyalahi peruntukan undang-undang, bukannya merujuk mahu menyerang sultan.

Oleh itu, nyata kepada kita, dalam isu ini, Ir Nizar tidak bersalah, bahkan tindakan Ir Nizar itu patut diberikan pujian kerana bertindak mahu menyelamatkan Sultan dari melanggar undang-undang yang telah diluluskan oleh Baginda Sultan sendiri.

Sekian

Al-Bakistani
http://g-82.blogspot.com/

ustaz_bakistani@yahoo.com



- Sri indah (B), Sg Buloh
11 Febuari 2009 * 1:19 pagi.





[1] Al-Imamah Al-Uzma : m.s 233
[2] Saheh muslim : (1/69) hadis no : 49.
[3] Syarh An-Nawawi ‘Ala Sahih Muslim : 1/131
[4] Lisan Al-Arab : 7/15
[5] Ibnu Kathir : 5/294.
[6] Sahih Al-Bukhari : 4340 dan Sahih Muslim : 1840.
[7] Musnad Ahmad : 8596.
[8] Hasyiyah As-Sindi : 5/459
[9] Muwatta’ : 1234.
[10] Hasyiah Qalyubi wa Al-‘Umairah : 15/80.
[11] Sunan Abi Daud : 4457.
[12] Aun Al-Ma’bud : 11/161.

UMNO DATO’ ONN DAN UMNO DATO’ NAJIB

UMNO DATO’ ONN DAN UMNO DATO’ NAJIB

Malaysiakini melaporkan bahawa pihak polis telah bertindak menembak gas pemedih mata kepada rakyat yang berhimpun secara aman di masjid Ubudiyyah selepas menunaikan solat jumaat, ekoran perhimpuran rakyat bagi mempertahankan Ir Nizar sebagai Menteri Besar Perak.

Sandiwara BN “disebalik tabir” untuk memegang tampuk pemerintahan perak mengingatkanku kepada perancangan British yang mahu menggantikan pemerintahan beraja di Negara-negara melayu atas nama Malayan Union.

Jom kita teliti dan lihat !!!.

UMNO DATO’ ONN

PERTAMA:

Malayan union atau sebutan melayunya Negara Malaya bersatu merupakan satu titik sejarah tanah melayu; yang mana pihak British mahu menjadikan Negara-negara melayu berada dibawah satu pentadbiran pusat yang dikuasai oleh British.

Perancangan British itu diteruskan, dengan mengarahkan Sir Harold MacMichael agar datang ke tanah Melayu agar memujuk raja-raja Melayu agar menyerahkan negeri mereka kepada kerajaan British untuk dijadikan jajahan takluk British.

Pada 11 oktober 1945, Sir Harold MacMichael sampai di Perlabuhan Klang. Raja melayu yang mula-mula sekali diperdaya adalah Sultan Ibrahim, Raja Johor sebagai raja yang tertua dan terkanan.

Tanpa tekanan dan apa-apa bantahan pun, dengan senang Sir Harold MacMichael berjaya mengumpul tandatangan 9 orang raja melayu sebagai penyerahan kuasa raja-raja melayu kepada British; hanya mengambil masa selama 3 bulan sahaja.

6 Januari 1946, Sir Harold MacMichael bertolak balik ke British membawa semua dokumen-dokumen penyerahan kuasa raja-raja melayu kepada pihak British, seterusnya pada 22 Januari 1946, kerajaan British telah membentang satu ”kertas putih” dalam sidang Parlimennya, mengumumkan penubuhan Malayan Union yang akan menggantikan pemerintahan beraja di Tanah melayu.

KEDUA:

Dato’ Onn melihat kejadian ini. beliau bertindak memberi kesedaran kepada raja Melayu ketika itu atas kesilapan mereka.

Ekoran dari itulah, Dato’ Onn menubuhkan UMNO bagi mengumpulkan; memberi kesedaran kepada orang melayu agar mendesak raja-raja melayu supaya sedar atas kesilapan mereka itu.

Raja melayu sedar, lalu mereka pujuk british agar membatalkan kandungan dokumen penyerahan kuasa yang mereka tandatangan dulu. Tapi tidak dilayan oleh British.

KETIGA:

Malayan Union tetap mahu ditubuhkan oleh British. Pada 1 April 1946, ia ditubuhkan. British melantik Sir Edward Gent sebagai Gabenor Malayan Union. Raja-raja melayu, pembesar-pembesar melayu, anggota-anggota dewan undangan pusat dan negeri akan dijemput menyaksikan perlantikan Gabenor Malayan Union itu.

Pada 31 Mac, Dato’ Onn bersama kawan-kawan pada masa itu mengadakan satu meeting tergempar. Bincang tindakan yang selayaknya dilakukan. Keputusannya adalah, desak agar raja melayu tidak hadir majlis perlantikan Gabenor Malayan Union sebagai membantah penubuhan itu.

Pada subuh 1 April, raja melayu yang bersemayam di Station Hotel telah bersiap untuk berangkat menghadiri upacara perlantikan Sir Edward Gent. Melihat keadaan raja melayu itu, Dato’ Onn jadi sedih.

Dato’ Onn terus berceramah didepan raja melayu, antara kata-katanya;

”Sekiranya Tuanku sekalian turut menghadiri upacara perlantikan Gabenor malayan Union itu, rakyat Tuanku sekalian tidak akan mengangap Tuanku sebagai raja lagi. Rakyat melayu menganggap bahawa menghadiri majlis istiadat perlantikan Gabenor Malayan Union seolah-olah mengusung jenayah umat melayu”

Selepas itu, Dato’ Onn menjemput raja melayu berangkat ke anjung hotel. Maka kelihatanlah beribu rakyat melayu sedang demonstrasi di bawah, melaung-laungkan ”daulat tuanku” dan ”hidup melayu” dengan suara yang bergemuruh. Melihat keadaan rakyat, ada sebilangan raja melayu yang menangis.

KEEMPAT:

Keadaan itu menyebabkan raja melayu tidak hadir ke majlis perlantikan Gabenor Malayan Union. Bahkan, menghinakan lagi apabila kehadiran dari kalangan orang melayu hanya seorang pegawai tentera dari pasukan askar melayu sahaja; itupun terpaksa hadir kerana tugasnya sebagai Pegawai Pengiring kepada Sir Edward Gent.

Majlis tetap diteruskan. Secara rasminya, pada 1 april 1946, Malayan Union ditubuhkan. Pun begitu, British mendapat tamparan hebat kerana majlis itu dipulaukan sedemikian rupa.

Ekoran itulah, bantahan demi bantahan dilakukan bagi menghapuskan Malayan Union yang akhirnya Malayan Union di mansukhkan.

UMNO DATO’ NAJIB PULA

PERTAMA:

4 orang ADUN Perak berjaya dipujuk oleh Najib agar melompat. Didakwa mereka dibayar menjangkau RM 50 juta setiap seorang.

Apabila sudah melompat dari PR kepada BN, maka bermula episod Najib seakan-akan mempergunakan pihak Istana, sepertimana Sir Harold MacMichael memperdayakan raja melayu.

Didesak agar segera mengangkat sumpah menteri Besar baru, Dr Zamry. Sedangkan, arahan sultan perak agar Ir Nizar meletakkan jawatan adalah bercanggah dengan perlembagaan Negeri Perak yang diluluskan sendiri oleh duli maha mulia Sultan.

KEDUA:

Ir Nizar hantar surat makluman tentang status jawatan Menteri besar yang disandang beliau kepada pihak Sultan, seperti tindakan Dato’ Onn memberi kesedaran kepada raja melayu bahawa mereka telah dipergunakan oleh British.

KETIGA:

Rakyat bangun membantah kehadiran raja melayu dalam majlis perlantikan gabenor Malayan Union. Dilihat sendiri oleh raja melayu, sehingga ada yang menitiskan air mata. Ianya seakan-akan sama dengan bantahan rakyat terhadap tindakan Sultan Perak yang seakan-akan dipergunakan oleh UMNO untuk menjatuhkan kerajaan PR pilihan rakyat.

KEEMPAT:

Dato’ Onn menyatakan, kalau raja melayu tetap juga menghadiri majlis perlantikan Gabenor Malayan Union, pasti umat melayu tidak akan respek lagi kepada raja melayu.

Sepertimana tindakan PR yang meminta agar sultan perak ikut peruntukan undang-undang yang diluluskan oleh sultan sendiri, bahawa dibimbangi di masa akan datang sultan perak tidak akan direspek oleh rakyat perak sendiri, malahan rakyat seluruh Malaysia.

PENUTUP

Kuasa raja sudah berjaya dipertahankan oleh Dato’ Onn dari dilenyek oleh British atas nama Malayan Union. Tapi pada zaman Mahathir, UMNO berjaya mencabut kuasa raja-raja itu.

Kini, Najib sekali lagi buat perangai. Kuasa raja yang semakin menipis itu telah dinafikan kerespekan rakyat terhadapnya. Nampaknya, najib bukan sebagai manusia yang menjaga respek rakyat terhadap sultan, tetapi dia merupakan punca utama raja semakin dibenci oleh rakyat.

Jika difikirkan balik, patut pun Dato’ Onn mati di luar UMNO...

Sekian

p/s : dibimbangi dimasa akan datang, raja melayu sanggup diludah orang orang melayu sendiri, ekoran tindakan UMNO mempergunakan sultan demi kepentingan politik mereka yang maha murah.

Al-Bakistani.
http://g-82.blogspot.com/

ustaz_bakistani@yahoo.com



- Sri Indah (B), Sg Buloh
6 Febuari 2009 * 5:05 petang.






Isnin, 9 Februari 2009

AL-KISAH DUA SUAMI : YANG SAH, YANG JADIAN

AL-KISAH DUA SUAMI : YANG SAH, YANG JADIAN

Seorang ketua kampung mempunyai seorang anak perempuan yang telah dinikahkan kepada seorang lelaki yang baik, walaupun baru sahaja masuk Islam. walaupun dia baru masuk islam, tetapi akhlak dan amalan islamnya lebih baik dari orang yang sudah lama menjadi Islam.

Ketua kampung itu juga mempunyai seorang anak Saudara yang baru sahaja selesai menuntut di luar Negara. Pergaulan bebas, arak, kaki perempuan, zina dan sebagainya yang menjadi “amalan harian” si anak saudara itu menjadi sebati semasa belajar di luar Negara itu, menyebabkan dia menjadi seorang yang “mata keranjang”; tidak boleh tengok perempuan, hatta isteri orang sekalipun.

Di suatu hari, si anak saudaranya itu telah datang menziarahi si bapa saudara, lalu ternampak sepupunya yang sudah menjadi isteri orang itu. dia berkenan dengan sepupunya itu, dan menyedihkan apabila didapati sepupunya itu sudah bernikah.

Nafsu serakahnya semakin menggila, dia tidak kira lagi, sama ada sepupunya itu isteri orang atau tidak, dia tetap mahu berkahwin dengan sepupunya itu.

Dia berfikir. Apa tindakan yang sepatutnya dilakukan.

Akhirnya dia mendapat idea, iaitu memperdaya agar bapa saudaranya dapat mendesak agar menantunya itu menceraikan isterinya, lalu dinikahkan kepadanya.

Si bapa agak tidak bersetuju pada peringkat awalnya. Tetapi setelah “isu keturunan” di mainkan, menyebabkan si bapa terpengaruh.

Bapa itu pun mendesar menantunya agar menceraikan anak perempuannya, tetapi menantunya tidak bersetuju.

Menantu itu menyatakan, jika bapa mahu memaksa dia menceraikan isterinya itu, hendaklah ditanya terlebih dahulu kepada anak perempuannya yang sudah bersuami itu. Bertanya dengan tujuan untuk minta pilihan dari anak perempuannya, adakah mahu kekal dengannya atau, mahu diceraikan lalu dikahwinkan dengan sepupunya.

Pihak bapa tidak mahu bertanya kepada anak perempuanya, kerana dia mengetahui bahawa anak perempuannya itu amat menyintai suaminya yang baik.

Tetapi menyedihkan, disebabkan bapa berjaya diperdayakan oleh si anak saudara yang jahat itu, menyebabkan si bapa tetap berkeras yang akhirnya menikahkan juga anak perempuannya kepada anak saudaranya, sedangkan anak perempuannya itu masih seorang isteri yang sah.

Akad nikah berlaku dengan diakad nikahkan oleh seorang juru nikah yang lulus senawi 4; cakap arab tak berapa nak boleh, bahkan kitab arab pun tak berapa nak boleh ulas. Cumanya diminta menjadi juru nikah, kerana baik sangat dengan pihak bapa yang merupakan ketua kampung. Dikhabarkan juga, perlantikan juru nikah itu bukanlah atas dasar kelayakkannya, tetapi berdasarkan kepada sama-sama dengan si bapa terlibat dengan tarikat naqsyabadiyyah.

Akad nikah pun berlaku dalam keadaan yang meragukan. Mana tidaknya, si menantu tidak menceraikan isterinya lagi, tahu-tahu telah dikahwinkan dengan lelaki yang lain.

Diminta agar bertanya sendiri kepada anak perempuannya; apakah pilihan yang dikehendaki, tetap tidak dilakukan oleh si bapa. Akhirnya, anak perempuan itu menunjukkan sikapnya; dia tidak mahu berkahwin kepada sepupunya itu, kerana nampak sangat sepupunya itu mempergunakan bapanya.

Anak perempuannya itu semakin marah dengan sikap bapa, sehingga sanggup melakukan sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku antara anak dengan bapa.

Dalam keadaan sebegini, Apakah tindakan anak perempuannya yang membantah bapanya boleh dikira sebagai salah ????

Pihak menantu masih berkeras untuk mempertahankan haknya. Memang isterinya itu adalah Anak perempuannya, tetapi sekarang, ia bukan dibawah jagaan si bapa, tetapi sudah berada dibawah tanggungjawab dia.

Sebagai orang yang bertanggungjawab, disamping isterinya itu amat sayang kepadanya, si menantu tidak akan melepaskan isterinya kepada tangan orang lain. Kerana, jika melepaskan juga, ini menunjukkan dia adalah seorang yang dayus, yang disebut oleh Nabi sebagai tidak akan masuk syurga.

Nampaknya pihak bapa tidak bersuara lagi, tapi dari pihak ”suami jadian” pula semakin menjadi-jadi ”jadiannya” itu. sampai satu tahap, ia bertindak seakan-akan mengampu si bapa dengan mengangkat berbagai-bagai banner; meluahkan perkataan yang berbau ampu yang tidak keruan.

Kalimah ”jangan ingkar arahan bapa”, ”mertua wajar dihormati”, ”jangan derhaka kepada bapa”, ”jangan jadi anak derhaka” dan berbagai-bagai lagi.

Walau apa pun terjadi, pihak menantu yang sah tidak melayan, bahkan sewajarnya tidak melayan langsung provokasi perasaan yang dimainkan oleh ”suami jadian”. Ini kerana, si bapa itu telah ditipu dan telah dipergunakan.

Dan diyakini, disuatu masa nanti, bapa pasti akan sedar atas kesilapan yang dilakukan. Pasti dimasa akan datang, si menantu itu akan menjadi seorang menantu yang akan disayangi oleh si bapa, memandangkan berjaya mempertahankan sesuatu yang benar, bahkan menyelamatkan maruahnya untuk masa hadapan.

Moral dari kisah ini, jelas kepada kita, si bapa sebenarnya tidak bersalah dalam hal ini, Cuma bapa hanya tersilap melakukan keputusan; mungkin kerana dia tidak sedar bahawa dia telah diperdayakan oleh si lelaki ”suami jadian” itu.

Yang jahat dalam kes ini adalah ”suami jadian” yang menggunakan segala ruang yang ada untuk memburukkan suami yang sah, bahkan tindakannya itu sebenarnya telah memberi inpak yang buruk kepada si bapa untuk masa hadapan.

Bapa mana tidak terpengaruh, kalau isu yang dibawa oleh si ”suami jadian” itu adalah ”kita satu keturunan”, ”suami yang sah itu bukan keturunan kita”, ”muallaf lah” dan macam-macam yang dimainkan isu yang tidak relevan langsung.

Yang diharapkan sangat, suami yang sah itu hendaklah bertahan; mempertahankan haknya sebagai suami. Mempertahankan hak sehingga titisan darah yang terakhir merupakan tindakan seorang yang mempunyai tanggungjawab; tindakan seorang pendekar, bahkan dijanjikan oleh Allah sebagai syurga.

Sabda Nabi SAW;

مَنْ قُتِلَ دُونَ مَالِهِ فَهُوَ شَهِيدٌ وَمَنْ قُتِلَ دُونَ أَهْلِهِ أَوْ دُونَ دَمِهِ أَوْ دُونَ دِينِهِ فَهُوَ شَهِيدٌ


Maksudnya;
”Barangsiapa yang dibunuh kerana mempertahankan hartanya, maka dia adalah syahid. Barangsiapa yang dibunuh kerana mempertahankan ahli keluarganya, maka dia adalah syahid. Barangsiapa dibunuh kerana mempertahankan agamanya, maka dia adalah Syahid
[1]”

Sekian sudah al-kisah.

Sila baca berita utusan meloya hari ini;

"Kira-kira 700 orang yang mewakili pelbagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) mengadakan perhimpunan secara aman di pekarangan Ibu Pejabat UMNO Perak di Ipoh, semalam, bagi mengutuk tindakan bekas Menteri Besar, Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin yang enggan meletak jawatan.

Mereka menyertai Himpunan Barisan Bertindak Perpaduan Melayu Malaysia melaungkan ‘Daulat Tuanku’ sebagai tanda sokongan penuh terhadap Sultan Perak manakala gambar kanan wakil Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah (Pekida), Sahril Aziz yang menyertai bantahan di hadapan pejabat DAP Perak di Ipoh menunjukkan surat yang akan dihantar kepada Pengerusi DAP, Karpal Singh supaya memohon ampun atas kenyataannya untuk menyaman Sultan"

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0209&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_02.htm


sekian

Al-Bakistani
http://g-82.blogspot.com

ustaz_bakistani@yahoo.com



- Sri Indah (B), Sg Buloh
9 Febuari 2009 * 4:25 petang.
[1] Sunan Abi Daud : 4142.