Selasa, 17 Mac 2009

KENAPA ALI KENA, KHAIRY SELAMAT??

KENAPA ALI KENA, KHAIRY SELAMAT??

Khairy menantu Pak Lah. Terbukti terlibat seperti Ali, tapi kenapa tak kena tindakan macam Ali???

Ali pula orang siapa?? Pak Lah ke, Najib???

Apakah ini semua rentetan pertemuan Pak Lah dan Pak Syaikh Anwar di Hulu Langat baru-baru ini????

Nampaknya, najib diserang bertubi-tubi.. bermula kes jenayah yang melibatkan peribadi hinggakan jenayah kawan-kawan...

Apakah Najib jadi Presiden UMNO nanti, tapi Timbalan dia bukan orang kuat dia????

Apakah kejutan besar akan berlaku lagi????

Nampaknya, padang bola sudah dinyalakan lampu. Pemain-pemainnya sudah bersiap sedia untuk memulakan perlawanan. Penonton juga tidak sabar untuk menyaksikan perlawanan hebat.

Di harap, penonton jangan sampai sama-sama masuk padang sudah... tak tahan sangat pun, sekadar komen kat luar padang jer tak per.... bimbang juga, ada penonton yang bangang-bangang ni masuk sama. Tak pasal-pasal, tragedi september lepas berulang kembali....

Sekian

Al-Bakistani
http://g-82.blogspot.com/

ustaz_bakistani@yahoo.com






KISAH CINTA NABI SAW: SIRI 19

CIUM ISTERI JADI RUTIN HARIAN

Mencium Isteri merupakan ibadah. Islam memandang, tindakan tersebut tidak terlarang, bahkan dapat memberikan pahala kepada suami. Lebih-lebih lagi, dengan ciuman itu akan membawa kepada bersetubuh.

Isteri pasti akan gembira apabila mereka selalu dicium oleh suami mereka. Hati yang gundah, bisa menjadi bahagia. Gelap kesedihan, bisa menjadi cerah dengan keriangan.

Dilihat kepada Nabi, suri tauladan ini menjadi amalan harian Nabi SAW dikala bersama Isteri. Tindakan Nabi itu tidak pernah diabaikan, hatta dalam bulan ramadhan sekalipun.

Aisyah R.Ha ada meriwayatkan hadis dengan katanya;

كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يُقَبِّلُ فِي رَمَضَانَ وَهُوَ صَائِمٌ

Maksudnya;
“Rasulullah SAW sentiasa mencium aku dalam bulan Ramadhan, ketika itu Baginda SAW sedang berpuasa
[1]”

Hadis ini amat nyata lagi jelas, Nabi SAW tetap juga memberikan kasih sayang baginda kepada isteri tanpa mengira waktu. Bulan Ramadhan yang diwajibkan berpuasa tidak dijadikan penghalang bagi Nabi untuk bermesra dengan isteri.

Mungkin ada sebilangan pihak akan merasa ganjil berkenaan dengan cium Isteri ketika sedang berpuasa. Segi hukum, cium isteri dikala sedang berpuasa bukanlah larangan. Tetapi yang terlarang adalah, cium itu boleh membawa kepada bersetubuh.

Ekoran dari itulah, ada sebilangan ulama fiqh menfatwakan mencium isteri bagi orang berpuasa adalah makruh. Mereka menyandarkan kepada satu hadis yang diriwayatkan oleh Aisyah R.Ha yang berkata;

أتى رسول الله صلى الله عليه وسلم رجل ، فقال : أقبل في رمضان ؟ قال : « نعم » ثم أتاه آخر ، فقال : أقبل في رمضان ؟ قال : لا ، فقالت عائشة : يا نبي الله ، أذنت لذلك ، ومنعت هذا ؟ قال : « إن الذي أذنت له شيخ كبير يملك إربه ، والذي منعته رجل شاب لا يملك إربه ، فلذلك منعته

Maksudnya;
“Seorang lelaki datang berjumpa dengan Rasulullah SAW, berkata; “bolehkah aku cium isteriku pada bulan Ramadhan?” Nabi berkata : “boleh”. Datang pula lelaki lain bertanya; “bolehkah aku cium isteriku pada bulan Ramadhan?” nabi berkata : “tidak boleh”. Aisyah berkata: Wahai Nabi Allah, kamu izinkan yang ini, dan kamu mencegah yang itu? berkata Nabi : Yang Aku izinkan itu adalah seorang lelaki yang sudah tua. Pasti dia mampu menahan syahwatnya. Dan yang Aku cegah itu pula adalah adalah lelaki muda. Dia tidak mampu menahan syahwatnya, sebab itulah aku mencegahnya
[2]”

Jelas dari hadis ini. Larangan dari Nabi agar tidak mencium Isteri dalam bulan ramadhan adalah dikala bimbang berlaku persetubuhan. Adapun jika tidak ada kebimbangan berlaku persetubuhan, maka mencium Isteri itu adalah ibadah, yang memberikan pahala kepada orang yang melakukannya.

Nah !! tauladan Nabi ini amat berguna untuk dijadikan panduan dalam mencipta kemesraan dan kebahagiaan dalam berumahtangga. Dengan mencium Isteri, kebahagiaan, kemesraan dan keseronokkan dalam berumah tangga pasti akan wujud.

Jadikanlah mencium isteri ini sebagai rutin harian. kerana, disebalik tunjuk ajar nabi ini, pasti akan melahirkan sesuatu yang tidak terduga dalam melayari bahtera dalam usaha menuju ke Syurga Allah.

Sekian

Wallahu ‘Alam

Al-Bakistani
http://g-82.blogspot.com/

ustaz_bakistani@yahoo.com



- Sri Indah (B), Sg Buloh
18 mac 2009 * 1:26 pagi


[1] Sahih Muslim : 1860
[2] Amali Al-Muhamali : 105.

UMNO – RASUAH : ISI – KUKU

UMNO – RASUAH : ISI – KUKU

Ali Rustam dilucut kelayakan bertanding jawatan Timbalan Presiden Parti Orang Utan. Khairi didapati bersalah, tapi sekadar bagi amaran. Semuanya kerana, terbukti main duit. rasuah.

Parti Orang Utan ni, sesame dia pun main Rasuah. Kalau dia lawan PAS, PKR dan DAP. Agak-agak dia ni main rasuah ke tidak ????

Sekian

Al-Bakistani
http://g-82.blogspot.com/

ustaz_bakistani@yahoo.com



- Sri Indah (B), Sg Buloh
17 mac 2009 * 11 :45 malam

Isnin, 16 Mac 2009

UMNO – PAS NAK GABUNG???

ada ke patut, diajak gabung dengan Orang ini???

UMNO – PAS NAK GABUNG???

Utusan meroyan melaporkan
[1];

“KUALA LUMPUR 16 Mac - UMNO dan Pas perlu mencari mekanisme terbaik jika kedua-dua parti itu mahu meneruskan hasrat mereka untuk bergabung”

““Ketua UMNO Bahagian Cheras, Senator Datuk Wira Syed Ali Alhabshee berkata, kedua-dua parti itu juga perlu bersedia untuk berkorban dan ikhlas menerima sebarang perubahan terutamanya perkara yang membabitkan prinsip serta ideologi masing-masing”

“"Bercakap memang mudah, tetapi hendak melaksanakan, ia satu perkara yang sukar jika kedua-dua parti tidak ada keikhlasan untuk menjayakannya”

"Jika Pas hendak sertai Barisan Nasional (BN), kita kena cari mekanisme terbaik bagi menjayakannya, kedua-dua parti perlu ada keikhlasan dan banyak berkorban,"katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini”

“Beliau diminta mengulas kenyataan Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Datuk Seri Dr. Mohamad Khir Toyo yang mencadangkan kewujudan kerajaan perpaduan yang menggabungkan BN khususnya UMNO dan Pas yang merupakan impian seluruh orang Melayu di negara ini”

“Mohamad Khir berkata, segala usaha yang boleh menggerakkan ke arah merealisasikan impian tersebut antaranya mengadakan pertemuan di peringkat kepimpinan parti perlu dilakukan secara bersungguh-sungguh”

KOMEN:

Parti orang Utan mula bersuara. Nak gabung dengan PAS. ajak PAS masuk BN. Baru nampak sapa mengalah. Dah teruk sangat ke, sampai ajak gabung-gabung.

UMNO kan orang kalah. Bermakna, bukannya PAS kena ikut cakap BN. Bukannya PAS kena gabung dengan BN. Tapi BN kena ikut cakap PAS. BN kena masuk PAS.

Tok guru Nik Abdul Aziz dah sebut. Orang dah serik gabung dengan UMNO. Kalau UMNO nak gabung dengan PAS juga. Bubar UMNO, bubar PAS, lepas tu kita buat satu parti yang jadikan Islam sebagai asas parti.

UMNO nak ker???

Kauorang bagitau, kena berkorban dan ikhlas menerima sebarang perubahan terutamanya perkara yang membabitkan prinsip serta ideologi masing-masing.

Mana boleh korbankan islam??? Gila ke hapa?? Nak suruh orang PAS jadi kafir ker???

Kau orang tu la kena korban. Buang kebangsaan. Ambil Islam. buang rasuah, ambil islam. buang Perkauman, ambil islam. buang penindasan, ambil Islam. serba serbi Islam. korang mau ke wahai parti Orang Utan???

Takkan PAS nak gabung dengan Parti orang Utan kot???? Isy.. tak sanggup aku nak kawan Orang Utan ni...

Kan tok guru nik Aziz selalu sebut. PAS bubar kalau UMNO laksana Islam. UMNO jadi Muallaf, PAS bubar la. Sebab, kalau nak lawan pun, tak ada alasan. Kita sudah jadi saudara. Saudara baru dengan saudara lama.

Yang dok rasa pelik lagi. Kenapa Khir Toyo selalu sangat sebut pasal gabung PAS dengan UMNO ni???

Ada bincang pintu belakang lagi ker?? Kalau ada, dengan sapa??? Kami pun nak tau juga.... takkan berahsia-rahsia kot????

Ke dah terlalu takut sangat. Takut rahsia yang mahu didedahkan lagi oleh Tan Sri Khalid??? Rilex la... baru sikit tu.. ada banyak lagi nak didedahkan ...

UMNO tak payah gabung dengan PAS. tapi, orang-orang UMNO keluar parti, pastu semuanya pakat masuk PAS. amacam??? Baru bijaksana namanya...

Kalau tak nak, baik tak payah... nak gabung juga dengan UMNO, itu semua kerja gila babi.. babi pun tak gila macam tu tau....... bergabung dengan UMNO, bermakna gabung dengan Orang Utan. Gabung dengan Orang Utan, rasa macam Orang Utan pula...

Ada satu cerita tu. Ada satu ceramah yang disampaikan oleh seorang pimpinan UMNO di satu tempat. Lalu dia berjumpa dengan salah seorang pendengar ceramahnya. Pendengar itu kata, ”Saya bukan orang UMNO”. Pimpinan UMNO itu tanya, ”kenapa awak tak masuk UMNO”. Pendengar itu kata, ”sebab ibu dan bapa saya bukan orang UMNO”. Pimpinan UMNO itu kata lagi, ”kalau macam tu, jika ibu dan bapa kamu orang Utan”. Pendengar itu berkata, ”sudah pasti saya jadi Orang UMNO”.

Isy.. isy... isy... jijiknya UMNO....

UMNO memang jijik dan kotor...

Sekian

Al-Bakistani
http://g-82.blogspot.com/

ustaz_bakistani@yahoo.com



- sri Indah (B), Sg buloh
17 mac 2009 * 4:21 pagi







[1]http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0317&pub=Utusan_Malaysia&sec=Politik&pg=po_03.htm

TADABBUR AL-QURAN : SIRI 12

JANGAN SAMAKAN JUAL BELI, RIBA DAN SEDEKAH

Firman Allah;

الَّذِينَ يَأْكُلُونَ الرِّبَا لَا يَقُومُونَ إِلَّا كَمَا يَقُومُ الَّذِي يَتَخَبَّطُهُ الشَّيْطَانُ مِنَ الْمَسِّ ذَلِكَ بِأَنَّهُمْ قَالُوا إِنَّمَا الْبَيْعُ مِثْلُ الرِّبَا وَأَحَلَّ اللَّهُ الْبَيْعَ وَحَرَّمَ الرِّبَا فَمَنْ جَاءَهُ مَوْعِظَةٌ مِنْ رَبِّهِ فَانْتَهَى فَلَهُ مَا سَلَفَ وَأَمْرُهُ إِلَى اللَّهِ وَمَنْ عَادَ فَأُولَئِكَ أَصْحَابُ النَّارِ هُمْ فِيهَا خَالِدُونَ

Maksudnya;
“Orang-orang yang makan (mengambil) riba tidak dapat berdiri melainkan seperti berdirinya orang yang kemasukan syaitan lantaran (tekanan) penyakit gila. Keadaan mereka yang demikian itu, adalah disebabkan mereka berkata (berpendapat), sesungguhnya jual beli itu sama dengan riba, padahal Allah telah menghalalkan jual beli dan mengharamkan riba. Orang-orang yang telah sampai kepadanya larangan dari Tuhannya, lalu terus berhenti (dari mengambil riba), maka baginya apa yang telah diambilnya dahulu (sebelum datang larangan); dan urusannya (terserah) kepada Allah. Orang yang kembali (mengambil riba), maka orang itu adalah penghuni-penghuni neraka; mereka kekal di dalamnya”

(Surah Al-Baqarah : 275)

HURAIAN

Dalam ayat-ayat yang lepas, Allah menjelaskan tentang sedekah. Sedekah bermaksud memberikan sesuatu pemberian tanpa mengharapkan pembalasan. Dalam ayat ini pula, Allah menjelaskan dua jenis pemberian yang mengharapkan pembalasan, iaitu jual beli dan riba.

Jual beli adalah perkara yang diizinkan. Adapun riba, adalah perkara yang dilarang oleh syarak. Keizinan jual beli kerana ia mengandungi maksud menyempurnakan keperluan manusia. adapun riba, ia mengandungi unsur menzalimi dan menindas manusia.

Makna riba dari sudut bahasa adalah “penambahan”

Adapun makna riba dari sudut Syarak pula adalah;

“sebarang tambahan dalam barangan tertentu dan tambahan di atas hutang akibat penangguhan tempoh”

Menurut Ulama Fiqh, Riba terbahagi kepada beberapa bentuk, iaitu seperti berikut;

(a) Riba Ad-Duyun (riba yang berpunca daripada hutang)
(b) Riba Al-Buyu’ (riba yang berpunca dari jual beli barangan ribawi)

RIBA AD-DUYUN

Riba Ad-Duyun ini terbahagi kepada ;

(a) Riba Al-Qardh : iaitu penambahan yang disyarakan atas pemberian jumlah pinjaman pokok. Syarat itu dibuat di awal kontrak pinjaman yang dikenakan oleh pemberi pinjam terhadap peminjam.
(b) Riba Al-Jahiliyyah : iaitu penambahan yang berlaku dikala peminjam gagal membayar hutangnya pada tempoh yang telah ditetapkan.

RIBA AL-BUYU’

Riba Al-buyu’ terbahagi kepada ;

(a) Riba An-Nasa’ : jual beli antara dua barang ribawi yang sama jenis secara tangguh. Seperti (a) pembelian emas atau perak dengan harga yang ditetapkan secara tangguh. (b) pembelian beras dengan menukarkannya dengan gandum secara tangguh.
(b) Riba Al-fadhl : jual beli antara dua barang ribawi yang sama jenis dengan berbeza kadar berat atau kuantitinya. Seperti (a) menukar emas jenis A yang berat 6 gram dengan emas jenis B yang berat 7 gram (bermaksud : terlebih 1 gram). Atau (b) jual beli berat gred A dengan 10 kilo dengan beras gred B dengan 5 kilo (bermaksud : terlebih 5 kilo)

ASNAF RIBA:

Asnaf riba ada 6 perkara, iaitu (1) Emas; (2) Perak; (3) beras; (4) gandum; (5) Tamar; dan (6) garam.

Ianya disandarkan kepada hadis nabi;

عُبَادَةَ بْنَ الصَّامِتِ فَقَامَ فَقَالَ إِنِّي سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَنْهَى عَنْ بَيْعِ الذَّهَبِ بِالذَّهَبِ وَالْفِضَّةِ بِالْفِضَّةِ وَالْبُرِّ بِالْبُرِّ وَالشَّعِيرِ بِالشَّعِيرِ وَالتَّمْرِ بِالتَّمْرِ وَالْمِلْحِ بِالْمِلْحِ إِلَّا سَوَاءً بِسَوَاءٍ عَيْنًا بِعَيْنٍ فَمَنْ زَادَ أَوْ ازْدَادَ فَقَدْ أَرْبَى

Maksudnya;
“Daripada Ubbadah bin As-Somit berkata; aku dengar Rasulullah Saw menegah daripada jual emas dengan emas, perak dengan perak, gandum dengan gandum, barli dengan barli, tamar dengan tamar dan garam dengan garam, melainkan sama timbangan dan sukatannya, dan ain dengan ain. barangsiapa yang melebihkannya, maka sesugguhnya telah menjadi riba
[1]”


***

Firman Allah;

الَّذِينَ يَأْكُلُونَ الرِّبَا

Maksudnya;
“Orang-orang yang makan (mengambil) riba”

Dalam ayat ini, Allah menyebut, “orang-orang yang makan riba”. Persoalannya, apa yang dimaksudkan dengan makan riba disini. Apakah yang melibatkan kepada asnad riba sahaja, atau bagaimana???

Maksud makan dalam ayat ini, bukanlah bermaksud makan seperti kita makan nasi. Tetapi, maksud makan disini adalah kita bermuamalat dengan riba. Sengaja Allah menyebut makan, kerana mengikut sasteranya, kalimah makan itu amat mudah untuk difahami dalam memaksudkan dengan bermuamalah.

Ini diumpamakan seperti firman Allah;

الذين يَأْكُلُونَ أموال اليتامى ظُلْماً

Maksudnya;
”mereka yang makan harta-harta anak-anak yatim secara zalim”

(Surah An-Nisa’ : 10)

Jika direnung balik, harta anak yatim yang dilarang makan itu bukanlah harta yang berbentuk makanan sahaja, bahkan harta lain, seperti duit, benda dan sebagianya juga dilarang untuk diselewengkan. Justeru, ayat ini menggunakan kalimah ”makan”. Ianya membawa maksud adalah larangan dari menggunakan harta anak yatim, atau menyelewengkan harta anak yatim, walaupun tidak ada unsur makan makanan sekalipun.

Makan harta riba adalah haram. Ia dikira sebagai memakan harta manusia secara batil.

Firman Allah;

وَلاَ تَأْكُلُواْ أموالكم بَيْنَكُم بالباطل

Maksudnya;
“Jangan kamu makan harta-harta kamu di kalangan kamu dengan batil”

(surah Al-Baqarah : 188)

Apabila disebut riba, wujud didalamnya unsur zalim. Seperti riba ad-duyun. Riba yang melibatkan kepada hutang. Selalunya, orang berhutang adalah orang yang memerlukan. Hutang merupakan cara untuk Allah memberikan pahala kepada orang-orang kaya, bukannya untuk diambil kesempatan.

Apabila orang kaya meletakkan syarat, bahawa hendaklah membayar hutang itu lebih dari kadar yang diberi hutang. Dalam keadaan itulah, menyebabkan si miskin yang memerlukan terpaksa bekerja lebih demi untuk membayar balik hutangnya. Bermakna, si kaya memakan hasil usaha si miskin dengan cara batil.

Kaedah riba sebeginilah yang dilakukan oleh golongan jahiliyyah terdahulu. Tetapi sekarang, amalan jahiliyyah ini menjadi amalan biasa. Ini terbukti dengan lahirnya bermacam-macam syarikat pinjam wang yang dinamakan sebagai “Ah Long”.

Apabila pihak miskin sentiasa diperah peluhnya untuk memberikan kekayaan kepada golongan kaya secara zalim ini, sudah pasti akan melahirkan perasaan benci antara si kaya dan si miskin. Ketika itu, berlakulah apa yang disebut sebagai putus “silah Ar-rahm”.

***

Firman Allah;

لَا يَقُومُونَ إِلَّا كَمَا يَقُومُ الَّذِي يَتَخَبَّطُهُ الشَّيْطَانُ مِنَ الْمَسِّ

Maksudnya;
“tidak dapat berdiri melainkan seperti berdirinya orang yang kemasukan syaitan lantaran (tekanan) penyakit gila”

Allah menjelaskan, orang yang makan riba itu, mereka akan dibangkitkan di akhirat nanti seperti orang yang ditimpa penyakit hasteria; yang dimasuki Syaitan.

Ulama tafsir menyebut, maksud dibangkit pada ayat ini ada dua tafsiran, iaitu (a) dibangkitkan di alam akhirat nanti; (b) dibangkitkan dari kubur nanti.

Ada ulama tafsir lain menyatakan, orang-orang yang makan riba itu digambarkan oleh Allah dibangkit seperti orang kemasukan Syaitan, bukanlah mereka dimasuki syaitan, tetapi mereka sebenarnya dibangkitkan sepertimana Syaitan dibangkitkan nanti. Mereka dibangkit sedemikian, kerana mereka mengambil ajaran Syaitan (makan riba) sebagai jalan hidup mereka.

Syaitan bertindak berdasarkan kepada hawa nafsu dan syahwat, maka begitujuga dibangkitkan orang-orang yang makan riba. Kerena, mereka semasa hidup didunia dulu berperangai seperti syaitan, iaitu sentiasa mengikut hawa nafsu dan syahwat.

Ada ulama tafsir lain pula kata, disebbakan mereka makan riba, maka mereka akan dibangkitkan dalam keadaan diri mereka dimasuki syaitan. Mereka tidak sedarkan diri, seperti orang gila.

Mereka dibangkitkan hari kiamat nanti dalam keadaan cepat-cepat. Perut mereka di”riba”kan oleh Allah sehingga menjadi besar, sebesar rumah, menyebabkan perut mereka yang besar itu menjadi azab. Mereka bersegera berjalan menuju kepada syurga, tetapi mereka tidak mampu disebabkan tidak larat untuk membawa perut mereka sendiri.

Keadaan seperti ini, pernah dilihat sendiri oleh nabi Saw semasa baginda menghadiri jemputan Allah pada malam Isra’ dan Mikraj.

Ada pula ulama lain menyatakan, maksud mereka dimasuki syaitan adalah mereka hidup tidak tenang. Mereka sentiasa dalam kebimbangan, seperti manusia yang kemasukan syaitan.

***

Firman Allah;

ذَلِكَ بِأَنَّهُمْ قَالُوا إِنَّمَا الْبَيْعُ مِثْلُ الرِّبَا

Maksudnya;
”Keadaan mereka yang demikian itu, adalah disebabkan mereka berkata (berpendapat), sesungguhnya jual beli itu sama dengan riba”

jika diperhatikan, manusia pasti akan terikat dengan riba. Sehinggakan pernah disebut oleh Nabi SAW, sampai satu tahap, walaupun manusia mengelak dari makan riba, tetapi mereka tetap terkena dengan debu riba.

Sabda Nabi SAW;

يأتي على الناس زمان يأكلون فيه الربا" قال: قيل له: الناس كلهم؟ قال: "من لم يأكله منهم ناله من غباره

Maksudnya;
“Akan datang atas manusia itu satu zaman, mereka makan riba. Ditanya; adakah semua manusia??: bersabda : mereka tidak makan pun, tetapi mereka terkena debunya”

Orang yang makan riba sudah dikira sebagai orang yang berdosa besar. Maka dalam ayat ini pula, Allah menyatakan tentang satu lagi golongan manusia, iaitu mereka yang mengatakan riba itu adalah jual beli juga. Tujuan mereka kata macam itu, kerana mereka mahu menghalalkan perkara yang telah Allah haramkan.

Mereka sengaja mengatakan begitu. Mereka mendatangkan hujjah-hujjah mereka sendiri. Seperti mereka dakwa, jual beli ada unsur redha-meredhai, maka begitujuga riba. Mereka dakwa, jual beli ada unsur pulangan dan untung, maka begitujuga riba.

***

Firman Allah;

وَأَحَلَّ اللَّهُ الْبَيْعَ وَحَرَّمَ الرِّبَا

Maksudnya;
“Allah telah menghalalkan jual beli dan mengharamkan riba”

Walaupun ada manusia yang berkeras mahu menyatakan riba adalah halal dengan membandingkan dengan jual beli, maka ayat ini Allah menjelaskan bahawa riba dan jual beli adalah dua unsure yang berbeza.

Jual beli mempunyai unsure menyempurnakan keperluan manusia, walaupun mendapat untung. Adapun riba, ia tidak mempunyai unsure menyempurnakan keperluan manusia, tetapi ia mengandungi unsure mendapat keuntungan “atas darat” disamping mempunyai unsure menindas.

Ayat ini menjadi dalil, sebarang perkara yang bernama jual beli, maka ia adalah halal. Dan sebarang perkara yang bernama riba, maka ia adalah haram.

***

Firman Allah;

فَمَنْ جَاءَهُ مَوْعِظَةٌ مِنْ رَبِّهِ فَانْتَهَى فَلَهُ مَا سَلَفَ وَأَمْرُهُ إِلَى اللَّهِ

Maksudnya;
“Orang-orang yang telah sampai kepadanya larangan dari Tuhannya, lalu terus berhenti (dari mengambil riba), maka baginya apa yang telah diambilnya dahulu (sebelum datang larangan); dan urusannya (terserah) kepada Allah”

Ayat ini, Allah menyatakan bahawa mereka yang telah mengambil riba sebelum turunnya pengharaman riba, maka duit riba yang telah dimakan itu tidak perlu dipulangkan balik.

Adapun jika masih ada lagi duit riba itu ditangannya, maka hendaklah dipulangkan kepada mereka yang diambil duit riba.

***

Firman Allah;

وَمَنْ عَادَ فَأُولَئِكَ أَصْحَابُ النَّارِ هُمْ فِيهَا خَالِدُونَ

Maksudnya;
“Orang yang kembali (mengambil riba), maka orang itu adalah penghuni-penghuni neraka; mereka kekal di dalamnya.”

Adapun mereka yang kembali mengambil riba balik, iaitu setelah diharamkan, maka orang sebegini layak menerima azab dari Allah SWT.

Dalam menerima azab itu, ada dua golongan manusia, iaitu (a) mereka yang menghalalkan riba; (b) mereka yang berdegil tetap mahu makan riba juga.

Bagi mereka yang sekadar degil dengan mahu makan riba juga, mereka akan dimasukkan ke dalam neraka kadar maksiat yang mereka lakukan sahaja. Adapun mereka yang ingkar ajaran Allah dengan menghalalkan riba, mereka akan dimasukkan ke dalam neraka sampai bila-bila. Ianya kerana, mereka telah kufur dan terkeluar daripada Islam, kerana menghalalkan perkara yang Allah haramkan.

Sekian

Wallahu ‘Alam

Al-Bakistani
http://g-82.blogspot.com/

ustaz_bakistani@yahoo.com



- Sri Indah (B), Sg Buloh
17 mac 2009 * 3:36 pagi



[1] Sahih Muslim : 2969.

HINA DI DUNIA DAN AKHIRAT

HINA DI DUNIA DAN AKHIRAT

Memang manusia tidak suka di hina. Walaupun mereka bertindak dengan tindakan yang layak mereka menerima penghinaan.

Apabila orang tidak suka dihina, maka janganlah menghina. Tetapi, jika mereka tidak kisah dihina, terpulanglah kepadanya, apakah mahu menghina atau tidak.

Begitujuga, jika mereka tidak suka dihina, maka janganlah melakukan tindakan yang menyebabkan orang mahu menghinanya. Tetapi, jika mereka tak kisah dihina, maka lakukan apa sahaja, agar manusia tidak segan silu mahu menghinanya.

Persoalannya, apakah menghina itu salah atau tidak???

Hina adalah satu sifat yang melekat kepada seseorang. Adapun menghina, adalah perbuatan manusia yang dilakukan secara ikhtiyari.

Menghina ada kalanya dapat dosa, tetapi tidak boleh dinafikan, menghina juga dapat pahala.

Menghina sesuatu yang tidak hak, itu adalah kesalahan. Tetapi, menghina dalam perkara yang hak, maka itu dibenarkan.

Lihatlah Allah menghina Abu Lahab kerana jahatnya. Tindakan Abu Lahab yang melampau, dengan membaling batu kepada Nabi yang menyampaikan yang hak, menyampaikan kebenaran yang merupakan undang-undang Allah yang tidak boleh dilawan.

Nabi SAW juga pernah menyebut;

بِئْسَ أَخُو الْعَشِيرَةِ وَبِئْسَ ابْنُ الْعَشِيرَةِ

Maksudnya;
”sejahat-jahat adik beradik, dan sejahat-jahat keturunan”

Kalimah penghinaan yang diungkapkan nabi ini, ditujukan kepada sejahat-jahat manusia, yang disifatkan oleh nabi SAW dengan sabda baginda;

إِنَّ شَرَّ النَّاسِ عِنْدَ اللَّهِ مَنْزِلَةً يَوْمَ الْقِيَامَةِ مَنْ تَرَكَهُ النَّاسُ اتِّقَاءَ شَرِّهِ


Maksudnya;
”Sesungguhnya sejahat-jahat manusia disisi Allah pada hari kiamat nanti adalah mereka yang tidak dilayan manusia kerana takut kepadanya ekoran kejahatannya
[1]”

Hadis ini menjadi bukti, nabi juga menghina orang jahat. Kejahatan sehingga sampai satu tahap, manusia lain takut kepadanya. Orang sebegini memang layak dihina.

Bahkan, jika menghina juga manusa sebegini, menghasilkan pahala. Jika tidak dapat pahala, masakan dilakukan oleh Nabi SAW???

Juga, ulama-ulama hadis terdahulu banyak menghina kepada perawi-perawi hadis yang sengaja merekacipta hadis. Lihatlah kalimah ”Ad-Dajjal” yang sering diungkapkan oleh Imam Al-’Iraqi, Imam Az-Zahabi, Imam Ibnu Hajar Al-Asqalani kepada perekacipta hadis. Semuanya kerana, mereka layak dihina kerana kejahatan mereka menyelewengkan hadis.

Kalau orang yang merekacipta hadis juga layak dihina, bagaimana pula orang yang merekecipta Islam yang Allah turunkan. Islam sudah indah, lalu mereka edit islam mengikut hawa nafsu mereka. Apakah mereka ini tidak layak dihina????

Justeru, jangan salah anggap. Bukan semua perbuatan menghina itu adalah salah, bahkan dalam keadaan tertentu, ia adalah keizinan yang diberikan pahala.

Kepada pihak yang tidak suka dihina, jangan sekali-kali bertindak dengan tindakan yang menyebabkan orang rasa mahu menghina. Jika bertindak juga, jangan dimarah kepada orang yang menghina, kerana itu bukan kesalahan penghina, tetapi kesalahan pihak yang dihina.

Bimbangnya. Jika kamu menyalahkan kepada pihak yang menghina dalam keadaan kamu bertindak dengan tindakan yang layak dihina, dibimbangi kamu akan digelar sebagai firaun di suatu masa nanti.

Ini kerana, sejarah telah membuktikan kejahatan firaun yang layak dihina itu menyebabkan Musa yang menghina Firaun dimarahi. Bukan sekadar itu, bagi menutup mulut Musa, Firaun bertindak mahu membunuh Musa.

Natijah akhirnya, di masa musa hidup, hanya musa dan pengikutnya sahaja menghina firaun, tetapi selepas kematian musa sehingga kini, seluruh dunia menghina firaun. semuanya adalah kesalahan Firuan, bukan kesalahan musa.

Adapun jika kamu tidak melakukan perkara yang layak dihina, tetapi tetap diberikan kehinaan. Bersyukurlah, kamu akan diberikan pahala besar di akhirat nanti ekoran kamu dihina dalam perkara yang tidak hak.

Renung-renungkanlah ......

Sekian

Al-Bakistani
http://g-82.blogspot.com/

ustaz_bakistani@yahoo.com




- Sri Indah (B), Sg Buloh
16 mac 2009 * 3:36 petang


[1] Sahih Al-Bukhari : 5572.

Ahad, 15 Mac 2009

GENJATAN SENJATA DALAM PEPERANGAN??

GENJATAN SENJATA DALAM PEPERANGAN??

Dalam peperangan, apabila wujud pihak yang hampir kalah, selalunya pihak tersebut akan angkat bendera “surrender”. Cara surrender tersebut, selalunya diminta adakan genjatan senjata.

Sejarah membuktikan, peperangan antara Ali dan Muawiyyah, dilihat Muawiyyah yang angkat bendera putih sebagai permohonan diadakan genjatan senjata. Dalam genjatan tersebut, diminta untuk diadakan “majlis Tahkim”.

Pihak ‘Ali yang dilihat hampir menang, menerima genjatan Senjata itu. Alasan Ali cukup senang, kita adalah bersaudara. Apa gunanya kita bergaduh. Oleh itu, lebih baik kita berbincang dalam majlis tahkim tersebut demi mencari kesefahaman.

Abu Musa Al-As’ari yang mewakili Ali merupakan seorang yang bijak, tetapi tidak petah berkata-kata seperti Amru bin Al-As. Dalam majlis tahkim tersebut, keputusan dibuat. Dilihat, Muawiyyah lebih mendapat keuntungan berbanding Ali.

Ali akur, sebab Ali berjiwa pemaaf. Tambah-tambah lagi, merebut jawatan bukan perangai Ali. Tapi sedih, sebilangan pengikut Ali memberontak. Golongan memberontak disebut sebagai Khawarij.

Ali melakukan kesilapan bukan kerana hatinya yang kotor, tetapi disebabkan hatinya yang terlalu bersih, sehingga memaafkan sesiapa sahaja, walaupun ada orang yang mahu menjatuhkannya.

Jika dilihat pada cerita ini. Kita akan dapat buat keputusan. Genjatan senjata tidak akan berlaku dari pihak yang sedang hampir kepada menang, tetapi akan berlaku dari pihak yang hampir kepada kalah.

Tetapi, jika cadangan genjatan senjata itu datang dari pihak yang hampir kepada menang, maka itu adalah sesuatu yang pelik.

Apabila pihak yang hampir menang memberi cadangan untuk di adakan genjatan senjata, pasti pihak yang hampir kalah akan menerima. Ini kerana, apabila menerima genjatan senjata itu, inilah masanya mereka mahu membaiki balik segala kerosakan dan kelemahan yang mereka sedang alami.

Tetapi, jika pihak yang hampir kalah itu cerdik, mereka akan melihat terlebih dahulu bentuk genjatan yang mahu dilakukan. Apakah genjatan itu merupakan provokasi untuk menjahanamkan kesatuan mereka, ataupun genjatan itu sememangnya ikhlas.

Yang paling penting sekarang adalah, agar pihak yang hampir menang tidak menjadikan genjatan senjata itu sebagai cara untuk musuh mengkuatkan kesatuan mereka, kerana apabila kesatuan mereka menjadi kuat kembali, dibimbangi mereka akan menyerang kita tanpa belas kasihan, seperti serangan yang mereka telah lakukan sejak sekian lama.

Sebab itulah, kita kena ingat pepatah orang-orang tua yang ada mengatakan agar kita berhati-hati dengan anjing yang tersepit, kerana dibimbangi apabila anjing itu terlepas, orang yang melepaskan itu akan digigit oleh anjing tersebut.

Pun begitu, jika kita melepaskan anjing rongak, maka itu dilihat agak relevan. Ini kerana, jika ia mahu gigit kita balik pun, gigitannya tidak akan memberikan kesan buruk kepada kita, bahkan kadang-kadang kita boleh tertawakan balik pada anjing itu.

Persoalannya, apakah UMNO kini adalah anjing rongak???..... jom kita pakat-pakat fikir sepadu-padunya.....

Sekian

Wallahu ’Alam

Al-Bakistani
http://g-82.blogspot.com

ustaz_bakistani@yahoo.com



- Sri Indah (B), Sg Buloh
16 mac 2009 * 1:51 pagi