Isnin, 5 April 2010

MENGIMBAU SEJARAH : PALESTINE

One Palestine vs One Israel
Perpaduan Palestine di Makkah

Akibatnya menyedihkan juga


ini bukan di palestine



SOKONG KEBENARAN ATAU ORANG?

SOKONG KEBENARAN ATAU ORANG?

Kebenaran dan kebatilan, sesiapa sahaja boleh melakukannya. Ada orang alim yang membawa kebatilan, dan ada orang jahil membawa kebenaran. Cumanya, kebiasaan bagi orang jahil membawa kebatilan, dan kebiasaan bagi orang alim membawa kebenaran.

Namun, adalah salah jika dikatakan bahawa semua orang alim membawa kebenaran. Masakan tidak, Imam Al-Ghazali boleh meletakkan satu istilah yang disebut ”ulama as-Su’” atau ”ulama jahat” dalam kitabnya, ”ihya’ ulum ad-din”.

Ulama jahat adalah ulama yang menggunakan agama untuk kepentingan diri, sehingga ada sebilangan mereka menjadikan agama sebagai untuk mempertahankan jawatan, bahkan ada sebilangan mereka yang lain pula menjadikan ’pengaruh ulama’ yang wujud dalam diri untuk digunakan sepenuhnya agar umat ’angguk’ dengan segala ucapannya.

Yang pastinya, kebenaran ini tidak semestinya dibawa oleh orang bergelar ’Alim’, bahkan tidak semestnya juga ia dibawa oleh orang yang bergelar ’jahil’. Tetapi, kebenaran itu adalah perkara yang benar dengan penilaian nas dan juga dengan akal yang sihat.

Islam yang berasaskan kepada al-Quran dan as-Sunnah adalah agama yang fitrah. Apabila fitrah manusia mengatakan itu benar, pasti ia adalah kebenaran. Juga, jika fitrah manusia itu mengatakan itu salah, maka pasti adalah salah.

Firman Allah;

فَأَقِمْ وَجْهَكَ لِلدِّينِ حَنِيفًا فِطْرَةَ اللَّهِ الَّتِي فَطَرَ النَّاسَ عَلَيْهَا

Maksudnya;
“hadapkan wajahmu kepada agama yang bersih; yang merupakan fitrah Allah yang Allah tetapkan kepada manusia”

(Surah Rum : 30)

ASAS BERFIKIR DALAM ISLAM

Dalam islam, konsep maslahah dan mudharat menjadi perkara utama dalam bentuk berfikir umat. setiap kandungan nas ilahi, pasti mengandungi dua unsure penting ini.

Apabila Allah menghalalkan sesuatu perkara, pasti ia memberi banyak maslahah kepada manusia, waima kadang-kadang dilihat wujud mudharat. Begitujuga dalam perkara haram; kewujudan mudharat lebih besar, waima kadang-kadang dilihat wujud maslahah.

Kaedah berfikir yang sama juga berlaku dalam perkara yang tiada nas; iaitu setiap perkara yang mempunyai kemaslahatan yang besar, pasti ia adalah perkara yang halal. Dan jika perkara itu wujud kemudharatan yang besar, maka ia adalah perkara yang haram.

Asas dalam penggunaan kaedah berfikir ini, hendaklah dalam kerangka menjaga imej islam itu sendiri. ini kerana, konsep penjagaan agama, nyawa, akal, keturunan dan harta itu berada dibawah maksud penjagaan imej agama.

Ada sebilangan manusia hanya melihat konsep penjagaan 5 perkara utama ini, tetapi mereka telah melalaikan bahawa penjagaan 5 perkara ini dibawah kerangka menjaga imej agama. Ekoran itu, mereka sanggup mengharamkan akan sesuatu yang diizinkan oleh syarak atas alasan ‘jaga agama’, walhal keputusan mereka itu telah melahirkan imej islam yang buruk di mata-mata manusia; sama muslim dan non muslim.

Semua asas berfikir yang diulas ini, merupakan asas berfikir yang bersesuaian dengan fitrah manusia, yang sealiran dengan maksud nas syariah, sama ada Al-Quran dan As-Sunnah.

MANUSIA

Apabila konsep berfikir ini sudah difahami, tidak timbul perlunya kita terus taqlid kepada individu atau organisasi tertentu sehingga meletakkan ‘taassub’ mendalam kepadanya, sehingga dianggap segala tindakannya itu adalah betul, sehingga tidak ada yang tidak betul melainkan semuanya betul-betul belaka.

Bahkan, kita akan mengatakan individu dan organasasi itu betul, sekiranya sebarang keputusan dan ulasan yang keluar dari mulutnya adalah bersesuaian dengan konsep fitrah ilahi yang berasaskan kaedah maslahah dan mudharat ini.

Apabila keadaan ini difahami, pasti kita akan merasa tidak hairan mengapa wujudnya insane yang bernama Ubbadah bin As-Somit yang pernah mencampak pasir ke muka khatib yang mengampu Muawiyyah, seorang perempuan ‘sound’ Umar bin Al-Khattab yang sedang berceramah dan sebagainya.

Perkara penting yang perlu difikirkan adalah, semua tindakan itu berjaya memberi kemenangan kepada Islam, dan berjaya menjatuhkan kezaliman. Kezaliman dan keadilan, tidak pernah dibawah satu bumbung, bahkan sampai satu masa pasti ia akan jatuh dan hancur.

Renung-renungkan firman Allah ini;

وَتُخْرِجُ الْحَيَّ مِنَ الْمَيِّتِ وَتُخْرِجُ الْمَيِّتَ مِنَ الْحَيِّ

Maksudnya;
“Engkau (wahai Allah) tuhan yang mengeluarkan yang hidup daripada yang mati; mengeluarkan yang mati daripada yang hidup”

(Surah Al-Imran : 27)

Imam Fakhruddin Ar-Razi menyatakan, maksud yang hidup dan yang mati dalam ayat ini adalah, Allah SWT pasti akan memisahkan manusia yang hatinya mati daripada manusia yang hatinya hidup, begitulah seterusnya. Pembawa kezaliman adalah manusia yang mempunyai hati yang mati. Pembawa keadilan adalah manusia yang mempunyai hati yang hidup. Kedua-dua golongan ini, tidak akan duduk bersama, bahkan sampai satu masa, ia akan dipisahkan oleh Allah SWT.

TEORINYA

Kebiasaannya;

Orang Alim - kebenaran.

orang jahil - kezaliman.

tetapi Jika;

orang jahil + kebenaran = Wajib sokong, haram lawan.

orang Alim + kezaliman = haram sokong, wajib lawan.

ada pula;

1 hb : orang alim + kezaliman = wajib lawan, haram sokong.

3 hb : orang alim yang sama + kebenaran = wajib sokong, haram lawan.

adapun jika:

keberadaan orang alim tertentu/orang jahil tertentu menyebabkan Islam dilihat buruk dan semakin dibenci = wajib lawan.

yang penting, Islam dijulang, bukan orang yang dijulang.


Sekian

Wallahu ‘Alam

Al-Bakistani
ustaz_bakistani@yahoo.com


- Sri Indah (B), Sg Buloh
5 April 2010 * 3:25 petang



Sabtu, 3 April 2010

RED INDIAN

RED INDIAN

di sebuah kampung red Indian, satu angkatan tentera telah menghadiahkan kepada ketua mereka sebuah jam besar. Betapa bangganya ketua itu, dia menggantungkan jam itu di depan rumahnya, agar dapat dilihat oleh semua anak-anak qaryahnya.

Suatu hari, seorang dari anak qaryah Red India telah berteriak di luar rumah ketua mereka. apabila ketua mereka keluar dari rumah, didapati ramai anak qaryah sudah berhimpun didepan rumahya.

“kenapa kamu semua berkumpul di depan rumah aku ini?” soal Tok Ketua.

”Jarum jam ni berhenti berjalan la tok ketua” salah seorang dari mereka bersuara. Ramai dari kalangan mereka menunjukkan ke arah jam itu.

Tok ketua itu pun terus melihat dan mengambil jam itu. Dibelek-beleknya, , kelihatan saluran bateri. Tok ketua terus memegang bateri itu. tidak sangka-sangka bateri terkeluar bersama seekor cicak yang mati tersepit di celah bateri itu.

Melihat itu, tok ketua terus berkata, “patutpun jarum dia berhenti berjalan.. rupa-rupanya driver dia dah mati tersepit”.

Boleh dikatakan semua ahli qaryah itu terdiam, dan ada yang angguk dan kelihatan juga mereka yang terkedu. Ada sebilangan dari kalangan mereka membantah, tetapi ditentang oleh sebilangan mereka.Melihat tentangan terhadap golongan yang membantah, menyebabkan tok ketua itu berbangga, dan berulang-ulang kali dia menyebut, "memang driver dia mati, tu yang jam ini berhenti berjalan tu"

Sekian

P/s : dari cerita ini, datang satu kaedah yang berbunyi, “Mewangikan kentut ketua yang busuk”

Al-Bakistani
ustaz_bakistani@yahoo.com


- Sri Indah (B), Sg Buloh
3 april 2010 * 3:49 petang

Jumaat, 2 April 2010

YB MAHFOZ OMAR, CUCU ULAMA BESAR KEDAH


YB MAHFOZ OMAR, CUCU ULAMA BESAR KEDAH

Kuliah Tafsir di Tasik Puteri, Rawang. Kitab yang diguna-pakai adalah “tafsir Nurul Ehsan”, karangan Haji Muhammad Sa’id bin Umar Qadhi Jitra Kedah.

Jemaah perlu kepada kitab, mereka minta tolong agar aku membelinya. Justeru, selepas selesai solat jumaat di Sungai Buloh, aku terus mengambil seorang rakan dan ke Wisma Yakin, Jalan Masjid India untuk membeli kitab Tafsir Nurul Ehsan.

Setelah itu, kami pergi makan. Selesai makan, kami terus ke lagend Hotel untuk menjemput Dato’ Mahfoz Omar, Ahli Parlimen Pokok Sena merangkap salah seorang Naib Presiden PAS setelah dijanjikan untuk sama-sama hendak ’study’ ekonomi di salah sebuah kedai makan di kawasan Taman Melewar.

Dalam perjalanan, banyak perkara yang kami bualkan. Tetapi, fokus banyak pada pengarang kitab Tafsir Nurul Ehsan.

”Pergi beli kitab apa tadi?” tanya Dato’ Mahfuz dalam loghat utara.

”Kitab nak mengajar Malam ni.. kitab Tafsir Nurul Ehsan” jawabku ringkas.

”oo.. mana kitab tu?” pinta Dato’ Mahfuz.

Kawanku, Ustaz Zul yang berada di belakang mengambil kitab dan hulurkan kepada Dato’ Mahfuz.

Sambil membelek-belek kitab, dengan tenang Dato’ Mahfuz berkata, ”Pengarang kitab ni, tok wan ana”

Terkejut aku dan Ustaz Zul, apabila Dato’ Mahfoz kata sebegitu.

”maknanya, Dato’ ni cucu tok guru la kan” ujar Ustaz Zul.

Kami pun mula bercerita tentang Tuan Guru Haji Muhammad Said agak panjang juga.

”Tok Wan ana ni, namanya Haji Muhammad Said. Orang panggil dia Haji Said Al-Mufti, walau dia ni qadhi di jitra”

”ana kurang tahu sangat tentang Tok Wan Ana ni. Lagipun, ana tak pernah berjumpa dengan dia. Ana lahir tu, dia meninggal dunia dah.. tapi, kalau sepupu ana sorang tu, memang tau sangat cerita panjang lebar” lebih kurang begitu ujar Dato’ Mahfuz.

”dalam adik-adik bapa ana, boleh dikatakan semua belajaq agama” sambung Dato’ Mahfuz lagi.

”Ayah Dato’ dulu belajar kat mana?” soalku.

”bapa ana dulu, belajaq di Makkah” jawab Dato’ Mahfuz ringkas.

”maknanya, Dato’ ni anak ulama la” balasku ringkas.

Kami berbual panjang tentang tajuk menarik itu, sehingga sampai di kedai di taman melewar yang kami maksudkan. Itulah maklumat baru yang kami boleh berkongsi pada petang semalam.

Sekian

Wallahu ‘Alam

Al-Bakistani
ustaz_bakistani@yahoo.com


- Sri Indah (B), Sg Buloh
3 April 2010 * 2:28 petang

Khamis, 1 April 2010

PERKASA : PERsatuan KAtak SA-Malaysia


KHAIDIR A.S ADALAH NABI - QARADHAWI

KHAIDIR A.S ADALAH NABI - QARADHAWI

Ada dakwaan mengatakan bahawa Khaidir A.S masih hidup sehingga hari ini. bagi menjawab dakwaan itu, Dr Yusuf Al-Qaradhawi menyatakan bahawa tidak ada satu nas pun yang mengatakan bahawa Khaidir itu hidup sehingga hari ini.

Dinukilkan perkataan Ibnu Qayyim pernah berkata dalam kitab ‘Al-Manar Al-Munif fi Al-Hadis As-Sahih wa Ad-Doif’, dengan katanya;

الأحاديث التي يذكر فيها الخضر وحياته، وكلها كذب، ولا يصح في حياته حديث واحد

Maksudnya;
“hadis-hadis yang menyebut tentang Khaidir dan bahawa dia masih hidup; semuanya adalah penipuan. Tidak ada satu hadis pun yang menyatakan beliau masih hidup” (sila klik)

Berkenaan Khaidir, apakah beliau nabi atau tidak?

Dr Yusuf Al-Qaradhawi menyatakan bahawa ulama berselisih pendapat dalam menentukan, sama ada Khaidir itu nabi atau wali Allah. Menurut ketua himpunan ulama dunia itu, pendapat yang paling azhar adalah pendapat yang mengatakan bahawa Khaidir adalah salah seorang daripada nabi-nabi Allah.

Dalilnya adalah, firman Allah;

وَمَا فَعَلْتُهُ عَنْ أَمْرِي

Maksudnya;
“(berkata Khaidir), bukanlah aku melakukannya itu menurut kemauanku sendiri”

(Surah Al-Kahf : 82)

Apabila disebut bahawa tindakannya, bukan menurut kemahuannya, bermakna ia adalah kemahuan Allah. Apabila itu adalah kemahuan Allah, pasti ia adalah wahyu dari Allah, walhal wahyu tidak akan diturunkan melainkan terhadap para nabi sahaja.

Sekian

Wallahu ’Alam

Al-Bakistani




- Sri Indah (B), Sg Buloh
1 April 2010 * 7:54 Malam

1 MALAYSIA DI HULU SELANGOR?




1 MALAYSIA DI HULU SELANGOR?

Di zaman Pak Lah, slogan yang kedengaran adalah, ”bekerja bersama saya” menyebabkan ramai rakyat terpengaruh yang akhirnya menjatuhkan kerajaan islam di terengganu dan banyak kerusi DUN dan Parlimen yang jatuh ke tangan BN. Tidak ketinggalan juga, Konsep ’Islam Hadhari’ yang diperkenalkan oleh Pak Lah, menyebabkan rakyat berpaling-arah.

Tetapi kini, konsep dan slogan itu sudah ditenggelamkan oleh zaman. Malahan, kini terbit pula satu konsep yang disebut sebagai ’1 Malaysia’, tajaan Najib Tun Razak yang didakwa oleh ramai pengamal politik sebagai ciplak dan penghayatan dari 1 Israel.

Yang pasti, konsep ’bekerja dengan saya’ hanya retorika politik BN ketika itu, dalam usaha hendak mengalahkan PAS dan Barisan Alternatif dalam PRU ke-11. adapun dari segi penghayatannya, tidak seperti yang disebut, sebaliknya yang kelihatan adalah ’bekerja untuk anak dan menantu saya’.

Keadaan yang sama juga berlaku pada konsep 1 Malaysia yang sedang diperkenalkan, sehingga menghabiskan jutaan ringgit wang rakyat dalam menjayakan iklan terhadap konsep terbabit. Persoalannya, apakah benar ia mahu dilaksanakan berdasarkan yang dimaksudkan dalam maksud 1 Malaysia tersebut?

Jika Israel dengan perkauman Bani Israelnya boleh mencadangkan idea 1 Israel, apa beda dengan UMNO dengan perkauman Melayunya mencadangkan idea 1 Malaysia yang diciplak dari 1 Israel?

Waima Israel mencadangkan konsep 1 Israel, tekanan terhadap bangsa Arab Palestine tetap berlaku. Bermakna, konsep 1 Israel hanya sekadar retorika politik Israel dalam menarik pengaruh politik semata-mata. Maka, keadaan yang sama juga menimpa UMNO yang memperkenalkan konsep 1 malaysia.

Jika ini berlaku, tidak mustahil calon MIC akan ditolak tepi, bahkan menabalkan calon dari UMNO dalam berhadapan dengan Calon PKR dalam Pilihanraya kecil di Hulu Selangor tidak lama lagi.

Sekian

Baca sama;
PM : Iktiraf bangsa dulu tak canggah 1 Malaysia (malaysiakini-BM)


Wallahu ’Alam

Al-Bakistani
ustaz_bakistani@yahoo.com


- Sri Indah (B), Sg Buloh
1 April 2010 * 6:54 petang