Isnin, 23 Mei 2011

TIADA ANCAMAN : ISLAM BERKEMBANG


Selayaknya, orang yang tidak sehaluan dengan kita itu perlu dianggap sebagai saingan. Apabila dianggap sebagai saingan, sudah pasti kita akan berinovasi. bukankah itu yang dituntut oleh Islam ajaran Nabi SAW?

Budaya kerat mengerat bukan budaya yang baik. Ia bermula dari sikap menganggap orang yang tidak sehaluan sebagai ancaman. Apabila subur budaya menganggap orang lain sebagai ancaman, maka kita mula bertindak ala "kefiraunan" dan berminda kepadrian di zaman kegelapan eropah. 

Makanya, kita mula hendak membodohkan orang dengan cara menyekat saluran media. Kita mengkotorkan sesuatu yang suci dengan mencandukan istilah agama. Istilah agama itu suci, tetapi dicandukan untuk kepentingan peribadi, puak dan kumpulan. 

Cara dan Fikrah ini tidak ada beda seperti yang dilakukan oleh kalangan khawarij yang melawan Saidina Ali yang melaksanakan Islam. Mereka mencandukan ayat Quran yang berbunyi, "tiada agama kecuali Allah".

Ali bin Abi Talib membuka ruangan dialog, tetapi mereka tetap dengan budaya "narrow minded". Ini salah satu cara yang digunakan oleh Khawarij untuk mengekalkan kekuasaan mereka. Mereka bukan mahukan kemenangan Islam, tetapi yang mereka mahukan adalah kekuasaan mereka yang maha fana itu.

Apa yang terjadi pada khawarij? Mereka menganggap Saidina Ali sebagai ancaman, makanya Umat Islam zaman berzaman menganggap mereka sebagai ancaman.

Cuba kita lihat pemerintahan Ali. Beliau tidak menganggap khawarij sebagai ancaman, tetapi menganggap mereka sebagai saingan. Ekoran itu, walau beliau ditakfirkan oleh Khawarij, tetapi beliau tetap membuka ruangan dialog. Memberi penerangan yang bijak kepada mereka. 

Ekoran Saidina Ali menganggap mereka sebagai saingan, makanya Saidina Ali dilihat hebat. Disayangi, disanjungi dan diminati. 

Inilah budaya yang wajar disematkan. Kerananya, Insya Allah Islam akan berkembang dengan jaya.

Buktinya semakin wujud. Kita lihat ke barat. Sebelum kejadian 11 september, rata-rata umat Islam menganggap barat sebagai ancaman. Ia melahirkan pandangan dari rakyat barat bahawa Islam sebagai ancaman. Tetapi selepas 11 september, keadaan sudah berbeda. Apabila barat menganggap Islam sebagai ancaman, makanya rakyat barat memandang Islam bukan lagi sebagai ancaman.

Menariknya, tokoh-tokoh ilmuan islam di barat sudah menjadikan barat sebagai saingan di kala barat menganggap mereka sebagai ancaman. Ekoran itu, rakyat barat tidak lagi menganggap islam sebagai ancaman, tetapi menjadi tarikan. Makanya, islam semakin pesat diterima di sana.

Firman Allah dalam surah an-nasr, "apabila telah datang pertolongan Allah dan kemenangan, kamu akan lihat manusia masuk kepada Islam berbondong-bondong"

Sekian

Ahad, 22 Mei 2011

AKU BENCI PERKAUMAN....

Terbaik dari Dr Asri Zainal Abidin...

Khamis, 19 Mei 2011

Gabungan Pas Dan Umno - Fauwaz [anak Ustaz Fadzil Noor]


Ini satu artikle dari Anak Allahyarham Ustaz Fadzil Noor. Aku mengenali beliau dari jauh sahaja, tetapi mengenali abangnya dengan agak rapat juga. 

Aku pernah bersalaman dengan Fauwaz walau tidak pernah bersembang dan berbual dengan beliau. Kami bersua muka semasa pergi ke Iskandariyyah, Mesir untuk mendengar ceramah yang disampai oleh seorang ulama sufi yang mahir dalam ilmu hadis, iaitu Syaikh Muhammad Ibrahim Al-Kattani. Dalam pertemuan dengan Syaikh itu, Fauwaz kelihatan bercakap dan bertanya tentang beberapa perkara yang berkaitan dengan Sufi.

Beliau ada tulis satu artikle yang agak mengejutkan juga. Ini kerana, beliau amat jarang berbicara tentang politik, tetapi artikle ini beliau amat berkaitan rapat dengan politik.

artiklenya boleh diklik di sini, tetapi di sini dipaparkan artikle beliau seperti berikut;

Kita mendengar perbincangan gabungan Pas dan Umno diruangan akhbar hasil cadangan yang bernas daripada presiden Pas Dato Seri Abdul Hadi Awang. Satu cadangan yang amat bernas dari seorang ulama yang memahami keadaan semasa yang menuntut beliau menyuarakan cadangan. Gabungan kuasa di antara Pas dan Umno satu perkara yang perlu dibincangkan oleh semua pihak samada ulamak atau bukan ulama khususnya majlis fatwa Malaysia perlu jaga tampil ke hadapan untuk membincangan isu survival umat Islam dan Melayu.

Apa yang disuarakan oleh Presiden Pas tidak bercanggah dengan maqasid syarak yang datang untuk membawa maslahah atau hampir kepada maslahah dn membuang kerosakan atau mengurangkan kerosakan. Perpaduan Pas dan umno adalah merupakan satu tuntutan syarak dan reality di mana mereka mempunyai kekuatan sendiri didalam membantu kekuatan umat Islam.

Para pimpinan politik harus berfikiran panjang didalam menentukan hala tuju politik Malaysia kerana dengan satu tindakan silap di dalam merancang masa depan politik Malaysia ia akan merugikan masa depan umat Islam dan bangsa-bangsa yang lain.
Kita tidaklah berhajat buat masa ini untuk membubarkan Pas dan Umno untuk membina satu parti yang satu,itu satu perkara yang susah tetapi satu mimpi yang indah. Kita hanya berhajat kepada membina persefahaman yang baik di antara kita untuk membina masyarakat madani yang berkualiti dan tidak berpecah. 

Apabila gabungan kuasa ini berlaku,tidak semestinya kita menuntut perlaksanaa jenayah hudud dilaksanakan dengan segera. Bagi saya kita perlu dulu memberi kebebasan kepada rakyat dahulu dan membebaskan kezaliman ,membasmi kemeskinan dikalangan umat Islam,bagi mereka bekerja,menghapuskan pelacuran yang merosakan bangsa,kita perlu mennyusun strategi dan rangka bagi jangka masa panjang untuk membentuk Islam yang syumul di dalam negara kita.

Bagi saya yakin,di kalangan orang umno pun ada yang inginkan Islam cara sempurna,mungkin ada di sana sebab-sebab tertentu yang menyebabkan mereka masih dengan agenda umno mereka. Bagi saya,bagi menyelesaikan konflik politik Malaysia,kita perlu melupakan kisah-kisah yang lama demi untuk survival Islam dan umat Islam.

Pemimpin-pemimpin parti politik perlu mengubah cara berpolitik daripada kita ,menganggap lawan itu adalah musuh kepada lawan yang boleh dijadikan sabahat. Kita perlu membina negara yang kuat dan maju,dan perkara ini tidak boleh berlaku melainkan dengan perpaduan yang kukuh dan persefahaman yang tinggi. Tiba masanya kita menyahut saranan Presiden Pas kita untuk membincangan isu perpaduan nasional demi untuk menyelamatkan negara kita pada masa depan. Kesilapan kita di dalam membuat pencatuan ini akan dimarahi oleh anak cucu kita. Sebelum berlaku kehancuran politik dinegara kita,marilah kita berusaha untuk memperbaikinya. Tidak ada rugi di sana apabila menuju kearah ini. Cuma yang kita minta daripada umno,mereka perlu telus di dalam usaha ini,kita yakin keikhlasan Presiden Pas dan kita mengharapkan juga keiklhlasan daripada umno.

Marilah kita membangunkan negara kita bersama-sama.
Fauwaz Fadzil Noor.

WAN NASUHA WAN HASAN ITU X-SU AGONG PKR YANG JAHAT?


Dekat-dekat PRU ni, banyak perkara kena berhati-hati. UMNO dan BN akan buat sebarang tindakan untuk memastikan mereka boleh pertahankan kuasa. Sama ada secara baik, mahupun secara jahat.

Tuduhan zina dan liwat terhadap Anwar Ibrahim merupakan strategi yang dianggap ampuh. Ia strategi warisan dari Tun Dr Mahathir dalam dunia politik beliau.

Perkembangan beberapa pimpinan dan ahli PKR yang kononnya hampa dengan Anwar Ibrahim digunakan sepenuhnya oleh UMNO dan BN. Bermula mereka keluar PKR, sehingga mula menyerang ketika berada di luar PKR. menyerang individu Anwar Ibrahim menjadi rutin mereka, tidak ketinggalan Isteri Anwar, iaitu Wan Azizah.

Baru-baru ini, tersebar satu surat terbuka tulisan dari seorang penulis yang bernama Wan Nasuha wan Hassan. Tulisan yang mengandungi bahasa dan pendedahan yang kelihatan positif, tetapi maksud yang tersirat cukup negatif. 

Ramai yang tidak tahu siapa penulis tersebut. Sebenarnya tulisan itu tersembunyi seribu satu strategi halus untuk memecah belahkan kebersamaan antara PKR dan PAS. Yang paling penting untuk diambil perhatian adalah dikhabarkan bahawa penulis Wan Nasuha Wan Hasan itu adalah Dato Salehuddin Hashim, iaitu bekas Setiausaha Agong PKR yang keluar PKR kerana tak dapat jadi CEO dalam salah satu GLC Negeri Selangor.

Berhati-hati dengan nama itu...


baca sama:
Pembaca Harakahdaily.net mahu Azizah sumpah laknat [Utusan]

Selasa, 17 Mei 2011

TENTANGAN PERJUANGAN PEMBAHARUAN

pertama:



kedua:



ketiga:



keempat:



kelima:



keenam:



ketujuh:



kelapan:



kesembilan:



kesepuluh:



kesebelas:



kedua belas: