Ahad, 24 Februari 2013

komen orang dlm blog MSO ttg ulama PAS



john said...
Salam pak mso...

Ambo napok macam bersetuju dengan pengomen ni. Harap buke strategis dari perang saraf umno!. Bukan apa dengan bahasa kasar terhadap ulama ni rasa macam keterlaluan pulak. Setahu ambo Dr. Harun Din salah seorang yang pernah bermimipi bertemu Rasullullah S.A.W! Mungkin tindakannya ada juga hikmahnya.
Maaf Sebut said...
Saya ada soalan.

Siapa sebenarnya ulama ? Kenapa ramai sgt terutamanya dalam politik dilabelkan sebagai ulama ?

Dan adakah mereka layak digelar ulama sbb nampak mudah sgt seseorang itu digelar ulama.
basri bin omar said...
Salam Tuan!

Amat setuju dgn paparn ni....cepat latah dgn permainan musuh....kdg2 terkenang ucapkan akhir Almarhum Prof Zulkifli Muhammah ttg perjuangan tapi berapa kerat sgt Pemimpin dok telaah......Wallahu akllam
Unknown said...
Salam,

Menarik juga komentar yg diberi, tetapu pada pendapat saya tidak perlulah sampai hingga menghina golongan ulamak sampai ke tahap yang bukan-bukan. Semua kita sebagai manusia, termasuk ulamak mempunyai kelemahan dan pendapat masing2 dalam setiap isu. Pertembungan idea dan cita-cita perlulah ditangani dengan terbuka. Dalam Islam begitu banyak teladan dan panduan menangani perbezaan pendapat, tetapi tidak perlu sampai menghina, seolah-olah semua ulamak begitu keji sifat dan sikapnya. Berpada-padalah dalam berbicara tentang ulamak..mungkin sebahagian tindakan2 mereka seperti menongkah arus, tetapi keikhlasan mereka tidak perlulah dipertikai. Wallah hu'alam.

Abu Ihsan
karami said...
Kebelakangan ini, aku sering bercakap dgn kawan2 ttg pas trengganu. Rata2 mengucap benda yang sama iaitu sombong, bongkak atau arrogant. Nada berckp mereka bongkak, cara pembawakan juga bongkak. Imbas kembali cara berpidato hadi awang, keras dan kasar dan ada yang berkata itu lah style org berfahaman wahabi berckp. Bila dah tua dan berpengalaman lentok berckp juga berubah. Macamana berubah pun, pemimpin2 pas terengganu tetap perasan dan otak kemetot. Cair ayat alquran dan hadis bukan bermakna kita pandai semua.
muazzam ab majid said...
Di mana ahli2 majlis syura dlm menggerakkan parti selama ni?apakah hanya menunggu isu2 tertentu shj spt kalimah Allah dan Tahalluf Siyasi br berfungsi.Sekurang2nya utk mentarbiah ahli2 parti xkan nk hrp para aktivis spt mat sabu,salahudin atau mazlan....atau profesional2 mcm husam, dr zul dll....mereka ada tugas sesuai dgn bidang mereka.habis yg ulamak2 ni?tak ckp pasal nk dakwah pd yg bkn Islam lg,yg ahli2 ni dulu....bila org dh buat kerja turun ke jln2,ceramah siang mlm,ada yg ke lokap,ada pulak yg sibuk nk buat pakatan lain.betullah,nk bina tu payah,tp nk runtuhkan tu senang je......
1 melayu said...
salam saudara, saya setuju dengan tulisan ini. Seharus nya ulamak wajib tahu hal hal perang saraf dari umno ini. Ulamak yang bijak wajib beristikharah bilaman satu satu isu itu timbul.

Seharus nya ulamak wajib diberi kursus perang saraf. saidaina Ali ra pernah berpesan katanya gerakkan musuh yang tersusun bole mengalahkan gerakan islam yang tidak tersusun walaupun yang walaupu mereka berada di pihak yang benar.

Oleh itu saya gesa supaya kursus perang saraf diadakan dengan silibus yang baku. sekia , Allahuakbar 3 x.
buah kerdas said...
Saya setuju benar dengan pendapat ANAK NUJUM PAK BELALANG Bangi. Seperti yang Sdr MSO tulis sebelum ini, ada "Jibrail" disebalik "Jibrail".

PAS dengan imej ulamak semata-mata tidak akan kemana kerana majoriti orang Melayu hari ini adalah golongan yang tidak menjadikan ulama sebagai idola. Jangankan ulama, Rasululah pun bukan idola majoriti Melayu. (Ramai yang akan marah saya kerana menulis begini, tetapi tanyalah diri kita, ahli keluarga dan kawan-kawan kita, apakah jenis pakaian yang Nabi suka, buah-buahan apa yang digemarinya, nama anak-anaknya dsb, pasti ramai yang tiak mengetahui). Dalam keadaan begini, kalau kita mahu menegakkan Islam secara politik, kita perlukan sokongan majoriti Melayu. Pada ketika ini, Anwar Ibrahim adalah tokoh politik yang boleh menggamit citarasa Melayu, akan datang kita tak tahu.
Mangkuk Dalca said...
Kemelut yang dicipta oleh Majlis Syura telah menguntungkan UBN. Sikap Majlis Syura yang boleh dianggap tidak profesional, menuntut satu penjelasan yang konkrit. Semua pendokong PR mahukan penjelasan yang sebenar daripada Majlis Syura.

Di harap Majlis Syura menjelaskan tindakan sedemikan rupa, pada saat-saat kritikal sebegini. Tidak perlu bersikap seperti kebudak-budakan. Kami menanti alasan yang sepatutnya tidak berbangkit sama sekali.

Jika tidak ada sebarang penjelasan, jangan salahkan persepsi orang ramai terhadap Majlis Syura.

Hendaknya tidak ada ahli Majlis Syura yang dipilih sebagai wakil rakyat kerana golongan inilah yang berperatus tinggi untuk berpaling tadah sekiranya apa yang dilaporkan itu benar.

Kami, penyokong PR menantikan penjelasan sekarang!
Najwan said...
Salam Tuan,

Memang betul pandangan saudara penulis ini. TGNA, TGHH dan rakan yang seangkatan dengannya adalah contoh yang baik ulama' yang bersusah-payah mengimplimentasikan agama dalam politik tanahair. Diharapkan para ulama' yang masih dikira baru dalam perjuangan politik, muhasabah diri mereka mengikut realiti semasa. Satu-satu amanah itu hanya layak dipikul oleh ahlinya, kalau tidak hancurlah ummah nanti. Didoakan agar para pemimpin PAS bersatu hati dan tidak memandai-mandai dalam membuat sesuatu keputusan. Selamat berjuang, sedarlah sebelum terlambat.
Halim said...
Well said!! A+++ article.
Wan Nasruddin said...
Btul sgt...xsedar dek untung org mcm ni...siapa yg cetus gelombang....
Wan Nasruddin said...
Btul sgt...xsedar dek untung org mcm ni...siapa yg cetus gelombang....
baeyu said...
Assalamualaikum MSO,
Nampaknya Cucu Nujum Pak Belalang telah pun membuat research atau telah lama berada dalam lingkungan jamaaah PAS.Beliau berupaya untuk menceritakan susur galur kejadian secara teratur mengikut kronologi dan terserlah persamaan dengan apa yang telah berlaku dan yang sedang berlaku didalam PAS.

Walau bagaimana pun sedikit sebanyak beliau berjaya menggambarkan sudut pandang oleh golongan-golongan seperti diri saya yang boleh dikatakan bukanlah berada didalam jamaah PAS, tidak juga berada didalam PKR atau pun DAP akan tetapi yang pasti akan mengundi dan menyokong asas perjuangan Pakatan Rakyat untuk menggantikan Barisan Nasional sebagai kerajaan di Malaysia.

Percaya atau tidak, setelah 14 tahun saya masih lagi merupakan penyokong Pakatan Rakyat dan masih belum terbuka untuk menghuni dimana-mana parti yang ada. Itulah yang berlaku setelah tiga pilihanraya berlangsung.Sebagai seorang yang secara asasnya berasal dari golongan ultra Malay saya tidak betah untuk berada dalam DAP. Walaupun merupakan penyokong kuat DSAI saya tidak selesa untuk berada di dalam PKR yang bercampur gaul kerana dah memang asal dari kelumpuk ultra Malay. Saya mengambil masa yang lama meneliti PAS kerana persepsi asal saya terhadap PAS masih lagi banyak dipengaruhi oleh sudut pandang terhadap ustaz-ustaz PAS yang saya kenali dan dengari yang banyak menjengkelkan saya.

Saya tidak melihat PAS sebagai satu batu asas yang silap, saya melihat ‘orang PAS’ yang banyak melakukan kesilapan dalam cara mentarbiah masyarakat disekelilingnya. Saya melihat perkembangan polemik ini merupakan sesuatu yang kurang sihat dalam PAS. Walaupun para pemimpin mula goyah, bagi saya para penyokong masih teguh dengan keyakinan terhadap Pakatan Rakyat. Cuma bagi para penyokong biarlah perjuangan ini kita lalui dengan tekad yang teguh dan tidak remuk rendam didalamnya. Saya mengkritik bukan kerana benci tetapi lebih kepada sayang, walau pun tidak secara rasmi bersama PAS tapi hati telah lama bersama PAS dan Pakatan Rakyat.Kalau tidak masakan saya namakan Anak ketiga saya sebagai ‘Anwar Abdul Aziz’ bersempena dua teraju PR yang saya kagumi iaitu DSAI dan TGNA.Saya berimpian, suatu hari nanti akan saya khabarkan kepada anak saya tersebut, bahwa namanya dicetuskan oleh dua insan hebat yang berjuang mempertabatkan bangsa dan agamanya dan hasilnya akan dinikmati oleh generasinya kelak. Walaupun sokongan saya terhadap PAS banyak dipengaruhi oleh Ustaz Haron Din berasaskan keyakinan beliau terhadap kebenaran DSAI ketika awal reformasi dulu, namun jika kali ini Ustaz Haron Din keluar sekalipun saya masih TATAP bersama ‘Anwar Abdul Aziz’.
Saya banyak bersetuju dengan sudut pandang Cucu Nujum Pak Belalang kerana begitulah momokan yang sentiasa diberikan oleh orang luar terhadap ulamak dalam PAS. Saya masih berharap bahawa kemelut yang ada ini masih lagi berada ditahap spekulasi, walaupun sejarah menunjukkan cakap-cakap berkaitan orang-orang PAS ini seringkali berakhir dengan hakikat semata-mata yang hanya menunggu pengumuman rasmi sahaja.

emaswarisan said...
Salam..
Persetujuan dan persepakatan bersama yang asal Dsai sbg PM tu..cantik molek dah.Terus terang cakap،Pas naik imej sejak sedekad ini pun atas isu Dsai dan meluatkan Umno.Marilah kita pakat martabatkan PR di Putrajaya dahulu،sebab waktu dah hampir senja dah.Diharap PKR pula tidak tamak membolot byk kerusi yg akan dipertandingkan nanti.Harus diingat،bkn semua penyokong PR sukakan Pas،Pkr،Dap..mereka hanya mahu Umno jatuh.Mereka mahu Umno diadili sebaiknya selepas Pru13 nanti.
Taktik BN yg menyimpan sakibaki tenaga sehingga di pusingan terakhir juga harus cekap dihidu oleh PR.Jgn nanti menang sorak shj...utamakan agenda resolusi HKR112.
pok amid littor said...
Assalam tuan MSO. Saya amat tertarik dengan tulisan Cucu Nujum Pak Belalang yang dipaparkan di atas. Rata-rata pengomen nampaknya memberikan pandangan betapa kurang mantapnya golongan agama dalam PAS berpolitik. Pemberi2 komen semua sayangkan PAS, tapi rasa terkilan dengan tindakan MSU. Saya pun merasakan begitu. Bila mendengar ucapan mereka menerusi kuliah dan ceramah, ya hebat!!! Tapi bila mereka berpolitik, tak sehebat ucapan. Kadand-kadang saya terfikir juga, boleh kah golongan agama ni berpolitik, bersepak-terajang padahal tindak-balas mereka slow dan lembab? Sungguh, kami sayangkan PAS, tapi jangan lah biarkan puak ini hanyut dengan syok sendiri mereka.
abusalam said...
UMNO PENING!!! "Anwar kawan lama saya" - Dato' Harun Din

Timbalan Mursyidul Am PAS, Haron Din mengesahkan beliau didatangi Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim di rumahnya di Bangi, Selangor, baru-baru ini.

Bagaimanapun, Haron seperti dipetik menerusi portal berita http://antarapos.com menafikan pertemuan itu bagi membincangkan kesesuaian Anwar untuk dilantik sebagai Perdana Menteri sekiranya pakatan pembangkang memenangi Pilihanraya Umum Ke-13.

Sebaliknya, Haron ketika bercakap kepada portal berita berkenaan menyatakan, pertemuan itu hanya sebagai perjumpaan biasa antara dua individu dan tiada perkara kepartian dibincangkan.

Dalam masa sama, Haron turut melahirkan kekesalannya apabila ada pihak menjadikan pertemuan tersebut sebagai modal politik.

"Pertemuan (dengan Anwar) saya tidak fikir itu yang menjadi isu, saya berjumpa dengan semua orang.

'Nature' hidup saya, orang datang minta nasihat dan pertolongan," katanya lebih lanjut kepada portal berita tersebut.

Haron berkata, pada Selasa lalu, terdapat 200 orang berjumpa dengannya tanpa mengira latar belakang politik.

"Pertemuan dengan saya tidak sepatutnya dijadikan isu sebab saya dengan Anwar kawan lama, dulu masa di ABIM (Angkatan Belia Islam Malaysia) kami sudah kenal, semasa beliau dalam Umno kami masih berkawan.

Dia datang ke rumah saya, semasa dia dalam penjara saya pergi melawat dia.

"Pertemuan dengan saya adalah sebagai sahabat, tiada agenda berasingan. Pertemuan itu (dengan Anwar) sering berlaku dan itu betul, pertemuan itu tiada agenda berasingan," katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, Haron menegaskan, dakwaan yang menyatakan Majlis Syura Ulama PAS menolak Anwar daripada memegang jawatan Perdana Menteri adalah tidak benar.

Beliau berkata, perkara itu tidak pernah dibincangkan dalam mesyuarat badan tertinggi parti tersebut yang dipengerusikan Mursyidul Amnya, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat.

"Bila saya kata kami kawan biasa, perjumpaan itu tiada perkara khusus dalam berbincang atau memutuskan apa-apa mengenai parti, tiada kaitan dengan parti, ia perjumpaan biasa.

"(Majlis Syura Ulama) tidak pernah bincang isu itu, mungkin pertemuan saya dengan Anwar dikaitkan dengan itu tapi ia hanya pertemuan biasa," katanya.

Pengakuan Haron itu sekali gus menolak dakwaan sebuah blog pro-Pakatan Rakyat yang kononnya Timbalan Mursyidul Am PAS berkenaan yang datang menemui Anwar dan bukan sebaliknya.

Bagaimanapun, blog pro-Umno cuba mensensasikan isu pertemuan tersebut kononnya Anwar 'meminta nyawa politik' dan 'merayu kepada Haron supaya keputusan Majlis Syura PAS tidak diteruskan'.

Malah, ada blog Umno yang biadap menganggap Anwar sengaja 'memalukan diri menghadap Haron sebaik menerima keputusan mesyuarat tersebut'.
mamat dogok said...
dalam fikiran(hipotesis) ambo sblum ni, TGHD jupa DSAI adalah spt duta negara islam yang bimbang tentang islam dgn sedikit kecurigaan terhadap arah tuju DSAI sebagai PM, bertukar pendapat, minta kepastian dan jaminan. tapi ambo silap, TGHD ada hajat lebih daripada tu, mungkin atas kecurigaan/was-was dan sayangkan perjuangan Islam(mengikut kefahaman TGHD). bagi saya keikhlasan perjuangan TGHD tehadap agama tak dapat dinafikan tetapi silap percaturan (pada pandangan majoriti)

yang masaalahnya TGHD kata kehendak MSU, tetapi TGNA tak tahu, kalau mengikut komen TGNA ari tu, (MSU dalam gelap) klu boleh PAS(TGNA) pejelas hal ni atau buat pendirian untuk kurangkan panas.

sebab ambo tengok "PAS" terlalu "berlapik" untuk menyatakan pendirian, senang, biar menang, dulu buat undian@pakatan dalam PR, tetapi "PAS" kena beri jaminan sekarang bahawa tiada agenda UG selepas menang.
rosmahs othman said...
aku pon rasa ada beberapa isu yang berbangkit.....untuk komen di atas aku setuju.....mereka mengaku ulamak.....namun ilmu ketuhanan mungkin sepruh2.....merekamngkin hafiz2....namun syaitan itu hanya tak boleh mengoda MUHAMMAD......adakah mereka ni kenal....sebagaimana tok guru nik aziz kenal....?????
banyak yang jual air liur.....
bangi lama said...
satu pandangan dgn hujah2 bernas!!!

cuma ade satu isu yg perlu ditengahkan berkenaan kisah geng2 yg persoalkan anwar (geng perpaduang). isu dia ialah KuLi - bukan masalah sejarah die, watak @ pribadi dia tetapi hakikatnya dia adalah ahli UMNO, titik nokhta!!!

ini bukn shj menunjukan sifat 'mangkuk' tetapi juga mengambarkan sifat hasad and niat yg tidak baik dari kalangan org2 tertentu dari PAS. sebab buat camna pun, selagi Kuli masih ahli umno, tak guna - malah mengambarkan ketidak cerdikan Pas secara amnya. kalau dah pilih org umno baik tak payah tanding terus, buang masa jea sebab ending dia dah tau. tak pun, kalau dah nak kuli sgt jadi pm sebab anwar tak sesuailah ke apa ke, baik cepat masuk BN ke tak pun masuk umno - senang cite supaya nanti kuli nak lantik ahli cabinet ade peluang.

kalau justifikasi tak mau anwar sebab macam, sekarang nak pulak dgr ape dia justifikasi pilih kuli. apa dia bagus sgt kuli nie - selama ni duk goyang kaki (tak salah dia, udah dia org umno, ape hal nak sibuk2 dgn PR). ape dia sumbang die.. pendek kata, ini gile punya keja.
ExPet said...
Ku Li secara terang-terang menyokong penggunaan perkataan "Allah" oleh orang bukan Islam. Tetapi "ulamak" Pas tiada masalah dengannya. Kalau dengan Anwar, semua tak kena. Memang nampak sangat hasad dengki sebab Anwar dipuja dan disanjung oleh rakyat melebihi Harun Taib, Nik Zawawi dan Azman Sapawi. Wahai 'ulamak' Pas, cukuplah cubaan untuk memperbodohkan orang Melayu dengan istilah bahasa Arab seperti 'tahaluf siasi'. Budak sekolah pun boleh Google Translate maksudnya ialah 'political coalition' atau 'political alliance'. Orang Arab yang sedang bercakap dalam bahasa Arab pun terkeluar perkataan 'coalition' dan 'alliance' ini sebab dalam konteks politik moden, ia lebih tepat dan jitu. Hentilah 'qada hajat' (kencing) kami semua. Kami tak sebodoh yang kamu sangka walau pun kami tidak ke al-Azhar atau Madinah.
Izazulzilati said...
Tuan Haji MSO,

Penolakan ke atas UMNO (dan pemimpinnya) sebagai sebuah parti yang korup, menyalah-guna kuasa dan mengamalkan kronisme yang kronik adalah suatu hakikat majoriti rakyat telah faham dan terima.

Memilih pemimpin (umara') tidak semestinya dari kalangan alim ulama' atau orang yang wara', apa yg penting ialah dia seorang yang soleh/beriman dan memiliki ilmu pengurusan dan pentadbiran negara yang tinggi.

Jika dia seorang yang alim dan/atau wara' itu cuma bonus. Mereka yang alim dan wara' belum tentu dapat memerintah negara dengan berjaya.

Ilmu pengurusan garapan Ibnu Khaldun wajar disandarkan sebagai asas kemelut ini.
karami said...
Membawa nama ku li seolah2 menikam tG nik aziz dari belakang. Pukul anak sindir menantu ker?
Lebai Malang said...
Setuju sangat dengan ulasan Cucu Nujum Pak Belalang. Memang benar ulamak Pas tidak ada aura dan kemesraan malahan ramai pemimpin UMNO yang lebih mesra dan mudah didampingi berbanding dengan para ulama Pas. Banyak pengalaman cuba menegur ulama Pas bila berjumpa seperti di atas kapal terbang tapi tindak balas atau responnya tidak ada kemesraan langsung dan tidak akan melakukannya lagi untuk kali ke-2. Mungkin kerana yang menegurnya itu tidak berjubah atau berketayap serta tidak pandai menggunakan istilah2 Arab sekurang-kurangnya ana atau anta. Walaupun tidak menyukai UMNO tapi hati tidak pernah terbuka untuk bersama PAS.

sumber:

http://msomelayu.blogspot.com/2013/02/normal-0-false-false-false-en-my-x-none.html

Isnin, 18 Februari 2013

WACANA POLITIK : UNDI CALON NON MUSLIM DAN MENTERI NON MUSLIM


PERTAMA : UNDI CALON NON MUSLIM

            Perkara yang paling penting diketahui, dalam kerangka pengamalan negara demokrasi di Malaysia, penentuan sesuatu dasar dan system pemerintahan tidak akan berlaku berpuncakan calon, tetapi kebersamaan antara parti-parti yang memerintah. Menang seseorang calon PR di sesuatu DUN atau Parlimen, ia tidak dapat menentukan dasar pemerintahan Negara berubah. Tetapi, perubahan pada system pemerintahan akan berlaku, apabila PR mentadbir Negara. Begitulah juga BN.
            Ekoran itu, penentuan pemilihan calon dalam Pilihanraya di Malaysia, bukanlah terletak kepada factor calon, tetapi terletak kepada factor parti mana yang mendominasi dalam pemerintahan. Dengan pendominasian itu, sesuatu system dan dasar pemerintahan boleh dirobah seperti yang dimahukan.
            Makanya, disini lahir satu perbincangan, iaitu seseorang muslim yang mengundi di sesuatu DUN atau Parlimen yang bertanding ditempat tersebut adalah orang bukan Islam. Ia menjadi satu wacana yang perlu diperbincangkan bagi memastikan kejayaan melaksanakan bentuk pemerintahan yang baik.
            Perbincangan itu adalah seperti berikut;

            Satu :
            Kemenangan Islam adalah apabila manusia masuk Islam, juga mendekatkan diri mereka dengan Islam. Perkara ini, dinyatakan oleh Allah SWT dalam al-Quran bahawa apabila datang kemenangan dan pertolongan, maka didapati orang akan masuk Islam beramai-ramai. (Surah al-Nasr, ayat 1-2)

إِذَا جَاءَ نَصْرُ اللَّهِ وَالْفَتْحُ * وَرَأَيْتَ النَّاسَ يَدْخُلُونَ فِي دِينِ اللَّهِ أَفْوَاجًا

            Kemenangan tidak tercapai kecuali dengan pertolongan. Ini kerana, hakikat hidayah itu adalah hasil dari pilihan Allah, bukan pilihan kita. (Surah al-Qasas, ayat 56)

إِنَّكَ لَا تَهْدِي مَنْ أَحْبَبْتَ وَلَكِنَّ اللَّهَ يَهْدِي مَنْ يَشَاءُ وَهُوَ أَعْلَمُ بِالْمُهْتَدِينَ

            Pertolongan Allah SWT akan diberikan kepada mereka yang melaksanakan keadilan. Ibn Taimiah ada menyatakan, bahawa Allah SWT akan tolong Negara yang adil, waima ia kafir sekalipun. (Ibn Taimiah, Hisbah, hlmn 4)

ان الله ينصر دولة عادلة وإن كانت كافرة , ولا ينصر دولة ظالمة وإن كانت مؤمنة

            Perkataan ini selaras dengan firman Allah SWT dalam al-Quran, bahawa Allah SWT tidak akan membinasakan ahli sesebuah negara secara zalim, jika rakyat dan pemerintahnya saling melakukan Islah atau pembaik pulih. (Surah Hud, ayat 117)

وَمَا كَانَ رَبُّكَ لِيُهْلِكَ الْقُرَى بِظُلْمٍ وَأَهْلُهَا مُصْلِحُونَ

            Al-Qaradawi menukilkan dari kupasan Imam Fakhr al-Din al-Razi dalam kitab “Duar al-Qiyam wa al-Akhlak fi al-Iqtisad al-Islami”, yang dimaksudkan secara zalim ini merujuk kepada Negara yang diperintah tidak berasaskan kepada ajaran Islam, tetapi Negara itu adil. (Fakhr al-Din al-Razi, al-Tafsir al-Kabir, jld 8, hlmn 486; al-Qaradawi, Daur al-Qiyam wa al-Akhlak fi al-Iqtisad al-Islami, hlmn 356)

وَمَا كَانَ رَبُّكَ لِيُهْلِكَ الْقُرَى بِظُلْمٍ وَأَهْلُهَا مُصْلِحُونَ , اي لا يهلكهم بمجرد شركهم إذا كانوا مصلحين يعامل بعضهم بعضا على الصلاح و السداد

            Dua:
            Kaedah Fiqh ada menyatakan bahawa berlaku antara dua mudharat, hendaklah dilakukan mudharat yang kecil, demi mengelak dari berlaku mudharat yang lebih besar. Mengundi calon non Muslim, memang merupakan satu mudharat, tetapi dengan tidak mengundi itu akan menjadikan sesuatu pemerintahan yang merosakan. Ketika itu, dibenarkan mengundi calon bukan Islam untuk menolak kemudharatan yang lebih besar, iaitu system pemerintahan yang tidak adil dan tidak baik.

KEDUA : NON MUSLIM SEBAGAI MENTERI

Apabila menang dalam PRU, yang menang itu bukan sekadar PAS dan PKR sahaja, tetapi disana ada beberapa orang yang menang dari kalangan mereka yang tidak beragama Islam, sama ada individu non Muslim dari parti DAP; dari PKR; dari PAS. Makanya, sudah pasti, mereka akan diberikan hak memegang beberapa jawatan dalam menteri.
            Orang yang tidak melarang memberikan jawatan menteri kepada non Muslim beralasan dengan firman Allah SWT yang melarang orang Islam menjadikan orang bukan Islam sebagai wali, atau penguasa. (Surah al-Imran, ayat 26)

لَا يَتَّخِذِ الْمُؤْمِنُونَ الْكَافِرِينَ أَوْلِيَاءَ مِنْ دُونِ الْمُؤْمِنِينَ

            Juga ayat 118 dari surah al-Imran bahawa Allah SWT melarang mengambil orang selain Muslim sebagai Bitanah atau teman kepercayaan.

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آَمَنُوا لَا تَتَّخِذُوا بِطَانَةً مِنْ دُونِكُمْ

            Penjelasan terhadap pemahaman terhadap ayat ini adalah seperti berikut;
            Satu :
            Ayat ini bersifat Sad al-Zaraie, iaitu menutup pintu-pintu haram. Ia sama seperti larangan Allah dari mencela sembah-sembahan selain Allah, kerana bimbang berlaku Maalat atau implikasi yang buruk, iaitu celaan non Muslim terhadap Allah tanpa ilmu dan prejudis. (Surah al-An’am, ayat 108)

وَلَا تَسُبُّوا الَّذِينَ يَدْعُونَ مِنْ دُونِ اللَّهِ فَيَسُبُّوا اللَّهَ عَدْوًا بِغَيْرِ عِلْمٍ كَذَلِكَ زَيَّنَّا لِكُلِّ أُمَّةٍ عَمَلَهُمْ ثُمَّ إِلَى رَبِّهِمْ مَرْجِعُهُمْ فَيُنَبِّئُهُمْ بِمَا كَانُوا يَعْمَلُونَ

            Ibnu Kathir menyatakan bahawa Allah SWT melarang Rasulullah SAW dan orang-orang mukmin dari memaki sembah-sembahan musyrikin, waima ia boleh mencapai maslahah. Namun, sebenarnya ia boleh membawa kepada mafsadah yang lebih besar, iaitu makian balas dari orang Musyrikin terhadap tuhan orang mukmin, iaitu Allah yang tiada tuhan kecuali Dia. (Ibni Kathir, Tafsir al-Quran al-‘Azim : jld 3, hlmn 314)
            Menurut Ar-Raisuni pula, hukum asal bagi celaan terhadap sembahan musyrikin adalah harus, malahan dalam beberapa ketika ia menjadi wajib. Ini kerana, menyembah selain Allah merupakan jenayah dan penyelewengan yang cukup besar. Namun, melihat kepada implikasi menyebabkan tercapainya mafsadah yang lebih besar, iaitu mereka mencela Allah dalam keadaan hati mereka ada permusuhan, zalim dan kejahilan, menyebabkan mencela sembahan selain Allah itu dilarang. (Dr Ahmad al-Raisuni, Muhadharat fi Maqasid al-Syariah : 219)
            Jadi, larangan celaan ini bersifat sad al-Zaraie. Dengan maksud, jika tidak mendatangkan implikasi yang buruk, maka ia tidak dilarang. Maka keadaan yang sama juga pada ayat larangan mengambil non Muslim sebagai pemimpin berdasarkan ayat ke 26 dan ayat 118  dari surah ali-imran.

            Dua:
            Maksud sad al-Zaraie adalah menutup pintu-pintu haram. Ia berasaskan kepada kaedah fiqh yang menyatakan, “perkara yang membawa kepada haram, maka hukumnya juga turut haram”

ما أدى إلى الحرام فهو حرام

            Ia membawa maksud, sesuatu yang boleh membawa kepada haram, maka ia juga turut haram. Contohnya seperti nas melarang meminum arak, maka menjual arak juga adalah haram. Juga, hukum asal menjual anggur adalah harus, tetapi menjadi haram jika dijual kepada pembuat arak.
            Juga penting diambil perhatian, menutup pintu haram itu tidak semestinya diharamkan terus, tetapi dengan meletakkan syarat-syarat yang ketat, sudah tercapai maksud Sad al-Zaraie. Ini seperti ulama-ulama Islam tidak terus mengharamkan system perbankan secara mutlak, waima asalnya bank itu terlibat dengan riba. Makanya, mereka benarkan perjalanan bank dengan diletakkan syarat bahawa tidak terlibat dengan riba, gharar dan sebagainya.
            Ia sama seperti penderiaan PAS yang mengizinkan perempuan menjadi calon dalam Pilihanraya dengan dikenakan syarat-syarat yang ketat, sedangkan di sana wujud hadis yang menyatakan larangan perempuan menjadi pemimpin[1]. (Haji Harun Taib, Muslimat pembangun ummah, hlmn 181)
            Makanya, dalam negara yang mengamalkan system demokrasi, kerenahnya tidak sama seperti negara yang mengamalkan system monarki. Ini kerana, dalam system monarki, pemerintah itu umpama tuan kepada rakyat, sedangkan dalam system demokrasi, pemerintah umpama pekerja bagi rakyat. Dalam erti kata yang lain, pemerintah melaksanakan kehendak rakyat, dan rakyat boleh gugurkan sesuatu pemerintah berdasarkan pemilihan rakyat yang dikenali sebagai Pilihanraya atau referendum rakyat.
            Disamping itu juga, dalam Negara demokrasi, seseorang yang memegang jawatan dalam negara tidak boleh melakukan tindakannya sewenang-wenangnya. Sebaliknya, ia tertakluk dengan undang-undang bertulis yang disepakati ramai. Dengan maksud, individu menteri yang melakukan tindakan menyalahi undang-undang bertulis, ia boleh dikenakan hukuman.
            Ekoran itu, dalam kerangka demokrasi, melantik menteri dari kalangan orang bukan Islam tidak menjadi masalah untuk perlantikan non Muslim sebagai menteri, selama perlantikan itu mendatangkan kebaikan yang banyak, juga tidak mendatangkan kerosakan yang lebih besar berbanding kebaikan.



[1] Dari teks dari buku;
“maka majlis syura Ulama PAS di dalam mesyuaratnya di Kota Bharu pada 30hb. Disember 2001 berhubung dengan muslimat menjadi calon dalam pilihanraya dan seterusnya menjadi wakil rakyat telah membuat keputusan seperti berikut:-
“bahawa mesyuarat majlis syura Ulama PAS pada 15hb. Syawal 1422/30hb. Disember 2001 telah membuat keputusan bersetuju mengekalkan amalan PAS sebelum ini iaitu mengharuskan muslimat menjadi calon dalam mana-mana pilihanraya dengan tertakluk kepada syarat-syarat tertentu” (Haji Harun Taib, Muslimat pembangun ummah, hlmn 181)

Sabtu, 29 Disember 2012

‘UQBAH BIN ‘AMIR AL-JUHANI : DEMI ILMU, TINGGALKAN KERJA


Semasa Nabi Muhammad SAW sampai di Yastrib, beliau berada di padang pasir untuk mengembala kambing. Berita kehadiran Nabi SAW, menyebabkan beliau bersegera meninggalkan gembalaannya yang merupakan sumber rezekinya, semata-mata mahu bersua-muka, bertemu-mata dengan Baginda SAW.

Setelah berjumpa, beliau memeluk Islam dan berbaiah dengan Nabi SAW. Baginda SAW bertanya, apakah beliau mahu berbaiah hijrah atau berbaiah Badwi. Beliau mahu berbaiah sebagai Hijrah.

Setelah berbaiah, beliau pulang semula ke padang pasir untuk meneruskan kerja hariannya, mengembala kambing. Bersama rakan-rakan di padang pasir seramai 12 orang. Mereka bergilir-gilir mengembala kambing di padang pasir dan berulang alik untuk mendapatkan ilmu dari Nabi SAW. Kemudian sesame mereka, berkongsi balik ilmu itu. ‘Uqbah merasa rugi, menyebabkan beliau berhenti terus dari menjadi pengembala kambing untuk sentiasa berdampingan dengan Nabi SAW demi khidmat dan ilmu.

Ke mana sahaja Nabi SAW bermusafir, dia akan ambil peluang untuk berkhidmat dengan Nabi SAW. Ternyata, beliau kagum dengan diri Nabi SAW yang mempunyai semangat persahabatan yang kuat. Walaupun ‘Uqbah berkhidmat dengan Nabi, tetapi Nabi SAW tidak pernah menganggap ia sebagai khadam, sebaliknya menganggap ‘Uqbah sebagai teman yang wajar dihormati.

Dalam permusafiran, baginda SAW di atas unta, sedangkan ‘Uqbah berjalan kaki memegang tali unta Nabi SAW. Dalam perjalanan, Nabi SAW bertanya kepada ‘Uqbah, apakah beliau keletihan? Tanpa sempat beliau memberi jawapan, Nabi SAW menyuruh beliau naik atas unta, dan Nabi SAW pula berjalan kaki dan memegang tali unta itu.

Memandangkan ia suruhan Nabi SAW, ‘Uqbah tidak tergamak untuk menolak, menyebabkan beliau naik sejurus Nabi SAW turun dari unta. Semasa dalam perjalanan yang tidak jauh, ‘Uqbah minta untuk berjalan kaki semula, dan meminta agar Nabi SAW pula menaiki balik unta  tersebut.

Ketika itu juga, Nabi SAW menyatakan kepadanya bahawa Baginda SAW mahu ajarkan kepadanya dua surah, dan ‘Uqbah bersedia untuk belajar, iaitu surah al-Falaq dan surah al-Nas.

Kelebihan yang ada pada ‘Uqbah adalah, kemahirannya dalam memanah. Dalam peperangan Uhud, beliau ditugaskan sebagai pemanah. Disamping itu juga, suara beliau cukup merdu. Ia menjadi ingatan bagi para sahabat yang berjumpa dengan beliau, bahawa mahu mendengar bacaan al-Quran dari ‘Uqbah.

Ketika Umar bin al-Khattab menjadi khalifah, beliau sering menyuruh ‘Uqbah menuturkan ayat-ayat suci ilahi. Bacaan al-Quran itu menyebabkan air mata umar menitis lebat membasahi janggutnya.

Di era pemerintahan Abu Bakar, beliau tinggal di Syam. Di era Umar, beliau berpindah di Damsyiq. Di era Muawiyah menjadi khalifah, beliau berpindah pula ke mesir dan meninggal di sana pada tahun ke 58 Hijrah.

Sebelum beliau meninggal, sempat juga beliau berpesan kepada anak-anaknya dengan tiga pesanan penting, iaitu agar tidak mengambil hadis kecuali dari orang kepercayaan, agar tidak berhutang walaupun terpaksa memakai pakaian compang camping dan agar tidak terlalai dari membaca al-Quran walaupun sebuk dengan syair-syair indah.

Wallahu ‘Alam




Ahad, 16 Disember 2012

HUZAIFAH BIN AL-YAMAN : PENJAGA RAHSIA YANG BERANI


Hadis-hadis akhir zaman banyak diriwayatkan oleh Huzaifah. Beliau dilantik sebagai penjaga rahsia-rahsia Nabi SAW, menyeabkan beliau sentiasa di perhatikan oleh Umar al-Khattab apabila berlaku sebarang kematian. Apakah si mati itu disolatkan jenazah oleh Huzaifah atau tidak. Jika tidak dihadiri oleh Huzaifah, Umar juga turut tidak akan tunaikan solat jenazah terhadap si mati tersebut kerana beranggapan bahawa individu terbabit adalah munafiq.

Bapa Huzaifah berasal dari Mekah, sedangkan ibunya berasal dari Madinah. Awal hijrah, para sahabat dari mekah mendapat gelaran muhajirin, dan para sahabat dari Madinah mendapat gelaran ansar, sedangkan Huzaifah mendapat gelaran  kedua-duanya sekali.

Bapanya bernama Husal bin Jabil al-Yamani. Sebilangan ulama tarikh menyebut dengan Husail. Seorang yang di zaman Jahiliah telah meninggalkan Mekah ekoran pergaduhan, lalu melarikan diri ke Yasrib dan bertemu dengan al-Rabbab binti Ka’ab al-Asyhaliyyah. Pertemuan membuahkan percintaan seterusnya berkahwin dan mendapat seorang anak yang hebat bernama Huzaifah.

Bapanya telah syahid dalam medan uhud. Terbunuh ekoran kesilapan sebilangan sahabat yang menyangka bahawa Husail itu adalah seorang musyrik, walhal beliau seorang muslim yang tegar imannya. Ketika sebilangan sahabat yang tidak kenal husail mahu membunuh beliau, Huzaifah perasan dan menjerit sambil mengatakan “Dia adalah bapaku.. dia adalah bapaku… dia adalah bapaku”

Kematian Husail ditangisi oleh Huzaifah. Perkara itu diketahui oleh Nabi SAW dan disabarkan oleh Baginda. Setelah berbincang, akhirnya para sahabat bersedia untuk mengumpul wang untuk dibayarkan diat kepada Huzaifah ekoran kesilapan terbunuhnya bapanya, Husail. Setelah cukup kutipan wang, lalu diberikan kepada Huzaifah. Beliau menerimanya, kemudian menyerah kembali kepada Nabi SAW untuk digunakan dalam peperangan untuk memenangkan islam di masa akan datang. Tindakan beliau itu semakin menambah lagi perasaan sayang Rasulullah SAW kepada Huzaifah.

Dalam peperangan Khandak atau dikenali juga sebagai peperangan Ahzab. Didapati dengan galinya parit keliling Madinah menjadikan pihak musuh-musuh Islam mati kutu untuk bertindak. Mereka berkhemah di luar Madinah untuk mencari jalan untuk melakukan serangan. Keadaan mereka yang duduk beberapa ketika di luar Madinah itu mahu diketahui oleh Nabi SAW. Makanya satu malam, setelah menunaikan solat, Nabi SAW bertanya; “siapakah di kalangan kalian yang boleh pergi siasat keadaan musuh, lalu kembali. Aku akan memhon dengan Allah agar dia akan menjadi teman karibku dalam syurga nanti?”

Semua tidak menjawab, lalu Nabi SAW pun terus mengarahkan kepada Huzaifah pergi. Tanpa bertanya dan memberikan alasan, Huzaifah terus bangun dan pergi sepertimana yang diarahkan.

Secara senyap-senyap Huzaifah menyusup masuk ke kawasan khemah musuh. Dengan bantuan Allah, ketika itu datang angin agak kuat yang menyebabkan api nyalaan yang menjadi suluhan mereka terpadam. Ketika itu, kedengaran suara Abu Sufyan mengarahkan agar para tenteranya memegang tangan sesama mereka. Dengan arahan itu, cepat-cepat Huzaifah memegang tangan dua orang tentera Quraish. Kemudiannya pula kedengaran suara Abu Sufyan menyuruh agar sesama mereka bertanya nama temannya sebelah, agar didapati bahawa musuh tidak menyelinap masuk ke kawasan khemah mereka. Mendengar arahan itu, tanpa sempat dua orang tentera di tepi Huzaifah bertanya, Huzaifah memulakannya terlebih dahulu. Ia menjadikan mereka tidak pula bertanya nama Huzaifah dalam kegelapan itu.

Tidak lama kemudian, kedengaran Abu Sufyan bersungut dengan menyatakan bahawa yahudi yang asalnya bergabung dengan mereka telah mengkhianati mereka. Pihak yahudi telah lari meninggalkan mereka. Maklumat itu menjadikan Huzaifah seronok untuk dilaporkan kepada Nabi SAW.

Dalam keadaan tidak disedari Quraish, Huzaifah telah lari meninggalkan Khemah musuh dan masuk ke Madinah dan melaporkan maklumat tersebut kepada Nabi Muhammad SAW.

Inilah kehebatan seorang sahabat bernama Huzaifah. Kehebatannya dimanfaatkan sehingga pada era pemerintahan Umar bin al-Khattab. Ini kerana, disamping ketaqwaan, beliau juga terkenal dengan kehebatan dalam berfirasat.

Semasa Umar menjadi Khalifah, dilema Umar adalah apabila rakyat Madyan yang kini dikenali sebagai Lubnan berhadapan dengan masalah penyakit wabak. Kemana sahaja mereka berpindah, didapati mereka terkena penyakit wabak tersebut. Dalam keadaan begitu, Umar telah mengarahkan Huzaifah agar pergi ke kawasan yang selamat untuk difirasatkan. Semasa sampai satu kawasan padang pasir, dengan kekuataan firasat Huzaifah bahawa tempat itu sememangnya tidak akan tersebar penyakit, maka menyebabkan rakyat Madyan telah berpindah di tempat tersebut. Dengan perpindahan itu, menyebabkan padang pasir yang lapang itu dikenali sebagai Kufah pada hari ini.

Huzaifah meninggal pada tahun 36 Hijrah di Madyan, walaupun dilahirkan di Makkah dan tinggal di Madinah. Selama hayat Rasulullah SAW, beliau hadir pada semua peperangan kecuali peperangan Badar sahaja. Itupun, ekoran beliau tidak ada di Madinah pada ketika itu.

Wallahu ‘Alam

Sekian


Selasa, 4 Disember 2012

POLITIK ISLAM MESIR – MALAYSIA


“Itu Ikhwan sudah menang memang diktator. Dulu cakap, mahu buat demokrasi”, satu ungkapan dari seorang rakan berbangsa cina dan tidak beragama Islam yang menyebabkan aku berfikir panjang. Ia diungkapkan selepas berlaku kebangkitan rakyat mesir buat kali kedua yang tidak setuju dengan deklarasi mursi, Presiden Mesir dari mazhab Ikhwan muslimun.

Aku berusaha mencari maklumat lagi. Membaca dan bertanya kepada rakan-rakan yang selalu memberikan analisa yang tepat. Kalau tidak tepat pun, ia hampir-hampir tepat. Berbagai ungkapan mereka. Cuma ayat yang paling terkesan padaku, “habisla PAS. PAS agung-agungkan sangat ikhwan. Kononnya tarbiah ikhwan. Demokrasi sebelum memerintah, tapi diktator selepas memerintah. Kalau Ikhwan boleh buat, takkan anak buah ikhwan (iaitu) PAS tak boleh buat?”.

Aku mula berfikir, bahawa kekuatan PAS kini, mendapat kepercayaan penuh dari non Muslim yang melihat PAS berdemokrasi. Cuba bayangkan, jika kepercayaan ini hilang terhadap PAS? Otakku bergerak kuat memikirkan hal ini.

Aku mula memikirkan bahawa penolakan terhadap sesuatu perkara bermula dari prejudis. Perkara ini diakui sendiri oleh al-Quran. Apabila orang mula prejudis dengan PAS, ini memberi gambaran negatif terhadap PAS dalam PRU akan datang. Aku dapati, followers FB aku yang terdiri rakan-rakan yang tidak beragama islam juga ramai. Rata-rata mereka selalu bertanyakan aku tentang PAS, walaupun aku tidak mempunyai sebarang jawatan dalam PAS.

Aku tidak mewakili PAS, tetapi persepsi mereka melihat aku seperti PAS juga menjadi masalah bagi diri aku. Dengan keadaan begini, aku mula bimbang jika mereka prejudis dengan PAS ekoran kejadian di Mesir ini. makanya aku perlu melakukan sesuatu untuk menyelamatkan dari terlahirnya prejudis buruk ini. aku mula mengutuk terhadap tindakan mursi yang dilihat seperti diktator tersebut.

Aku berfikir, memang tindakan aku itu akan mencalarkan peribadi aku di mata-mata pro mursi, tetapi ia berjaya menyelamatkan persepsi rakan-rakanku dari kalangan non Muslim yang sedang berjinak-jinak dengan PAS. Padaku, orang  Malaysia yang pro mursi, tidak akan meninggalkan PAS, tetapi rakan-rakanku dari non Muslim, memungkinkan akan tidak menyokong PAS di masa akan datang. Aku bertindak, melakukan mudharat kecil untuk mengelak dari berlaku mudharat yang lebih besar. Juga melakukan tindakan yang boleh hilangkan mudharat yang pasti dengan melakukan tindakan yang melahirkan mudharat yang zann sahaja.

PERSEPSI

Umar bin al-Khattab pernah meminta izin dari Nabi untuk membunuh Abdullah bin Ubai ekoran kejahatannya. Tetapi, ia tidak diizinkan oleh Nabi SAW kerana bimbang persepsi umum menyatakan bahawa muhammad membunuh sahabatnya sendiri. Ini gambaran bahawa Nabi SAW amat pentingkan persepsi.

Isu politik, adalah isu persepsi. Meninggalkan persepsi, akan menatijahkan keburukan dalam politik. Itulah hakikat politik sejak dahulu, lebih-lebih lagi di era langit terbuka ini.

Tindakan Mursi itu, walaupun dilihat benar oleh sebilangan manusia, tetapi sedikit sebanyak, ia memberikan persepsi yang cukup bahaya. Ia bukan kepada Ikhwan sahaja, tetapi terhadap gerakan-gerakan Islam di negara lain yang menjadikan ikhwan sebagai ummu al-Qura dan juga rujukan utama dalam gerakan mereka. Gerakan Islam di dunia yang menjadikan ikhwan sebagai kiblat tarbiah, sudah pasti akan terpalit dengan kesilapan ikhwan.

Apabila mursi ambil sikap “seperti diktator”, walhal sebelum naiknya sebagai presiden, ikhwan banyak kali ungkap demokrasi, ia akan memberi persepsi yang buruk kepada gerakan Islam lain yang menggunakan demokrasi yang mereka belum memerintah. PAS di Malaysia, sudah pasti akan terpalit sama dalam persepsi ini jika gagal diurus dengan baik.

REVOLUSI

Sekadar pembacaan aku terhadap politik mesir. Apa yang aku tahu, asal revolusi ini berlaku ekoran dari sebilangan besar rakyat mesir yang tidak mengundi pada tahun 2010. Dikatakan, hanya 40 juta dari 80 juta rakyat mesir yang keluar mengundi, sedangkan yang berbaki tidak keluar mengundi. Dikatakan, sikap yang diambil oleh rakyat mesir ketika itu adalah disebabkan mereka meluat dengan politik.

Tindakan itu dilihat serius oleh seorang tokoh ternama juga di mesir bernama muhammad al-Baradie. Beliau dikenali sebagai orang yang mendapat anugerah nobel keamanan. Keadaan di mesir itu, menyebabkan beliau telah melakukan kritikan terhadap pemerintahan Mubarak dengan bermula dari facebook sahaja, sehinggakan follower Fbnya begitu ramai dan mula membicarakan tentang keburukan pemerintahan Mubarak sehinggakan membawa ke medan tahrir.

Keadaan bertambah semakin hangat, apabila berlaku satu kes terbunuhnya seorang budak lelaki bernama Khalid Said di iskandariah. Dikatakan bahawa beliau terbunuh dalam tahanan polis ekoran tuduhan dadah. Perkara ini dihangatkan dalam FB oleh seorang pemuda yang mempunyai pendidikan agak tinggi di Mesir bernama Wael al-Ghanaim. 

 Semasa mereka berhimpun di tahrir, mereka menuntut mubarak menyelesaikan empat perkara dasar, iaitu kemiskinan ketara, rasuah yang bermaharaja lela, pengangguran yang semakin teruk dan menyelesaikan maslaah inflasi dan gaji rendah di kalangan pegawai-pegawai kerajaan. Tuntutan mereka diabaikan oleh mubarak.

Apabila mubarak tidak layan tuntutan tersebut, ia mengundang kemarahan sehinggakan kedengaran khabar angin mengatakan bahawa mubarak bakal meletakkan jawatannya, lalu mahu digantikan dengan anak lelaki mubarak untuk memegang jawatan presiden. Berita angin ini mengundang marah di kalangan rakyat yang sudah sedia berhimpun di medan tahrir sehinggalah terjadinya revolusi.

IKHWAN

Seperti yang diketahui umum, ikhwan tidak mempunyai keputusan semasa revolusi sedang berlaku. Semasa mubarak belum lagi jatuh, ikhwan tidak menghalang ahli-ahlinya untuk terlibat dengan revolusi, tetapi ikhwan sendiri menyatakan bahawa mereka tidak terlibat dengan revolusi. Di pihak salafi pula, mereka agak ketara kerana mereka mengharamkan terus keterlibatan dalam revolusi terbabit.

Namun begitu, selepas kejatuhan mubarak, ikhwan pandai mengambil kesempatan, sehinggakan banyak kerusi yang dimenangi mereka dalam pilihanraya selepas kejatuhan mubarak. Disamping ikhwan yang tidak terlibat dengan revolusi, geng salafi yang asalnya mengharamkan revolusi juga menjadi teman akrab ikhwan selepas kejayaan Ikhwan dalam pilihanraya.

DEKLARASI

Sebelum berlaku deklarasi, kita mendengar kenyataan erdogan yang mencadangkan sekular sebagai pemerintahan di mesir, tetapi ia ditolak oleh ikhwan. Ternyata ikhwan hendak membuat pemerintahan mereka sendiri. Tanpa berbincang dengan rakan-rakan yang sama-sama menjatuhkan mubarak, seperti al-Baradei mereka membuat deklarasi mereka dengan mencadangkan Islam sebagai asas negara, disamping menjadikan al-Azhar sebagai rujukan dalam perkara syariat di mesir. Ia ditambah lagi dengan satu dekri yang seiras-iras dengan dekri  suharto pada tahun 1966 yang meletakkan kuasa presiden bersifat mutlak, sehingga tidak boleh digugat oleh sesiapa pun, hatta mahkamah.

Tidak dinafikan, memang tujuan menetapkan kuasa presiden bersifat mutlak itu untuk menghalang tindakan sabotaj dari pihak mubarak, tetapi tindakan mereka mengenepikan al-Baradei juga merupakan satu kesan yang agak buruk yang bakal berlaku. Makanya, geng al-Baradie ini bangkit untuk melawan mursi, dan diambil kesempatan oleh geng-geng pro mubarak seperti amru musa.

PAS 1999

Keadaan ini, hampir sama seperti apa yang berlaku pada PAS pada tahun 1999 yang lalu. Ketika itu, PAS berjaya menguasai terengganu dalam Pilihanraya dengan isu Anwar Ibrahim, iaitu apabila beliau dipecat dari jawatan Timbalan PM dan beliau telah diaibkan, dipukul dan dipenjarakan.

Apabila PAS mendapat tampuk pemerintahan, PAS telah melakukan kempen negara Islam, juga menggubal rang undang-undang hudud terengganu, tanpa berbincang terlebih dahulu dengan  rakan-rakan Barisan Alternatif (BA), seperti PKR dan DAP. Keadaan itu melahirkan kemarahan dari DAP sehinggakan DAP telah keluar dari BA. Kesan dari keadaan buruk itu, menyebabkan PAS dan PKR kalah teruk dalam PRU tahun 2004.

KEBIMBANGAN

Kalau kita melihat seni politik Rasulullah SAW, kita akan dapati sejurus sahaja Nabi SAW mengambil tampuk pemerintahan Madinah, antara tindakan yang Nabi SAW ambil adalah mengurangkan musuh, disamping meramaikan kawan. Ini dibuktikan dengan tindakan Nabi SAW melakukan perjanjian persahabatan dengan kaum yahudi di Madinah dengan menubuhkan satu perjanjian bersama bernama piagam madinah. Jika diperhatikan kepada kandungan piagam, kita akan dapati bagaimana unsur persahabatan itu wujud, seperti saling bantu membantu dalam memajukan madinah, penjagaan nyawa antara satu dengan yang lain dan sebagainya.

Seni politik ini diamalkan oleh Tok Guru Nik Abdul Aziz di Kelantan di awal beliau memerintah di Kelantan, iaitu dengan tidak meramaikan musuh, tetapi meramaikan kawan. Keadaan ini berbeda dengan terengganu di kala pemerintahan PAS. Ini kerana, pihak JIM dan ABIM yang mempunyai fikrah islam pun boleh dianggap musuh, tetapi keadaan ini tidak berlaku dalam pemerintahan PAS di Kelantan. Makanya tidak hairan, walaupun kelantan pemerintahan PAS penuh dengan berbagai-bagai kelemahan, tetapi berjaya mempertahankan kuasa lebih 20 tahun.

Keadaan ini tidak sama berlaku pada pemerintahan Ikhwan di mesir yang dipimpinan oleh Mursi. Ini kerana, tindakan mursi adalah seperti meramaikan musuh berbanding meramaikan kawan dalam politik. Terutama, musuh-musuh yang diciptakan itu adalah dari kalangan orang yang mula-mula sekali mencetuskan revolusi di mesir. Apabila ini berlaku, mereka tidak akan duduk diam. Sudah pasti, mereka akan memulakan gerakan sekadar yang mampu untuk melakukan gugat terhadap pemerintahan mursi dalam jangka setahun atau dua tahun ini.

RAMAI DALAM HIMPUNAN

Ramai berhimpun mempertahankan mursi di awal pemerintahan tidak boleh menjadi kayu ukur kekuatan pemerintahan mursi. Ini kerana, bagi mereka yang berada dalam kerangka politik pada tahun 1999 sehingga 2004, kita akan dapati bagaimana usrah-usrah PAS ketika itu amat bersemangat. Ceramah-ceramah PAS memang terlalu boleh dibanggakan ekoran kehadiran manusia yang begitu ramai. Walaupun PAS berhadapan dengan DAP dalam isu negara Islam dan hudud, tetapi bilangan orang yang hadir dalam ceramah-ceramah PAS tetap ramai.

Namun begitu, dalam keadaan kehadiran orang ramai mendengar ceramah PAS, pada pilihanraya 2004, ia merupakan pilihanraya yang amat malang bagi PAS. Kerana, ia mengakibatkan kejatuan PAS di terengganu, dan hampir jatuh di kelantan.

KEKUATAN AL-BARADIE

Seorang kawan aku bekerja sebagai pemandu lori. Beliau pernah menyatakan kepadaku bahawa sesuatu yang tidak berat, perlu diangkat dengan tenaga. Tetapi sesuatu yang berat, ia perlu diangkat dengan otak.

Dia menjelaskan lagi contohnya dengan menyatakan bahawa dia telah ke terangganu untuk menghantar tiang-tiang besi yang berat. Sesampai di sana, dia dapati mesin untuk mengangkat tiang-tiang besar yang berat itu tiada. Disamping, pekerja di sana untuk diminta tolong juga tiada. Dia berfikir, bagaimana hendak menurunkan besi-besi yang berat, sedangkan dia tak ada kemampuan dan kuatan untuk menurunkan besi-besi itu dari lorinya. Makanya, dia telah membuka semua pagar-pagar belakang lori, dan dia gostan lorinya laju-laju dan memberhentikannya secara mengejut. Tindakannya itu menyebabkan semua besi-besi yang berat itu boleh diturunkan juga.

Secara teorinya, sesuatu yang terlalu berat itu boleh diturunkan dengan menggunakan akal, walaupun tidak mampu diturunkan dengan tenaga. Teori ini kita dapat lihat dilakukan oleh Israel yang asalnya tidak mempunyai negara.

Namun, dalam keadaan mereka tidak mempunyai negara, mereka telah memanfaatkan akal mereka untuk menguasai ekonomi, seterusnya rata-rata kita mengakui bahawa ekonomi dunia pada hari ini dikuasai oleh yahudi secara proksi. Juga, dengan kebijakan mereka,  mereka telah mendapat penempatan di palestine, walaupun asalnya mereka tidak mempunyai sebarang tempat pun.

Ini yang dibimbangi bakal di lakukan oleh al-Baradie terhadap pemerintahan mursi untuk masa akan datang. Ini kerana, al-Baradie bukan calang-calang manusia. Disamping mempunyai kepakaran dalam atom, beliau juga mempunyai kebijakan politik untuk jangka masa yang panjang. Ini dapat dibuktikan, dengan tindakan beliau di FB menyebabkan berlakunya revolusi di mesir sehingga kejatuhan mubarak.

DENDAM POLITIK

Diberitakan bahawa sejurus selesai revolusi di iran, ramai dari kalangan ulama-ulama sunni yang terlibat sama dengan revolusi menjatuhkan shah iran ditangkap oleh pemerintahan iran pimpinan syiah. Tidak diketahui sejauh mana kebenaran berita ini. namun, berita-berita sebegini amat masyhur di kalangan mereka yang anti-syiah di semua tempat.

Ekoran dari itu, melahirkan dendam dari kalangan orang sunni terhadap syiah di dunia. kesannya adalah, orang sunni amat memusuhi syiah, tidak sepertimana sebelum berlakunya revolusi iran yang dapat dilihat peperangan idea dan takfir antara syiah dan sunni kurang berlaku.
 
Kebimbangan sebegini juga bimbang berlaku di mesir dengan tindakan mursi ini. ia akan melahirkan politik dendam terhadap mursi oleh geng sekular, liberal dan kristian di sana. Kesannya adalah, bimbang kedamaian dalam pemerintahan di mesir tidak akan tercapai. Ia memungkinkan memberi kerosakan yang lebih besar buat masa yang mendatang.

PENUTUP

Secara asasnya, pada pandangan dan pembacaan aku yang lemah ini, aku merasakan suasana politik damai ini wajar dibina di mesir. Aku merasakan, politik di dunia pada hari ini amat sesuai dengan memakai teori think win win atau teori fikir menang-menang yang diungkapkan oleh cowey dalam 7 habitnya.

Aku tidak fikir, ikhwan akan berjaya melaksanakan semua apa yang mereka  mahukan. Ia sama seperti PAS yang mahu membawa idea negara islam dengan DAP yang membawa fikrah negara sekular. Jika semua pihak bertegang urat mempertahankan idealogi masing-masing, sampai bila-bila pun rasuah, penyelewengan wang rakyat di Malaysia tidak akan berjaya diselesaikan. Makanya, setiap parti perlu hormati idealogi parti kawannya, demi menimbulkan unsur kesamaan antara semua pihak. Yang paling penting, bagaimana semua pihak berjaya memberikan hak kepada rakyat, sama ada hak berbentuk metarial, juga berbentuk hak bersuara dalam menyatakan pandangan dan idealogi.

Mungkin kita suka mursi menyekat suara al-baradei (membuat dasar pemerintahan). Namun, sikap kita mungkin lain sedikit jika al-baradie melakukan tindakan yang sama jika dia berada pada tampuk pemerintahan mesir. Jika kita tidak mahu suara kita disekat, sekali-kali kita tidak boleh menyekat suara orang yang tidak seidealogi dengan kita.

Dalam bernegara, rakyat dibawah mempunyai berbagai-bagai fikrah dan idealogi. Ia sejawarnya diraikan dengan suasana demokrasi yang sihat. Tindakan kita menafikan hak rakyat yang tidak sama idealogi dengan kita dari bersuara, bakal memberikan implikasi yang cukup buruk di masa mendatang. Makanya, ia sewajarnya diurus dengan berhikmah.

Sekian

Wallahu ‘Alam