Jumaat, 26 Februari 2010

MAT REMPIT MALAYSIA MESTI MUHASABAH DIRI PUNYA

PERTAMA:



KEDUA:



KETIGA :

SUBHANALLAH, MEREMANG BULU ROMA



***

"KULI" DALAM PKR DAN PAS

"KULI" DALAM PKR DAN PAS

Kuli akui sendiri bahawa beliau ikhlas dan masih setia dengan UMNO. Itulah berita yang termaktub dalam Bernama yang dinukilkan oleh malaysiakini. (sila Klik)

Tidak diketahui kebenaran dakwaan kuli itu, tetapi jika diperhatikan kepada usaha dan sejarah politik beliau terhadap melayu, memang amat terbukti. Bermula dari UMNO, kemudian semangat 46 dan seterusnya kepada UMNO pula, benar-benar membuktikan bahawa beliau amat ikhlas dengan melayu. Ini kerana, UMNO dan semangat 46 adalah parti yang meletakkan melayu sebagai asas perjuangan.

Cumanya, Kuli melihat bahawa UMNO telah mengkhianati melayu kelantan, iaitu tidak memberikan hak royalty. Ekoran keikhlasan kuli dengan melayu kelantan, menyebabkan beliau bersedia berdiri dipentas kerajaan negeri kelantan pimpinan PAS dalam menerangkan keadaan yang sebenar; tentang status minyak di kelantan.

Tindakan itu melahirkan "sakit perut" oleh UMNO; iaitu sokongan UMNO di kelantan semakin hari semakin berkurangan dek kerana wujudnya insan ikhlas dengan melayu bernama Kuli. Lantaran kedengaran banyak cadangan agar Kuli dikenakan berbagai-bagai tindakan disiplin dari parti yang beliau "anuti" itu.

Itu dilemma kuli kini. Apakah dilemma ini merupakan ujian bagi kuli, yang menyebabkan Allah memberi pahala kepadanya? Itu soalan yang agak susah untuk dirungkai.

Sekiranya dilemma ini bersangkut paut dengan islam, sudah pasti Allah menjanjikan pahala dengan ujian sedemikian. Janjian pahala sedemikian telah terbukti menerusi ayat-ayat Al-Quran dan As-Sunnah. Namun begitu, jika dilemma ini berbentuk "kemelayuan", tidak tahu nas dari mana untuk menentukan status pahala terhadap ujian terbabit.

Mungkin dilemma yang dihadapai Kuli ini, kerana beliau adalah manusia yang ikhlas dengan Melayu ketika berada dalam parti khianat seperti UMNO. Bagaimana pula status orang yang khianat pada islam dan keadilan yang duduk dalam parti yang baik seperti PAS dan PKR?

Mungkin ia mudah dirungkai secara teori, tetapi sukar diselesai secara praktikal. Lebih-lebih lagi, "team pengkhianat" menguasai sesuatu parti yang baik.

Sekian

p/s : apakah kini UMNO sudah tidak lagi menjadi parti "agama suku – politik suku"?

Wallahu 'alam


Al-Bakistani
ustaz_bakistani@yahoo.com



- Danau Kota
12 Rabiul Awal 1431 – 26 febuari 2010 * 5:59 petang

Khamis, 25 Februari 2010

HENTIKAN EMOSI POLITIK DALAM MENANGANI ISU ROYALTI RAKYAT - GEGAR


KENYATAAN MEDIA OLEH
GERAKAN BERTINDAK KEMBALIKAN ROYALTI RAKYAT (GEGAR)
(25 Februari 2010)

HENTIKAN EMOSI POLITIK DALAM MENANGANI ISU ROYALTI RAKYAT

Sejak akhir-akhir ini, Gerakan Bertindak Kembalikan Royalti Rakyat (GEGAR) mendapati ramai ahli politik menggunakan pertimbangan politik kepartian semata-mata untuk mengadili isu tuntutan royalti petroleum oleh rakyat dari negeri yang berhak mendapat royalti.

GEGAR amat kesal dengan perkembangan ini dan menggesa pemimpin politik supaya lebih rasional dan mendahulukan kepentingan rakyat dan negara dalam isu melibatkan wang berbilion ringgit ini.

GEGAR menolak pandangan berikut yang amat memalukan, tidak berasas dan berunsur sentimen politik seperti yang disebut oleh Datuk Dr Awang Adek dalam temubual di TV1 pada 22 Feberuari baru-baru ini serta iklan tajaan Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia di akhbar bertarikh 21 Februari 2010:

1. Bahawa pemberian royalti kepada Kerajaan Negeri Terengganu selama ini (sejak dari 1978 hingga Mac 2000) adalah sesuatu yang tidak menurut undang-undang kerana Terengganu tidak layak mendapat royalti. Sedangkan premis pemikiran sebegini tidak timbul sama sekali sebelum ini malahan, asas undang-undang dan hak royalti 5% yang digunakan untuk pembayaran royalti kepada Terengganu.

2. Pemberian royalti kepada Sabah dan Sarawak adalah atas kerana sejarah dan hak istimewa semasa menyertai Malaysia pada tahun 1963 dan bukan kerana kelayakan mendapat royalti. Apakah wujud perjanjian dan peruntukan undang-undang mengenai pemberian keistimewaan yang begitu besar dan tanpa had masa sedang negeri lain mesti mengambil kira asas undang-undang? Bagaimana pula dengan perjanjian yang ditandatangani oleh Ketua Menteri Sarawak iaitu Tun Datuk Patinggi Hj. Abdul Rahman Ya’kub yang berasaskan Akta Kemajuan Petroleum 1974?

3. Kerajaan Kelantan tidak berhak kepada bayaran tunai atau royalti tetapi sekadar hang ihsan. Tetapi hakikat sebenar ialah tiada peruntukan undang-undang yang membolehkan pemberian wang ihsan kepada negeri.


GEGAR menganggap kenyataan di atas dibayangi emosi politik semata-mata. Kenyataan ini amat tidak wajar dan berpotensi menimbulkan kekeliruan yang besar, konflik perhubungan Negeri-Persekutuan dan meletakkan negeri pada budibicara kerajaan Persekutuan sepanjang masa walhal ia melibatkan wang berbilion ringgit dan kepentingan rakyat jelata.
Hakikatnya, pada tahun lalu PETRONAS telah membayar RM6.2 bilion dalam bentuk bayaran tunai dengan RM3 bilion kepada Terengganu, RM2.3 bilion kepada Sarawak dan RM0.9 bilion kepada Sabah. Bolehkah bayaran semahal ini terletak pada budibicara sahaja. Dan, bolehkah ia dibuat atas dasar simpati kerana petroleum hanya ditemui di kawasan luar pesisir tiga batu nautika.
Justeru, GEGAR menggesa Kerajaan Persekutuan berpegang kepada peruntukan undang-undang dan perjanjian yang bertunjangkan undang-undang dalam membayar royalti petroleum. Oleh itu, GEGAR ingin menegaskan empat perkara berikut:


1. Akta Kemajuan Petroleum 1974, dan 13 perjanjian dengan negeri-negeri mahupun 13 Geran Penyerahan Hak tidak menyatakan sama sekali sebarang sekatan hak setiap negeri untuk menerima bayaran tunai bagi pengeluaran petroleum di luar pantainya berdasar kepada jarak dari pantai.

2. Seksyen 13 (1) Akta Darurat Kuasa-kuasa Perlu 79 telah pun memansuhkan penggunaaan pemakaian ordinan darurat kuasa-kuasa perlu 1969 dan oleh itu ordinan tersebut adalah tidak relevan.

3. Memetik handsard Parlimen Malaysia bertarikh 12 November 1975, Tun Razak, Perdana Menteri ketika itu telah menyatakan bahawa negeri akan menerima lima peratus daripada nilai petroleum yang ditemui atau dikeluarkan daripada negeri-negeri sama ada di dalam atau di luar perairan negeri.

4. Dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia, Akta Interpretasi, Akta Prosedur Kewangan dan juga Akta Kemajuan Petroleum, istilah negeri adalah merujuk pada kerajaan negeri dan bukan agensi yang ditubuhkan oleh Kerajaan Persekutuan yang beroperasi di negeri. Oleh itu, pembayaran kepada negeri bermaksud kepada kerajaan negeri.


Ringkasnya GEGAR menyeru semua pemimpin politik tanpa mengira kerajaan atau pembangkang supaya menghentikan polemik ini dan mempermain-mainkan minda rakyat umum dengan memutar belit fakta dengan niat yang tidak jujur.

Sebaliknya, GEGAR menyeru pemimpin politik supaya berjiwa besar, bersikap amanah dan jujur untuk menerima fakta dan kebenaran demi kepentingan rakyat Malaysia tanpa mengira kumpulan politik, wilayah, negeri kaum dan agama.

Kebenaran tetap akan terserlah dan kebathilan akan tetap lenyap dan hancur. Pemimpin hendaklah menjadi contoh dalam berpegang kepada kebenaran, menunai janji dan amanah kerana ia adalah tuntutan agama dan syarat kepada iman kepada Allah.

GEGAR sekali lagi mendesak kerajaan Persekutuan menunaikan amanah perjanjian yang telah dipersetujui berasaskan Akta Kemajuan Petroleum 1974 yang mengkhendaki pembayaran wang tunai (atau istilah popular royalty) kepada kerajaan negeri untuk kepentingan rakyat jelata. Tidak ada langsung justifikasi dari aspek undang-undang untuk menidakkan pembayaran wang tunai 5% kepada negeri.


Yang benar,

Dr Abdul Halim Bin Yusof
Mohamad Fauzi Bin Abu Samah

Pengerusi Bersama
Gerakan Bertindak Kembalikan Royalti Rakyat

Kota Bharu
25 Februari 2010

ULAMA BERKHILAF TENTANG TARIKH LAHIR NABI


ULAMA BERKHILAF TENTANG TARIKH LAHIR NABI

Ulama-ulama tarikh tidak pernah sepakat dalam menentukan tarikh kelahiran nabi SAW. Ada ulama menyatakan bahawa tarikh lahir nabi SAW adalah pada 9 Rabiul awal, iaitu bersamaan dengan 20 atau 22 April 571 masihi. Pendapat ini dinukilkan oleh Al-Mubarakpuri dalam kitab Rahiq Al-Makhtum daripada pakar ilmu Falak yang bernama Mahmud Basha.

Ada ulama tarikh lain pula berpendapat, tarikh lahir nabi Saw adalah antara 9 hingga 12 Rabiul awal, iaitu sama ada pada 10, atau 11 rabiul awal. Namun begitu, kebanyakkan ahli sirah menyatakan tarikh kelahiran nabi SAW pada 12 rabiul Awal.

Ulama juga khilaf dalam menentukan tarikh kewafatan nabi SAW. Pun begitu, kebanyakkan ulama tarikh berpendapat tarikh kewafatan nabi SAW pada 12 Rabiul Awal tahun ke-11 hijriyyah. Imam Ibnu Hajar pula berpendapat, bahawa kewafatan nabi Saw pada 12 rabiul awal adalah perkara yang hampir kepada ijmak ulama. Bahkan tidak dinafikan juga riwayat yang mengatakan bahawa Rasulullah SAW wafat pada 11 Ramadhan.

Adapun kelahiran Nabi SAW pada hari isnin di tahun gajah, maka itu disepakati oleh seluruh ulama tarikh. Juga ulama sepakat mengatakan, kewafatan Nabi SAW pada hari isnin.

Secara kesimpulannya, dengan menentukan kemestian menyambut Maulid Nabi SAW dengan menceritakan tentang perjuangan dan pengorbanan nabi SAW pada 12 Rabiul awal sahaja adalah tindakan yang tidak tepat, bahkan hendaklah memperingati perjuangan nabi SAW ini dilakukan pada setiap hari.

Jika ditentukan kemestian pada 12 rabiul awal sahaja menyambut mauled Nabi, maka perlu diingat juga bahawa nabi Saw wafat juga pada 12 rabiul awal berdasarkan pendapat sebilangan ulama tarikh.

Sekian

Rujukan

1- Rahiq Al-Makhtum
2- Fath Al-bari Syarh Al-Bukhari
3- Al-bidayah wa An-nihayah.
4- Al-Kamil Fi At-tarikh

Wallahu 'Alam

Al-Bakistani
ustaz_bakistani@yahoo.com


- Sri indah (B), Sg buloh
12 Rabiul Awal 1431 – 26 febuari 2010 * 3:59 pagi







Rabu, 24 Februari 2010

“SYABAS” PERLU DIBEBASKAN

“SYABAS” PERLU DIBEBASKAN

Tadi berjumpa dengan salah seorang Exco Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor. Disebabkan lama tidak berjumpa, maka ‘sembang’ kami memakan masa yang agak lama juga.

“Kerajaan Negeri nak beli SYABAS, tapi ada problem sikit” ujarnya.

”problem?? Problem apa?” soalku kepelikkan.

”anta bukan tak tahu, isu air di selangor ni.. kerajaan Negeri nak bagi air percuma kepada rakyat, tetapi, masalahnya bila Syabas tu orang UMNO punya.. puak-puak UMNO ni yang dok buat problem” dia memberi penerangan ringkas, tapi agak padat juga.

”apa raaa.. tengok kelantan la syaikh.. Kelantan Water tu.. dulu tu, asal syarikat Britain, Tengku Razaleigh yang bawa datang. Masa tu, PAS gabung dengan semangat 46 atas nama APU, Angkatan perpaduan Ummah..” aku memberi pendapat.

”tahun 1990 dulu, iaitu mula-mula kita memerintah Kelantan dulu, masalah air kat sana terlalu kritikal. Jadinya, semangat 46 bersama dengan PAS atas nama APU.. Tengku bawa datangla syarikat air tu kat Kelantan.. urus masalah air.. cumanya, syarikat tu kenakan bayaran kepada rakyat kelantan tinggi sangat.. last-last sekali, kerajaan Negeri kelantan beli syarikat air tu” sambungku lagi panjang lebar.

Exco Pemuda PAS negeri Selangor itu hanya mendengar ceritaku dengan penuh minat. Mungkin ini maklumat pertama yang dia dapat, barangkali.

”Masa tu, tok guru potong gaji dia sebagai Menteri besar. Semua exco wajib potong gaji.. dengar khabar, sampai ketua kampung kat kelantan pun potong gaji. Sebab apa? Sebab nak simpan duit, untuk beli syarikat air tu la.. last sekali, Kerajaan Kelantan berjaya beli syarikat britain tu.. sejarah kedua terhambat Inggeris dari tanah melayu” ujarku lagi sedikit tersenyum.

“kalau nak tahu lebih lanjut pasal Syarikat Kelantan Water tu, kena tanya Husam, sebab yang ana diberitahu, dia yang urus benda tu sampai jadi hak milik kerajaan negeri kelantan” aku mengakhiri ulasanku yang panjang lebar itu.

“oh yer ke... barangkali, sebab itu kot Kerajaan Negeri Selangor ada bercita-cita nak beli syarikat Syabas ni.. mungkin dorang nak tiru kelantan kot” ujarnya lagi..

“eh.. yer ker.. dah tu, kenapa tak beli juga?” soalku lagi.

”nak buat macam mana, ada exco kita sendiri yang tak setuju..” ujarnya.

”apa??? Exco mana yang teruk sangat tu?”

”Dato’ hasan Ali la..”

”hasan Ali?.. alasan apa yang dia tak setuju?” aku agak terkejut.

”Cina syaikh.. takkan kita nak bagi cina urus kot.. Syabas sekarang ni orang melayu punya.. Dato’ Razali"

Mendengar jawapan tu, aku agak beremosi sikit.

Aku pelik apabila wujud juga alasan melayu penyebabkan kebajikan rakyat di bawah kerajaan pakatan rakyat di Selangor terbantut. Mungkin pemikiran kita masih tidak islam, menyebabkan pemikiran assobiyyah ini masih lagi berleluasa dalam sebilangan kepimpinan PAS pada hari ini.

Pun begitu, setelah pulang, aku berfikir tentang alasan yang dikemukakan itu dari sudut kacamata Islam. Aku cuba juga mencari dimanakah relevannya jawapan tersebut, tetapi tetap tidak berjumpa jawapan.

PENSWASTAAN ?

Jika dibaca dalam kitab-kitab fiqh, kita akan berjumpa satu bab, iaitu bab pemilikan dalam Islam. Para fuqaha’ menyatakan bahawa pemilikan itu terbahagi kepada kepada tiga, iaitu ; (1) Milkiyyah Ammah, (2) Milkiyyah Khassah, dan (3) Milkiyyah Daulah.

Milkiyyah Khassah adalah pemilikan individu atau gabungan beberapa orang individu, atau disebut sebagai syarikat (perkongsian). Milkiyyah bentuk ini, tidak dapat tidak mesti berpunca dari sumber yang tidak haram, seperti perniagaan dan sebagainya yang tidak terlibat dengan riba, rasuah, penyelewengan dan sebagainya,

Milkiyyah Daulah adalah pemilikan kerajaan yang hendaklah dibubuh dalam perbendaharaan Negara (baca : Baitul Mal). Antara sumber yang didapati untuk milkiyyah Daulah ini adalah seperti galian – sama ada emas, perak, gas atau minyak, zakat, kharaj, usyur, khumus, fai’ dan seterusnya.

Adapun milkiyyah ammah adalah pemilikan umum yang Allah wujudkan untuk dimiliki secara umum, tanpa dimiliki oleh sesiapa pun, waima dari pihak kerajaan. Tugas kerajaan, sekadar menguruskan sahaja.

Barang-barang milkiyyah ammah ini adalah, seperti hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu Abbas bahawa Rasulullah SAW bersabda ;

الْمُسْلِمُونَ شُرَكَاءُ فِي ثَلَاثٍ فِي الْمَاءِ وَالْكَلَإِ وَالنَّارِ وَثَمَنُهُ حَرَامٌ

Maksudnya;
“Orang Islam itu berkongsi pada tiga perkara; (1) air, (2) rumput (sekarang : minyak, sebab rumput digunakan sebagai makanan kenderaan di zaman itu), (3) api. Harganya adalah haram
[1]"

Justeru, dari hadis Ibni Abbas ini, ulama membahaskan bahawa tiga perkara ini tidak boleh dimonopoli oleh golongan tertentu. Ia tidak boleh dijadikan sebagai bahan mata pencarian golongan tertentu, dan tidak boleh diswastakan secara pemilikan.

Firman Allah SWT ;

كَيْ لَا يَكُونَ دُولَةً بَيْنَ الْأَغْنِيَاءِ مِنْكُمْ

Maksudnya ;
"Supaya perbendaharaan negara itu tidak berlegar di antara orang-orang kaya di kalangan kamu"

(Surah Al-Hasyr : 7)

Pun begitu, perlu diperjelaskan bahawa jika kita membaca kitab-kitab fiqh dan siyasah dalam Islam, kita akan dapati ulama membahagikan penswastaan ini kepada dua, iaitu (1) Iqta’ Tamlik, dan (2) Iqta’ Al-Intifa’ (baca juga : Iqta’ Al-Irfaq). (sebilangan ulama lain tambah satu lagi, iaitu Iqta’ Istighlal)

Iqta’ tamlik adalah pemberian penswastaan pihak kerajaan kepada golongan tertentu dengan pemilikan terus. Dan satu lagi adalah Iqta’ al-intifa’ (baca juga : Iqta’ Irfaq), iaitu penswastaan sekadar memberi manfaat kepada orang yang dilantik oleh kerajaan untuk menguruskan sesuatu bahan yang perlu di urus, dan kerajaan mempunyai hak pada bila-bila masa sahaja boleh menarik balik pemberian untuk mengurus, dan boleh diberikan kepada orang lain.

Dalam perkara yang berkaitan dengan tiga perkara ; air, api dan rumput (sekarang : minyak, sebab rumput adalah makanan kenderaan di zaman dahulu), ia merupakan keperluan rakyat secara menyeluruh, dan sudah pasti ia merupakan milkiyyah ammah. Justeru, sebarang penswastaan terhadap tiga perkara ini, tidak boleh diberikan penswastaan secara pemilikan, tetapi hendaklah sekadar penswastaan secara pengurusan. Atau dengan kata lain, tidak dibenarkan diberi iqta’ tamlik, tetapi dibenarkan diberi iqta’ intifa’ atau irfaq.

ISUNYA SEKARANG ?

Jika kita perhatikan di kelantan, kerajaan negeri telah berjaya membeli syarikat Kelantan Water, justeru kini pengurusan syarikat air tersebut dibawah kawalan kerajaan Negeri. Syarikat tersebut hanya bertugas sebagai menguruskan air di kelantan, dan tidak mempunyai berkuasa menaik dan menurunkan harga air melainkan mendapat kelulusan dari pihak kerajaan negeri. Ini bermakna, penswastaan syarikat air di kelantan dibawah Iqta’ Irfaq atau intifa’ yang dibenarkan dalam Islam.

Keadaan ini berbeda di Selangor, iaitu SYABAS. Yang mana, dikhabarkan SYABAS adalah sebuah syarikat air, yang kerajaan Negeri Selangor hanya mempunyai saham lebih kurang 30 peratus sahaja. (tolong betulkan fakta ini, jika salah). Atau dengan kata lain, kuasa mutlak syarikat SYABAS ini, bukan terletak kepada kerajaan negeri, tetapi ia adalah hak milik Dato’ Razali. Ini bermakna, penswastaan Syarikat air di Selangor (SYABAS) dibawah iqta’ Tamlik yang tidak dibenarkan oleh Islam.

Firman Allah;

كَيْ لَا يَكُونَ دُولَةً بَيْنَ الْأَغْنِيَاءِ مِنْكُمْ

Maksudnya ;
"Supaya perbendaharaan negara itu tidak berlegar di antara orang-orang kaya di kalangan kamu"

(Surah Al-Hasyr : 7)

Apabila ini berlaku, sudah pasti penentuan kenaikan dan penurunan kadar harga air, boleh dimainkan harga oleh pihak syarikat, dan dalam keadaan tertentu, pihak kerajaan Negeri terpaksa akur dengan permainan syarikat air terbabit. Inilah yang terbukti sekarang, iaitu dikala kerajaan Negeri Selangor hendak memberi air percuma kepada rakyat, tetapi menghadapi masalah yang cukup besar. Ini semua bersebabkan, saham kerajaan Negeri dalam syarikat air hanya 30 peratus sahaja, yang sudah pasti ia tidak kukuh.

ORANG BUKAN ISLAM?

Mungkin orang akan timbulkan persoalan, syarikat yang mahu menggantikan SYABAS adalah syarikat orang bukan Islam. Justeru, perlu dibiarkan SYABAS kekal berkuasa, kerana ia dikelolakan oleh orang Islam aka melayu.?

Persoalan ini dijawab dengan beberapa jawapan, iaitu seperti berikut;

Pertama :

Menguruskan air, adalah satu perkara yang disebut dalam istilah Imam Al-Mawardi dalam kitab Al-Ahkam As-Sultaniyyah sebagai ”tanfiz” atau melaksanakan tugasan yang telah diamanah oleh kerajaan yang tidak melibatkan kepada kekuasaan dalam menggubal undang-undang negeri, maka itu dibenarkan kepada non muslim (zimmi) memegangnya.

Pun begitu, kebenaran itu tertakluk kepada syarat-syarat yang telah ditetapkan. Ia bertujuan, agar tidak berlaku pengkhianatan terhadap sesebuah kerajaan.

Antara syarat-syarat itu adalah
[2];

1. hendaklah zimmi itu dikenali sebagai orang yang amanah.
2. dipercayai pada percakapannya.
3. tidak tamak
4. yang tiada permusuhan dengan orang islam
5. cerdik dan pandai
6. orang yang tidak mengikut hawa nafsu.

Keizinan ini dinyatakan secara jelas oleh Imam Al-Mawardi dalam kitabnya yang bertajuk ”Al-Ahkam As-Sultaniyyah” dengan katanya:

وَيَجُوزُ أَنْ يَكُونَ هَذَا الْوَزِيرُ مِنْ أَهْلِ الذِّمَّةِ وَإِنْ لَمْ يَجُزْ أَنْ يَكُونَ وَزِيرُ التَّفْوِيضِ مِنْهُمْ

Maksudnya;
”Dan harus bahawa kementerian (tanfiz) ini diberikan kepada Ahl Az-Zimmah, walaupun ianya tidak harus pada jawatan kementerian At-Tafwidh
[3] dikalangan mereka[4]

Keizinan ini adalah bersandarkan keizinan meminta bantuan dari non muslim, bahkan ianya juga merupakan salah satu cara memberi keadilan kepada orang bukan Islam dalam sesebuah negara Islam.

Firman Allah:

لَا يَنْهَاكُمُ اللَّهُ عَنِ الَّذِينَ لَمْ يُقَاتِلُوكُمْ فِي الدِّينِ وَلَمْ يُخْرِجُوكُمْ مِنْ دِيَارِكُمْ أَنْ تَبَرُّوهُمْ وَتُقْسِطُوا إِلَيْهِمْ إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الْمُقْسِطِينَ * إِنَّمَا يَنْهَاكُمُ اللَّهُ عَنِ الَّذِينَ قَاتَلُوكُمْ فِي الدِّينِ وَأَخْرَجُوكُمْ مِنْ دِيَارِكُمْ وَظَاهَرُوا عَلَى إِخْرَاجِكُمْ أَنْ تَوَلَّوْهُمْ وَمَنْ يَتَوَلَّهُمْ فَأُولَئِكَ هُمُ الظَّالِمُونَ

Maksudnya;
” Allah tidak melarang kamu untuk berbuat baik dan berlaku adil terhadap orang-orang yang tiada memerangimu karena agama dan tidak (pula) mengusir kamu dari negerimu. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berlaku adil.* Sesungguhnya Allah hanya melarang kamu menjadikan sebagai kawanmu orang-orang yang memerangimu karena agama dan mengusir kamu dari negerimu, dan membantu (orang lain) untuk mengusirmu. Dan barangsiapa menjadikan mereka sebagai kawan, maka mereka itulah orang-orang yang zalim”

(Surah Al-Mumtahanah : 8-9)

Justeru, tidak timbul isu berkenaan dengan orang bukan Islam menjadi pengelola terhadap syarikat air sebagai ganti terhadap SYABAS.

Kedua :

Apabila pengelolaan air berada dibawah kuasa kerajaan, sudah pasti kerajaan negeri boleh membuat tender terbuka bagi sesiapa yang mahu mengelolakan air di Selangor.

Apabila sudah wujud tender terbuka, sudah pasti akan ada pihak yang akan memberikan khidmatnya yang paling murah dan paling berkualiti. Justeru, dengan kaedah ini ia dapat memberi keuntungan yang tinggi kepada pihak kerajaan kerana dapat menjimatkan kos, disamping mendapat khidmat yang baik dan memuaskan.

Makanya, tidak timbul sama sekali bahawa orang bukan Islam menguasai atau tidak, bahkan jika wujud syarikat orang Islam yang bersedia memberi khidmatnya yang lebih berkualiti, maka itu merupakan keuntungan bagi orang Islam tersebut.

Sekian

Ulasan ini berdasarkan maklumat yang diberitahu.

Wallahu ’Alam

Al-Bakistani
ustaz_bakistani@yahoo.com



- Sri Indah (B), Sg Buloh
11 Rabiul Awal 1431 – 25 Febuari 2010 * 4:50 pagi





[1] Ibnu Majah : 2463.
[2] Al-Aqalliyat Ghair Al-Musallamah Fi Mujtama’ Al-Islami : m.s 175.
[3]Wizarah al-Tafwidh: golongan yang memegang portfolio ini adalah orang yang diberikan kuasa oleh khalifah untuk mentadbir urusan-urusan negara mengikut pandangannya serta melaksanakan sesuatu perkara berpandukan kepada ijtihadnya
[4] Al-Ahkam As-Sultaniyyah : m.s 44.

PAS takkan ulangi kesilapan di T'ganu

Tokoh Politik veteran PAS yang menjangkaui '1Malaysia', dulu, kini dan selamanya


PAS yakin tidak akan mengulangi kesilapan dalam pilihan raya umum sebelum ini yang menyebabkan hilang penguasaan di Terengganu, kata setiausaha agungnya.

Menyifatkan pengurusan pilihan raya oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pada masa itu “luar daripada etika dan norma politik biasa”, Datuk Mustafa Ali yakin penguasaan BN sukar dikekalkan lagi dalam pilihan raya umum yang akan datang.

“(Apa yang berlaku pada 2004) ini di luar jangkaan kita. Kita tidak jangkakan begini permainan BN. Saya sebut, Kementerian Dalam Negeri (KDN) pada waktu itu dengan kerjasama SPR (terlibat).

“Kita ada bukti orang tertentu bertanggungjawab. Berdasarkan undi biasa kita tidak (akan) kalah lagi,” katanya yang juga veteran PAS Terenggnu.

Mustafa diminta mengulas kegagalan PAS di negeri itu dalam dua pilihan raya umum berturut-turut ketika beliau memegang jawatan sebagai pengarah pilihan raya parti.

Kekalahan PAS negeri itu dalam keadaan Pakatan Rakyat menang besar pada Mac 2008 membentuk persepsi berhubung kewibawaan pemimpinnya daripada negeri itu, yang kebetulan memegang banyak kedudukan strategik dalam parti.

Dalam wawancara eksklusif dengan Malaysiakini baru-baru ini, Mustafa berkata, berdasarkan perubahan sokongan dan pertambahan pengundi secara ‘biasa’, mustahil BN dapat merampas negeri itu daripada penguasaan PAS.

Mustafa berkata, pada tahun tersebut, pertambahan jumlah pengundi terbanyak berlaku di Terengganu sehingga 15 peratus berbanding negeri jirannya Kelantan - yang juga dikuasai PAS - dengan hanya 4 peratus.

“Tumpuannya pada 2004 itu, Terengganu mesti dijatuhkan walau apa halangan sekali pun. Tumpuan pun tidak dibuat di Kelantan seperti itu,” katanya.

Bagaimanapun melihat perkembangan semasa dalam menghadapi pilihan raya umum akan datang, Mustafa berpendapat:

“Tetapi sekarang ini mereka kena tumpu pada banyak negeri. Jadi kita lebih yakin hadapi pilihan raya yang akan datang dengan lebih baik.”

Mustafa juga berkata, pengurusan pilihan raya seperti urusan pendaftaran yang dijalan di pejabat pos - yang didakwa banyak kelemahan - tidak boleh lagi dilakukan pada masa depan.

Katanya, suasana politik di Kelantan tidak boleh dibandingkan dengan negeri jirannya itu kerana negeri itu telah diperintah hampir 20 tahun.

“Sebahagian besarnya sudah sebati dengan PAS. Walaupun kita jatuh pada (pilihan raya ) 1978 bila pulih, rakyat sokong balik,” kata Mustafa.

sumber :
Malaysiakini.