Sabtu, 10 April 2010

BERFORUM DENGAN DATO’ NAKHAIE

BERFORUM DENGAN DATO’ NAKHAIE

Ia merupakan Sejarah dalam hidupku, apabila bertemu-mata dan sepentas berforum dengan seorang tokoh ulama di Malaysia yang pernah menjadi Timbalan Presiden PAS (dulu : timbalan Yang DiPertua), dan kini berada dalam UMNO, iaitu Dato’ Haji Nakhaie bin Haji Ahmad. Forum berkisar tajuk “Perkembangan Islam di Malaysia abad ke 21: reality, Cabaran dan harapan” anjuran Masjid As-Salam, Puchong perdana.

Forum yang mengambil masa sejam setengah yang dipengerusikan oleh Nazir Masjid, Haji Yasin Muhammad itu, banyak perkara baru yang aku pelajari. Lebih bersemangat lagi, apabila Haji Yasin Muhammad menjadi Moderator dengan gaya yang amat mengkagumkan dalam melontarkan soalan-soalan berkaitan Islam.

Waima beliau tidak mempunyai pendidikan Islam secara formal, tetapi cara beliau melontar soalan-soalan tentang islam, menyebabkan kita ‘berasa’ hendak memanggil beliau dengan panggilan ‘Ustaz”.

Walaubagaimana pun, dalam forum itu, mempunyai 3 sessi; sessi Muqaddimah, sessi menjawab soalan-soalan ‘cepu-emas’ moderator, dan soalan ‘cepu-cemas’ dari hadhirin.

SESSI MUQADDIMAH

Dato’ Haji Nakhaie memulakan pemanasan pentas dalam mengupas tentang tajuk “perkembangan islam di Malaysia abad ke-21; Realiti, cabaran dan harapan” dengan mengemukakan pandangannya.

Mendengar lontaran pandangan oleh Dato’ Haji Nakhaie, aku menafsirkan bahawa Dato’ lebih menekankan tentang masyarakat majmuk di Malaysia, ekoran itu perlaksanaan Islam agak kurang mampu bertapak di Malaysia dengan jayanya.

Disampng itu juga, Dato’ ada mengulas tentang pertembungan yang berlaku di kalangan umat islam (aka : melayu) di Malaysia sendiri, seperti pertembungan dalam perkara mazhab, khilafiyyah dan sebagainya, disamping menunjukkan contoh beberapa buah Negara umat Islam yang terjadi pertembungan seperti ini, seperti Pakistan.

Mendengar sahaja Dato’ Nakhaie menyebut Pakistan, aku agak tersenyum. Ini kerana, mengenangkan Negara itu adalah Negara tempat terawal aku mengenali ilmu-ilmu islam.

Pun begitu, Kemudian daripada itu, pemikiranku terimbau dengan perbalahan mazhab di Pakistan, sehingga di zaman aku belajar di sana, aku dapat melihat bagaimana tiga orang guru hadis yang terkenal di Karachi, Pakistan, iaitu Maulana Nizamuddin, Maulana Yusuf ludhyanwi dan Maulana Sanaullah yang mati dibunuh ekoran pertembungan mazhab.

Apabila sampai giliranku, aku mengupas tajuk forum itu dari dua sisi, iaitu dengan (1) mengungkap sejarah Islam di alam melayu, kemudian (2) mengemukakan Islam di alam Malaysia.

Dalam kupasanku tentang islam di alam melayu, aku kemukakan beberapa fakta sejarah tentang kemasukan Islam dan kejayaan perlaksanaan Islam di tanah melayu.

Antara kupasanku tentang Islam di alam melayu, aku mengemukakan beberapa pembuktian, seperti penggunaan kalimah Melaka yang berasal dari kalimah arab, iaitu ‘Malqa’ yang bermakna ‘tempat pertemuan’ pedagang arab dan India dalam menyebarkan Islam di tanah melayu.

Begitujuga, pertemuan batu bersurat yang dijumpai di Kuala Berang, Terengganu; tercatit di batu tersebut tentang seorang raja yang memerintah bernama Mandalika, dan di batu bersurat itu juga ada menyatakan bahawa hukum hudud, qisas dan Ta’zir terlaksana, tanpa memilih bulu; iaitu hukuman itu akan dikenakan juga kepada pemerintah sekiranya mereka melakukan sebarang kesalahan jenayah syariah.

Kupasanku tentang islam di alam Malaysia pula, aku menyatakan bahawa sudah sampai masanya kita meneropong dan menilik cara dakwah nabi SAW yang berjaya membina kerajaan islam di Madinah yang lebih mempunyai masyarakat majmuk berbanding di Malaysia.

Kemajmukan masyarakat di Madinah dahulu, bukan sekadar mempunyai kepelbagaian kabilah bangsa arab, bahkan terdapat tiga kabilah yahudi; iaitu Yahudi Bani Qainuqa’, Bani Nadhir dan Bani Quraizah.

Justeru, kejayaan itu perlu dicontohi dari Nabi SAW. persoalannya, bagaimana cara Nabi SAW lakukan itu?

Jawapanku itu, dengan Aku mengemukakan firman Allah SWT;

قُلْ يَا أَهْلَ الْكِتَابِ تَعَالَوْا إِلَى كَلِمَةٍ سَوَاءٍ بَيْنَنَا وَبَيْنَكُمْ

Maksudnya;
“Katakanlah (wahai Muhammad), Wahai Ahli Kitab, marilah kepada perkataan yang sama (titik kesamaan)”

(Surah Al-Imran : 64)

SESSI SOALAN ’CEPU-EMAS’ MODERATOR

Bersambung.....

p/s : minta maaf, terlalu letih kerana keluar dari rumah semenjak subuh, pukul 11:30 malam baru sampai ke rumah. Sebab itu, tidak dapat hendak siapkan atikle ini untuk malam ini.

sekian

Wallahu ’Alam

Al-Bakistani
ustaz_bakistani@yahoo.com



- Sri Indah (B), Sg Buloh
11 April 2010 * 1:12 pagi

Rabu, 7 April 2010

UMNO BUKAN SEKADAR APCO, BAHKAN FIRAUN

"sebelum rakyat tahu, Ayoh.. Heret "Musa" ke jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen, kerana dia cakap 'UMNO APCO, APCO UMNO'" arah Firuan kepada Timbalan Speaker Dewan Rakyat kerajaan Al-Qibt (Egypt) ketika itu.

UMNO BUKAN SEKADAR APCO, BAHKAN FIRAUN

Firaun dahulu ternyata sesat. Allah SWT mengarahkan Musa berhadapan dengan Firaun. Firuan tidak berhadapan sendiri, sebaliknya menghantar ‘wakil rakyat-wakil rakyat’nya untuk berdebat dengan Musa. Apabila semua wakil-wakil rakyat Firaun kalah berdebat dengan Nabi Musa, Firuan jadi berang dan mengarahkan semua tentera-tenteranya tangkap Nabi Musa A.S.

Itu kisah firuan dahulu, yang seakan-akan sama dengan kejadian yang berlaku pada hari ini; iaitu apabila UMNO terbukti terlibat dengan APCO, menyebabkan Dato’ Mahfuz Omar bertindak menyebut “UMNO APCO, APCO UMNO”.

Apabila Dato’ Mahfuz menyebut itu, semua ahli parlimen UMNO gelabah biawak, termasuk Timbalan Speaker sendiri. mereka terlalu gelabah sehingga tidak mampu untuk “cover” melainkan terpaksa bertindak seperti Firuan, iaitu mengheret Dato’ Mahfuz Omar ke jawatankuasa Hak dan kebebasan Parlimen.

Kalau Firuan dahulu, takut berkembangnya ajaran kebenaran yang dibawa oleh Musa menyebabkan Firuan bertindak mahu membunuh Musa, maka samalah dengan UMNO yang takut tembelang mereka pecah sehingga sanggup mengheret Dato’ Mahfuz Omar ke jawatankuasa Hak dan kebebasan parlimen.

Nyata, UMNO bukan sekadar APCO, tetapi Firaun.

Sekian

Wallahu ‘Alam


Al-Bakistani
ustaz_bakistani@yahoo.com


- Sri Indah (B), Sg Buloh
8 april 2010 * 1:15 pagi

Selasa, 6 April 2010

SEBELUM 1 MALAYSIA?

PERTEMUAN INI BERLAKU SEBELUM LAHIRNYA 1 MALAYSIA???

ISLAM HADHARI & 1 MALAYSIA : AGENDA YAHUDI


Pak Lah kemukakan idea Islam Hadhari




Tuan Guru Haji Abdul Hadi kata, Islam hadhari adalah agenda Yahudi merujuk kupasan As-Syaikh Anwar Jundi



"Hadharah Islamiah bukan Islam Hadhari" mengupas dengan merujuk pembuktian itu menerusi kitab "itar Islami li Al-Fikri Al-Muasir" atau Skop Islam pada pemikiran moden



Kini, Najib pula kemukakan idea 1 Malaysia. Ia adalah agenda yahudi juga

Anwar Ibrahim telah mendedahkannya sehingga beliau dikenakan tindakan undang-undang

p.s : UMNO dan Yahudi umpama Kentut dengan tahi

MASIHKAH KAU INGAT??

Anak-anak Israel bergembira dengan Bom yang hendak dihantar ke Palestine

Kemusnahan menimpa umat disebabkan kerakusan Israel


Kehilangan keluarga akibat keganasan Israel

One Malaysia semakin bertapak di Malaysia




Isnin, 5 April 2010

NABI ADA KALA BERKASAR - TOK GURU NIK ABDUL AZIZ



NABI ADA KALA BERKASAR

“masa nabi SAW sampai ke madinah dulu, Nabi buat perjanjian dengan yahudi; termasuk Bani Nadhir, Bani Quraizah dan bani Qainuqa’. Kandungan perjanjian itu adalah, kalau Islam kena serang, yahudi kena sokong islam. kalau yahudi kena serang, Islam kena sokong.

Yahudi pun terima perjanjian itu. pun begitu, setelah Madinah diserang oleh Ahzab. Bani Quraizah adalah antara yahudi yang melakukan pengkhianatan perjanjian. Mereka termakan pujukan Abu Sufyan (masa itu belum memeluk islam lagi).

Setelah berlaku peperangan, puak Islam menang. setelah menang, Nabi SAW pun bercakap nak gi ajar puak quraizah. Ketika Nabi SAW sampai di Quraizah, nabi SAW berkata;

يا إخوان القردة

Maksudnya;
“hai anak beranak kera”

“cuba kita tanya yahudi, mereka nak Negara Islam atau tidak mahu. Sah mereka tak mahu. Jadinya, kalau ada orang melayu tak mahu Negara Islam, sah dia adalah proxy yahudi”.

MINYAK KELANTAN

Keratan Akhbar Berita Harian - 22hb. Disember, 1983 membuktikan bahawa adanya sumber Petroleum dan Gas di Perairan Negeri Kelantan yang kemudiannya dinafikan oleh UMNO/BN.
(klik gambar untuk besarkan)

p/s : Fauzi Topeng perak kata, "ada banyak lagi bukti2... aku upload sikit2 bagi pening kepala pencacai... dokumen sempadan Thailand-Malaysia tahun 1909 pun ada. sabar..."