Sabtu, 1 Mei 2010

QIYADI, JUNDI : KEPERLUAN WAQIE, CABARAN DAN PENYELESAIANNYA

BAHAGIAN PERTAMA

PERTAMA; QIADI

(1)

Dalam bahasa arab, qiadi berasal dari kalimah "qawada", bermakna orang yang memimpin orang lain, atau driver .

Dalam terjemahan biasa, qiadi bermakna, kepimpinan.

(2)

pemimpin adalah lumrah. Semua manusia memimpin, sama ada dia orang besar, atau orang kecil.

Dalam lingkungan negara, pemimpin itu bernama PM; keluarga, namanya bapa; anak-anak, namanya ibu.

Seseorang itu akan memimpin dirinya sendiri. pimpin diri daripada mengikut hawa nafsu.

Sabda Nabi SAW;

كُلُّكُمْ رَاعٍ وَمَسْئُولٌ عَنْ رَعِيَّتِهِ فَالْإِمَامُ رَاعٍ وَهُوَ مَسْئُولٌ عَنْ رَعِيَّتِهِ وَالرَّجُلُ فِي أَهْلِهِ رَاعٍ وَهُوَ مَسْئُولٌ عَنْ رَعِيَّتِهِ وَالْمَرْأَةُ فِي بَيْتِ زَوْجِهَا رَاعِيَةٌ وَهِيَ مَسْئُولَةٌ عَنْ رَعِيَّتِهَا وَالْخَادِمُ فِي مَالِ سَيِّدِهِ رَاعٍ وَهُوَ مَسْئُولٌ عَنْ رَعِيَّتِهِ

"Setiap kamu adalah pengembala; akan ditanya/dipertanggungjawabkan terhadap gembalaan kamu. Pemimpin itu adalah pengembala, dan dia akan dipertanggungjawabkan berkenaan rakyatnya. Seorang lelaki itu adalah pengembala untuk ahlinya, dan dia akan dipertanggungjawabkan berkenaan rakyatnya. Perempuan itu adalah pengembala di rumah suaminya, dan dia akan dipertanggungjawabkan berkenaan rakyatnya. Khadam itu adalah pengembala terhadap harta tuannya, dan dia akan dipertanggungjawabkan berkenaan rakyatnya "

(3)

Kenapa perlu dipimpin?

Pertama, fitrah manusia ini mahu berkumpul; buat geng, team, group dan sebagainya. Justeru, geng, team, group itu hendaklah tidak tersasar dari lingkungan fitrah, maka islam datang menerangkan bentuk jemaah yang sepatutnya dibina oleh manusia; jemaah islam.

Kedua, memandangkan manusia mempunyai hawa nafsu, menyebabkan kadangkala mereka tersasar. Maka, setelah pembinaan jemaah islam itu tidak terkeluar dari maksud jemaah islam, maka perlu ada ketua yang memimpin jemaah tersebut.

Ketiga, kewujudan sesuatu jemaah adalah untuk mencapai matlamat keredhaan Allah, dan mencapai kejayaan dalam mendaulatkan islam. Pemimpin perlu mempunyai kebijaksanaan dalam mengemukakan pendapat dan ijtihad bagi mencapai kemenangan; islam diterima, bukan ditolak.

KEDUA : JUNDI

(1)

Jundi bermakna tentera/askar. Orang yang menjadi askar, adalah orang akur dan ikut sesuatu arahan.

(2)

Jundi yang kita nak bina adalah adalah jundi yang boleh meninggikan kalimah Allah. Usaha meninggikan kalimah Allah ini, dengan beberapa perkara, iaitu [a] berdakwah ; melahirkan da'i, [b] berjihad; mujahidin.

(3)

Jundi perlu mempunyai kepandaian dalam menilai sesuatu arahan. Arahan yang diterima pakai, hendaklah arahan yang mengandungi kemaslahatan, tanpa melahirkan kemudharatan.

Tiada ketaatan dalam arahan yang bersifat memudharatkan. Ini disandarkan kepada satu kisah yang berlaku pada zaman Nabi SAW, ketika melantik seorang lelaki ansar untuk menjadi ketua.

Baginda SAW menyuruh semua tentera taat dengan perintah dan arahannya.

“tidakkah baginda SAW menyuruh kamu semua taat kepadaku” katanya kepada semua tentera.

“benar” jawab mereka.

“kamu hendaklah himpunkan kayu untukku” arahnya.

Semua tentera menghimpunkan kayu.

”Kamu nyalakan api” perintahnya lagi.

Maka semua tentera nyalakan api pada kayu tersebut.

”kamu hendaklah terjun ke dalam api itu” perintahnya lagi. Tetapi, kali ini perintah itu difikirkan balik oleh para tentera.

Ada sebilangan yang lain mahu taat, tetapi dihalang oleh pihak yang lain. Mereka semua lari daripadanya, terus kepada Rasulullah SAW. tindakan para tentera tersebut, menyebabkan lelaki tersebut marah.

Kejadian itu sampai kepada pengetahuan Nabi SAW, menyebabkan baginda SAW bersabda;

لَوْ دَخَلُوهَا مَا خَرَجُوا مِنْهَا إِلَى يَوْمِ الْقِيَامَةِ الطَّاعَةُ فِي الْمَعْرُوفِ

Maksudnya;
”Kalau mereka masuk ke dalamnya (api), pasti mereka tidak akan keluar daripadanya sehingga hari kiamat. Ketaatan itu, hanya dalam perkara ma’ruf ”

BAHAGIAN KEDUA

PERTAMA : MUKJIZAT

(1)

Apa itu mukjizat?

kalimah mukjizat berasal dari kalimah "al-ajz" bermakna lemah. "’ijaz" dan "mukjizat" bermakna, melemahkan.

Mukjizat yang Allah berikan kepada para nabi, selalunya berbentuk "khawariq al-adat", iaitu menyalahi adat, dengan tujuan untuk melemahkan musuh-musuh para nabi.

(2)

Kenapa Allah bagi mukjizat para nabi itu pelbagai?

Cuba kita perhatikan kepada mukjizat-mukjizat yang Allah berikan kepada para nabi, pasti kita akan dapati, mukjizat mereka tidak sama.

Nabi Musa yang diberikan mukjizat tongkat; nabi saleh diberikan mukjizat unta; nabi muhammad dengan al-quran, yang nampak cabaran mendatangkan ayat yang bahasanya lebih indah dari bahasa al-quran.

(3)

Nabi musa diberikan mukjizat tongkat kerana firaun mempunyai ahli sihir. Justeru, musa datang dengan mukjizat tongkat yang kepelikkan yang ada pada tongkat itu mengatasi kepelikkan yang wujud pada sihir.

Nabi soleh berhadapan dengan puak kapitalis, yang memonopoli asas sumber utama rakyat, iaitu air. golongan kaya, menggunakan kuasa mereka menguasai air untuk dikenakan bayaran yang tinggi kepada rakyat yang mahu mendapatkan air. Justeru, memandangkan di zaman itu, alat untuk mengangkut air adalah unta, maka Allah berikan unta sebagai mukjizat Nabi Soleh. Unta itu digunakan untuk menarik air, lalu diberikan air itu kepada rakyat secara percuma.

Bangsa arab amat kagum dengan kehebatan dalam syair. Kerana syair, mereka boleh tercetus perbalahan. Lalu, datang Nabi Muhammad dengan dibekalkan oleh Allah dengan al quran; yang mempunyai keindahan bahasa dan sasteranya. Ekoran itu, tidak hairan Allah berkali-kali mencabar orang yang memperlekehkan quran agar mendatangkan ayat sama sedap dengan quran.

KEDUA : WAQIE

(1)

Dari ini, kita akan fahami bahawa mukjizat itu diberikan sesuai dengan waqie dalam melemahkan musuh.

(2)

waqie ini penting dalam Mengalahkan musuh. Malahan, setiap ulama mujtahid mengeluarkan fatwa mereka, pasti amat bersesuaian dengan waqie.

Imam as-syafie mengeluarkan fatwa di mesir dan di baghdad, tidak sama. Dikenali dengan nama qaul jadid dan qaul qadim.

Imam syafie mengatakan peneroka tanah akan memiliki tanah, tanpa mendapat kebenaran kerajaan, walhal imam hanafi mengatakan bahawa peneroka tidak dapat hak milik tanah, kecuali mendapat kebenaran kerajaan.

Kenapa fatwa mereka berbeda, walhal mereka berpegang dengan satu hadis sahaja?

Hadis tersebut adalah bahawa Nabi SAW bersabda;

مَنْ أَحْيَا أَرْضًا مَيِّتَةً فَهِيَ لَهُ

Maksudnya;
"barangsiapa teroka tanah, maka tanah itu menjadi hak miliknya "

Jawapannya adalah kerana imam syafie berada di mesir, yang mempunyai padang pasir yang luas. adapun imam hanafi berada di bandar besar dan maju, yang dibimbangi termakan tanah orang, jika membenarkan hak milik tanah dengan teroka tanah tanpa mendapat keizinan kerajaan.

Hakikatnya, perbedaan fatwa tersebut disebabkan waqie tempat mereka berada yang berbeda.

BAHAGIAN KETIGA

QIADI DAN JUNDI PERLU FIKIRKAN

(1)

Kita kena lihat realiti kini, bahawa kekerasan mudah dispekulasikan oleh musuh, sehingga mereka berjaya mencipta islamphobia.

PENYELESAIAN

Pertama,

kita perlu mengulas islam dalam bentuk yang mudah, kasih sayang, benci kekerasan dan sebagainya.

Islam perlu diulas sebagai agama fitrah manusia, mengharamkan kezaliman, waima terhadap binatang.

Kedua,

Istilah-istilah yang pada pandangan uruf dilihat "extreme" atau telah diburukkan oleh musuh-musuh Islam, hendaklah dihindarkan. Kita tidak perlu berbalah dan berdebat yang tidak menguntungkan tentang istilah dan nama, sebaliknya mementingkan pengisian disebalik nama yang mahu dipertahankan.

Seperti, kita tidak perlu berdebat sehingga ”titisan darah yang terakhir” tentang penggunaan nama ’negara Islam’, tetapi yang perlu kita fikirkan, usaha semampu yang boleh untuk melaksanakan segala kandungan negara Islam, waima tidak berlebelkan negara Islam, seperti konsep kebajikan, keadilan, kasih sayang dalam pemerintahan dan sebagainya.

Umar bin Al- Khattab pernah menukar istilah ”jizyah” kepada kalimah ”Zakat” terhadap Yahudi Bani Tughlub, ekoran bimbang mereka merasakan diri mereka seperti rakyat kelas kedua dalam kerajaan madinah ketika itu.

(2)

Manusia mahu melihat islam dalam bentuk yang senang, bukan islam berbentuk susah. Dengan kata lain, mereka mahu melihat perkara yang banyak boleh, berbanding tidak boleh.

PENYELESAIAN

Tidak mengambil sikap terus mengharamkan sesuatu, melainkan didatangkan alternatif terlebih dahulu.

seperti, Kita tidak terus menyatakan lagu/muzik itu haram, melainkan kita menyatakan bentuk lagu/muzik yang halal terlebih dahulu.

Kena mendalami dua kaedah usul utama, iaitu kaedah usul dalam perkara ibadat, dan kaedah usul dalam perkara selain ibadat.

Kaedah usul dalam perkara ibadat;

الأصل في العبادة التوقيفي أو البدعة حتي يرد النص

Maksudnya;
“Asal dalam perkara ibadat adalah terhenti, atau bidaah hingga wujud Nas”

Dan kaedah usul dalam perkara selain ibadat;

الأصل في الأشياء الإباحة ما لم يرد النص على عكسه

Maksudnya;
“Asal sesuatu perkara adalah harus, selama tiada nas yang menyatakan sebaliknya”

(3)

Mereka mahu melihat islam dalam bentuk yang rasional, berbanding ’taat buta-tuli’.

PENYELESAIAN

Bagi memperlihatkan bentuk islam yang rasional, perlu mendalami pemikiran Ahmad wahib yang dicampurkan sama dengan pemikiran as-syatibi menerusi kitab Al-Muwafakat.

Asas pemikiran mereka adalah;

Pertama, Imam Al-Baidhawi ada menyebut;

ما نهي عنه شرعا فقبيح و إلا فحسن

Maksudnya;
“perkara yang ditegah syarak, maka itu adalah buruk (haram). Sekiranya tidak (iaitu tidak ditegah, iaitu dibenarkan untuk dilakukan), maka itu adalah baik (halal) ”

Kedua, Setiap perkara halal, mesti ada maslahah dan mudharat. Tetapi, mudharatnya lebih kecil berbanding maslahah.

Ketiga, Setiap perkara haram, mesti ada mudharat dan maslahah. Tetapi, maslahahnya lebih kecil berbanding mudharat.

(4)

Non Muslim menolak Islam disebabkan faktor kejahilan mereka terhadap Islam.

PENYELESAIAN

Islam perlu dinilai diluar kerangka perkauman. Disamping, berusaha penuh dalam memahamkan Islam dalam bentuk yang berstrategi.

Formulanya, mulakan dengan mengemukakan titik kesamaan antara mereka dengan kita, sebelum mengemukakan perbedaan.

Kaedah ini, merujuk kepada firman Allah dari surah Al-Imran, ayat 64-65;

قُلْ يَا أَهْلَ الْكِتَابِ تَعَالَوْا إِلَى كَلِمَةٍ سَوَاءٍ بَيْنَنَا وَبَيْنَكُمْ أَلَّا نَعْبُدَ إِلَّا اللَّهَ وَلَا نُشْرِكَ بِهِ شَيْئًا وَلَا يَتَّخِذَ بَعْضُنَا بَعْضًا أَرْبَابًا مِنْ دُونِ اللَّهِ فَإِنْ تَوَلَّوْا فَقُولُوا اشْهَدُوا بِأَنَّا مُسْلِمُونَ * يَا أَهْلَ الْكِتَابِ لِمَ تُحَاجُّونَ فِي إِبْرَاهِيمَ وَمَا أُنْزِلَتِ التَّوْرَاةُ وَالْإِنْجِيلُ إِلَّا مِنْ بَعْدِهِ أَفَلَا تَعْقِلُونَ

Maksudnya;
”katakanlah, Wahai Ahli Kitab, marilah kepada titik kesamaan antara kami dan antara kamu, bahawa kita tidak menyembah melainkan Allah, dan kita tidak mensyirikkan-Nya dengan sesuatu pun. Setengah kita tidak boleh mengambil setengah yang lain sebagai tuhan, selain daripada Allah. Sekiranya kamu mereka berpaling, katakanlah, bersaksikan bahawa kami muslim. Wahai Ahli Kitab, kenapa kamu berhujjah berkenaan Ibrahim dan terhadap apa yang diturunkan dalam taurat dan injil selepasnya, apakah kamu tidak berakal?”

Dari ayat ini, kita dapat lihat Allah sebut ”cari titik kesamaan antara kamu dan kami, iaitu tidak sembah selain Allah”. Sememangnya, Ahli kitab menyembah Allah.

Kemudian, baru Allah sebutkan perbedaan, iaitu berbincang tentang tidak syirik kepada Allah.

Dengan kata lain, dalam menyeru mereka kepada Islam, jangan mulakan dengan mencari pertembungan, sebaliknya mencari titik kesamaan terlebih dahulu.

Sekian

Wallahu ’Alam

Al-Bakistani


- Sri Indah (B), Sg Buloh
2 Mei 2010 * 6:43 Pagi


KOMEN TENTANG ISU 'KICKDEFELLA'

Papan tanda sebegini tersebar banyak di Seluruh Negeri kelantan. Didakwa bahawa, ia merupakan salah satu projek Kerajaan Negeri yang diserahkan perlaksanaannya kepada GMC kepunyaan Syed Azidi


Maklumat yang Aku dapat yang berkaitan dengan Syed Azidi (Kickdefella) adalah seperti berikut;

PERTAMA:

GMC bukan hak milik PAS, atau Kerajaan Kelantan. Ia Satu syarikat yang ditubuhkan atas inisiatif peribadi Syed Azidi. Dikhabarkan, saham Isteri Syed Azidi dalam syarikat tersebut sebanyak 51 %.

KEDUA:

Syed Azidi telah hantar proposal kepada Kerajaan Negeri Kelantan atas nama GMC yang ditubuh oleh beliau untuk buat projek media di kelantan. Ia bersifat kempen kerajaan kelantan pimpinan Tuan Guru Nik Abdul Aziz, bukan menghentam Kerajaan BN, terutama terhadap individu Pak Lah.

Contoh kempen tersebut adalah seperti gambar tok guru berdoa, gambar tok guru dengan Al-Quran dan sebagainya, gambar mashaf dan al-quran sebagai mercu kerajaan Negeri Kelantan.

memandangkan GMC mencadangkan bayaran murah, maka kerajaan Negeri memberi projek itu kepada GMC yang dipunyai oleh Syed Azidi. Pemberian projek itu, dibawah kelolaan PMBK (Perbadanan Menteri Besar Kelantan).

KETIGA:

Pembayaran projek media atas nama GMC ini, berdasarkan ketetapan yang telah ditetapkan oleh GMC sebagai syarikat yang menghantar Proposal projek, bukannya peruntukan yang hendak diberi oleh pihak kerajaan Kelantan atau PAS kepada GMC. Dengan kata lain, peruntukan itu diberikan oleh kerajaan kepada GMC berdasarkan ketetapan yang termaktub dalam Proposal, bukannya bayaran itu diberikan tanpa proposal oleh kerajan kepada GMC.

Justeru, dakwaan Syed Azidi bahawa beliau diberikan peruntukan 4 juta itu adalah meragukan. Terlebih meragukan, apabila pemberian itu didakwa untuk menjatuhkan Pak Lah.

KEEMPAT:

Menjatuhkan Pak Lah dalam PRU yang lepas, banyak datang dari pihak dalaman UMNO sendiri. Diketahui umum, bagaimana Tun Dr Mahathir sendiri menyerang Pak Lah dengan begitu kuat, menyebabkan pihak PAS, PKR dan DAP mengambil kesempatan untuk menjatuhkan Pak Lah.

Malahan, dikhabarkan juga bahawa semasa PRU 2008 sedang berlaku, ada pimpinan UMNO dari Kem Tun Dr Mahathir sanggup menghabiskan kewangan untuk mencadangkan beberapa individu tertentu agar bertanding bagi pecahkan undi BN di Parlimen Kepala Batas; Parlimen Pak Lah.

Sekadar ini maklumat yang didapati. Jika ada lagi, Insya Allah akan menyusul dalam entri akan datang..

sekian

Wallahu Alam

Al-Bakistani


- Sri Indah (B), Sg Buloh
2 Mei 2010 * 3:45 pagi





UNDI MELAYU BANDAR DAN MELAYU KAMPUNG

Apa penilaian melayu kampung dan melayu bandar tentang gambar ini?


"Jika Mood pengundian seperti yang berlaku di Hulu Selangor baru-baru ini berterusan sehingga PRU akan datang, Pakatan Rakyat akan kekal memerintah di Selangor dan Pulau Pinang, tetapi tidak jamin di Kelantan dan kedah", lebih kurang begitu bacaan salah seorang ahli politik yang agak terkenal juga.

Menarik juga bacaan itu. Di dapati, keadaan undi cina dan India, berada dalam daerah selamat. Namun, undi India perlu berhati-hati sedikit.

Adapun undi melayu, perlu dibahagi kepada dua, (1) Melayu bandar, dan (2) melayu kampung. Cara berfikir melayu bandar tidak sama dengan cara berfikir melayu kampung.

Undi melayu bandar, mengikut satu pendapat, berbelah pihak kepada PR (PAS, PKR dan DAP). Adapun undi melayu kampung, mengikut tren pengundian kini, berbelah pihak kepada BN.

Persoalannya, (1) Melayu di Kelantan dan Kedah, melayu bandar atau melayu kampung? (2) di Perak, apakah ramai melayu kampung atau melayu bandar? Namun, undi cina dan india di perak dilihat berbelah pihak kepada PR. Justeru, bagaimana pula gabungan undi melayu bandar dan undi cina dan india di Perak? (3) Di selangor, PAS banyak bertanding di kawasan melayu kampung. Justeru, mungkin PR kekal memerintah, tetapi PAS semakin minoriti. Benarkah?

inilah yang aku diceritakan.

sekian

Wallahu 'Alam

Al-Bakistani


- Sri Indah (B), Sg Buloh
1 Mei 2010 * 3:59 petang

Khamis, 29 April 2010

WUJUDKAH NEGERI DI SELAIN BUMI ALLAH?


Kitab Faid Al-Qadir (4/617) menyatakan bahawa dalam kitab Syarh Al-'Awarif menyebut;

أول ما كتب الله في اللوح المحفوظ إلى أنا الله لا إله إلا أنا من لم
يرض بقضائي ولم يشكر نعمائي ولم يصبر على بلائي فليطلب ربا سواي

maksudnya;
"Perkara pertama yang Allah tulis pada lauh Mahfuz kepada "Akulah Allah, tiada tuhan melainkan Aku. Barangsiapa tidak redha dengan ketetapan-Ku; tidak syukur dengan nikmat-nikmat-Ku; tidak sabar terhadap ujian-Ku, maka hendaklah dia mencari tuhan selain-Ku"

Bumi ini adalah kepunyaan Allah. Bumi kepunyaan Allah ini, terdapat banyak negeri-negeri. Ada negeri Mesir, Malaysia, Afrika, Amerika, pakistan dan Selangor.

Semua negeri-negeri ini, hendaklah mengikut ketetapan Allah. Bagi mereka yang tidak boleh ikut ketetapan Allah, maka hendaklah dia cari tuhan selain Allah, dan keluar dari bumi Allah, waima apa jawatan dia sekalipun.

"Jika kamu mengatakan keluar dari negeriku kerana tidak ikut undang-undangku, maka keluarlah kamu dari bumi Allah jika kamu tidak ikut undang-undang Allah" Lebih kurang begitu pesanan seorang syaikh dalam satu ceramah di Masjid Al-Azhar dalam bahasa arab.

sekian

Wallahu 'Alam


- Bulatan Pahang
30 April 2010 * 2:18 Pagi

Rabu, 28 April 2010

KETUANAN MELAYU ATAU KETUANAN ISLAM



Komen terhadap pendapat Maulana Asri adalah seperti berikut;

PERTAMA:

Perlu diingat, ungkapan nabi SAW tentang "ketuanan Quraish" (seperti diistilahkan oleh Maulana asri berdasarkan kepada hadis), tidak menyebabkan bangsa selain Quraish memandang buruk dan sinis terhadap Islam. Keadaan ini berbeda, jika kita bercakap ketuanan melayu di Malaysia.

Justeru, bandingan ini bersifat "Qias Ma'a Al-Fariq".

KEDUA:

ketuanan Melayu ulasan Maulana Asri dengan merujuk pendapat Imam Ibnu Khaldun - mengkiaskan dengan 'ketuanan quraish', mungkin relevan jika diabadtasikan di Kelantan, negeri tempat Maulana Asri bertapak.

KETIGA:

Ibnu Khaldun memaksudkan 'ketuanan Quraish' (istilah Maulana asri) dengan merujuk kepada hadis, adalah ketuanan yang tidak bermaksud Assobiyyah yang dilarang dalam Islam. Maksud Assobiyyah yang dilarang dalam Islam adalah, membantu team, geng, kaum dan sebagainya, dalam melakukan kezaliman. (lihat hadis riwayat Abu Daud)

seperti kita cakap, "bila Gu demo buat, maka salah belaka, waima betul. tapi, bila Gu kawe buat, maka betul belaka, waima salah".

Jadi, apabila kita lihat ketuanan melayu di malaysia pula. banyak unsur-unsur kezaliman berlaku. Dilebihkan kepada kaum melayu, tetapi dinafikan hak-hak bangsa selain melayu, walhal mereka juga rakyat Malaysia yang mempunyai hak kerakyatan.

Bermakna, ia tidak boleh disamakan ketuanan melayu di Malaysia, dengan ketuanan Quraish mengikut ulasan Maulana Asri dengan merujuk ulasan dari Ibnu Khaldun dalam kitab Al-Muqaddimah.

KEEMPAT:

Ketuanan melayu mengikut kiasan Maulana Asri dengan Ketuanan Quraish itu, mungkin relevan dibicarakan di Kelantan, atau di ulas di zaman Islam alam melayu abad ke 14- 15. Tetapi, di abad ke-21, kita sudah perlu ulas Islam dalam ketuanan Malaysia.

PENUTUP:

sekadar pendapat peribadi, terhadap ulasan dari Maulana Asri menerusi klip video di atas. Penulis tidak menafikan hujjah Maulana Asri, bahkan mengakui kebenaran hujjan terbabit, tetapi penulis berpendapat adabtasi Maulana Asri agak tidak cermat, kerana sesuatu adabtasi perlu dilihat 'Maalat at-Tatbiq', atau 'resiko adabtasi'.

sekian

p/s : yang betul tetap betul, dan yang salah tetap salah. Kentut yang busuk, tetap busuk. Kasturi yang wangi, tetap wangi.

Wallahu 'Alam

Al-Bakistani


- Sri Indah (B), Sg Buloh
29 April 2010 * 6:15 Pagi

Hasan Ali buat laporan polis terhadap Zahid, Utusan : SHABAS Dr HASAN ALI

Exco Selangor Datuk Dr Hasan Ali hari ini membuat laporan polis terhadap dua pemimpin Umno serta akhbar Utusan Malaysia yang didakwa melempar fitnah terhadapnya.

Dr Hasan berkata, beliau membuat laporan polis di bawah seksyen 499 Kanun Keseksaan, untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap ketiga-tiga pihak tersebut.

Beliau membuat laporan itu di ibu pejabat polis daerah Shah Alam pada kira-kira jam 4 petang ini dengan ditemani peguam Mohd Khairuddin Othman.

Dua pemimpin Umno itu ialah Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Zainal Abidin Sakom.

Ahmad Zahid sebelum ini dilaporkan Utusan Malaysia sebagai berkata, khutbah yang disampaikan Hasan itu berbaur politik.

"Beliau menuduh saya memberi khutbah berbaur politik, kononnya saya terlupa membaca selawat menyebabkan tidak sah fardhu Jumaat pada hari itu.

"Saya (juga) dituduh menderhakan kepada Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor kerana saya tidak mematuhi arahan yang dikeluarkan oleh pihak yang berkuasa.

"Saya diberitahu, Datuk Zainal Abidin Sakom melalui berita nasional yang disiarkan oleh Klasik Nasional, telah memberi komen yang serupa seperti apa yang telah dilakukan oleh Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi," laporan polis itu dipetik.

Dalam laporan itu juga, Dr Hasan mendakwa kenyataan mereka boleh mencetus ketegangan di kalangan masyarakat Islam.

Beliau mendakwa tuduhan itu juga boleh mencemarkan reputasinya sebagai exco hal ehwal Selangor dan pentadbiran baru negeri Selangor yang tegas melaksanakan peraturan surau dan masjid sebagai zon bebas politik.

Sementara itu, ketika bercakap kepada media sebelum membuat laporan polis tersebut, Dr Hasan berkata beliau tidak melanggar apa-apa enakmen mengenai pengembangan agama Islam di Selangor berkaitan khutbah yang disampaikannya itu.

Katanya, beliau sememangnya telah membaca selawat seperti dirukunkan untuk menyampaikan khutbah.

"Ada memang ada (baca selawat). Saya yakin 100 peratus," katanya ketika ditanya.

Tambahnya pegawai JAIS yang membuat pemantauan ke atas khutbahnya itu juga mengesahkan beliau tidak melakukan kesalahan itu.

Jelasnya, beliau berkata demikian berdasarkan kenyataan yang dikeluarkan oleh Jabatan Agama Islam Selangor seperti dilaporkan akhbar Sinar Harian.

"Selepas berunding dengan peguam, saya rasa kita patut buat laporan polis untuk ambil tindakan undang-undang ke atas Ahmad Zahid Hamidi (kiri) dan Zainal Abidin Sakom," katanya.

"Pada masa sama, (laporan ke atas Utusan) sebab saya nampak Utusan Malaysia ada unsur putar belit kenyataan," katanya.

"JAIS sudah keluarkan kenyataan, saya nak sebutkan seperti yang dilaporkan Sinar Harian, bertajuk 'Khutbah Hasan Ali bersih dari politik',' katanya sambil menambah beliau berpengalaman 40 tahun membaca khutbah.

"Semenjak dua tahun pentadbiran (Selangor bawah Pakatan Rakyat), tiap-tiap minggu saya akan baca khutbah di seluruh Selangor, kecuali apabila saya berada di luar negara," katanya.

Menjawab soalan, beliau tidak menolak andaian bahawa dakwaan ke atasnya itu berkaitan dengan kempen pilihan raya yang berlangsung di Hulu Selangor.

"Ia berlaku pada peringkat akhir kempen tapi saya tidak boleh katakan ia berkait secara langsung dengan politik.

KEADILAN UNTUK AMINURRASYID, BUAT SOLAT HAJAT

Demi keadilan untuk Adik Aminul Rashid yang dituduh sebagai penjenayah dan ditembak mati oleh pihak yang tidak bertanggungjawab, kemudian dicipta bukti palsu dengan dakwaan membawa parang dalam keretanya, dicadangkan kepada seluruh masjid dan surau di seluruh negara agar mengadakan solat hajat perdana.

Memohon kepada Allah, agar anggota pihak yang tidak bertanggungjawab berkenaan akan dihadapkan kepada pihak pengadilan dan dikenakan hukuman yang saksama. Berdoa, agar pihak tertinggi negara yang bersekongkol dengan kezaliman terhadap Adik Aminul Rashid, dibinasakan oleh Allah SWT.

Firman Allah;

فَأَوْحَى إِلَيْهِمْ رَبُّهُمْ لَنُهْلِكَنَّ الظَّالِمِينَ

maksudnya;
"Tuhan mereka (Allah) telah mewahyukan kepada mereka bahawa, Pasti Kami akan binasakan orang-orang yang zalim"

(Surah Ibrahim : 13)

baca sama:
keadilan untuk aminul rashid.