Rabu, 6 Oktober 2010

PAS BERSAMA PR, PENYEBAB KETARA ISLAMPHOBIA TERHAPUS DI MALAYSIA

Seseorang yang menaiki motosikal, lalu terlibat dalam kemalangan yang mengakibatkan kecederaaan parah, seperti cacat. Setelah dimasukkan ke dalam hospital, dan mendapat rawatan, ternyata dia sihat kembali.

Namun, dia sudah tidak lagi menunggang motosikal, ekoran fobia. Apabila dihulur kunci motorsikal, mimpi ngeri tentang kemalangan lalu mula terbayang dalam fikirannya. Perkara ini, sering menghantui perasaannya, malahan memberi kesan yang cukup besar pada kehidupannya.

Keadaan yang sama juga menimpa Islam selepas kejadian pelanggaran dua buah kapal terbang terhadap dua buah bangunan mercu negara amerika, WTC. Agama Islam dianggap sebagai agama ganas, dan Umat Islam pula dituduh sebagai pengganas. Semuanya berpunca tuduhan melulu Bush yang merupakan Presiden Amerika ketika itu mengatakan bahawa tindakan itu merupakan serangan jahat dari Osama bin Laden.

Selepas kejadian itu, banyak penyelidikan yang dilakukan. Sehinggakan, ramai berpendapat bahawa serangan itu sebenarnya adalah satu konspirasi jahat yang sedang dilakukan oleh orang-orang yahudi.

MALAYSIA

Dengan kejadian 11 september, di negara barat, tekanan yang tertimpa terhadap orang bukan islam amat ketara kelihatan. Keadaan semakin rumit, sehinggakan Istilah fiqh Al-Aqalliyat [fiqh minoriti] yang dilontarkan oleh Dr Yusuf Al-Qaradhawi mula mendapat tempat yang cukup meluas.

Namun, pemikiran orang barat tidak seperti orang disebelah timur. Mungkin terkesan dengan budaya pencerahan yang bermula dari serangan beberapa tokoh-tokoh pencerahan terhadap zaman kegelapan Eropah yang didokong oleh agamawan paderi, sepertimana yang dilakukan Ammanual kant, William Harvey, René Descartes, Spinoza dan banyak lagi, menyebabkan orang barat tidak melihat perkara ini dengan pandangan selapis, sebaliknya dilihat dari sudut rasional berbanding emosional.

Keadaan itu menyebabkan ramai dari kalangan orang barat mula ‘bertanya’ dan mengkaji islam. ternyata, keadaan itu menyebabkan perubahan di kalangan masyarakat barat terhadap Islam semakin lama semakin positif, malahan ternyata sudah ramai dari kalangan orang barat yang sudah memeluk islam.

Ia benar-benar meyakinkan kita kepada firman Allah SWT;

وَمَكَرُوا وَمَكَرَ اللَّهُ وَاللَّهُ خَيْرُ الْمَاكِرِينَ

Maksudnya;
“Mereka telah melakukan perancangan, dan Allah SWT juga telah merancang. Dan Allah adalah sebaik-baik perancangan”

[Surah Al-Imran : 54]

keadaan ini, bukan sekadar berlaku di barat, malahan berlaku juga di Malaysia. Di malaysia, Islamphobia ini, boleh disifatkan berlaku dari dua faktor, [1] dari pihak orang bukan islam, dan [2] dari pihak orang islam sendiri.

FAKTOR DAN PUNCA

Tidak dinafikan, orang bukan islam di Malaysia mempunyai pergaulan dengan orang-orang islam. keadaan ini sepatutnya, perlu dijadikan sebagai ruang mereka dalam bertanya tentang islam.

Mungkin faktor tidak tercetus sebarang isu Islam yang mempunyai kaitan dengan mereka, menyebabkan mereka tidak pernah ingin mengambil tahu tentang islam, ataupun mungkin faktor ketaassuban kepada agama masing-masing, tanpa mempunyai keinginan untuk ‘skaptikal’ dengan agama mereka dalam mencari kebenaran, menyebabkan mereka kekal dalam keadaan tidak melayan agama Islam.

Ini dipanaskan lagi, apabila isu-isu yang melibatkan umat islam, boleh dikatakan kelihatan umat islam dilihat seperti ganas, yang menyebabkan sifat mahu menjauhkan diri dengan islam semakin hari semakin kelihatan. Ekoran itu, Islam tidak berjaya disebarkan secara meluas kepada orang bukan islam, malahan ia juga melahirkan persepsi atau gambaran awal bahawa mereka gerun dan takut dengan Islam.

Namun, adalah tidak tepat sekadar dilihat kesalahan ini kepada orang bukan islam sahaja, malahan kesilapan dari pihak orang islam juga perlu diselidiki dan dimuhasabah sama. Apabila direnung, didapati orang yang beragama islam juga ada menyumbang ke arah Islamphobia. Antaranya adalah seperti berikut;

Pertama: Islam dilihat seperti agama kaum tertentu

Sikap segelintir umat Islam yang mempamerkan Islam sebagai agama kaum tertentu, merupakan satu tindakan yang cukup jahat terhadap islam. ini kerana, islam ajaran nabi muhammad SAW tidak pernah dibataskan kepada kaum tertentu sahaja, malahan islam ajaran nabi SAW bersifat ‘for All’.

Firman Allah;

يَا أَيُّهَا النَّاسُ اتَّقُوا رَبَّكُمُ الَّذِي خَلَقَكُمْ مِنْ نَفْسٍ وَاحِدَةٍ وَخَلَقَ مِنْهَا زَوْجَهَا وَبَثَّ مِنْهُمَا رِجَالًا كَثِيرًا وَنِسَاءً وَاتَّقُوا اللَّهَ الَّذِي تَسَاءَلُونَ بِهِ وَالْأَرْحَامَ إِنَّ اللَّهَ كَانَ عَلَيْكُمْ رَقِيبًا

Maksudnya;
“Hai sekalian manusia, bertakwalah kepada Tuhan-mu yang telah menciptakan kamu dari seorang diri, dan dari padanya Allah menciptakan isterinya; dan dari pada keduanya Allah memperkembang biakkan laki-laki dan perempuan yang banyak. Dan bertakwalah kepada Allah yang dengan (mempergunakan) nama-Nya kamu saling meminta satu sama lain, dan (peliharalah) hubungan silaturrahim. Sesungguhnya Allah selalu menjaga dan mengawasi kamu”

[An-Nisa’ : 1]

Juga firman Allah;

يَا أَيُّهَا النَّاسُ إِنَّا خَلَقْنَاكُمْ مِنْ ذَكَرٍ وَأُنْثَى وَجَعَلْنَاكُمْ شُعُوبًا وَقَبَائِلَ لِتَعَارَفُوا إِنَّ أَكْرَمَكُمْ عِنْدَ اللَّهِ أَتْقَاكُمْ إِنَّ اللَّهَ عَلِيمٌ خَبِيرٌ

Maksudnya;
“Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa - bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal-mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia diantara kamu disisi Allah ialah orang yang paling taqwa diantara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal”

[Hujurat : 13]

Kedua : salah faham terhadap islam

salah faham terhadap islam yang membeku dalam diri umat Islam juga merupakan antara faktor Islam difobiakan. Seperti contoh, sesuatu tindakan yang bersifat keganasan, dilebelkan ia sebagai tindakan islam atas nama jihad dan sebagainya. Keadaan ini mengakibatkan, orang bukan islam menganggap bahawa islam adalah agama keganasan, walhal islam tidaklah begitu.

Islam adalah agama kedamaian, dan memberi keamanan kepada semua manusia, tidak kira terhadap mereka yang beragama Islam, mahupun terhadap orang yang tidak beragama Islam.

Firman Allah;

لَا يَنْهَاكُمُ اللَّهُ عَنِ الَّذِينَ لَمْ يُقَاتِلُوكُمْ فِي الدِّينِ وَلَمْ يُخْرِجُوكُمْ مِنْ دِيَارِكُمْ أَنْ تَبَرُّوهُمْ وَتُقْسِطُوا إِلَيْهِمْ إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الْمُقْسِطِينَ

Maksudnya;
“Allah tidak melarang kamu untuk berbuat baik dan berlaku adil terhadap orang-orang yang tiada memerangimu karena agama dan tidak (pula) mengusir kamu dari negerimu. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berlaku adil”

[Mumtahanah : 8]

Dalam firman Allah ini, amat nyata bahawa Allah SWT menyuruh dilakukan keadilan dan berlaku kebaikan terhadap orang bukan islam. malahan, dalam hadis dinyatakan bahawa Nabi SAW akan berbelah pihak kepada orang bukan islam, sekiranya mereka dizalimi oleh orang islam.

Sabda Nabi SAW;

مَنْ ظَلَمَ مُعَاهِدًا أَوْ انْتَقَصَهُ أَوْ كَلَّفَهُ فَوْقَ طَاقَتِهِ أَوْ أَخَذَ مِنْهُ شَيْئًا بِغَيْرِ طِيبِ نَفْسٍ فَأَنَا حَجِيجُهُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ

Maksudnya;
“Barangsiapa yang menzalimi orang bukan islam, atau mengurangkan haknya, atau membebankannya luar dari kemampuannya, atau mengambil daripadanya sesuatu tanpa jalan yang baik, maka aku akan penhujjahnya pada hari akhirat kelak”

[Abu daud : 2654]

Ketiga : provokasi atas nama agama

Sebilangan orang islam, menjadikan agama sebagai alat provokasi dalam mengambil keuntungan politik. Di Malaysia, antara isu yang dimainkan adalah seperti isu orang bukan islam tidak dibenarkan berada di masjid, larangan berdoa terhadap orang bukan islam dan banyak lagi.

Mereka memainkan isu ini, adalah bertujuan untuk mencari pengaruh politik murahan mereka, tanpa mereka sedar bahawa mereka telah memberi gambaran buruk terhadap islam yang diturunkan oleh Allah SWT itu sendiri.

SELEPAS ERA PAKATAN RAKYAT

Jika mahu dinukilkan semua punca dan faktor penyebab islamphobia berlaku di malaysia, memang terlalu banyak. Tetapi, sekadar tiga perkara yang dikemukakan sudah cukup untuk difikirkan oleh umat Islam dalam memuhasabahkan diri mereka balik dalam memastikan islam ini tidak lagi difobiakan.

Namun, hakikat perubahan ke arah terhakisnya islamphobia ini semakin hari semakin kelihatan. Sejarah 8 Mac 2008 merupakan sejarah besar dalam era politik di malaysia, namun dari sudut agama, ia memberi banyak perubahan pemikiran rakyat terhadap islam itu sendiri.

Atas asas mempertahankan demokrasi disamping bersama-sama bersatu mempertahankan keadilan rakyat, menyebabkan PAS, PKR dan DAP telah bersatu dibawah satu bumbung yang bernama Pakatan Rakyat [PR]. Perkembangan ini, menyebabkan orang bukan islam dapat melihat betapa PAS yang memperjuangkan islam, mampu bersama-sama dengan orang bukan islam, malahan sanggup mempertahankan bangsa selain melayu dan selain beragama Islam dalam perkara yang melibatkan keadilan sejagat.

Keadaan ini, melahirkan satu gambaran baru orang bukan islam terhadap islam itu sendiri. Mereka mula berdekat-dekat dengan islam, seperti mengungkap firman-firman Allah dari Al-Quran tentang konsep keadilan, konsep ‘berbuat baik’ dan banyak lagi. Begitujuga, mereka sudah berani mendekatkan diri mereka dengan islam, seperti berpakaian seperti uruf orang islam di Malaysia [walau tidak sempurna], mendekati masjid, mula menghafal beberapa istilah-istilah yang menjadi kebiasaan bagi umat Islam dan sebagainya.

Keadaan ini merupakan satu perkembangan baik yang berlaku di malaysia. Gambaran islam ganas, sudah mula terhakis sedikit demi sedikit. Gambaran islam adalah agama diskriminasi, sudah semakin terhapus dari minda-minda orang bukan islam.

ia lebih bertambah melegakan, apabila usaha pergabungan antara PAS – UMNO tidak berjaya dilaksanakan, sebarang provokasi agama tidak dilayan dengan sentimen kemelayuan, sebaliknya diperjelaskan dari sudut Islam yang bersumberkan Al-Quran dan As-Sunnah, isu hak penggunaan kalimah Allah berjaya diselesaikan dengan perdebatan ilmiyyah, dan banyak lagi.

Walau lahir Perkasa yang dilihat seperti golongan ultra-melayu bersama-sama dengan UMNO, disamping mengungkapkan kalimah islam, ternyata semua itu dipandang remeh, malahan tidak memberi impak yang kuat dalam menggoyahkan persepsi orang bukan islam terhadap islam itu sendiri.

Keadaan ini merupakan kejayaan yang cukup besar dalam menghakiskan “islamphobia” di malaysia, dan ia tidak mustahil bahawa ia menjadi titik permulaan dalam melihat kejayaan terlaksananya keadilan islam di malaysia untuk masa hadapan – Insya Allah.

Sekian

Wallahu ‘Alam

Al-Bakistani


Sri Indah [b] Sg Buloh
7 Oktober 2010 * 4:46 Pagi

Gagal faham Islam, punca Islamphobia Najib gagal - Mahfuz Omar

tokoh yang berjaya mempamerkan politik Islam dalam wajah segar


Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dinasihatkan supaya menggalakkan penyebaran faham Islam yang sebenar sekiranya Malaysia mahu menangani Islamphobia di peringkat antarabangsa dan setempat.

Faham Islam yang Umno serta Perkasa popularkan di tanah air adalah faham Islam yang salah serta mengundang Melayuphobia.

"Ajaran Islam yang sebenar (ialah) ikut cara Rasulullah s.a.w sebenarnya mampu tangani Islamphobia, bukannya faham salah yang Umno (dan) Perkasa bawa (iaitu) galak api perkauman serta guna agama untuk takutkan orang bukan Islam."

"Kalau lihat fahaman ekstrem mereka ini (Umno dan Perkasa), Najib bukan saja susah nak tangani Islamphobia, (malah) Melayuphobia pun belum tentu lagi (boleh ditangani),"

Melayuphobia, adalah faham pelampau yang mengajak rakyat tidak kira Melayu atau bukan Melayu supaya takut mempersoal sesuatu yang dianggap menggugat kepentingan politik Umno dalam negara.

Islamphobia dalam konteks Malaysia, menurutnya seperti politik perkauman dan manipulasi agama (Islam) sehingga orang bukan Islam percaya bahawa Islam adalah agama eksklusif untuk orang-orang Melayu sahaja.

Akibat dari salah fahaman tersebut, menurut beliau mengakibatkan lahirnya aksi ekstrem seperti mengarak kepala lembu berdarah di Shah Alam, Ogos tahun lalu.

Fahaman yang salah itu, mengakibatkan orang bukan Islam jauh dari Islam serta takut untuk menyebut kalimah 'Allah', walhal tidak ada nas yang sahih lagi jelas yang mengharamkan orang bukan Islam dari menyebut kalimah suci itu.

Fahaman yang salah itu, turut mengakibatkan beberapa kes vandalisme yang mencemarkan beberapa surau serta rumah ibadat penganut bukan Islam.

Sedangkan, Rasulullah s.a.w mengajar umat Islam erti keadilan, kedamaian, kehormatan, kejujuran, kepelbagaian, kasih sayang serta kesederhanaan.

"Islam yang Rasullah ajar adalah keadilan, kedamaian, kejujuran dan saling berkasih sayang sesama umat Islam (dan) saling menghormati dengan yang bukan Islam, bukan arak kepala lembu, bakar sana dan bakar sini,"

Islam yang disampaikan oleh Rasulullah s.a.w turut tidak mengajar penganutnya supaya menjadi pelampau agama serta taasub pada api perkauman satu-satu kaum.

"Islam yang Rasulullah ajar adalah manusia semuanya bersaudara dan dituntut saling mengenali antara satu-satu bangsa."

"Bukan tindas rakyat tak kiralah Melayu, Cina atau India disebabkan mereka ini tidak sokong faham pelampau parti atau pertubuhan tertentu,"

muafakat politik dalam antara PAS, DAP dan PKR melalui wadah Pakatan Rakyat sebenarnya memecahkan belenggu Islamphobia.

"Siapa boleh percaya bahawa PAS hari ini turut disertai oleh masyarakat India, Cina, Kadasan, Iban, Murut yang dalam pengetahuan saya mereka ini kebanyakannya bukan (beragama) Islam."

"Siapa boleh jangka bahawa seorang Ketua Menteri (Lim Guan Eng) hari ini boleh beri jaminan keamanan dan hak menyebarkan (agama) Islam kepada rakyat PulaU Pinang, jauh lebih baik dari diperintah oleh pemimpin-pemimpin Umno."

"Siapa boleh percaya bahawa Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat (Mursyidul Am PAS merangkap Menteri Besar Kelantan) serta Tuan Guru Abdul Hadi Awang (Presiden PAS) turut menyampaikan tazkirah di semua rumah ibadat, yang dalam masa yang sama pemimpin DAP dan PKR yang bukan Islam diajak kenal tentang keadilan Islam di surau dan masjid-masjid,"

Saya yakin bahawa inisaitif Najib, Presiden Umno merangkap Pengerusi BN sekadar suatu sandiwara politik.

"Yang saya nampak, ada rakyat ditangkap tanpa bicara, Najib ikut telunjuk Apco, dilihat pro Amerika dan Yahudi."

"Janji tangani Islamphobia seperti satu sandiwara adalah,"

Bernama hari ini melaporkan Najib mengajak dunia, khususnya Eropah supaya tidak menganggap Islam sebagai suatu ancaman atau suatu masalah.

Difahamkan, usaha itu sebagai tanggungjawab bersama dalam membantu Amerika Syarikat menangani keganasan global sebagaimana yang pernah berlaku di dunia umat Islam Palestin, Iraq, Afghanistan dan Selatan Thai sebelum ini.

sumber : gemasuara

Isnin, 4 Oktober 2010

[ANEH] ANJING BOLEH BACA SURAT KHABAR

Satu hari, dua orang sahabat sedang berbual. seorang dari mereka berkata, "ko tau tak, anjing aku yang bernama UMNO tu, boleh bacakan surat Khabar utusan meroyan dan berita hairan kepada aku tau. senang aku, tak payah baca surat khabar dah. Cukup sekadar dengar ulasan anjing aku yang bernama UMNO tu jer"

"aku tau dah" kata kawannya sambil membelek surat khabar Sinar Harian.

"eh.. mana ko dapat tau ni?" soalnya.

"anjing Aku yang bernama PERKASA yang bagitau" jawabnya ringkas.

sekian.

Jumaat, 1 Oktober 2010

Tentera Malaysia di Afghanistan : Mengapa ramai yg tak tahu?


Heran den, ramai orang kita tak perasan bahawa Malaysia dah letak Askar Melayu kat Afghanistan tolong Amerika dan tentera bersekutu yang lain bunuh orang Islam.

1] Bulan Julai 2010, Malaysia bersetuju hantar tentera membantu tentera berikat bunuh orang awam Afganistan dan Taleban atas arahan Amerika Laknatullah. Memang la dalam news PM Najib kata kita hanya menghantar pegawai perubatan (Army medical team) tapi hakikat sebaliknya kita tak tahu. PM Najib dah banyak tipu den bai. Korang den tak tahu.

2] Paling yg den heran, Yb-yb samada dari kerajaan dan pembangkang tak bising pun tentang isu ini. Apo dah jadi? Sobab banyak makan lomang kot.

3] Banyak persoalan bermain difikiran den. Mengapa Amerika nak sangat hapuskan Taleban/Mujahidin? Korang mungkin jawab sobab nak bunuh Osama kerana Osama bertanggungjawab dalam peristiwa 9/11. Hehehe kono tipu la korang dengan CNN. Orang Amerika sendiri percayo ia adolah perbuatan orang dalam.

4] Antara alasan lain, Kapitalis Amerika dan Britan mahu menguasai laluan minyak di utara Afghanistan. Betul, tapi alasan utama mereka menyerang negara itu ialah diorng percaya tentara Taleban/Mujahidin adalah tentera Imam Mahdi. Ha Ha Ha den dongar korang ketawo. Tapi Dajjal Al-Masih tengah serius nak hapuskan Taleban melalui Amerika dan Zionis. Den bukan cakap bohong ni bai.

5] Situasi peperangan di Afghanistan sengaja digolapkan oleh CNN dan BBC. Tentera bersekutu atau Tentera Ahzab sedang mengalami kekalahan. Macam mano Obama boleh luluskan puluhan ribu askar baru-baru ini? Takkan suko-suko kot.

6] Member den ado bagitahu den dalam bulan poso yg lopeh bahawa Taleban dah kuasai banyak kawasan di Afghanistan. Dio cakap peperangan hebat berlaku antara Tentera Ahzab dan Taleban sedang hangat berlaku dan ribuan tentera Amerika mati. Den tak bertanyo mano dio dapek news tu. Den pulak tak mencari dalam internet sobab time tu kempen bersamo-samo kenkawan yg lain nak bebaskan Abg Sudin dari Kem Kamunting.

7] Den nak tanyo, adokah public bersetuju dengan misi tentera Malaysia di Afghanistan? Kos diorng ditanggung oleh duit cukai rakyat Malaysia. Membazir bai. Den harap Yb-yb Pakatan Rakyat tolong tanyokan pada PM Najib pada sesi terakhir Sidang Parlimen Dewan Rakyat yang bermulo pado 11 Okt hingga 15 Dis 2010. Yb-yb tolong balun Najib atas isu ini. Tolong tanyo kek Najib, Kenapa Malaysia wajib menjadi Anjing Amerika?

8] Tahun 2001-2003, Taleban digulingkan oleh Tentera Ahzab/Tentera Bersekutu yang terdiri daripada Amerika, Britain, India, Iran, Rusia, Pakatan Utara, Australia dlll. Bilo Taleban bangkit, Obama ajak banyak negara lain join sekali lawan Taleban. Malaysia dengan senyuman rela hati bersamo Obama membunuh saudara muslim mereka di Afghanistan. Ulama’ Mudo UMNO pun tersenyum samo.

9] Untuk info, Tentera Amerika dan Tentera Ahzab banyak bunuh orang awam dari tentera Taleban. Diorg cakap Taleban sengajo menggunokan org awan sebagai perisai. CNN bohong bai.

10] Mungkin la Tentera Malaysia tak terlibat dekat war zone sobab news ckp Malaysia just hantar army medical team. Cubo korang bayangkan, maso bulan poso aritu selepas Tentera Ahzab ni berperang dgn Taleban dalam 1 operasi, 8 org Tentera Amerika cedera parah tapi taknak mampos. Doktor Tentera Malaysia dengan senyuman merawat mereka. Walhal diorg baru balik membunuh orang awan dan Taleban iaitu saudara muslim kita.

11] Den bukan ostad, tapi den percaya isu ini membabitkan akidah kita sbg umat Islam. Negara kita adalah negara muslim tetapi membantu tentera kuffar/tentera ahzab memerangi muslim yg lain di Afghanistan. Agak-agak di mano akidah kito selopeh ni bai?

___________________________________________________________________________

Malaysia makes first deployment to Afghanistan

(AFP) – Jul 14, 2010

KUALA LUMPUR — Malaysia will make its first military deployment to Afghanistan Thursday, sending a unit of medical personnel as ties with the United States deepen.

The Malaysian military will join New Zealand medics based in Bamiyan province, defence ministry spokesman Lieutenant Colonel Salawati Yahaya told AFP.

The deployment comes at the request of the Afghan government, and follows a warming of previously frosty ties between the United States and mainly-Muslim Malaysia.

Salawati said 12 personnel will leave Thursday and the remaining 28 in the 40-member contingent will depart in September for a nine-month tour of duty.

"They will provide medical and dental services to the locals," she said.

New Zealand has been responsible for the Bamiyan region since 2003.

In an April meeting between Malaysian Prime Minister Najib Razak and US President Barack Obama, the two leaders agreed to cooperate on key security issues to create a stronger relationship.

Najib has said that Malaysia is also prepared to train Afghanistan's police, military personnel and civilian administrators.

Malaysia is currently the 18th largest trading partner of the United States, with approximately 34 billion dollars in two-way trade in 2009.

http://www.google.com/hostednews/afp/article/ALeqM5h_1OpN5OVsVna11AcasrXkj9GVxg

News yg berkaitan :

1] http://www.onepakistan.com/news/world/53251-Malaysia-makes-first-deployment-Afghanistan.html

2] http://www.thejakartapost.com/news/2010/07/15/malaysia-makes-1st-military-afghanistan-deployment.html

3] http://www.paktribune.com/news/index.shtml?229639

4] http://pakobserver.net/201007/16/detailnews.asp?id=41753

5] http://news.smh.com.au/breaking-news-world/malaysia-makes-first-afghan-deployment-20100715-10c58.html

6] http://wfol.tv/stop-nato/4674-first-malaysian-troops-to-afghanistan.html

7] http://www.bt.com.bn/news-asia/2010/07/16/malaysia-makes-first-military-deployment-afghanistan

sumber : sila klik

Khamis, 30 September 2010

MAHATHIR ARAH MUKHRIZ 'SERANG SARAF' TERHADAP KULI?

utusan meroyan melaporkan;

"SEREMBAN 30 Sept. - Pelantikan Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah sebagai Pengarah Pilihan Raya Barisan Nasional (BN) bagi menghadapi Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas merupakan satu pilihan yang tepat.

Ahli Parlimen Jerlun yang juga Exco Pemuda UMNO, Datuk Mukhriz Mahathir berkata, tokoh politik itu mampu menggalas tugas tersebut dengan baik kerana beliau mempunyai pengaruh yang sangat kuat di kalangan penduduk di Galas, Kelantan.

"Pelantikan itu tepat sekali, maklumlah Gua Musang itu adalah tempatnya dan beliau mempunyai pengaruh besar di kawasan itu.

KOMEN:

Mukriz anak kesayangan dan terlalu menyayangi Mahathir. Mahathir musuh Kuli dalam UMNO sejak sekian lama.

boleh dikatakan, Mukhriz adalah orang yang terawal bersuara perlantikan kuli sebagai 'ketua perang BN' untuk PRK DUN Galas. Ia merupakan bukti yang paling kukuh bahawa Slogan yang bergema dalam hati kecil mereka, "hapuskan kuli dari UMNO".

sekian

HUDUD – ISLAMIC HUMAN RIGHT : KOMEN PERTEMBUNGAN DIN TANTAWI DAN RPK

Ketua pemuda PAS Pusat, ustaz Din tantawi mengeluarkan satu artikle dalam blognya tentang cadangan dalam menyelesaikan masalah pembunuhan Sosilawati dengan merujuk kepada surah Al-Isra’ ayat 33, iaitu keluarga lebih layak mengepalai kes Sosilawati berbanding Hakim. [dari sudut pengolahan ayat dan gaya bahasa, dirasakan tulisan itu bukan tulisan ustaz Din tantawi]

Kemudian, artikle itu dibalas oleh Raja Petra Kamaruddin [RPK] dalam bahasa Inggeris. Aku seorang yang ‘buta bahasa Inggeris’, tidak dapat mengulas lebih awal tentang artikle itu, sebaliknya terpaksa meminta sebilangan kawan agar dapat memberikan kepadaku point-point penting dari artikle tulisan RPK.

Setelah membaca beberapa point dari tulisan RPK itu, aku merasakan isu yang dikemukakan oleh RPK ada relevannya, dan perlu dilakukan penjelasan yang lebih padu terhadap kesamaran yang bermain dalam pemikiran RPK.

Justeru, artikle yang dikemukakan ini, sebagai merungkai sedikit jawapan, juga sebagai membuka ruang wacana dalam menghilangkan kekusutan dalam isu yang dibincangkan itu. [maaf kalau ia lebih mengkusutkan lagi]

Dalam artikle kali ini, dibincangkan pada dua perkara, iaitu [1] hubungan hudud dengan non Muslim, dan [2] PAS dan hudud.

PERTAMA : HUBUNGAN HUDUD DENGAN NON MUSLIM

Islam bukan sekadar peribadatan sahaja, malahan ia meliputi dalam segala aspek kehidupan. Lantaran, islam tidak terfokus kepada perkara kerohanian, malahan Islam mempunyai semua sistem kehidupan; bermula dari bangun tidur hingga tidur balik; bermula dari masuk bilik air, sehingga dalam perkara yang melibatkan pemerintahan negara.

Hudud, Qisas dan ta’zir merupakan aspek penting yang wujud dalam islam. Ia merupakan undang-undang berdasarkan kepada ketetapan Allah, agar manusia berada dalam keamanan dan kebahagian. Namun, ia sudah lama ditinggalkan, lantaran ia agak susah untuk diterima balik apabila dicadangkan.

Jika direnung kepada zaman kegemilangan islam, iaitu di zaman Nabi SAW. Perkara sebegini tidak pernah mendatangkan sebarang masalah. Walau rakyat Madinah di awal pemerintahan Nabi SAW yang masuk islam tidak sampai 35 peratus, tetapi kebijaksanaan Nabi SAW dalam mengawal kerajaan terbukti melahirkan kejayaan yang cukup gemilang. Non Muslim redha dengan kerajaan nabi SAW, malahan sanggup mempertahankan kerajaan tersebut.

Kejayaan Nabi SAW ini menjadi dilema bagi dunia islam kini. Jika dahulu, Nabi SAW berjaya melaksanakan Islam tanpa sebarang kesusahan [jika wujud pun, ia berjaya dihadapi dengan baik], tetapi perlaksanaan islam menjadi satu dilema yang cukup membimbangkan bagi dunia Islam kini. Malaysia adalah antara negara yang berada dalam dilema ini. Ia semua berpunca dari kurang perbincangan dari pihak yang mengenali Islam dengan pihak yang sedang mencari-cari kebenaran Islam. Jika wujud pun golongan Islam, penerangan yang mereka sampaikan tidak berhikmah, tidak berstrategi dan tidak mempunyai perancangan. Lantaran, ia ditolak mentah.

HUDUD DAN NON MUSLIM

Islam menitik beratkan keadilan dan melawan kezaliman. Dr Yusuf Al-Qaradhawi mendefinisikan keadilan itu adalah, ‘memberikan hak kepada yang berhak’. Dengan maksud, penafian hak merupakan unsur kezaliman yang wajib ditentang.

Non Muslim yang berada dibawah kerajaan islam, adalah haram dizalimi dan dikhianati. Darah mereka, sama mahal dengan harga darah orang islam. Lantaran itulah, tidak boleh dibunuh mereka sewenang-wenangnya, melainkan dalam perkara yang hak. Keadaan ini, sama seperti tertimpa kepada orang islam juga.

Sabda Nabi SAW;

مَنْ قَتَلَ مُعَاهَدًا لَمْ يَرِحْ رَائِحَةَ الْجَنَّةِ وَإِنَّ رِيحَهَا تُوجَدُ مِنْ مَسِيرَةِ أَرْبَعِينَ عَامًا

Maksudnya;
“Barangsiapa yang membunuh orang bukan islam, maka dia tidak akan dapat mengecapi bauan Syurga, waima bauannya tercapai daripada perjalanan selama 40 tahun sekalipun”

[Al-Bukhari : 2930]

Masakan darah, hati dan perasaan mereka juga wajib dipelihara. Sabda Nabi SAW;

مَنْ ظَلَمَ مُعَاهِدًا أَوْ انْتَقَصَهُ أَوْ كَلَّفَهُ فَوْقَ طَاقَتِهِ أَوْ أَخَذَ مِنْهُ شَيْئًا بِغَيْرِ طِيبِ نَفْسٍ فَأَنَا حَجِيجُهُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ

Maksudnya;
“Barangsiapa yang menzalimi orang bukan islam, atau mengkurangkan haknya, atau menanggungkan sesuatu luar dari kemampuannya, atau mengambil sesuatu darinya dengan tidak cara yang baik, maka aku akan jadi penghujjahnya [non muslim] di akhirat kelak”

[Abu Daud : 2654]

Dan banyak lagi hadis-hadis yang menggambarkan penjagaan yang islam berikan kepada non Muslim yang berada dalam sesebuah kerajaan islam.

JINAYAH : ANTARA MUSLIM DAN NON MUSLIM

Sesuatu peruntukan undang-undang jinayah, hendaklah mempunyai dua unsur, iaitu Radi’ah dan Zajirah. Maksud Radi’ah adalah, mencegah pelaku jenayah dari mengulangi jenayah. Dan maksud Zajirah adalah, mencegah orang lain dari melakukan jenayah yang sama. [Dirasah Fiqh As-Syafie : 2/23]

Asas pencegahan dalam jinayah syariiyyah adalah berdasarkan kepada firman Allah;

وَالسَّارِقُ وَالسَّارِقَةُ فَاقْطَعُوا أَيْدِيَهُمَا جَزَاءً بِمَا كَسَبَا نَكَالًا مِنَ اللَّهِ وَاللَّهُ عَزِيزٌ حَكِيمٌ

Maksudnya;
“Pencuri lelaki dan pencuri perempuan, maka hendaklah kamu potong tangan mereka, sebagai balasan terhadap apa yang mereka lakukan, sebagai PENCEGAHAN dari Allah. Dan Allah adalah tuhan yang maha gagah, lagi maha bijaksana”

[Al-Maidah : 38]

Kesalahan ini, tidak sekadar berlaku pada orang islam sahaja, malahan ada juga non Muslim juga melakukan sesuatu kesalahan. Kadangkala kesalahan itu melibatkan antara mereka dengan orang islam. Seperti, pembunuhan, kecurian dan sebagainya.

Jika diandaikan tertubuh sebuah negara Islam, undang-undang islam [hudud, qisas dan ta’zir] yang digezet, tidak sekadar terlaksana kepada orang islam sahaja, malahan terlaksana juga terhadap orang bukan islam. Adapun dalam perkara yang melibatkan kepada keagamaan mereka, seperti nikah kahwin, cerai talaq dan sebagainya, sama sekali kerajaan islam tidak boleh masuk campur dalam hal itu.

Firman Allah;

فَإِنْ جَاءُوكَ فَاحْكُمْ بَيْنَهُمْ أَوْ أَعْرِضْ عَنْهُمْ وَإِنْ تُعْرِضْ عَنْهُمْ فَلَنْ يَضُرُّوكَ شَيْئًا وَإِنْ حَكَمْتَ فَاحْكُمْ بَيْنَهُمْ بِالْقِسْطِ إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الْمُقْسِطِينَ

Maksudnya;
“Apabila mereka [non muslim] datang kepada kamu, maka hendaklah kamu berhukum diantara mereka, atau kamu berpaling dari mereka. Sekiranya kamu berpaling daripada mereka, maka mereka tidak memberi kemudharatan kepada kamu sedikitpun. Dan jika kamu berhukum, maka hendaklah kamu berhukum diantara mereka secara adil. Sesungguhnya Allah sayang kepada orang yang melakukan keadilan”

[Al-Maidah : 42]

Ataupun, jika sememangnya [bukan dicipta, tetapi termaktub dalam kitab suci mereka] bahawa dalam agama mereka mempunyai undang-undang bunuh tersendiri [sebagai contoh], lalu mereka meminta keizinan dari pihak kerajaan Islam untuk beramal dengan cara yang termaktub dalam agama mereka, maka sebagai kerajaan islam, hak itu hendaklah diberikan kepada mereka.

Sabda Nabi SAW;

فَأَعْطِ كُلَّ ذِي حَقٍّ حَقَّهُ

Maksudnya;
“Berikanlah kepada setiap orang yang berhak, akan haknya”

[Al-Bukhari : 1832]

Juga disandarkan kepada hadis, daripada Jabir bin Abdillah katanya;

جَاءَتْ الْيَهُودُ بِرَجُلٍ وَامْرَأَةٍ مِنْهُمْ زَنَيَا فَقَالَ ائْتُونِي بِأَعْلَمِ رَجُلَيْنِ مِنْكُمْ فَأَتَوْهُ بِابْنَيْ صُورِيَا فَنَشَدَهُمَا كَيْفَ تَجِدَانِ أَمْرَ هَذَيْنِ فِي التَّوْرَاةِ قَالَا نَجِدُ فِي التَّوْرَاةِ إِذَا شَهِدَ أَرْبَعَةٌ أَنَّهُمْ رَأَوْا ذَكَرَهُ فِي فَرْجِهَا مِثْلَ الْمِيلِ فِي الْمُكْحُلَةِ رُجِمَا قَالَ فَمَا يَمْنَعُكُمَا أَنْ تَرْجُمُوهُمَا قَالَا ذَهَبَ سُلْطَانُنَا فَكَرِهْنَا الْقَتْلَ فَدَعَا رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِالشُّهُودِ فَجَاءُوا بِأَرْبَعَةٍ فَشَهِدُوا أَنَّهُمْ رَأَوْا ذَكَرَهُ فِي فَرْجِهَا مِثْلَ الْمِيلِ فِي الْمُكْحُلَةِ فَأَمَرَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِرَجْمِهِمَا

Maksudnya;
“Seorang lelaki yahudi telah bawa seorang lelaki dan seorang perempuan dari kalangan mereka yang berzina. Lalu Rasulullah SAW menyatakan, ‘datangkan kepadaku seorang dari dua orang yang paling alim dikalangan kamu’ lalu, mereka datangkan kepada nabi SAW Ibnu Suriya [Ahbar yahudi] lalu nabi SAW menceritakan kepada mereka berdua [zina antara lelaki dan perempuan yahudi] dengan berkata, ‘apa yang kamu dapati urusan dua orang ini dalam kitab taurat?’ mereka berdua menjawab, ‘kami dapati dalam taurat, apabila bersaksi empat orang bahawa mereka melihat zakatnya masuk ke dalam farajnya seperti kayu masuk ke dalam botol celak, maka kedua-duanya hendaklah direjam. Berkata Nabi, ‘apakah yang menghalang kamu dari melaksanakan hukuman rejam kepada kedua-duanya ini?’ mereka berdua berkata, ‘pemimpin kami halang dari kami membunuh’. Lalu Rasulullah SAW memanggil untuk bersaksi, lalu mereka pun datangkan empat orang saksi yang mereka zakarnya masuk ke dalam faraj seperti kayu celak masuk ke dalam farajnya. Lalu Rasulullah SAW menyuruh merejam terhadap kedua-duanya”

[Abu Daud : 3862]

Hadis ini membuktikan bahawa, sekiranya non Muslim mempunyai undang-undang mereka tersendiri, sama ada dalam perkara bunuh, zina, dan sebagainya, maka mereka dibenarkan menggunakan undang-undang yang wujud dalam agama mereka, ataupun mereka juga diberi peluang untuk menggunakan undang-undang islam.

Adapun jika tidak terdapat dalam agama mereka terhadap sesuatu undang-undang kesalahan jenayah, maka hendaklah mereka kembali kepada mahkamah utama kerajaan islam, iaitu kembali kepada undang-undang islam. Itupun, selama tidak menyentuh iktiqad, dan kebebasan beragama mereka. [Al-Aqalliyyat Ghair Al-Musallamah fi Al-Mujtama’ Al-Islami : 418]

NON MUSLIM BUNUH MUSLIM

Dalam Al-Quran, apabila berlaku bunuh membunuh antara manusia, maka hukumnya adalah Qisas, iaitu bunuh balas. Ini ditegaskan oleh Allah SWT dalam firman-Nya;

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آَمَنُوا كُتِبَ عَلَيْكُمُ الْقِصَاصُ فِي الْقَتْلَى الْحُرُّ بِالْحُرِّ وَالْعَبْدُ بِالْعَبْدِ وَالْأُنْثَى بِالْأُنْثَى

Maksudnya;
“Wahai orang yang beriman, diwajibkan atas kamu bahawa kamu melaksanakan qisas [balas] pada pembunuhan; merdeka dengan merdeka, hamba dengan hamba, perempuan dengan perempuan”

[Al-Baqarah : 178]

Timbul masalah, sekiranya bunuh membunuh itu berlaku antara muslim dengan non muslim. Dalam hal ini, ulama dalam mazhab empat berbincang secara terperinci.

Menurut Jumhur Ulama, antara mereka adalah Syafie dan Ahmad bin hanbal, bahawa tidak boleh dibunuh balas terhadap orang islam yang membunuh orang bukan islam, tetapi berlaku bunuh balas pada sebaliknya. Mereka berpegang kepada sabda nabi SAW;

وَلَا يُقْتَلُ مُسْلِمٌ بِكَافِرٍ

Maksudnya;
“Tidak dibunuh orang Islam dengan sebab [bunuh] orang kafir”

[Al-bukhari : 108]

Pendapat ini, menyalahi pendapat Hanafi, al-laisi dan sealiran dengan mereka. Ini kerana, pada mereka orang Islam yang membunuh orang bukan islam juga tetap dihukum bunuh balas, sepertimana bunuh balas terhadap orang bukan islam yang membunuh orang islam.

Dalil mereka adalah, umum nas Al-Quran dari surah Al-baqarah ayat 178, dan kesamaan mereka dengan orang islam dari sudut penjagaan harta dan nyawa mereka dalam sesebuah kerajaan islam [dalam mazhab hanafi, nas yang mutawatir tidak boleh dikhususkan dengan nas yang zanni].

Adapun hadis yang dijadikan hujjah oleh Imam Syafie dan Ahmad, Imam hanafi tidak menolaknya, sebaliknya ditafsirkan maksudnya kepada kafir harbi yang membunuh orang islam, bukan kafir Zimmi [Ahkam Al-Quran karangan Al-Jassas : 1/140-144]

KEDUA : PAS DAN HUDUD?

PAS memperjuangkan Islam, lantaran undang-undang islam adalah antara perkara yang diperjuangkan agar terlaksana. Namun, perlaksanaan itu masih terbantut dan terbatas.

Pada pandangan peribadiku, terbantut ini mungkin berfaktorkan dua, [1] dari pihak luaran PAS, dan [2] dari pihak PAS sendiri.

PIHAK LUARAN PAS

Tidak dinafikan, luaran PAS merupakan antara faktor terbantut perlaksanaan undang-undang islam yang dicita-citakan PAS. Ia adalah bersebab beberapa faktor, iaitu;

Pertama;

UMNO yang sering menjadikan undang-undang islam sebagai isu untuk melaga-lagakan antara PAS dengan parti-parti yang berbeda idealogi. Walau UMNO mendakwa bahawa ahli parti mereka beragama islam, tetapi Islam pada mereka sekadar mainan dan gula-gula dalam mempertahankan kerusi.

Kedua;

Kurang jelas tentang islam. Ini berlaku, bukan sekadar di kalangan orang bukan islam sahaja, malahan berlaku dikalangan orang islam sendiri.

DARI PIHAK PAS SENDIRI

Antara faktor terbantutnya kejayaan dari sudut pihak PAS sendiri adalah seperti berikut;

Pertama;

Cadangan yang dibuat oleh PAS tidak dimulakan dengan perbincangan ilmiah di semua peringkat terlebih dahulu, sama ada secara wacana, seminar atau sebagainya. Ia dimainkan dalam bentuk media yang mudah dipropagandakan oleh pihak musuh. Jika ada wacana ilmiyyah pun, ia sekadar dikalangan orang-orang PAS sahaja.

Kedua;

Usaha perlaksanaan islam tidak dimulakan dengan perancangan yang berstrategi dan mempunyai jadual plan tindakan. Seperti meletakkan target dalam masa setahun, undang-undang zina berjaya diberi kefahaman kepada rakyat [muslim dan non Muslim], kemudian pada tahun kedua melakukan referendum rakyat dalam menuntut perlaksanaan undang-undang zina atau sebagainya.

Saidina Ali pernah berkata, “kebenaran yang tidak bersistem akan dikalahkan dengan kebatilan yang bersistem”

Ketiga;

Cara cadangan dilontarkan tidak menggunakan bahasa dan cara orang malaysia. Dilihat cara lontaran, lebih kepada style dan cara rakyat saudi, mesir, pakistan, Afghanistan dan sebagainya.

Tidak ada salahnya, cara melontarkan itu dengan tidak menggunakan nama hudud, tetapi mengggunakan istilah ‘Islamic Human Right’ [cadangan sahaja], ataupun menggunakan apa-apa istilah yang menarik minat rakyat malaysia [sama ada muslim atau non Muslim] tertarik untuk menggunakan undang-undang islam ini.

Di zaman umar bin Al-Khattab dahulu, beliau pernah menukarkan kalimah “jizyah” kepada kalimah “zakat” terhadap bayaran yang dilakukan oleh Yahudi Bani tughlub [ada baca : Bani Taghlab], walhal orang bukan islam tidak dikenakan bayaran zakat pun. [As-Siyasah As-Syariiyyah Fi Dau’ Nusus As-Syariah wa Maqasidiha : 146-147]

Keempat:

Setelah cadangan dilontarkan, tidak terdapat perbincangan secara ilmiyyah dengan tokoh-tokoh politik dalam Pakatan Rakyat yang menolak undang-undang hudud, seperti tidak mengadakan program wacana hukum hudud, yang membariskan pembentang dari pihak PAS, lalu dijemput sama pihak yang tidak bersetuju seperti Karpal Sighn atau Raja Petra Kamaruddin sendiri untuk melakukan komentar terhadap isu yang dibangkitkan, serta dibuka soal jawab.

Keadaan ini lebih sistematik dan sesuai dengan ruh Al-Quran, yang mana Allah SWT ada berfirman;

قُلْ هَاتُوا بُرْهَانَكُمْ إِنْ كُنْتُمْ صَادِقِينَ

Maksudnya;
“Katakanlah, datangkan hujjah-hujjah kamu, jika kamu adalah orang yang benar”

[Al-Baqarah : 111]

Kelima :

Walau sudah lebih 50 tahun PAS berdakwah dalam wadah politik kepartian, sehingga kini PAS tidak mempunyai kader-kader dakwah dari sudut kebijaksanaan berhujjah dan mempunyai kemampuan mengemukakan Islam dalam bentuk yang bijaksana. Selayaknya, PAS sudah ada kader-kader dakwahnya yang bukan sekadar berani hadir demonstrasi, tetapi kader-kader dakwah yang berani berhadapan dalam bentuk intelektual.

KESIMPULAN

Dalam isu hudud, ia tidak seharusnya dijadikan sebagai isu yang tidak berkesudahan. Jika PAS hendak melaksanakan hudud, sewajibnya PAS berfikir terlebih dahulu untuk mendapat suara majoriti dalam parlimen. Ini kerana, mengenangkan malaysia yang mengamal sistem demokrasi, sesuatu undang-undang itu tidak dapat dilaksanakan kecuali mendapat sokongan majoriti dalam parlimen.

Namun, ia tidak mustahil bahawa hukum hudud ini boleh dilaksanakan dalam keadaan PAS tidak ada suara majoriti dalam parlimen, kerana dalam sistem demokrasi, ia terdapat unsur referendum rakyat. Lantaran, jika PAS ingin melaksanakan juga hudud, waima dalam keadaan PAS tidak mendapat suara majoriti dalam parlimen, PAS hendaklah mengadakan ‘projek mega’ dalam memahamkan rakyat tentang hudud, sehingga rakyat sendiri mendesak kerajaan melaksanakan undang-undang tersebut.

Tindakan berkata, “rakyat yang tak faham, jangan bercakap tentang hudud” adalah satu tindakan yang salah [pandangan peribadi]. Ini kerana, rakyat adalah orang yang dilaksanakan hukum hudud kepada mereka. Jika melarang mereka dari bercakap atas alasan tidak faham, ia adalah satu tindakan yang salah. Sebaiknya, apabila rakyat yang tidak faham bersuara, tugas parti islam adalah menerangkan kepada mereka dengan segala kebijaksanaan yang mungkin, agar mereka dapat faham dan mengenali keindahan islam dalam bentuk yang sebenar.

Sekian

Wallahu ‘Alam


Al-Bakistani

- Sri Indah [b] Sg buloh
1 Oktober 2010 * 5:45 pagi

YAHUDI APCO NASIHATKAN UMNO BUNUH 'POLITIK KULI'?

Rahsia Allah, siapa yang tahu. Itulah hakikat setiap perkara yang terjadi, pasti ia mengandungi hikmah dan kebijaksanaan.

Isu minyak kelantan sedang 'gelegak'. Semakin membuak apabila Kerajaan kelantan pimpinan PAS telah mengambil sikap menyaman pihak Petronas dan kerajaan malaysia atas penafian hak royalti minyak Rakyat kelantan.

tengku Razaleigh sendiri telah bersuara. menyatakan kesedian untuk menjadi saksi dalam menentukan hak rakyat kelantan dalam mahkamah nanti. Keadaan ini, cukup menggerunkan UMNO.

Kuasa tuhan menjangkaui segala-galanya, apabila satu DUN yang berada di bawah parlimen Gua Musang yang merupakan Kuli adalah MPnya, iaitu DUN Galas terpaksa diadakan Pilihanraya kecil. Ia bersebab, kematian ADUNnya ekoran sakit barah yang dihadapi sejak sekian lama.

peliknya, sehari selepas berita kematian ADUN Galas, pihak BN sudah mengeluarkan kenyataan tentang siapa yang menjadi 'Ketua Perang' bagi PRK yang bakal dihadapi tidak lama ini. Kuli telah terlantik, dan kenyataan itu dikeluarkan oleh Timbalan presiden BN, Muhyidin Yasin.

Jika difikir sekali, sudah pasti keputusan menetapkan Kuli sebagai "ketua perang BN' bagi DUN Galas adalah satu perkara yang ganjil, dan tertimbul banyak persoalan. Ini kerana, secara yakinnya, mesti isu royalti minyak menjadi isu penting dan maha panas yang bakal dimainkan oleh PAS, dan PR. Di kala ini pula, Kuli adalah wakil rakyat berkulit UMNO/BN yang tidak sealiran dengan keputusan UMNO/BN, iaitu terlalu kuat mempertahankan hak rakyat kelantan itu.

Justeru, keputusan penetapan Kuli sebagai 'ketua perang' adalah perkara yang cukup mempunyai motif dan agenda yang tersusun. Apakah ia adalah hasil nasihat APCO yang dibayar RM 77 Juta oleh kerajaan barisan nasional setahun?

Jika inilah keadaan yang berlaku, dilihat ada beberapa faktor tindakan BN meletakkan Kuli sebagai kepala perang. Antaranya, [1] mungkin mahu menutup mulit Kuli dari bersuara lagi dalam isu royalti minyak, atau, [2] mahu membunuh 'politik Kuli', sekiranya dia berusaha memenangkan calon BN, disebabkan kelantangan beliau dalam mempertahankan hak royalti Kerajaan Kelantan pimpinan PAS, [kuli akan dilihat lidah bercabang, kerana memenangkan calon BN, walhal dalam isu royalti berbelah pihak kepada PAS kelantan] atau [3] membunuh 'politik Kuli' dalam BN, jika diandaikan Kuli tetap juga mempertahankan hak royalti minyak kelantan di kala PRK sedang terjadi [BN akan berkata, Kuli sedang berusaha menangkan calon PAS, bukan calon BN], atau banyak lagi andaian-andaian disebalik motif BN melantik Kuli sebagai 'ketua perang'.

Yang pastinya, dimaklumkan bahawa Kuli sudah menerima tawaran untuk menjadi 'ketua perang', tetapi kita tidak tahu apa perancangan kuli selepas ini.

Jika Kuli tetap mempertahankan Royalti minyak kelantan, waima dia menjadi Ketua Perang BN, Kuli akan menjadi hero oleh rakyat kelantan, waima tidak dilihat hero dikalangan pimpinan BN.

Jika kuli menarik diri dari menjadi ketua perang BN, disebabkan mahu mempertahankan hak royalti minyak rakyat Kelantan, Kuli tetap dikira sebagai Hero disisi rakyat Kelantan, waima tidak dilihat bacul disisi pimpinan BN.

Mustahil Kuli dalam usia senja ini, masih lagi mahu dilihat hero oleh pimpinan BN. Tidakkah dia bercita-cita dilihat sebagai negarawan? Sudah pasti, hero disisi rakyat adalah petanda sebenar untuk dilihat sebgaai negarawan.

"Ambo Tuo doh, fikir sama kekubur etek" Menurut cerita, begitulah perkataan Kuli dikala orang bertanya, kenapa Kuli terlalu pertahankan hak royalti kelantan. Benarkah kuli bercakap sebegini, Allah sahaja maha mengetahui.

Sekian

Wallahu 'Alam

Al-Bakistani


- Sri Indah [b] Sg buloh
30 September 2010 * 9:10 malam