Rabu, 21 Mac 2012

BAPA NABI SAW : SYURGA ATAU NERAKA?

Antaranya adalah satu hadis yang diriwayatkan oleh Imam Muslim, iaitu ketika Nabi SAW ditanya oleh seseorang dengan katanya, “Wahai Rasulullah, dimana bapaku?”. Nabi SAW menjawab, “dalam neraka”.

Ketika dia berpaling pergi, Nabi SAW memanggilnya dan berkata;

إِنَّ أَبِي وَأَبَاكَ فِي النَّارِ

Maksudnya;
            “Sesungguhnya bapaku dan bapa kamu dalam Neraka[1]”

Ramai mengatakan hadis ini membuktikan bahawa bapa Nabi Muhammad SAW bernama Abdullah bin Abd al-Muttalib masuk neraka dengan alasan hadis ini. Namun begitu, hadis ini, walaupun saheh tetapi ia tidak sareh. Ini kerana, disamping ia adalah hadis ahad, ia juga dilihat bercanggah dengan maksud firman Allah SWT;

وَمَا كُنَّا مُعَذِّبِينَ حَتَّى نَبْعَثَ رَسُولًا

Maksudnya;
            “Kami tidak akan meng'azab sebelum Kami mengutus seorang rasul” (Surah al-Isra’, ayat 15)

Menurut huraian Syaikh Muhammad al-Ghazali, sebelum kelahiran Nabi Muhammad SAW, tidak mempunyai seorang nabi pun, ekoran itu mereka yang berada di zaman itu tidak boleh dikatakan azab kepada mereka yang berada pada zaman itu[2].

Lalu, dibahaskan lagi, dinyatakan bahawa maksud dengan “abi” yang bermaksud bapaku dalam hadis di atas, bukan Abdullah, tetapi bapa saudara Nabi Muhammad SAW, iaitu Abu Talib. Kerana, Abu Talib mengetahui kebenaran tetapi tetap tidak memeluk Islam.

Penggunaan “Abi” atau bapaku ini boleh dirujuk kepada bapa saudara kerana melihat beberapa bukti. Antaranya adalah;

Firman Allah;

قَالُوا نَعْبُدُ إِلَهَكَ وَإِلَهَ آَبَائِكَ إِبْرَاهِيمَ وَإِسْمَاعِيلَ وَإِسْحَاقَ إِلَهًا وَاحِدًا وَنَحْنُ لَهُ مُسْلِمُونَ

Maksudnya;
            “Mereka menjawab: "Kami akan menyembah Tuhanmu dan Tuhan BAPA-BAPA KAMU, Ibrahim, Ismail dan Ishaq, (yaitu) Tuhan Yang Maha Esa dan kami hanya tunduk patuh kepada-Nya" (Surah al-Baqarah, ayat 133)

Dalam ayat ini, Allah SWT guna kalimah “Aba-ik” yang bermaksud bapa-bapa kamu. Lalu dinyatakan Ibrahim (Datuk Nabi Yaakub), Ismail (bapa saudara Nabi Yaaqub) dan Ishaq (bapa Nabi Yaaqub). Menunjukkan penggunaan bapa ini tidak dibataskan bapa sebenar, tetapi boleh digunakan juga kepada bapa saudara[3].

Tanpa dinafikan, memang di sana terdapat ulama menyatakan bahawa bapa dalam hadis yang menyatakan sebagai ahli neraka itu merujuk kepada Abdullah. Alasan mereka bahawa mereka yang berada sebelum kelahiran Nabi Muhammad SAW telah sampai dakwah Nabi Ibrahim AS[4].


[1] Muslim, hadis no : 302.
[2] Kaif Nata’amal Ma’a al-Sunnah al-Nabawiyyah, hlmn 118.
[3] Ibid, hlmn 117
[4] Syarh al-Nawawi ‘Ala Sahih al-Muslim, jld 1, hlmn 349.
Antaranya adalah satu hadis yang diriwayatkan oleh Imam Muslim, iaitu ketika Nabi SAW ditanya oleh seseorang dengan katanya, “Wahai Rasulullah, dimana bapaku?”. Nabi SAW menjawab, “dalam neraka”.

Ketika dia berpaling pergi, Nabi SAW memanggilnya dan berkata;

إِنَّ أَبِي وَأَبَاكَ فِي النَّارِ

Maksudnya;
            “Sesungguhnya bapaku dan bapa kamu dalam Neraka[1]”

Ramai mengatakan hadis ini membuktikan bahawa bapa Nabi Muhammad SAW bernama Abdullah bin Abd al-Muttalib masuk neraka dengan alasan hadis ini. Namun begitu, hadis ini, walaupun saheh tetapi ia tidak sareh. Ini kerana, disamping ia adalah hadis ahad, ia juga dilihat bercanggah dengan maksud firman Allah SWT;

وَمَا كُنَّا مُعَذِّبِينَ حَتَّى نَبْعَثَ رَسُولًا

Maksudnya;
            “Kami tidak akan meng'azab sebelum Kami mengutus seorang rasul” (Surah al-Isra’, ayat 15)

Menurut huraian Syaikh Muhammad al-Ghazali, sebelum kelahiran Nabi Muhammad SAW, tidak mempunyai seorang nabi pun, ekoran itu mereka yang berada di zaman itu tidak boleh dikatakan azab kepada mereka yang berada pada zaman itu[2].

Lalu, dibahaskan lagi, dinyatakan bahawa maksud dengan “abi” yang bermaksud bapaku dalam hadis di atas, bukan Abdullah, tetapi bapa saudara Nabi Muhammad SAW, iaitu Abu Talib. Kerana, Abu Talib mengetahui kebenaran tetapi tetap tidak memeluk Islam.

Penggunaan “Abi” atau bapaku ini boleh dirujuk kepada bapa saudara kerana melihat beberapa bukti. Antaranya adalah;

Firman Allah;

قَالُوا نَعْبُدُ إِلَهَكَ وَإِلَهَ آَبَائِكَ إِبْرَاهِيمَ وَإِسْمَاعِيلَ وَإِسْحَاقَ إِلَهًا وَاحِدًا وَنَحْنُ لَهُ مُسْلِمُونَ

Maksudnya;
            “Mereka menjawab: "Kami akan menyembah Tuhanmu dan Tuhan BAPA-BAPA KAMU, Ibrahim, Ismail dan Ishaq, (yaitu) Tuhan Yang Maha Esa dan kami hanya tunduk patuh kepada-Nya" (Surah al-Baqarah, ayat 133)

Dalam ayat ini, Allah SWT guna kalimah “Aba-ik” yang bermaksud bapa-bapa kamu. Lalu dinyatakan Ibrahim (Datuk Nabi Yaakub), Ismail (bapa saudara Nabi Yaaqub) dan Ishaq (bapa Nabi Yaaqub). Menunjukkan penggunaan bapa ini tidak dibataskan bapa sebenar, tetapi boleh digunakan juga kepada bapa saudara[3].

Tanpa dinafikan, memang di sana terdapat ulama menyatakan bahawa bapa dalam hadis yang menyatakan sebagai ahli neraka itu merujuk kepada Abdullah. Alasan mereka bahawa mereka yang berada sebelum kelahiran Nabi Muhammad SAW telah sampai dakwah Nabi Ibrahim AS[4].


[1] Muslim, hadis no : 302.
[2] Kaif Nata’amal Ma’a al-Sunnah al-Nabawiyyah, hlmn 118.
[3] Ibid, hlmn 117
[4] Syarh al-Nawawi ‘Ala Sahih al-Muslim, jld 1, hlmn 349.

Sabtu, 17 Mac 2012

HASAN BASRI JATI : TAK SEDIA DEBAT, TAK PERLU CABAR

Saya dalam perjalanan balik dari Kelantan. Seorang kawan memandu, sedang saya bermain FB menggunakan galaxy Tab di sebelahnya. Melihat kandungan FB, ada seorang memaklumkan melalui Inbox bahawa Hasan Basri yang merupakan ketua penerangan JATI telah mencabar ustaz-ustaz PAS berdebat tentang isu Tahaluf Siyasi.

Mengenangkan saya mempunyai pendidikan agama dan berkeahlian PAS, Saya menyambut cabaran itu dan menyatakan kesedia tersebut dalam FB saya. Malahan, ada pula pihak bersedia menjadi penganjur. 

Tidak lama kemudian, saya dimaklumkan bahawa Hasan Basri Jati itu dah nyatakan kesedian untuk sepentas dengan saya, sama ada secara terbuka atau tertutup. Saya telah nyatakan perkara ini dalam FB saya.

Tidak lama kemudian, saya dimaklumkan pula bahawa Hasan Basri tidak bersedia pula dengan debat tersebut. Antara alasan yang saya diberitahu adalah menyatakan bahawa saya tidak beretika. Yang saya pelik tu, apakah tindakannya mencabar ustaz-ustaz PAS berdebat di khalayak ramai untuk berdebat tu adalah satu perkara yang etika? Apakah menarik diri dari debat setelah beliau sendiri mencabar terlebih dahulu itu sebagai beretika?

Saya berpesan kepada Ustaz hasan basri dari Jati yang merupakan bekas Yang Dipertua PAS di kawasan Saya, bahawa jika beliau tidak bersedia berdebat, beliau tidak perlu meroyan dipentas murahan JATI mencabar dalam perkara yang beliau sendiri tak memahaminya. 

Wallahu 'Alam

Sekian..

Jumaat, 2 Mac 2012

DAKWAH WALI SONGO DAN ISLAM DI TANAH MELAYU [NOTA]


[1]

Di Negara arab, Islam masuk dengan tekanan. Dinafikan hak bersuara. seperti Nabi Muhammad SAW dihalang dari berdakwah. Ekoran itu, berbagai-bagai rintangan yang dihadapi oleh Nabi SAW sehingga terlibat banyak peperangan.

Keadaan ini berbeda di Negara tanah Melayu. Islam masuk bukan dengan peperangan, tetapi melalui beberapa kaedah yang tidak tidak terlibat dengan perang ataupun pertumpahan darah.

[2]

Menurut al-Attas, penyebaran Islam di wilayah barat ke timur di seluruh nusantara pada umumnya pada jalur perdagangan[1]. Ekoran itu, ramai berpendapat bahawa Islam masuk ke tanah melayu pada kurun ke 13 atau ke 14. Ini kerana, terdapat satu batu nesan yang berada di Trowolan (jawa) yang tertulis disitu angka 1368 Masihi yang memberi maksud bahawa waktu itu, sudah ada orang dari kalangan jawa yang memeluk Islam.

Namun begitu, ada pihak berpendapat bahawa Islam masuk ke Tanah Melayu lebih awal dari itu. Ini kerana, terdapat satu inkripsi di Leran, Grisik (Jawa) yang menjelaskan bahawa ada seorang perempuan bernama Fatimah binti Maumun meninggal pada tahun 1082[2].

Ada pihak mengatakan bahawa Islam sudah berada di Jawa pada kurun ke 15. Ini kerana, terdapat batu nisan dari Makam Maulana Malik bin Ibrahim (Wali Songo yang pertama) yang meninggal pada 1419 Masihi.

Namun begitu, dalam buku jejak risalah di nusantara 1[3], tulisan Dr Hafidzi Noor ada mengulas tentang beberapa teori Islam masuk ke Tanah Melayu (Malaysia). Ringkasannya seperti berikut;

Pertama; BERDAGANG

Islam masuk di Tanah melayu dengan perdagang. Sambil-sambil mereka berdagang, umat melayu terpengaruh dengan Islam ekoran akhlak mereka.

Kedua : BERDAKWAH

islam masuk di tanah melayu dengan dakwah. Berdagang adalah kerja sambilan sahaja bagi pendakwah.

Ketiga : POLITIK

Islam diterima di Tanah Melayu kerana faktor politik. Iaitu, apabila raja-raja melayu memeluk Islam, maka rakyat juga turut memeluk Islam. (sebilangan mendakwa, rakyat yang memeluk Islam kerana mahu jawatan dalam istana).

Walaubagaimanapun, ternyata islamnya raja-raja melayu seperti Meurah Silu (Raja Pasai),  Parameswara[4] atau megat Iskandar Shah dan Raja Kedah adalah ditangan muballigh.

Meurah Silu memeluk Islam di tangan dua orang pendakwah yang bernama Faqir Muhammad dan Syarif dari Makkah.

Keempat; PERKAHWINAN

Dalam teori ini, didakwa bahawa pedagang datang sambil-sambil berdakwah. Lalu, mereka berkahwin dengan rakyat tempatan. Dari perkahwinan tersebut, lahirlah zuriat-zuriat yang beragama Islam.

[3]

Hubungan politik dan dagang antara orang-orang di kepulauan nusantara dengan arab, farsi, india dan China berlaku sejak abad ke 13. Ia hanya berlaku di perlabuhan-perlabuhan besar.

Jika di Indonesia, antara pelabuhan-pelabuhan penting di sekitar sumatera yang terlibat adalah Lamuni, Acheh, Barus, bagan siapi-siapi dan Palembang.

Adapun pelabuhan disekitar Jawa adalah Sunda Kelapa, Pekalongan, semarang, Jepara, Tuban dan Gresik.

Menurut pengkaji sejarah bernama Groeneveldt (meninggal 1960), penjejakan pedagang-pedagang Islam ke Terengganu, Malaysia dan Jawa, Indonesia pada abad 14 Masihi[5].

[5]

Dari sudut pendekatan dakwah orang melayu, didapati pendakwah-pendakwah mempunyai pendekatan yang agak lunak.

Antara contohnya;

MAULANA MALIK BIN IBRAHIM

Antara wali songo yang menarik dalam usaha dakwah mereka adalah Maulana Malik bin Ibrahim. Beliau mati pada tahun 1419 Masihi berdasarkan batu nisan yang dijumpai.

Mengikut ceritanya, beliau seorang kaya berbangsa Farsi yang bergerak di bidang perdagangan rempah rempah. Namun begitu, ada pihak menyatakan bahawa dia berbangsa arab. Ini kerana, didakwa bahawa beliau berpindah di perlak dan pasai, kemudian ke Gujerat dan akhirnya menetap di Gresik sempai meninggal pada 1419 masihi.

Beliau adalah tokoh yang didakwa orang yang mula-mula sekali menyebarkan dakwah islam di Jawa.

Menurut cerita, masyarakat jawa menganut hindu sebagai “agama Rasmi” kerajaan Majapahit. Jadi, Maulana Malik ini telah melakukan beberapa tindakan sehinggakan menyebabkan ramai yang memeluk islam. Antara faktor-faktornya itu adalah;

Satu : Solat Istisqa’

Diceritakan ada dua orang anak gadis sambil menghunuskan pedang, meminta hujan dari dewa. Maulana Malik telah mendekatkan diri dengan mereka, kemudian berbual mesra dan lembut dengan mereka.  Kemudian, dia menunaikan solat dua rakaat (solat Istisqa’) untuk memohon hujan. Setelah selesai solat dan berdoa, tidak lama kemudian hujan pun turun. Melihat keadaan itu, menyebabkan mereka memeluk Islam.

Kedua; konfrontasi

Maulana Malik membuka warung dengan menjual makanan dengan harga yang murah. Ekoran murah, menyebabkan warungnya dikunjugi ramai.

Setelah ramai, dia mempamerkan kepandaiannya dari sudut perubatan Islam dengan membacakan ayat-ayat al-Quran secara Ruqiyyah (jampi) dan ternyata sihat. Ekoran itu, beliau dilihat seperti “dewa penolong”. Terutama, beliau menolak sebarang bayaran yang diberikan kepadanya.

Ketiga : pesantren

Sebelum kedatangan Maulana Malik, di tanah jawa sudah ada banyak perkampungan Islam, terutama di daerah Leran. Namun, setelah kedatangan beliau, Islam semakin berkembang hebat, terutama di Gresik. Ini kerana, beliau menetap disitu (pada tahun 1404 Masihi).  Banyak orang berguru dengan beliau.

Di Gresik beliau membina bangunan ringkas tempat untuk menimba ilmu. Ia dikenali sebagai Pesantren. Dalam mengajarkan ilmu, beliau ada mempunyai satu kebiasaan khas, meletakkan al-Quran atau kitab hadis di atas bantal. Ekoran itu, beliau mendapat gelaran “kakek Bantal”.

Keempat : usahakan Raja Majapahit masuk islam.

Maulana Malik mempunyai kawan yang merupakan raja di cermin (ada dua riwayat tentang kerajaan Cermin. Ada kata ia adalah satu kerajaan di Farsi. Ada lain mengatakan ia adalah kerajaan Gedah (kedah, di Malaysia). Ini berdasarkan pendapat J.Wolbers dalam buku Geshiedenis Van Java).

Raja Cermin datang ke Majapahit bersama puterinya, Dewi Sari. Mereka datang dengan puluhan pengawal. Dewi Sari dipersempah kepada Raja Majapahit untuk diperisterikan (Raja majapahit itu, ada dua riwayat : ada kata, beliau adalah Prabu Brawijaya V. Wolbers berpendapat, beliau adalah Angkawijaya).

Raja Majapahit menerima untuk memperisterikan Dewi Sari, tetapi menolak untuk masuk islam. Ekoran menolak, maka raja cermin pun bertolak pulang.

Menurut cerita, sebelum pulang, beliau singgah di Leran. Sambil menunggu perbaikan kapal, mereka menetap di rumah Maulana Malik (atau dikenali Sunan Gresik).

Semasa di situ, rombongan mereka terkena penyakit misteri. Ramai yang meninggal, termasuk Dewi Sari. Tetapi, Raja Cermin sendiri selamat pulang ke kerajaan mereka.

SUNAN AMPEL

Nama sebenar Sunan Ampel adalah Raden Rahmat. Beliau adalah putera raja Campa.

Beliau adalah seorang yang cukup cermat dalam mengadaptasikan sesuatu kandungan Islam dalam masyarakat. Beliau cukup mementingkan dalam melihat kondisi masyarakat sebelum mengadaptasikan sesuatu perkara.

Antara tindakan beliau yang dilakukan adalah, menggantikan kalimah “solat” dengan “sembahyang” (asalnya : sembah dan Hyang). Tempat ibadat tidak dinamakan sebagai Musalla, tetapi dinamakan sebagai “Langgar”, mirip kata sanggar. Penuntut ilmu disebut santri berasal dari Shastri – orang yang ada pengetahuan tentang kitab suci hindu.

Beliau bermazhab Hanafi, tetapi amat toleransi dengan mazhab lain. Ekoran itu, anak-anak muridnya (santri) mempunyai kepelbagaian mazhab.

Beliau terkenal dengan “moh lima”, iaitu tidak melakukan lima hal tercela. Iaitu;

1-     Moh Main – tidak main judi
2-     Moh ngombe – tidak mabuk
3-     Moh maling  - tidak mencuri
4-     Moh madat – tidak hisap candu/dadah
5-     Moh madon – tidak berzina.

CERITA MENARIK

Sunan Ampel terkenal dengan orang yang bertoleransi dalam perbedaan pendapat (khilafiyyah). Dalam hal berkait dengan adat, kelihatan toleransi itu, iaitu apabila beliau berbicara dengan Sunan Kalijaga (menantu Sunan Ampel yang berkahwin dengan anaknya bernama Dewi Sarah).

Diceritakan bahawa Sunan Kalijaga mencadangkan usaha mengislamkan adat masyarakat jawa (islamisasi) dengan mencadangkan beberapa amalan, seperti Sesaji, selamatan (doa selamat), Wayang dan Gamelan. Namun begitu, Sunan Ampel menolak cadangan itu.

“apakah tidak khawatir kelak adat itu akan dianggap berasal dari Islam?” Soal Sunan Ampel. “Ia akan jadi bidaah, lalu slam jadi tidak murni lagi” sambungnya.

Pandangan Sunan Ampel ini disokong oleh Sunan Giri dan Sunan Drajat. Sementara Sunan Kudus dan Sunan Bonang setuju dengan Sunan Kalijaga. Ekoran dari perbicangan itu, menyebabkan Sunan Kudus telah mengklasifikasikan adat itu terbahagi kepada dua; adat yang harus diislamkan, dan satu lagi, sama sekali tidak boleh.



[1] Sejarah Wali Songo : hlmn 10
[2] Ibid : hlmn 11.
[3] Hlmn 10-13
[4] Parameswara adalah perkataan tamil dan hindu. Perkataan melayu adalah permaisura (ada juga diulas oleh Buya Hamka dalam buku Sejarah Umat Islam).
Dalam satu catatan winstedt (1948) menyebut, parameswara sebagai sultan melaka pertama (mangkat pada tahun 1424) dan sultan ketiga Melaka iaitu Raja Ibrahim memakai gelaran Sri Parameswara Dewa Shah (Mangkat pada tahun 1446).
Di katakana bahawa parameswara adalah anak Raa Sumatera yang lari ke Singapura dan mengalahkan pemimpin tempatan bernama Temagi yang dibawah naungan sima dan menghambil alih pemerintah Singapura. (utusan Malaysia)
[5] Sejarah Wali Songo : hlmn 10.