Khamis, 18 Disember 2008

CADANGAN ISLAMIC METAL


CADANGAN ISLAMIC METAL

Pada hari ini, Aku telah berbincang dengan satu kumpulan band underground, merancang untuk mencipta sebuah lagu metal bercorak islam. Dengan kehadiran Abang Dol yang merupakan “otai” dalam bidang metal, dia memandang positif usaha kami ini, dan bersedia menjadi penasihat kepada kumpulan band yang ingin dilakukan perubahan dalam lagu metal.

Sebagai orang yang terlalu muda dalam dunia metal, aku mendengar ulasannya tentang metal yang dicadangkan abang Dol untuk diselitkan beberapa perkara yang bercorak Islam, dan mencadangkan juga beberapa unsur yang perlu dibuang dalam metal agar ianya tidak bercanggah dengan Islam.

Aku mendengar ulasan beliau itu dengan teliti, dan menyatakan bahawa kita akan mulakan usaha pertama dari sudut pemakaian, lirik lagu disamping alunan muzik mempunyai unsur “padang pasir”. Kami juga merancang, nyanyian yang kita wujudkan itu diselang selikan dengan unsur tazkirah Al-Quran dan Hadis.

Mudah-mudahan usaha kami ini akan melahirkan natijah yang baik, disamping menjadikan metal yang kami cadangkan sebagai alternative hiburan bagi anak-anak muda yang berminat dengan metal.

Doakan kami berjaya !!!

Sekian

Wallahu ‘Alam

Al-Bakistani
http://4-g-bakistani.blogspot.com

abu_abdillah_azzam@yahoo.com




- Sri Indah (B), Sg Buloh
19 disember 2008 * 6:29 pagi.

2 ulasan:

Pejuang Muda berkata...

mmg dah ade lagu metal yg islamik cthnya jihad dari kump as-sahar

Tanpa Nama berkata...

terima kasih