Selasa, 27 Januari 2009

PAK SUBKY LATIF MIMPI JUMPA NABI SAW.. !!!

PAK SUBKY LATIF MIMPI JUMPA NABI SAW.. !!!

Ruangan ”Min aina ila aina” dalam harakah cetak, dan kini ”mens Sana in Corpore Sono” merupakan satu ruang yang tidak pernah lupa dalam ingatan pembaca akhbar lidah rasmi PAS, harakah. Penulisnya adalah tidak asing bagi kita, iaitu Pak Subky Abdul Latif.

Pak Subky Latif adalah seorang penulis yang berjuang dengan perjuangan Islam berwadah PAS ini, sejak sekian lama. Walaupun beliau tidak petah dalam menyampaikan ceramah, tetapi adalah sesuatu yang tidak boleh dinafikan, tulisan beliau amat banyak memberi kesan perjuangan islam di Malaysia ini.

Walaupun beliau seorang yang hebat, beliau tidak pernah menyimpan perasaan segan atau malu untuk mendengar ceramah yang disampaikan oleh penceramah-penceramah di Markaz Taman Melewar, walaupun penceramah-penceramah itu kadangkala bertahap anak, malahan bertahap cucu beliau.

Aku pula, dijadulkan menyampaikan kuliah maghrib di Markaz Taman Melewar pada setiap hari jumaat malam sabtu; setiap bulan. Semasa aku berkuliah, aku dapati Pak Subki Latif sentiasa meluangkan masa untuk hadir.

Semasa aku menyampaikan kuliah maghrib; membaca kitab Al-Halal wa Al-Haram fi Al-Islam, karya Dr Yusuf Al-Qaradhawi, aku ada mengupas sedikit tentang sirah nabi dan sedikit diselit dengan perjalanan hidup dua tiga orang sahabat-sahabat nabi yang hebat-hebat.

Rupa-rupanya, disebalik kupasanku tentang sirah dan perjalanan hidup sebilangan sahabat nabi itu, telah menyebabkan Pak Subki tersentuh, lalu berbual-bual denganku selepas selesai menunaikan solat isya’ berjemaah; diimamkan oleh aku sendiri.

Dalam perbualan tersebut, beliau bertanya tentang nama-nama tokoh yang aku sebut dalam meriwayatkan kisah Nabi dan para sahabat. Aku hanya menjawab berdasarkan pengetahuan dan maklumat yang aku ada sahaja.

Yang menyentuh perasaanku, apabila beliau menyatakan bahawa baru-baru ini, beliau bermimpi berjumpa dengan Nabi SAW. beliau menyatakan, beliau berjaya melihat wajah dan pakaian Nabi SAW, tetapi tidak dapat mendengar suara Nabi SAW.

Beliau bertanya kepadaku, mengapa selepas bermimpi berjumpa dengan nabi SAW; amalan dan tindak tanduk beliau dirasakan tetap seperti dulu; tidak ada penambahan.

Sambil berseloroh, aku menjawab ”Pak Subki memang orang baik”.

Aku bertanya, apakah amalan Pak Subki sehingga kerinduan Pak Subki kepada rasulullah SAW sehingga Baginda SAW boleh berkunjung tiba dalam mimpi Pak Subki?

Beliau berfikir sejenak, lalu berkata bahawa beliau sekarang sedang menulis Sirah Nabi SAW.

Aku mengangguk. Mungkin penulisan beliau itulah yang menyebabkan beliau boleh bermimpi; berjumpa dengan Nabi SAW.

Aku berkata kepada beliau, agar sentiasa berdoa untuk kebaikanku; agar istiqamah dalam perjuangan Islam; istiqamah dalam perjuangan mendaulatkan Islam; tidak putus asa menyatakan kebenaran.

Beliau hanya mengangguk senyum, sambil berkata;

”kalau ada kelapangan, ana nak berjumpa dengan anta. Ana nak bersembang panjang dengan anta”

Aku membalas pelawaan beliau itu dengan senyuman.

Nah !!! ini dia seorang pejuang Islam yang namanya agak kurang disebut-sebut, pun begitu beliau seorang yang hebat, serta istiqamah dalam perjuangan mahu memenangkan islam di malaysia.

Padaku, Pak Subki adalah seorang pejuang tulin. Banyak perkara yang wajar kita belajar dari beliau, lebih-lebih lagi untuk mengetahui perjuangan membangkitkan setelah kelumpuhan PAS setelah PAS ditendang keluar dari BN di Zaman Dato’ Asri dahulu.

Sekian

Wallahu ’Alam

Al-Bakistani
http://g-82.blogspot.com/

ustaz_bakistani@yahoo.com



- Sri indah (B), Sg Buloh
28 Januari 2009 * 7:57 pagi.

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

betul tu syeik,tak macam org yg nak jadi MB..

KApt( B)

Tanpa Nama berkata...

salaam..sy trkesan mndpt tahu tn hj.S/L juga bpluang mmp jmp Nabi Muhammad s.a.w. alhmdulillah.... 'kcntaan akn mmbwa kte k sna'. insyaallah..
dhrp x kberatn mgirimkn emel tn.hj S/L kpd sy krn sy ingin btnyakn beliau bknaan anknya yg pnah blaja thfz d afrika jk x slap.. boleh?
nsofea2763@yahoo.co.uk
jkkk..tq.

Tanpa Nama berkata...

alhamdulillah..jgn lupa dapatkan buku koleksi analitikal 25 rasul yang akan diterbitkan nnt..
siapa yg hendak menghubungi hj SL, ini emailnya - subkylatif@gmail.com

terkini, buku istimewa terkenang subky latif..terbitan media icon sdn bhd..dapatkan di pasaran...

salam,
subky latif putri

ramadhan subky latif berkata...

salam..

terima kasih kepada tuan empunya blog ini..kerana meceritakan tentang ayahanda saya..

semoga kita sama-sama berdoa, agar kita juga dapat bertemu dengan NABI SAW...AMIN...

dan tolong doakan kesihatan ayahanda..agar beliau dapat meneruskan perjuangan dalam memenangkan ISLAM...

sekian..
wassalam...
subky latif putra