Selasa, 21 April 2009

ISLAM LIBERAL ATAU ISLAM UNIVERSAL

cahaya lilin sentiasa ditiup agar terpadam. persoalannya, bagaimana mahu mempertahankan cahaya lilin ini dengan membinasakan orang yang berusaha hendak memadamkan cahaya lilin ini??
ISLAM LIBERAL ATAU ISLAM UNIVERSAL

Ramai orang Islam amat takut dengan Islam liberal. Ia ditafsirkan seperti membawa hala tuju bahawa semua agama itu adalah sama. Dibimbangi, orang Islam boleh menunaikan solat dalam gereja, dalam kuil dan sebagainya. sistem kehidupan social akan menuju kehancuran. Zina, buka aurat dan sebgainya menjadi igauan mimpi bagi pejuang-pejuang islam ketika menanggapi islam Liberal.

Islam liberal adalah Islam yang matlamat menghalalkan cara. Islam yang ditafsirkan dengan kegelapan nafsu, bukan cahaya wahyu. Justeru, Islam liberal tidak berasaskan kepada konsep wahyu sama sekali.

Adapun Islam yang universal adalah Islam yang menyeluruh. Politiknya Islam, cara hidupnya Islam, ibadatnya Islam dan seluruhnya adalah Islam. Islam sebegini amat digeruni oleh musuh-musuh Islam. apabila Islam sudah dihayati secara penuh, musuh Islam kebimbangan. Memungkinkan pengaruh mereka akan luput sama sekali dari muka bumi Allah SWT.

Pun begitu, dunia – khususnya Malaysia – pernah di jajah oleh musuh islam. penjajahan itu diteruskan oleh anak buah mereka yang berbangsa melayu sendiri. UMNO parti melayu penerus penjajahan terhadpa minda rakyat.

Pun begitu, janji Allah bahawa setiap masa dan ketika, pasti akan wujud golongan yang mempertahankan islam. Islam sentiasa terpelihara sepertimana terpeliharanya Al-Quran.

Kelahiran PAS menentang UMNO merupakan lumrah karma dalam kehidupan beragama. Jika di Mesir, kewujudan Musa menentang Firaun, maka keadaan yang sama berlaku di Malaysia.

PAS berjuang secara serius dalam memartabatkan Islam sebagai agama memerintah, tetapi mendapat tentangan hebat dari musuh Islam di Malaysia, iaitu UMNO yang berjiwa bangsa, berkosmetikkan agama.

Islam dijadikan sebagai propaganda UMNO demi menjatuhkan PAS yang memperjuangkan Islam. makanya kedengaran berita-berita yang tidak enak didengari tentang Islam, seperti Islam sesuai di zaman unta, hudud adalah hukuman kuno dan sebagainya.

Propaganda yang lebih jahat, apabila digambarkan Islam adalah agama yang menakutkan. Islam memerintah, digambarkan non muslim terabai dan dijijikkan.

Rakyat Malaysia ramai yang sudah termakan dengan propaganda jahat ini. makanya islam sudah kelihatan buruk. Justeru, mahu memberikan gambaran baik tentang islam menemui kesusahan, terutama dari sudut pendekatan.

Pendekatan yang mahu dilakukan, sudah pasti memerlukan kebijaksanaan. Jika beberapa istilah mampu menggerunkan rakyat dikala mendengar Islam, maka tidak ada salahnya dipendamkan terlebih dahulu istilah-istilah berikut dengan harapan mereka boleh menerima isi kandungan bagi istilah tersebut.

Hudud, negara Islam dan sebagainya adalah istilah yang sudah berjaya digerunkan UMNO terhadap rakyat malaysia, tidak kira ia muslim, ataupun non Muslim.

Istilah ini terpaksa dipendamkan sementara waktu, demi mahu mendekatkan diri dengan mereka, justeru menerangkan bentuk negara Islam mengikut kehendak yang sebenar.

Tindakan ini tidak salah dari sudut konsep Islam. kerana, kaedah fiqh ada menyebut;

ارتكاب أخف الضررين

Maksudnya;
“Melakukan mudharat yang ringan dari mudharat yang berat”

Dengan tidak menyebut istilah Negara Islam, memang menghadapi mudharat. Pun begitu, jika menyebut juga mempunyai mudharat yang lebih besar, iaitu mudharat non Muslim bahkan rakyat seluruhnya yang sukar mahu mendengar Islam.

Makanya dipendamkan terlebih dahulu istilah tersebut, bahkan dimasyhurkan beberapa istilah lain; yang sebenarnya merujuk kepada Islam itu sendiri.

Konsep keadilan sejagat di masyhurkan. Ini kerana, konsep ini diterima ramai. Kandungan konsep inilah sememangnya wujud dalam Negara Islam, juga hukum Hudud yang diperjuangkan.

Sedihnya, apabila tindakan sebegini dilakukan. Golongan yang bertindak itu dilebel sebagai berfahaman Islam Liberal.

Jika dilebelkan sebagai pembawa bendera Islam liberal apabila bertindak sedemikian, mengapa golongan yang melebal tidak beranggapan menggunakan sistem demokrasi itu sebagai konsep Islam liberal??

Hakikatnya, bukan Islam liberal yang diperjuangkan. Tetapi, perjuangan sebenar adalah mahu kepada terlaksananya Islam universal; islam menyeluruh. Pun begitu, memandangkan Islam universal telah dicandukan oleh UMNO, menyebabkan pendekatan terpaksa dileberalkan.

Justeru, isunya bukan Islam liberal, tetapi meliberalkan pendekatan menuju kepada Islam yang universal.

Sekian

p/s :
“Adalah tindakan yang bodoh, jika kita menyalahkan Iblis dikala kita melakukan maksiat”

Wallahu ‘Alam

Al-Bakistani
http://g-82.blogspot.com

ustaz_bakistani@yahoo.com




- Sri Indah (B), Sg Buloh
21 april 2009 * 10:34 pagi















3 ulasan:

Ambelah Neng berkata...

==================================
Fatwa Al-Bakistani;
"Justeru, isunya bukan Islam liberal, tetapi meliberalkan pendekatan menuju kepada Islam yang universal.
p/s : “Adalah tindakan yang bodoh, jika kita menyalahkan Iblis dikala kita melakukan maksiat”"
==================================

Apa beza dengan islamisasi, hadari, dan sasi-sasi hok lain. Yang ni panggil apa ? universalisasi ? Teori baru dari Tok Guru Jung Kako....
berapa banyak sasi daaaaa.... p.ramlee

PAS dah setuju ke dengan sasi baru ni ?. Suruh syura buat bubur asura, k jong kako...

Jangan marah. Jangan marah Iblis kalau buat maksiat. Jangan marah PAS kalau buat maksiat. Kalau PAS tak bendung maksiat bukan salah PAS tapi salah diri sendiri sebab tak pandai kawal diri sendiri. (Ugama hak individu. Kuat jarum liberal. masuk cara tak sedar)
oleh itu,
PAS sama dengan IBLIS. Bakistani sama dengan PAS sama dengan IBLIS. Jange marah PAS, Bakistani dan IBLIS.
...Sambungan Fatwa Bakistani.

Ambolah Ning

Al-Bakistani berkata...

UMNO bukan parti islam.. dah tu, parti agama apa agak-agaknya??

sekian

Al-Bakistani

akhu_hurairah berkata...

syukran ust atas penerangan.

yg komen forumer di atas...no komen.

cuma teringat dalil yg ust bwkan.

Firman Allah;

وَلَتَعْرِفَنَّهُمْ فِي لَحْنِ الْقَوْلِ

Maksudnya;
”Kamu akan kenal mereka (orang munafiq) pada cara mereka bercakap”

(Surah Muhammad : 30)