Sabtu, 25 April 2009

SERIUSKAH KITA ME”MUZIUM”KAN UMNO??


SERIUSKAH KITA ME”MUZIUM”KAN UMNO??

Semasa kecil, Aku sering kedengaran kalimah jijik yang dilontarkan kepada UMNO.

Kalimah-kalimah seperti;

“percayalah !! kita melawan umno bukan kerana namanya UMNO. Kita melawan UMNO kerana UMNO kekalkan sistem penjajah”.

“UMNO wajib dipersalahkan” sering kedengaran dari mulut seorang Murabbi PAS dikala mengulas isu murtad yang melibat Abdullah Moorthi.

Faham dari ungkapan yang menjijikkan UMNO ini, merupakan kefahaman jelas bahawa UMNO wajib dilupuskan dari muka bumi Allah. kewujudan UMNO di Malaysia, melahirkan keburukan kepada semua perkara.

Di Malaysia, Agama Islam dilupai kerana UMNO. Amalan Islam dicelai kerana UMNO. Bangsa melayu dikhianati kerana UMNO. Bangsa selain melayu dikotori kerana UMNO. Kuasa raja melayu dicabuli kerana UMNO. SPR dicandui kerana UMNO. media perdana dirogoli kerana UMNO. Kehakiman disodomi kerana UMNO.

Justeru, kehadiran PRU ke-12, semua kita bersatu hati melawan UMNO/BN. PAS, PKR dan DAP bersama-sama berganding bahu melawan UMNO/BN sehingga mereka berjaya dilemahkan.

Harapan mahukan UMNO dimuziumkan semakin hari semakin cerah dengan berita 8 mac 2008. apabila termuziumnya UMNO, mewajarkan keadaan bahawa Islam akan berjaya diselamatkan; islam akan mudah disebarkan disebabkan UMNO sudah tidak lagi menguasai media.

Pun begitu, selepas pengisytiharan 8 mac 2008; iaitu kejayaan PAS menguasai 2 buah negeri dan PR di 3 buah negeri. Keadaannya agak tidak sama seperti sebelum PRU.

Jika sebelum PRU, kita bersatu hati melawan UMNO. tetapi selepas PRU, kedengaran unsur mahu berkawan dengan UMNO. aku mula merasa pelik dengan keadaan yang berlaku ini.

Lebih memeranjatkan aku, apabila sampai ke tangan aku sebuah kertas kerja yang ditulis ”orang tertentu” tentang terbatalnya tahaluf siyasi dalam kerajaan PR jika tertubuh.

Setelah membaca kandungan kertas kerja itu, aku merasakan hujjah itu tidak konkrit dan tidak matang. Ini kerana, secara peribadi, aku yang mempunyai ilmu yang tidak seberapa pun, aku dapat menjawab segala hujjah-hujjah yang dikemukakan dalam kertas kerja itu.

lebih-lebih lagi, setelah aku mengemukakan beberapa isykal-isykal, tidak berketemu jawapan teguh kesesuaian kandungan kertas kerja itu dengan suasana semasa di Malaysia.

Lupakan kandungan kertas kerja itu. mungkin di waktu lain, aku akan mengulas kandungan kertas kerja itu dan isykal-isykal yang aku akan kemukakan dalam tulisan akan datang.

Sebagai anak muda, aku amat membenci UMNO/BN. Padaku, segala kerosakan di Malaysia yang tertimpa pada hari ini berpunca dari UMNO/BN.

Padaku, jika kerajaan PR telah berjaya ditubuhkan pada 16 september yang lalu, sudah pasti “KERAJAAN TANPA PEMBANGKANG” akan terwujud. Masakan tidak, UMNO/BN hidup dengan duit. Apabila kerajaan Malaysia sudah berjaya berada di tangan kita, sudah pasti UMNO/BN akan ketandusan kewangan, yang ketika itu, sudah pasti UMNO akan berjaya dimuziumkan.

Begitujuga, UMNO hidup dengan memburukkan gambaran islam melalui media perdana. Justeru, jika kita memguasai media perdana, segala gambaran islam yang baik pasti akan berjaya diterangkan kepada rakyat. Apabila rakyat faham Islam, sudah pasti rakyat akan menerima Islam. Makanya Islam akan memerintah di Malaysia.

Dengan sebab itu, kadang-kadang tersoal dalam pemikiranku. Apakah kita serius mahu meluputkan UMNO atau tidak??

Jika dahulu, aku didoktrinkan bahawa JIM dan ABIM adalah ”anak buah” UMNO. Disandarkan dengan berita ijtihad Syaari Sungip bahawa masuk UMNO adalah syarii pada tahun 1980 an.

Berita sebegini memberikan gambaran benciku kepada JIM dan ABIM, juga terhadap mereka yang bekas-bekas JIM dan ABIM yang berada dalam PAS. Padaku, kehadiran mereka adalah untuk usaha meng”UMNO”kan PAS. Tetapi keadaan itu berlaku sebaliknya kini, iaitu apabila aku dapati ada sebilangan dari ”pendoktrin-pendoktrin” itu menyatakan dalam keadaan sekarang, bergabung dengan UMNO adalah Syarii.

Keadaan inilah yang memelikkan aku; menyebabkan jiwaku bergolak dalam usaha mahukan islam memerintah di Malaysia.

Sekian

Wallahu ’Alam

Al-Bakistani
http://g-82.blogspot.com

ustaz_bakistani@yahoo.com



- Sri Indah (B), Sg Buloh
25 april 2009 * 6:35 petang

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Assalamu'alaikum..Wan JI! ana sarankan anta pergi jumpa sendiri TG Nik Aziz dan TG H.Hadi,serlahkan sikap kebijaksanaan anta dalam menilai dan membuat keputusan.TG Nik Aziz masih hidup,peluang masih ada,TG h.Hadi pun masih hidup,anta masih belum telambat...Klu agak payah,U.Harun Taib pun boleh,anta kan baik dgn dia,bila nak balik kg zaujah anta selalu singgah rumah Ust Harun.Ana nasihatkan anta,berhati-hati terima maklumat.
Semoga kita tergolong dalam golongan Sa'adah...

Al-Bakistani berkata...

nampaknya, sudah ada golongan syaqawah dari kalangan orang-orang PAS sendiri...

kertas kerja itu adalah bukti besar kenapa perkara ini menjadi kelam kabut.

sekian

Al-Bakistani

achok sabah berkata...

bila husam ditanya pasal geng erdogan dan muzakarah didalam pas, maka beliau dengan cepatnya mengatakan,ini adalah kerja UMNO untuk memecahkan PAS...tapi bila ditanya puak muzakarah, maka dengan cepatnya mereka menuduh ini kerja2 pembantu TG Nik aziz..

cuba kita lihat situasi ini, siapa sebenarnya yang nak memecahkan jemaah???