Sabtu, 18 April 2009

KAT ORANG BOLEH, KAT KITA TAK BOLEH : SIRI 1


KAT ORANG BOLEH, KAT KITA TAK BOLEH : SIRI 1

Dekat dengan pilihanraya ke 12; isu gabung antara PAS, PKR dan DAP untuk melawan UMNO/BN, menyebabkan banyak aku menerima SMS dan E mail, bahkan ada salah seorang pimpinan PAS diperingkat pusat yang bergelar ustaz pun ada menelefonku secara peribadi. Aku diminta menjawab hujjah-hujjah syarak berdasarkan keizinannya dari sudut Islam, lalu diminta dikupas dalam ruangan blog. Justeru, Aku pun menghabiskan masaku menelaah beberapa buah buku dapat menjawab persoalan itu.

Aku memberikan jawapan, dari sudut siyasah Syariyyah, gabungan PAS, PKR dan DAP dalam menjatuhkan UMNO adalah Syarii, sebab UMNO adalah parti yang lama memerintah; Islam terhakis ini pun banyak berpunca dari UMNO. Begitujuga, ruang media dakwah yang telah ditutup oleh UMNO, menyebabkan PAS perlu bersama-sama dengan Pakatan Rakyat demi mendapatkan ruang dakwah yang lebih luas dalam menyampaikan Islam.

Dalam jangka pilihanraya, sahabat-sahabat kita dari salafi sering menyerang, menyatakan tindakan PAS mengkritik pemimpin negara adalah haram, tidak mengikut lunas-lunas syariah. Aku juga ada menjawab hujjah-hujjah mereka itu, menerusi blog sebelum ini. Pada asalnya aku tidak mahu menjawab, tetapi diminta oleh sebilangan kawan, maka aku pun menjawab sama.

Pilihanraya umum pun berlalu. Selepas pilihanraya, Pakatan Rakyat pun di ideakan. Aku menulis tentang pakatan Rakyat dari sudut Syariah sehinggakan aku berjaya menghasilkan sebuah buku nipis yang membicarakan tentang Pakatan rakyat yang bertajuk ”Kerajaan Pakatan Rakyat dari kacamata Siyasah Syariiyyah”.

Dari tulisan itu, aku menyokong kewujudan kerajaan Pakatan Rakyat kerana ruang dakwah yang wujud dalam kerajaan Pakatan Rakyat lebih besar berbanding dalam kerajaan Barisan Nasional.

Tidak lama kemudian, PAS pusat mengadakan seminar Siyasah Syariiyyah. Aku diminta hadir sebagai urusetia. Aku menaip segala ucapan-ucapan pembentang kertas kerja dan ucapan-ucapan pengulas yang diwakili dari kerajaan pakatan rakyat yang menang.

Pembentangan yang dilakukan oleh Tuan Guru-Tuan Guru dari PAS yang hebat-hebat, seperti Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Tuan Guru Haji Harun Taib, Ustaz Azizan Razak, Ustaz Harun Din. Ulasan pengulas-pengulas yang mewakili negeri Pakatan Rakyat, seperti exco Agama Negeri perak dan exco setinggan negeri selangor melahirkan satu gambaran bahawa kewujudan PAS dalam Pakatan Rakyat adalah baik bagi menghadapi Barisan nasional yang merosakan Islam.

Hasil resolusi dari seminar tersebut, menunjukkan Pakatan Rakyat perlu diperkukuhkan dalam usaha menyampaikan mesej dakwah secara berstrategi. Dari hasil resolusi itulah, aku menganggap, apa yang aku faham dari kerajaan Pakatan rakyat adalah sama seperti yang difikirkan oleh pimpinan-pimpinan PAS juga.

Seminar telah dilakukan, resolusi pun telah dikeluarkan. Tapi bagaimana perlaksanaannya pula???

Sekian

p/s : bagaimana kita mahu kagum dengan idea orang dari team kita, kalau ianya tidak bernas. Apakah bijak jika kita menolak idea orang bukan team kita, jika idea itu bernas??? Seorang isteri mempunyai suami yang suka makan mee goreng mamak. Sedihnya, isteri itu tidak mampu masak mee goreng mamak seperti yang suaminya suka. Lalu, apabila suaminya selalu pergi kedai mamak untuk makan mee goreng mamak, menyebabkan isteri itu marah dengan tindakan suaminya.. apakah itu adalah tidakan bijak????

Wallahu 'Alam

Al-Bakistani
http://g-82.blogspot.com/

ustaz_bakistani@yahoo.com


- Sri Indah (B), Sg Buloh
19 april 2009 * 8:48 pagi

1 ulasan:

Tak mau sesat berkata...

Betul ke ada team dalam PAS, atau sekadar perbezaan pendapat? Adakah ustaz juga termasuk di kalangan "anai-anai" yang sengaja menghangatkan lagi kewujudan team yang UMNO suka sangat tu? Kalau benci kat UMNO, kenapa suburkan lagi perangai hodoh dalam UMNO? Bukankah sepatutnya redakan lagi jika sekiranya benar pun timbul perbezaan? Kenapa nak jadi batu api? Siapa ajar jadi batu api? Kalau bergaduh anak-beranak, adik-beradik, laki bini, selesai dalam rumah secara anak-beranak dulu ke atau pegi ke kedai kopi gebang pada semua orang, bagi semua orang tau, kononnya kita la hebat, kita lah pandai...begitu ya? kalau ya pun ada orang lain buat macam tu, takkan org makan taik, kita pun nak makan tail? Sebelum tuding jari, tengok empat jari tu tuding ke siapa dulu? Atau sayang pak Sheikh lebih lagi, masyhuk kot??? kesian....