APA SUDAH JADI, APA YANG NAK JADI???
9 Jun 2009 : harakahdaily;
Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharuddin Mat Isa bersetuju dengan saranan Pengarah Jabatan Pilihan Raya PAS Pusat, Dato' Mustafa Ali agar seluruh pimpinan PAS dan Pakatan Rakyat menghentikan segala kenyataan yang boleh mengelirukan penyokong PAS dan Pakatan Rakyat khususnya mengenai Kerajaan Perpaduan”
Hari ini; 16 Jun 2009 : Mstar ;
“KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib berkata beliau melihat PAS ikhlas dalam cadangan mewujudkan kerajaan perpaduan seperti yang telah disuarakan oleh Presiden parti itu Datuk Seri Abdul Hadi Awang”
Hari ini : 16 Jun 2009 : Mstar;
“KUALA LUMPUR: Timbalan Presiden PAS, Nasharudin Mat Isa menyifatkan kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak berhubung kesediaan Umno untuk bekerjasama dengan dengan PAS sebagai perkembangan serius menyelesaikan isu-isu nasional”
“Nasharudin berkata, PAS mengalu-alukan maklum balas Perdana Menteri dan beliau akan memaklumkan perkara itu kepada Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang kini berada di luar Negara”
KOMEN:
Macam mana ni pimpinan PAS oi ??? mana satu yang korang nak???
Kerajaan perpaduan tidak dibincangkan lagi dengan masak. Bukan keputusan mesyuarat pun.
Tengoklah respon rakyat sama. Kita menang kerana rakyat undi. Jangan khianati rakyat.
Kalau PAS kalah teruk lepas ini, nampaknya kita sudah ada jawapan yang boleh diberikan kepada media…Diharapkan, PAS masih kekal menang…
Sekian
Wallahu ’Alam
Al-Bakistani
http://g-82.blogspot.com/
ustaz_bakistani@yahoo.com
- Kota Damansara
16 Jun 2009 * 5:48 petang
Tidur di masjid, Istimewa PAS, menjelas kehidupan.. & saranan..
-
*1. Tidur di masjid, Istimewa PAS, menjelas kehidupan.. *
*Soalan:*
Pada setengah masjid ramai orang tidur di dalamnya sama ada kerana berehat
atau ...
12 jam yang lalu
35 ulasan:
BUKANKAH MURSYIDUL AM MINTA AGAR KES KERAJAAN UG JGN DITUTUP PERBINCANGANNYA?! SO BOLEH BINCANG SBB IANYA BUKAN KEPUTUSAN PARTI....SO APASAL MARAH PLAK BILA USTAZ NASA KELUAR STATEMENT
setiap yang sokong kerajaan perpaduan adalah 'boneka UMNO'.
sekian
Al-Bakistani
Inilah orang kita,
Suruh orang jangan baca media arus perdana, tapi suruh percaya pula dengannya.
Ustaz one g, tolonglah jangan rendahkan 'maqam' PAS dengan mengutip berita dari sana sini kemudian dijadikan hujah dalam penulisan.
mstar 'quran' ustaz tukan umnobn punya, yang duk jadikan dalil buat pa.
cubalah tanya sendiri ustaz nasya tu ka... ni no tel ustaz nasya kalau takda 0193865908
call ya, jangan jadi orang munafiq yang cepat percaya dengan berita yang datang dari orang munafiq
terima kasih bagi no... ana baru tau no dia...
Mstar bukan Al-Quran, harakah pun bukan quran... yang kelakar tu, ada kenyataan tok guru nik aziz tak masuk harakah.. sampai tok guru marah2 baru ni...
pun begitu, tok guru nik aziz dah sebut... kerajaan perpaduan ini boneka UMNO...
sapa UMNO??
UMNO + Munafiq : yahudi melayu..
sekian
Al-bakistani
Hei,
Bakistani!
Tok Guru pernah sebut kita boleh bekerjasama dengan siapa sahaja demi Islam termasuklah syaitan sekali pun...
syaitan lagi baik dari UMNO?
Ustaz nasha sebut kita terbuka untuk bincang dengan sesiapa sahaja.
anta tu yang oenuh sangat sangka buruk dan minda syaitan dalam otak...
TG Hj Hadi men ngan ulama2 haraki seluruh dunia. Selalu dipanggil untuk memberikan ucapan. Negara mana sahaja yang belaiau tak pergi? Pergi bukan berjalan2.. Tapi pergi kerana diminta pergi.
Tg Hj Hadi mesti sedih melihat sebahagian ahli gerakan Islam saling tuduh menuduh begini.
Lontaran ideanya diminta untuk diperbincangkan, di'akademi'kan. Tetapi seperti menjadi bahan pula dia dihina.Dituduh sebagai "boneka UMNO" dan sebagainya...
Adakah dek kerana Idea UG ini habis terpalit semua sumbangan, fikrah TG Hj hadi terhadap Islam dan PAS? Adakah didikan dalam Ikhwan Muslimin di Mesir dahulu, menjadikan beliau bodoh dan buta dengan permainan musuh?
Benarlah kata pepatah, umpama berlatarkan putih, namun titik hitam yang kecil itu menjadi masalah.
Ustaz, Wan Ji.. Ikhlas dari ana. Dahulunya ana tenang dengan gaya blog ustaz. Bahkan menjadi rujukan. Namun sekarang, hati ini terbakar panas bila membacanya..
Wallahua'lam..
bakistani :
UMNO + Munafiq : yahudi melayu..
saya say :
amboi cantiknya bahasa ... ini kah uslub dakwah yg dicanang2kan sebelum ini ?! Allah pun marahkan kita daripada mencerca mereka yg menyembah selain daripada ALLAH
لا تسب الذين يدعون من دون الله
kalau SIS in Islam kita ajak berbincang tapi apabila bab UMNO berbincang pun tak boleh ke .... apa pegangan prinsip tuan ... apabila berbicara berkenaan SIS pandai pula ajak berbncang dan berhujah tapi apabila bab UMNO terus kata UMNO + Munafiq = Yahudi Melayu .... minta penjelasan ... mungkin saya silap faham
pertama:
berkawan dengan syaitan??
apa definisi syaitan??
dalam kitab Talbis al-iblis bermaksud, setiap yang perangai jahat dari kalangan jin, manusia, binatang dan semua perkara...
fahamnya apa?? syaitan bukan nama makhluk, tetapi nama perangai yang lekat pada makhluk...
kalau UMNO jahat, maka UMNO adalah syaitan.. justeru, kalau UMNO nak tolong menangkan Islam, dipersilakan UMNO nak tolong menangkan Islam..
persoalan sekarang, apakah UMNO akan tolong PAS nak menangkan Islam, atau mahu ajak PAS bersalam sebab nak jahanamkan PAS, seterusnya menjahanamkan dakwah PAS selama ini???
kedua:
berbincang bagus, tapi jangan sampai lahirkan pelbagai keraguan.. ustaz Nasha telah banyak melakukan tindakan keraguan.. antaranya, dahulu dia jumpa pak lah, tapi dia nafikan. tiba2, terbukti benar dengan kenyataan pak lah, kemudian di sokong oleh presiden PAS sendiri...
selepas itu, dia cakap dengan nada yang sama. pertemuan itu dilakukan dengan tujuan nak berbincang.. tetapi, peliknya kenapa nafikan perbincangan dengan pak lah pada masa tu..
justeru, berbincang itu tak pa.. yang tipu itu salah.. kalau tipu itu ada beberapa keadaan dibenarkan, maka selagi mana tidak melahirkan mudharat yang lebih besar...
keadaan sekarang sudah berbeda.. isu UG ini telah melahrkan kebencian non Muslim yang kita dakwah selama ini. menyebabkan, sebelum ini mereka rapat dengan kita, dan sekarang mereka sudah ramai lari dengan kita...
keadaan ini amat terserlah di Meru, di Dun Dr Rani...
ketiga:
boneka UMNO itu kata-kata orang yang berjasa besar dalam dakwah islamiyyah di Malaysia, iaitu tuan guru Nik Abdul Aziz.. beliau jaga kelantan 4 penggal. tak pernah berlaku dalam sejarah PAS di Malaysia...
beliau tidak menerima alaun kerajaan sehingga mendermakan balik duit poket beliau sendiri sebanyak lebih Rm 2 juta.. 16 ribu lebih beliau dermakan kepada parti Islam (PAS)...
jasa beliau membawa model Islam, tidak boleh dinafikan lagi...
apakah dengan banyaknya kebaikan yang dilakukan oleh beliau, menyebabkan kita terus menolak beliau disebabkan satu kenyataan beliau "kerajaan perpaduan adalah boneka UMNO"...??
ketiga :
berkenaan dakwah SIS dan UMNO... sila rujuk tulisan lama ana di artikle berikut;
berkawan dengan DAP, bermusuh dengan UMNO..
http://g-82.blogspot.com/2009/03/berkawan-dengan-dap-bermusuh-dengan.html
kafir jenis jahil, kafir jenis degil.. dua kafir yang berbeda.. cara pendekatannya pun berbeda... UMNO kafir degil.. mereka disulami sentimen kebangsaaan melayu.. DAP, SIS adalah kafir jahil. mereka mahu hujjah untuk mamahamkan mereka dengan Islam..mereka tidak faham, sebab pendakwah kita tidak berhujjah dengan mereka.. UMNO pulak, dah bagi berbagai2 hujjah, tapi tetap kepala batu... lebih-lebih lagi, sebarang tindakan UMNO dikala ini, meragukan...
huraian tentang jenis dua kafir ini, sila rujuk ulasan dari surah Al-Baqarah : 6.
http://g-82.blogspot.com/2009/01/tadabbur-al-quran-siri-1.html
sekian
Al-Bakistani
salam wan ji
anta tuh elok la buat makalah2 ilmuan..penin ana tengok ulasan politik anta.gaya nak menjatuhkan org aje..udah2 la wan ji oi.jgn nak di api2kan lagi.jadilah org berfikiran tenang sikit.
Nabi kata;
"barangsiapa yang tidak mengambil tahu tentang urusan umat Islam, maka dia bukan dari kalanganku"
masalah kepimpinan, masalah umat.. tak ambil tahu. nanti nabi tak ngaku umat.
pimpinan pening.. sekejap kata A. sekejap kata B.
cuba selami rakyat bawahan. sembang dengan mereka dikedai2 kopi.. buat pertemuan dengan mereka.. cuba tanya mereka tentang isu ekrajaan perpaduan, dan dengar komen mereka dahulu...
kita menang kerana undi rakyat.. lainlah lepas ni kita nak kalah.. kalau nak kalah lepas ni, cakap je la.. ana pun malas tulis benda2 macam ni...
Dr Rani di DUN beliau dah kena dah.. dalam pertemuan dengan masyarakat cina, mereka soal soalan ini bertubi2 sampai kita sendiri tergamam nak jawab..
sekian
Al-Bakistani
aku hantaq sms kat nasha. aku cakap. betui ka mstar kata.Nasharudin berkata, PAS mengalu-alukan maklum balas Perdana Menteri dan beliau akan memaklumkan perkara itu kepada Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang kini berada di luar Negara. nasha habaq satu saja. ya.
Mat Baling
salam..
TGNA lebih arif soal kerja sama dgn UMNO..bagi sesiapa yg sokong UG, ini soalannya:
Kalau BN benar2 ikhlas utk kerja sama demi Islam dan melayu, sy nak tanya apakah berlaku kerja sama membantu Kerajaan Kelantan?
ataupun antum skrg nak nafikan berlaku tindakan menganak tirikan kpd kerajaan kelantan?
mana pergi kerja sama di Kelantan?
takda kerja sama hnya krn PAS bersama PR? jika PAS bersama BN maka Kelantan akan di bantu?
begitukah?
jwp soalan sy dulu pd penyokong UG.
jgn lupa dulu mcm mana umno jemput guna helikopter utk masuk BN..tp tendang kita dgn cara tdk bermaruah..rmpas kuasa kita..
rmpas royalti minyak terengganu..mana agaknya kerja Sama?
sila jawap.
terbaru, TGNA suruh Ust nasha keluar PAS. tentu ada sbb kenapa TGNA kata mcm tu...
wahai sahabat, marilah bersama TGNA.
masalahnye kat sini.. ade geng2 yg masih degil tak tentu pasal.
isu sekrg ni adalah idea kerajaan perpaduan (walaupun sgt baik, tp reality sgt susah, sbb umno masih punyai kuasa yg kuat- dolllah dulu aggreed sebab dia dah nak jatuh) tuh telah menyebabkan perpecahan dalam jemaah.. Jalan terbaik sepatutnya pimpinan tannguhkan dulu idea tersebut- tutup buku dulu dan jernihkan kembali keadaan jemaah... itu adalah sebaik pemimpin.. bukan yg ego yg masih lagi keras kepala takmo mengalah demi jemaah...
dlm bab ni aku sokong TGNA yg nampak benda nie akan sebabkan jemaah berpecah .. tuh dia bangkang habisan... nielah cth pemimpin yg sayangkan jemaah dan tau keadaan semasa..
satu lagi.... ramai org kutuk bila blogger kutuk pimpinan kita...kata tak wala dan sbgnya -fitnah lah..
tp aku pelik.. ade gak cth pimpinan @ segolongan ustaz yg boleh pulak kutuk pihak2 lain dgn mcm-sampai ade yg fitnah pon- cth kata golongan org bodoh,kerja bodoh lah, sesat dan sbgnya...itu ustaz tuh yg kata golongan yg tak sealiran degn pendapt dia tuh sesat... sedangkan baru jae tak sama pendapat dah kata org sesat--sesuka hati perut dia aje.. ni fitnah juga namanya..dan ade yg menentang nasihat mursidul am.. yg tuh diorg takper... makluk2 ni kata kat org takpe- kata kat geng diorang taklehh...... hampeh tahap gaban namanya...
bg aku tak perlu double standard- benda betul kata betul- benda tak betul kata tak betul.. walaupon geng kita.. ni tak .. org lain je tak betul- kita buat benda yg sama dan tak betul tak nampak... tulah igt diri sendirik aje yg betul.. nie masalahnya..
salam,
sepatutnya pimpinan patuh pada s/u agung supaya isu ini tidak diperbincangkan lagi. tapi saya pelik, kenapa org no. 2 parti masih lagi bercakap pasal isu nih. sebab tuh la menambahkan lagi kemarahan golongan bawahan macam kita. saya tak nak percaya apabila membaca Mstar berkenaan ulasan YB Ulama besar kita Us Nasa, tetapi apabila melihat sendiri dlm youtube, maka saya sedih & mengucapkan astaghfirullah...mgkin inilah yg dikatakan ujiun di saat kemenangan. US NASA SAYA CADANGKAN KAMU LETAK JAWATAN UNTUK BERSIHKAN KEMBALI NAMA PAS. KALAU BETUL KAMU SAYANGKAN JEMAAH ISLAM INI, LETAK JAWATAN. YAKINLAH MASIH ADA YANG LAYAK BERADA DI TEMPAT KAMU.TERIMA KASIH
Petikan berita TGNA suruh Ust Nasa keluar PAS :
Beliau juga berkata jika agenda kerajaan perpaduan itu benar-benar ingin dijadikan satu realiti, BN seharusnya melantik pemimpin daripada pakatan pembangkang untuk jawatan menteri.
"Kalau semua setuju...PAS jadi menteri, DAP jadi menteri dan Keadilan jadi menteri," katanya.
Salam,
Cube check balik statement TGNA tu. Bukankah statement ini menunjukkan yang TGNA setuju UG dengan bersyarat? Ana nampak TGNA seakan setuju dgn UG tetapi oleh kerana kerja-kerja bodoh masih ada, maka TGNA terus menerus mendapat maklumat salah tentang apa maknanya UG.
Subhanallah, Allah itu Maha Kaya. Manusia diuji dgn bermacam-macam. Ada yang diuji dgn ilmunya, ada yg diuji dgn hartanya bahkan ada yang diuji dgn kejahilannya.
Sebagai pendokong PAS, ana gusar dgn politik dalaman yang berlaku tetapi ana yakin, Allah akan menjaga jemaah PAS. Bersabarlah mereka yang dihina, usah takut dgn celaan org yang mencela. Sesungguhnya dalam perjuangn Islam, ada lima macam halangan dan cabaran yang akan dihadapi oleh pendokong jemaan Islam dan diantaranya isalah cabaran dari Orang Mukmin yang dengki kepadanya. Bacalah Kitab Bahtera Penyelamat karangan Almarhum Sheikh Fathi Yakan yang wafat beberapa hari lepas.
Dan sebagai ahli bahawan, takziah ana ucapkan kepada pimpinan yang dihina dan dicerca. Jika anda berpaksikan kebenaran, yakinlah pertolongan Allah itu amatlah dekat. Wallahua'lam.
sy sokong yo dan mz.
sy juga masih ternanti2 jwpn dr wakil pro-UG.
sy sedih..dan sy tau shbt2 semua juga berkongsi perasaan..
mari kita berdoa agar PAS yg disayangi ni terus diberkati dan diredhai ALLAH.
guru ana ada bagitau..
"ujian kemenangan lebih susah untuk dihadapi berbanding ujian kekalahan. ujian kesenangan lebih susah untuk dihadapi berbanding ujian kesusahan.."
bila dah menang, bermakna takhta berada ditangan. bila ada takhta, harta bisa didapat.
kerana harta, manusia binasa. begitujuga wanita..
rumah yang besar berharga jutaan ringgit, kereta besar berharga ribuan ringgit, menyebabkan manusia lupa usaha sebelum ini.
jika sebelum ini kita melaungkan ungkapan "suara rakyat" "Islam perlu emmerintah" "kita mahukan kebebasan dalam dakwah" dan banyak lagi.. tetapi kerana harta dan takhta, suara rakyat diketepikan, dakwah islamiyyah di abaikan.. tahu-tahu, kkekayaan yang terhasil dengan memerintah secara ringkas dikejar-kejar...
inilah masalah ujian kita selepas menang yang tidak hakiki.....
sekian
Al-Bakistani
Masa muktamar ari 2 siapa suruh x undi husam tapi perwakilan lebih banyak undi utz nasa...
kpd utz nasa lebih baik letak jawatan sebagai Parlimen bachok..sebab bachok kelantan punye..teruskan kekal sbg timb presiden krn perwakilan yg pilih....klu utz Al-Bakistani nak utz nasa jatuh tunggu muktamar ke56...ataupun buat usul x percaya kpd timb presiden abis cete..
salam,
ana macam pendapat ibnu ali gak,dulu agak mengkagumi ustaz,tapi lama-lama jadi tak minat.
mungkinlah niat asal ustaz baik,sampai sekarang pun baik lagi niat tu,tapi JANGAN SAMPAI BELAKANGKAN JEMAAH..
kuarga ustaz memang kuat PAS,tapi pas ada pimpinan yang perlu diikut.
Kalau dulu ustaz pegang jawatan,tapi sekarang apakan daya,jawatan takdak nampaknya makin berani keluarkan kenyataan bercanggah pimpinan.
harap kembali ke adab-adab dalam BerJemaah.
hoi ibnu qalil budak mentah.. hang bodoh ka hapa???
Nik Aziz habaq. Pakatan Setuju baru jadi Kerajaan perpaduan.
sekarang ni. DAP dan PKR tolak Kerajaan Perpaduan. depa pun tak tau hapa pun pasai kerajaan Perpaduan. hadi awang dok habaq kata habaq dah kepada Pakatan. bagitau dalam surat habaq ja kot. dalam mesyuarat tak habaq. hang tak baca surat khabar ka???
baik nasa masuk UMNO. selesai masalah. kalau nasa masuk UMNO. otomatik timbalan presiden Kosong. tak payah usul buat undi tak percaya lagi...
Mat Baling
ana ikut mazhab Nik ABdul Aziz...
http://www.youtube.com/watch?v=7jmtQbWt8G4&eurl=http%3A%2F%2Fwww%2Eibnuhasyim%2Ecom%2F2009%2F06%2Fpolemik%2Dkerajaan%2Dperpaduan%2Dnasharuddin%2Ehtml&feature=player_embedded
pada ana, Pakatan Rakyat adalah ruang yang paling hampir untuk menjayakan usaha perlaksanaan Islam di Malaysia. sebab, cina dan India sudah mula percaya dengan Islam yang telah diperjuangkan oleh PAS.
bila kerajaan perpaduan timbul, menyebabkan rakan-rakan dalam pakatan rakyat ragu2 dengan PAS. non Muslim mula tertanya2.. lebih-lebih lagi, bila PKR dan DAP tolak kerajaan perpaduan, lalu UMNO terima kerajan perpaduan. ini ragu.
bila non Muslim dah ragu sama PAS dalam isu kerajaan perpaduan, dakwah kita surah kembali 20 tahun kebelakang. ini merugikan dakwah. tindakan merugikan dakwah adalah haram disisi agama..
sekian
Al-Bakistani
IbnuQalil, wa respect sama lu.
Mat Baling, hang ni jenih bodo sama dengan Pak Chup Husin Memali..dapat kuasa teruih jadi bengong...
respek kat budak mentang. budak tu dah la bodo. hang pun sokong budak bodo. ngan hang-hang sekali jadi bodo.
suruh adab dalam jemaah konon.
dalam pas bawah kepimpinan ulama ala harun din ni. tuduh orang tak ada bukti. tu la adab jemaah wahai budak mentah hoiii... serupa macam nik abduh ngan mat iraqi buat tu.. bodo betuii.
cakap tipu macam nasha. cakap belit-belit macam ulaq. tu baru adab dalam jemaah budak mentah hoiii..
ulama kena ikut nabi. tapi harun din. mat iraqi. nik abduh. depa ni bukan ikut nabi. tapi ikut nafsu sawan babi kot..
suruh harun din. mat iraqi. nik abduh ngan nasha tu taubat dulu. baru cakap pasal walak. nak walak kepala bapak apa kalau depa pun perangai macam haprak.
mat baling.
Salam.. Kpd teman2 seaqidah, kembali la kpd quran dan sunnah sbg pnyelesaian mslh,..
Jgn hanya kpd mad'u dluar shja kta gunakan quran dan sunnah tp ddlam jemaah juga plu dimplemntsikn,sila layari -www.drmaza.com-
bakistani :
kafir jenis jahil, kafir jenis degil.. dua kafir yang berbeda.. cara pendekatannya pun berbeda... UMNO kafir degil.. mereka disulami sentimen kebangsaaan melayu.. DAP, SIS adalah kafir jahil. mereka mahu hujjah untuk mamahamkan mereka dengan Islam..mereka tidak faham, sebab pendakwah kita tidak berhujjah dengan mereka.. UMNO pulak, dah bagi berbagai2 hujjah, tapi tetap kepala batu... lebih-lebih lagi, sebarang tindakan UMNO dikala ini, meragukan...
ana says :
betul ke ini kenyataan anda ataupun ana silap faham? UMno kafir degil?!... kalu betul ana minta anta fikir panjang2
berkenan dua jenis kafir, kafir degil dan kafir jahil. sila rujuk ulasan ana berasaskan ilmu tafsir dari surah al-baqarah ayat 6...
sekian
Al-Bakistani
ana tidak seaqidah dengan UMNO. UMNO bukan aqidah Islam. mereka kata, kebangsaaan lebih penting dari Islam..
pada ana, islam lebih tinggi berbanding yang lain. kalau benar UMNO letakan Islam lebih dari segala-galanya, bubar UMNO dan laksanakan islam di Malaysia..
sekian
Al-Bakistani
salam...
apabila semua tindakan politik didasarkan akal untuk mengabsahkan ia selari dengan maqasid syariah/maslahah maka inilah akibatnya.
maka, apa yang dicetuskan ulama' akan disandarkan hujah tersebut. Tetapi jika cendekiawan yang bukan ulama', maka ia dikatakan pandangan orang yang jahil agama.
Sekularisme, kau umpama semilir merayap senyap.
apa yang terjadi bukan masalah ikut akal dan menafikan wahyu. tetapi ikut nafsu dengan menafikan akal yang dipandu wahyu...
yang lebih parah, orang nafikan penggunaan akal untuk memahami wahyu... sebab itu, mereka jadi jumud dalam memahami wahyu yang terlalu universal untuk kehidupan..
sekian
AL-Bakistani
Mat Baling,
Nak banding otak ulu hang tu dgn Harun Din, mmmm......umpama otak kera dgn manusia la..
Hang keturunan kera kut? Baling tu bukanka pekan kera ka dalam bahasa siam?
Bodo....
Salam...
Dalam soal hukum, akal digunakan sebatas 1) memahami realiti; 2)memahami nas. Akal tidak boleh digunakan selain itu.
Dalam kehidupan hari ini ada orang yang mengambil hukum dengan
1) Gunakan akal semata tanpa nas
2) Gunakan nas kemudian diakalkan, contohnya mencari2 fakta saintik terhadap solat, keharaman babi dsbnya
3) Menggunakan akal kemudian dicari nasnya. Ini banyak. Mereka sebenarnya dah memnbuat keputusan guna akal mereka, kemudian cari dalil untuk mengabsahkannya. Idea kerajaan perpaduan ini antara contohnya.
Ketiga-tiga bentuk berhukum diatas dalah bathil. Satu-satunya cara berhukum adalah
4) Mengambil hukum dari nas dan terbatas nas semata. Akal digunakan hanya untuk memahami realiti sedalam-dalamnya dan memahami nas.
Sedihnya hari ini ramai yang tidak begini. Mereka menggunakan illat aqliah, menentukan maqsid syahriah menggunakan akal mereka. Kemudian mereka menuduh mereka yang hanya berpegang kepada hukum secara murni sebagai jumud dan tidak dinamik. Walhal sebenar, golongan beginilah yang telah merosakkan Islam dari cabang ushool fiqhnya lagi.
Dengan ini banyak perkara haram dapat dihalal. Riba' yang haram dikatakan halal hari ini dgn alasan sesuai dengan maqsid syahriah, demokrasi yang asalnya kufur juga dihalalkan dengan alasan maqasid syahriah, perlaksanaan hukum kufur dihalalkan juga begitu.
Inilah kebatahilan yang tersembunyi dalam terang. Sedihnya ummat yang ikhlas tetapi tidak mengetahui hanya menyandarkan kepercayaan tanpa memahami realiti ini.
Salam,
Terima kasih buat kakanda Mat Baling. Ana cube respon persoalan anta. TGHH sebenarnya telah memaklumkn kpd Anwar ttg UG. Itu sebab bila Syed Husin Ali, Lim Guan Eng dan ramai lg pimpinan DAP dan PKR argue ttg UG, Anwar diam. Sebabnya Anwar mmg sudah tahu ttg UG. Takkan TGHH nak tipu? Beliau sememangnya sudah memeaklumkn kpd Anwar.
Ana dok rasa Mat Baling ni SB ataupun Umno. Umno jer yang suka kutuk dan hina ulama'. Kalu TG Harun Din silap, tegur bukan kutuk dan hina. Lebih busuk jika hinaan itu berunsur fitnah. Dan jika ia benar, nampaknya Ustaz Wan Ji menanggung sama kerna membeiarkan fitnah bebas di dalam blognya. Wallahua'lam.
pertama:
setiap perkara yang qatii dilalah, pasti akan wujud maslahah apabila ia tuntutan. dan pasti ada mudharat bila di haramkan...
adapun perkara yang bersifat zanni ad-dilalah, pasti akan berlaku perbedaan pendapat dikalangan ulama dalam memahaminya. justeru, dalam memilih pendapat yang paling tepat dalam soal ijtihadi, perlu dilihat kemaslahatan kepada umum berbanding peribadi..
kedua:
pasal mat baling. ana posting sahaja. sebab orang yang berlaga dengan mat baling pun buat kenyataan yang agak tidak ilmiyah dalam blog ini sepertimana mat baling juga..
membiarkan fitnah berleluasa?? mengapa perlu disalahkan kepada orang yang bercakap sesuatu yang disifatkan sebagai fitnah, sedangkan dalam masa yang sama ada manusia yang menjadi punca manusia itu bercakap sesuatu yang berbau fitnah.. persoalannya, benarkah apa yang disebut itu adalah fitnah?? atau sengaja dilebelkan sebagai fitnah disebabkan tidak sehaluan dengan kita???
mengapa tidak disalahkan sahaja kepada mereka yang melakukan tindakan yang bisa melahirkan suara-suara yang disifatkan sebagai fitnah...
sekian
Al-Bakistani
Ustaz... Ana pun dah pening dgn perkembangan yg berlaku skrg...pening dan confuse dgn tindakan dan kenyataan para pimpinan Pas
Apa yg Ana perhatikan dlm menangani beberapa isu muktahir ni para pimpinan Pas lebih suka mengeluarkan kenyataan kpd media tanpa berunding dan berbincang terlebih dahulu.Setelah keadaan menjadi huru hara dan haru biru barulah timbul kenyataan utk panggil berbincang.
Cth terbaru setelah TGNA keluarkan kenyataan boneka umno....sampah pada ustaz nasha....disuruh letak jawatan.....ekoran dari kenyataan tersebut menimbulkan keadaan huru hara dan bercelaru dikalangan ahli bawahan barulah kemudiannya dikeluarkan kenyataan utk memanggil berjumpa mengadakan mesyuarat ukhwah.Mengapa tidak diadakan mesyurat ukhwah dulu...dan kemudian keluarkan kenyataan bersama.....sekiranya kemelut ini tidak ditangani dgn bijaksana tidak mustahil kelantan akan jatuh kembali ketangan umno...
sekian
AWEALI
semua ni berlaku adalah krn ade org keras kepala tak tengok keadaan jemaah kat bawah.. dalam kepala dia org kerana idea baik aku mesti sokong habis-habisan walaupun jemaah dah pecah..
itulah penyebab dia...org nak elakkan jemaah pecah dituduh bukan2.. bila kita tuduh balik diorg kata tak ada adab...
aduiii-pening sbenarnya berhujah dgn makluk2 nie.. sebab fikir geng dia aje yg betul.. org lain semua salah..bila kita bg nasihat kata takder adab.. tp bila dia tak ingkar nasihat TGNA namanya beradab plak..
kan pelik tuh...ade dua standard berlainan kat sini.. sekali imbas sama mcm UMNO daaa (sesama gengumno standard lain, dgn org lain standard lain plak)..
p/s: tp aku akuii ade gak komen yg terlampau kepada TGHH dan geng.. tp ade gak komen terlampu dr penyokong TGHH kepada TGNApergi tgk komen dekat herman shamsudenn web
nie cthnya- dah kawapan herman sekali aku post sini...
mie, di Jun 17th, 2009 pada 12:53 pm Kata:
aku kecewa sikap nik aziz
Masa kelantan menang banyak,negeri lain banyak tak menang dia megah dia kata orang negeri lain bodoh boleh kena tipu dengan SPR masa menang hanya satu kerusi 2004 dia kata spr alat ubn
Masa kita kuat lawan umno dia kata pas menerang bukan menyerang kalau menyerang orang lari,la ni kawan sendiri dia halau **** betoi la.
Timbalan Presiden pas tak sependapat dengan dia suruh letak jawatan termasuk ahli parlimen negeri dia tapi ahli parlimen hasil pekenan dia menghentam pas mencerca pas apa dia kata,dia buat salah tak nampak orang kalau orang lain mcm-mcm dia dia kata tok guru kepala bapak apa ni.
Seorang tok guru apalagi sebagi mursyidul am konon ! patut menjernihkan keaadaan tapi dia hentam pimpinan dikhalayak contoh hentam mustapa ali dlm ceramah di melewar sebab tak caya kat anuawar nak tubuh kerajaan 16 Sept tapi apa macam lu dah kena perdodoh dengan kaki juboo !
lepaih tu dok hantam presiden dan timbalan dikhalayak betoi ka dia ni mursyidul am atau anak haram jadah
aku dah naik meluat dah dulu aku respek juga kat dia tapi aku dah hilang homat la maaf la man oi . hang jagalah budak titiwangsa baik-baik agar jangan jadi macam aku.
Herman-Jangan kata macam tu pada Tok Guru, dia pun manusia biasa gak. Bukan maksum, mungkin dia tdk mendapat maklumat lengkap tentang apa yg Ust Nasa cakap. Umno memang mengumpan Tok Guru dengan isu ini, tapi kita jangan melatah. InsyaAllah Presiden, Timbalannya dan Pimpinan Syura yang lain akan bermesyuarat dengan beliau untuk jelaskan hal ini
Catat Ulasan