JANGAN PERCAYA DENGAN NAJIB !!!
Mstar melaporkan;
“KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib berkata beliau melihat Pas ikhlas dalam cadangan mewujudkan kerajaan perpaduan seperti yang telah disuarakan oleh Presiden parti itu Datuk Seri Abdul Hadi Awang[1]”
KOMEN:
Isu kerajaan perpaduan sudah berjaya memecah belahkan antara ahli-ahli PAS. ini kerana, ia melibatkan dengan UMNO.
Pada hari ini, Najib telah mengeluarkan satu kenyataan yang boleh melahirnya satu provokasi baru untuk menambah lagi kekacauan dalaman PAS.
Di kala Presiden PAS dan timbalannya telah mendengar “pandangan” Mustafa Ali agar diam dalam isu ini, menampakkan kepada BN betapa isu ini amat memberi kesan buruk kepada PAS, juga sesame Pakatan Rakyat.
Makanya, kenyataan Najib pada hari ini perlu dilihat dari sudut “berhati-hati”, kerana ia akan melahirkan masalah pada PAS untuk menghadapi pilihanraya ke 13 nanti.
Perlu diingat, ini adalah musim rakyat membenci UMNO/BN. Sebab itu, sebarang perkara yang berkaitan dengan UMNO/BN, ia bisa melahirkan masalah kepada parti dari sudut kacamata rakyat.
Jangan terperangkap dengan seruan musuh, kerana ia memberi mudharat yang besar kepada parti Islam, malah terhadap Islam itu sendiri.
Orang ada menyebut, kalau mahu menyerang musuh, pastikan serangan dilakukan di lapangan yang kita selesa. Apabila musuh tidak masuk lapangan kita, lakukan segala kebijaksanaan yang ada agar musuh masuk dalam lapangan kita.
Kaedah inilah yang sedang digunakan oleh Najib untuk merosakan PAS, juga antara parti-parti dalam pakatan rakyat.
Sebelum kita menimpa sebarang sakit, maka lebih baik kita mencegah diri dari menyambut seruan ini. Pepatah arab ada menyebut;
الوقاية خير من العلاج
Maksudnya;
“mencegah itu lebih baik dari mengubat”
Sekian
Wallahu ‘Alam
Al-Bakistani
http://g-82.blogspot.com/
ustaz_bakistani@yahoo.com
- Kota Damansara.
16 Jun 2009 * 4:37 petang
[1] http://mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2009/6/16/mstar_berita/20090616121506&sec=mstar_berita
Tiada ulasan:
Catat Ulasan