Sabtu, 4 Julai 2009

BERSATU DENGAN ISLAM, BUKAN DENGAN MELAYU

BERSATU DENGAN ISLAM, BUKAN DENGAN MELAYU

Utusan meroyan melaporkan
[1];

“SHAH ALAM 4 Julai - Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria (gambar) menasihatkan umat Islam khususnya orang Melayu bahawa mereka akan hilang ketuanan di negara ini sekiranya terus membiarkan perpecahan menular di kalangan mereka”

KOMEN:

Umat Islam khususnya melayu hilang ketuanan bukan kerana berpecah, tetapi kerana hilang identity diri yang sudah mula meninggalkan ajaran Islam.

Sejak Malaysia merdeka, sebarang usaha memahamkan rakyat dengan Islam, seterusnya melaksanakan Islam di abaikan dengan sedemikian rupa. Jika islam dilaksanakan, sudah pasti kekalutan dalam Negara seperti yang berlaku pada hari ini tidak akan berlaku sama sekali. Bahkan, sudah pasti ketika ini kita akan melihat Negara Malaysia adalah sebuah Negara yang penganut Islamnya bukan sahaja dari kalangan orang melayu, malah sudah menjangkaui orang berbangsa cina dan India, kerana telah melihat keadilan Islam.

Apa yang pasti, keadaan ini tidak berlaku. Yang wujudnya adalah, UMNO dan kebanyakkan mufti menjadi candu untuk mensangsikan rakyat terhadap Islam itu sendiri.

BIMBANG BERPECAH?

Apakah benar mufti bimbang hilangnya ketuanan melayu islam di Malaysia, atau mufti sebenarnya bimbang hilangnya ketuanan UMNO yang semakin hari semakin hilang?? Ekoran itulah, mufti mula berbicara tentang perpecahan umat melayu??

Sewajibnya, mufti berbicara tentang hilangnya pengamalan Islam dalam sistem negara yang diperintah oleh UMNO. ini kerana, dalam Islam, penyatuan hanya berlaku dengan berpegang teguh dengan Al-Quran dan As-Sunnah.

Firman Allah;

وَاعْتَصِمُوا بِحَبْلِ اللَّهِ جَمِيعًا وَلَا تَفَرَّقُوا

Maksudnya;
”Berpegang teguhlah kamu dengan tali Allah seluruhnya, dan jangan kamu berpecah belah”

(Surah Al-Imran : 103)

Apabila manusia tidak berpegang teguh dengan tali Allah, tidak ada kesatuan atau perpaduan. Perpaduan hendaklah atas asas keadilan sejagat yang merupakan asas ajaran al-Quran dan As-Sunnah.

Dan sesungguhnya, perpecahan pasti akan berlaku. Iaitu perpecahan antara manusia yang mahukan kebenaran dan manusia yang benci kepada kebenaran dan mahukan kesesatan.

UMNO mahukan kesesatan. PAS mahukan kebenaran. Sudah pasti keadaan ini tidak boleh disatukan dan kecampurkan.

Firman Allah;

وَلَا تَلْبِسُوا الْحَقَّ بِالْبَاطِلِ وَتَكْتُمُوا الْحَقَّ وَأَنْتُمْ تَعْلَمُونَ

Maksudnya;
”Jangan kamu pakaikan kebenaran dengan kebatilan dan kamu sembunyikan kebenaran dalam keadaan kamu mengetahuinya”

(Surah Al-Baqarah : 42)

Justeru, mufti perak tidak perlu mengulas soal perpecahan umat melayu setelah tidak berjaya mahu menyatukan PAS – UMNO dengan alasan mahu menubuhkan negara Islam melayu, tetapi yang seharusnya dilakukan oleh mufti adalah, mendesak agar UMNO menukar dasar parti mereka dengan menjadikan Islam sebagai dasar perjuangan, barulah soal perpecahan umat melayu bisa dibicarakan.

Sekian

Wallahu ’Alam
Al-Bakistani
http://g-82.blogspot.com

ustaz_bakistani@yahoo.com



- Sri Indah (B), Sg Buloh
5 Julai 2009 * 11:54 pagi



[1]http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0705&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_05.htm

Tiada ulasan: