Ahad, 5 Julai 2009

INSTITUT PEMIKIRAN NIK ABDUL AZIZ

INSTITUT PEMIKIRAN NIK ABDUL AZIZ

Di sini dimaklumkan bahawa satu blog baru yang menceritakan prihal politik dan pemikiran Menteri Besar Kelantan, merangkap Mursyidul ‘Am PAS, Tuan Guru Nik Abdul Aziz bin Nikmat.

Blog ini banyak memberikan manfaat disebalik satu kajian terhadap sesuatu tindakan dan idea yang dilontarkan oleh Tuan Guru Mursyidul Am.

Mudah-mudahan ia dimanfaatkan bersama.

Sila layari ;

http://ipnaa.blogspot.com/


sekian

Al-Bakistani
http://g-82.blogspot.com/

ustaz_bakistani@yahoo.com



- Kota Damansara
6 Julai 2009 * 11:39 pagi.

1 ulasan:

Awanama berkata...

Salah Satu Pemikiran Nik BAdul Aziz!

"KOTA BHARU: Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, semalam menyambut baik langkah Dewan Pemuda Pas Pusat untuk mengadakan perbincangan dengan Pemuda Umno, demi kebaikan bangsa Melayu dan umat Islam di negara ini. Malah, Menteri Besar Kelantan itu juga menyokong pendirian Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, yang merestui wacana ilmiah mengenai isu semasa itu, khususnya ke arah berdakwah dengan pihak terbabit.

"Saya bersetuju (perbincangan itu). Buatlah macam-macam (pelbagai) cara, biar saling faham memahami (antara kedua-dua pihak). Saya dengan cara saya dan Pemuda (Pas dan Umno) mengikut kaedah mereka, asalkan tujuannya satu, iaitu wujud persefahaman antara kedua-dua pihak nanti.

"Kita jangan jadi seperti kera sumbang, buat hal masing-masing. Seorang duduk di sebelah sini dan seorang lagi nun jauh di sebelah sana," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ceramah mingguannya di Dataran Ilmu, di sini, semalam.

Beliau berkata demikian apabila diminta mengulas laporan akhbar kelmarin, bahawa Abdul Hadi merestui wacana Dewan Pemuda Pas dengan Pemuda Umno berhubung isu semasa dan tindakan itu tidak bercanggah dengan pendirian Pas.

"Pas membenarkan perbincangan secara ilmiah dengan mana-mana pihak termasuk Umno bagi menyelesaikan masalah yang ada," katanya.

Usaha mengadakan perbincangan itu tercetus selepas Ketua Dewan Pemuda Pas, Nasrudin Hassan, menyerahkan surat jemputan wacana itu kepada Naib Ketua Pemuda Umno, Datuk Razali Ibrahim dan pelawaan itu disambut baik pergerakan berkenaan.

Nik Abdul Aziz berkata, inisiatif mengadakan perbincangan antara Pemuda Pas dan Umno juga harus dilihat sebagai usaha dakwah demi kebaikan ummah.

Katanya, dakwah penting kerana mengajak seseorang itu menuju ke arah kebaikan sekali gus mengelak terbabit dalam perbuatan bertentangan dengan agama.

"Saya anggap perbincangan itu juga boleh dikira dakwah, kita mengajak orang yang hanya duduk saja atau orang lari ke arah lain (daripada buruk kepada baik),” katanya.

"Sesama kita (Pas dengan Pas) tidak perlu berdakwah, yang penting kita (Pas) hanya perlu memperkukuhkan iman masing-masing," katanya.

Sumber : http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Saturday/Nasional/20090704072215/Article/