Sabtu, 11 Julai 2009

BIARKAN MELAYU LUPUT, ASAL BUKAN ISLAM

"tuan guru.. kalau ini tongkat kasi hantam kepala UMNO banyak bagus tau" mungkin itu yang dibicarakan oleh Lim Guan Eng kepada Tuan Guru Nik Abdul Aziz
BIARKAN MELAYU LUPUT, ASAL BUKAN ISLAM

Mesir atau sebutan lain adalah egypt. Kalimah Egypt, asalnya adalah ”Al-Qibt” yang merujuk kepada bangsa mesir yang sebenar. ”Al-Qibt” adalah nama bagi bangsa mesir sebelum Islam masuk ke Mesir pada zaman pemerintahan Omar bin Al-Khattab atas usaha dakwah yang dilakukan oleh seorang sahabat hebat bernama ’Amru bin Al-As.

Jika dilihat kepada peta, didapati mesir bukan berada dibawah semenanjung arab, bahkan ia berada dibawah Afrika. Ekoran itulah, kita dapat melihat bangsa mesir sebenar berada di aswan, iaitu salah sebuah negeri dalam kerajaan mesir. Wajah mereka tidak seiras arab, malah seperti orang-orang Afrika. Nyatanya, mesir pada peringkat awalnya bukan negara arab, malah mereka adalah satu bangsa tersendiri, iaitu bangsa qibti yang tidak ada kaitan langsung dengan bangsa arab.

Pun begitu, mesir kini dikenali republik arab mesir, sedangkan mereka bukan berasal dari bangsa arab. Semuanya bersebab, mesir berjaya diislamkan, disamping mereka mula meninggalkan bahasa asal mereka, dan mula berbicara dalam bahasa Al-Quran, iaitu bahasa arab.

Dari percakapan arab, menyebabkan mesir mula menjadi bangsa arab. Ia seakan-akan membenarkan pepatan melayu menyebut, “bahasa melambangkan bangsa”

MELAYU

Di saat kekalahan teruk UMNO yang semakin hari semakin nyata dan jelas, dilihat UMNO mula berbicara tentang soal melayu. Mereka sering berbicara tentang kononnya apabila orang cina menguasai politik, pasti orang melayu akan tertindas.

Mengapa dibimbangkan orang cina menguasai politik, sedangkan orang melayu UMNO yang memerintah sejak sekian lama pun, sudah banyak rakyat melayu yang tertindas. Bukankah sudah banyak tanah-tanah negara telah dijual kepada rakyat luar? Lihatlah johor yang diperintah oleh UMNO, yang didapati di sana banyak tanah-tanah sudah menjadi kepunyaan orang-orang Singapore.

Makanya, ungkapan “bimbang hak melayu terhakis” yang sering terlontar keluar dari mulut UMNO merupakan retorika politik yang mahu mencandukan bangsa melayu demi mempertahankan kuasa. Kuasa yang dipertahankan itu, bukan untuk melaksanakan amanah, tetapi mahu mempertahankan ”ekonomi poket”. Tanpa ekonomi, UMNO pasti akan luput. Dengan kata lain, hidupnya UMNO tertakluk kepada ekonomi. Bagaimana mahu mendapatkan ekonomi dalam negara? Kuasa politik UMNO perlu dipertahankan.

Bangsa perjuangan UMNO adalah retorika. Hakikatnya, politik mereka adalah ”ekonomi poket”.

Melayu yang diungkapkan adalah candu. Kononnya cina menguasai politik adalah propaganda bodoh.

Mengapa perlu dibimbangkan cina menguasai politik dengan alasan melayu akan ditindas, sedangkan tindas melayu tidak akan berlaku, apabila cina sudah menjadi Islam.

Cina Islam, tidak akan menindas melayu. melayu islam tidak akan menindas cina. India Islam tidak akan menindas cina dan melayu. begitulah selanjutnya.

Tindas menindas antara kaum akan berlaku, apabila semangat perkauman menebal. Semangat perkauman ini akan terluput, dengan datangnya Islam. justeru, perlu diislamkan cina, islamkan india dan islamkan semua bangsa-bangsa yang wujud atas muka bumi Allah ini, agar tindas menindas tidak akan berlaku lagi.

Orang cina dan india yang tidak islam, amat kabur dengan islam disebabkan canduan islam yang dilakukan oleh UMNO. Tetapi, apabila DAP dan PKR berkawan dengan PAS, penerimaan cina dan india terhadap Islam semakin hari semakin kelihatan.

Bukankah sudah ramai orang cina dan india merujuk Al-Quran dan Al-Hadis dikala berbicara tentang keadilan sejagat. Keadaan ini amat memberi kebimbangan kepada UMNO yang sedia sial sejak sekian lama.

Ada orang mendakwa, itu merupakan mainan DAP untuk mempertahankan kuasa? Persoalannya, Mengapa tidak difikirkan mainan UMNO untuk mempertahankan kuasa dikala berbicara tentang islam? Bahkan, sudah terbukti UMNO bermain dengan islam untuk mempertahankan kuasa.

Jika dahulu, DAP terang-terang menolak Islam. Mereka menolak islam secara ikhlas, kerana mereka tidak faham islam. Mereka tidak faham Islam, sebab Islam yang mereka faham adalah Islam yang dimomokkan oleh UMNO, sang parti laknat.

Pun begitu, di saat ini, kita dapat melihat islam momokkan UMNO sudah tidak termakan, malah islam yang diterangkan oleh Tok Guru Nik Abdul Aziz semakin diterima oleh cina dan india yang tidak Islam. Ekoran itulah, kita pasti tidak merasa hairan apabila Omar bin Abdul Aziz menjadi teladan Lim Guan Eng, surah Al-hujurat, surah hud dan surah An-Nahl menjadi bacaan Nga Kor Meng, ayat pesanan agar bersabar menjadi modal ceramah Gobala.

CINA LAKSANA ISLAM

Jika aku ditanya, siapakah calon PM yang paling aku minati. Pasti aku akan menjawab, Lim Guan Eng yang beragama Islam. Jika Lim Guan Eng tidak masuk islam lagi, dia bukan pilihanku.

Aku lebih yakin dengan bangsa cina dalam berpolitik berbanding melayu. Baik melayu itu bernama Anwar Ibrahim, Abdul Hadi Awang, lebih-lebih lagi Najib monggolia.

Bangsa cina adalah bangsa yang hebat. Perkembangan Tamadun mereka amat lama dan amat hebat sehingga dikaji berkurun-kurun. Mereka bangsa yang bisa bangkit dengan kadar segera, selepas mereka menerima kejatuhan.

Dahulu, bangsa cina di malaysia adalah bangsa yang miskin. Kemiskinan mereka sehingga sampai satu tahap, ada yang sanggup jual anak sendiri demi mahu cari sesuap nasi.

Kemiskinan bangsa cina di Malaysia adalah kisah silam. Tetapi kini, bangsa mereka sudah maju sehingga mereka menjadi bangsa yang menguasai ekonomi negara. Malah, bangsa mereka telah mencipta sejarah, sebagai bangsa yang terkaya dalam negara.

Alangkah baiknya, jika bangsa ini beragama Islam. Alangkah baiknya jika bangsa ini memperjuangkan islam. Alangkah baiknya, bangsa ini menjadi pemimpin Islam dalam negara kita.

Jika bangsa ini menjadi bangsa Islam yang memimpin, sudah pasti, Islam cepat terlaksana. Sudah pasti Islam, sudah tersebar luas. Sudah pasti Islam, menjadi asas pemerintahan negara ini.

Ekoran itu, aku tidak berkeyakinan orang melayu melaksanakan hudud di Malaysia, tetapi aku lebih yakin orang cina beragama Islam yang akan berjaya melaksanakannya. Sebab itu, aku sentiasa menunggu terucapnya dua kalimah syahadah dari mulut Lim Guan Eng, kerana aku yakin, jika dia Islam, dia akan mampu melaksanakan hukum islam di Malaysia.

Sekian

P/s : sila baca kenyataan bodoh Rais yatim di sini

Wallahu ‘Alam

Al-Bakistani
http://g-82.blogspot.com

ustaz_bakistani@yahoo.com



- Sri Indah (B), Sg Buloh
12 Julai 2009 * 12:17 tengahari.

Tiada ulasan: