Khamis, 18 Februari 2010

MASLAHAH DAN BIDAAH

MASLAHAH DAN BIDAAH

Bidaah terbahagi kepada dua, (1) baik, (2) buruk. Ia sama seperti marah, benci, sedekah, kedekut dan sebagainya.

Kedekut bermakna, tidak memberi sesuatu permintaan apabila diminta. Perbuatan tersebut amat terkutuk. tetapi, jika yang meminta itu adalah orang yang mahu menggunakan wang untuk melakukan maksiat, ketika itu, kedekut adalah amalan yang baik.

Marah kepada yang berhak adalah sifat terpuji, seperti marah kerana orang melawan hukum Allah dan sebagainya. pun begitu, jika kita marah kepada yang tidak berhak, seperti marah kepada orang yang berdakwah, berkata benar dan sebagainya, maka ia adalah sifat terkeji.

Begitujuga dalam perkara bidaah. Ia boleh jadi terkeji dan boleh jadi terpuji. Bidaah yang terkeji adalah bidaah yang melibatkan perkara ibadat.

Sabda Nabi SAW;

مَنْ عَمِلَ عَمَلًا لَيْسَ عَلَيْهِ أَمْرُنَا فَهُوَ رَدٌّ

Maksudnya;
“Barangsiapa yang melakukan sesuatu amalan yang bukan dari urusan kami, maka ia adalah tertolak
[1]

Sebarang amalan ibadat, perlu mempunyai nas ilahi, sama ada secara zahir nas, mahupun khafiy Nas. Sebarang amalan yang tidak mempunyai nas – sama ada berbentuk zahir dan khafiy – maka amalan tersebut dikira sebagai bidaah.

Ia berbeda dengan perkara selain daripada ibadat. Ini kerana, dalam perkara selain ibadat, sebarang perkara yang direka-cipta, ia tidak dikira sebagai bidaah yang terkeji, bahkan ia adalah perkara yang terpuji.

Waima tidak wujud dalam nas sekalipun, Apabila wujud maslahah, maka ia adalah sesuatu perkara yang digalakkan dalam syarak untuk dilakukan. Itulah hakikat syariat yang diturunkan oleh Allah.

Sabda Nabi SAW;

فَمَا أَحَلَّ فَهُوَ حَلَالٌ وَمَا حَرَّمَ فَهُوَ حَرَامٌ وَمَا سَكَتَ عَنْهُ فَهُوَ عَفْوٌ

Maksudnya;
”Apa yang Allah halalkan, maka ia adalah halal. Dan apa yang Allah haramkan, maka ia adalah haram. Apa yang Allah senyapkan, maka ia adalah keampunan (boleh lakukan)
[2]

Perkara yang disenyapkan oleh syarak itu, ada dua, (1) memberi maslahah, atau (2) memberi mudharat. Setiap perkara yang memberi maslahah, maka ia dibenarkan dalam syarak.

Firman Allah;

هُوَ الَّذِي خَلَقَ لَكُمْ مَا فِي الْأَرْضِ جَمِيعًا

Maksudnya;
”Dia (Allah) yang telah menciptakan bagi kamu akan perkara di bumi semuanya”

(Surah Al-Baqarah 29)

Tetapi, setiap perkara yang mendatangkan mudharat, maka ia adalah larangan dalam syarak.

Sabda Nabi SAW;

لَا ضَرَرَ وَلَا ضِرَارَ
Maksudnya;
”Tiada mudharat pada diri sendiri, dan mudharat pada orang lain
[3]

Penjelasan lanjut perkara ini, perlu dipelajari kitab-kitab usul fiqh, juga kitab qawaid fiqhiyyah. Terutama, mendalami dua buah kitab Imam Abu ishaq As-Syatibi; Al-I’tisam dan Al-Muwafaqat. Mungkin dua buah kitab ini, tidak dipelajari di Universiti Tehran.

Sekian

Wallahu ’Alam

Al-Bakistani


- Sri Indah (B), Sg Buloh
5 Rabiul Awal 1431 – 19 Febuari 2010 * 1:58 pagi


[1] Muslim : 3243.
[2] Abu Daud : 3306.
[3] Muwatta’ : 1234

5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

1.Mana proposal tentang perlembagaan negara islam!!ada ka tak dak!!
2.Bab bidaah ni hang pi la sembang dengan Shahidan Kassim!bekas MB perlis noo!!dia oghang kuar asri!yang dok bidaah sana!bidaah sini bila jadi mufti perlis dulu!!
3.Atau hang pi sembang dengan DR Harun Din atau DR Hassan Din tentang bab bidaah ni!!ada ka hang dok percaya pada puak yang ambik bahasa arab jee!!sarjana muda bahasa arab!boloh buat master atau phd hadis!!sebagai perbandingan!sarjana muda bahasa inggeris!!boleh master atau phd medicka!!boleh percaya ka!!jahill sungguhhh!!
4.Dari hang dok cerita bab bidaah yang boleh pecahbelahkan sesama islam lebih baik hang pi dakwah mat-mat rempit,mat minum arak,mat khalwat kat taman-taman!!lebih banyak hang dapat pahala!!

Tanpa Nama berkata...

salam,

i think this article is directed to al tehrani

mz

Tanpa Nama berkata...

Salam,

Memang senang memperlecehkan seseorang, tp dr asri telah mengeluarkan banyak artikel dan buku ilmiah dan tesis, saya jangka dalam masa 10-15 tahun dr asri mampu mengeluarkan kitabnya sendiri. Walaupun saya x pro umno tapi saya menghormati dato shahidan kasim yg telah memberi laluan kpd dr asri dikenali. Setelah melalui ratusan kuliah dr asri saya berpendapat dia seorang tokoh dan menghormati pandangan beliau yang intelektual.
Tokoh beginilah sepatutnya dilahirkan . Ustaz banyak ada tapi lebih mengambil kesempatan untuk menjual barang dimimbar masjid atas nama islam. Memalukan sedangkan ada hadis yg melarang kita berjual beli dlm masjid malah nabi mendokan agar perniagaannya rugi. Betul setiap yang sesat masuk neraka............

Nadzri
pj

Tanpa Nama berkata...

1.asri ni setaraf dengan astora jabat jee!!
2.faktwa popular asri--jangan tangkap pasangan yang khalwat kat taman-taman,nanti menjatuhkan maruah pasangan yang terbabit!!
3.Lebih kurang senada pula dengan pandangan sister in islam!-tak boleh rotan 3 perempuan yang minum arak!!menjatuhkan maruah!!
4.kerja asri dan sister in islam!pecahbelahkan umat islam!itu saja kerja depa!
5.Tanya sat kat asri!satu ceramah!berapa duitt!!

Tanpa Nama berkata...

Saya setuju ketengah masalah bidah ni , Islam bukan stakat Politik saja, Islam akan tertegak apabila Penghayatan islam tidak campur-aduk rekaan sendiri,

Bagi saya kita lawan dua -dua 1. maksiat kt lawan, 2. Bidah pun kita lawan sebab benda ini suruhan nabi( betapa banyak hadis Nabi suh jauhi bid'ah....

Bagi yg lakukan bid'ah lebih Lebih jahat daripada orang bt maksiat sebab dalam keadaan tidak sedar dia berdosa dan tidak tahu dia buat dosa?

bagi yg lakukan maksiat dia tahu dia berdosa dan kemungkinan besar dia akan bertaubat..

AHLI BIDAH LEBIH DISUKAI SYAITAN DARIPADA AHLI MAKSIAT?

Sekadar Seorang SAHABAT SEPERJUANGAN pandangan Untuk difikirkan...........Jazakallah...