Selasa, 16 Februari 2010

PATUT PUN ORANG BAIK TAK SUKA ZUL KULIM, SEBAB FIRAUN YANG JAHAT PUN TAK SUKA KAT DIA

ini bukan Zul Kulim


PATUT PUN ORANG BAIK TAK SUKA ZUL KULIM, SEBAB FIRAUN YANG JAHAT PUN TAK SUKA KAT DIA

Tidak dinafikan, sebelum ini banyak isu-isu yang dibangkitkan oleh peguam yang pernah mengkufurkan kepada mereka yang mengizinkan penggunaan kalimah Allah terhadap Non Muslim, iaitu peguam Zul Kulim yang melahirkan masalah dalam Politik Malaysia.

Isu sebelum ini, memang agak panas, tetapi tidak menjadi perdebatan yang terlalu serius, bahkan berjaya diselesaikan dengan jayanya. Namun begitu, dengan isu penggunaan kalimah Allah bagi non Muslim, didapati perkembangan politik Zul Kulim semakin hari semakin dilihat buruk oleh ramai pemerhati.

Bermula dari tidak bersetuju dengan penggunaan kalimah Allah, sehingga “menfatwakan” kufur kepada mereka yang mengizinkan penggunaan kalimah Allah bagi non Muslim.

Waima telah difatwakan oleh ulama-ulama dunia yang hebat, seperti Dr Yusuf Al-Qaradhawi, Dr Wahbah Az-Zuhaili, Dr Taha Jabir, Dato’ Seri Ustaz Abdul Hadi Awang, Tuan Guru Nik Abdul Aziz dan sebagainya atas keizinan penggunaan tersebut, tetapi Zul Kulim tetap berkeras kepala sehingga melakukan banyak masalah pada PKR dan Pakatan Rakyat.

Dua tiga hari ini pula, dia menyatakan bahawa ada “firaun kecil yang mahu menendangnya keluar dari PKR”. Jika Firaun yang jahat pun tidak suka kepada Zul Kulim, maka tidak hairanlah kalau orang-orang baik mula menyuruh Zul Kulim keluar dari PKR dan Pakatan Rakyat.

Bahkan, tidak hairan juga ada pihak mendesak agar Zul Kulim letak jawatan Sebagai Ahli Parlimen Kulim, yang PKR banyak habis duit dan tenaga dalam usaha memenangkannya di Parlimen tersebut.

Sekian

Wallahu ‘Alam

Al-Bakistani
ustaz_bakistani@yahoo.com




- Sri Indah (B), Sg Buloh
3 Rabiul awal 1431 – 17 Febuari 2010 * 2:44 pagi

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

1.pendapat DR.Harun Din macam mana!
2.Hang pilih-pilih pulak!tak kata kat DR Harun Din!!macam hang kat zulkifli!!
3.Jenis apa hang ni!nak kata pun memilih!!
4.Dalam bab ni!ramai penduduk islam sependapat dengan DR harun din!!tak percaya!hang buar survey tenguk!!

Ibnu Abas berkata...

kesah apa? Dr Haron Din bukan maksum.. Setiap pendapat boleh diambil dan ditolak melainkan yang datang dari Nabi. Baik ikut pendapat jumhur ulama' dan dalil yang paling kuat, bukan ikut berdasarkan tokoh semata-mata.

Kalau hang nak ikut kata Dr Haron Din, semua ulama yang kata boleh tu kufur juga lah?