Selasa, 16 Februari 2010

PERARAKAN MAULID NABI?


PERARAKAN MAULID NABI?

Nak tergelak pun ada, bila baca berita dalam Mstar yang menyebut;

“Umno Kelantan menyifatkan kenyataan Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkenaan sambutan Maulidur Rasul baru-baru ini adalah kompromi demi politik.

Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, ini kerana tidak sewajarnya kenyataan sedemikian keluar daripada mulut seorang tokoh ulama” (sila Klik)

Persoalannya, ayat Al-Quran dan hadis mana yang menyatakan bahawa Nabi Muhammad SAW pernah mengadakan perarakan Maulid Nabi SAW?

Amalan sambutan Maulid Nabi SAW pun, pada asalnya tidak pernah dilakukan oleh Nabi SAW. Malahan, para sahabat dan imam mazhab pun tidak melakukannya.

Cumanya, sengaja diamalkan di kalangan umat Islam dengan tujuan untuk memperingatkan balik perjuangan Nabi Muhammad SAW. Justeru, ia diizinkan oleh sebilangan ulama tertentu.

Antara ulama yang membenarkan amalan tersebut dengan tujuan untuk peringatkan balik segala perjuangan Nabi SAW itu adalah Dr Yusuf Al-Qaradawi, Dr Said Ramdhan Al-Buti dan sebagainnya.

Firman Allah;

وَذَكِّرْ فَإِنَّ الذِّكْرَى تَنْفَعُ الْمُؤْمِنِينَ

Maksudnya;
“berilah peringatan, kerana sesungguhnya peringatan itu memberi manfaat kepada orang yang beriman”

(Surah Az-Zariyat : 55)

Pun begitu, tidak dinafikan ada sebilangan ulama yang mengharamkannya dengan alasan bidaah, seperti Syaikh Albani, Syaikh Abdul Aziz bin Baz dan sebagainya.

Dalil mereka adalah sabda Nabi SAW;

مَنْ عَمِلَ عَمَلًا لَيْسَ عَلَيْهِ أَمْرُنَا فَهُوَ رَدٌّ

Maksudnya;
“barangsiapa yang melakukan sesuatu amalan yang bukan dari urusan kami, maka amalan tersebut adalah tertolak
[1]

Pun begitu, bagi ulama yang memberi keizinan untuk menyambut maulid Nabi itu, hendaklah keizinan tersebut tidak boleh dianggapkan sebagai amalan yang disandarkan kepada amalan Nabi SAW. Jika disandarkan juga, ia merupakan pendustaan terhadap nabi.

Sabda Nabi SAW;

لَا تَكْذِبُوا عَلَيَّ فَإِنَّهُ مَنْ كَذَبَ عَلَيَّ فَلْيَلِجْ النَّارَ
Maksudnya;
“Jangan kamu lakukan dusta terhadap aku. Sesungguhnya, barangsiapa yang lakukan dusta terhadap aku, maka dia akan masuk neraka
[2]

Juga hadis;

مَنْ كَذَبَ عَلَيَّ فَلْيَتَبَوَّأْ مَقْعَدَهُ مِنْ النَّارِ

Maksudnya;
”Barangsiapa melakukan dusta terhadap aku, maka dia telah menempah satu tempat daripada neraka
[3]

Adapun berkenaan dengan amalan perarakan Maulid Nabi SAW, sudah pasti ia tidak pernah timbul sama sekali dalam amalan Islam versi Nabi Muhammad SAW. justeru, apabila diamalkan, ia tidak mendatangkan sebarang pahala pun.

Amalan Islam versi Nabi muhammad Saw ini, amat tidak sealiran dengan islam versi Melayu, yang beranggapan bahawa amalan ini adalah ibadat. Tanggapan tersebut, amat tersasar dari kehendak wahyu, bahkan jika dipertahankan juga, menandakan ia adalah amalan yang disandarkan kepada kejahilan terhadap amalan agama Islam itu sendiri.

Sekian

Wallahu ’Alam

Al-Bakistani
ustaz_bakistani@yahoo.com




- Sri Indah (B), Sg Buloh
2 Rabiul awal 1431 – 16 Febuari 2010 * 6:36 petang

[1] Muslim : 3243.
[2] Al-Bukhari : 103.
[3] Al-Bukhari : 104.

11 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Antara ulama yang membenarkan amalan tersebut dengan tujuan untuk peringatkan balik segala perjuangan Nabi SAW itu adalah Dr Yusuf Al-Qaradawi, Dr Said Ramdhan Al-Buti dan sebagainnya.
1.Apa yang salah perarakan tu!!dulu hang bukan main sokong Dr Yusuf Al-Qarawi dalm kes ISU penggunaan kalimah ALLAH!!
2.Hang boleh tau ka!niat seseorang dalm isu perarakan maulidul Rasul ni!!kalau yang pas buat!niat diterima Allah!kalau yang umno buat!tak diterima Allah!!
3.mana dia cara-cara nak tubuh sebuah kerajaan Islam ni!!awatt hang tak bernai ka nak bagi tau!!
4.Benda-benda abstrak dan persepsi !dan semua HAK ALLAH!!hang berani pulak ulas!seperti sapa lebih alim!sapa lebih bertakwa!sapa lebih alim!sapa lebih islam!sapa masuk syurga dan neraka!!hang berani la ulas!!
5.bab pecahbelahkan sesama islam!hanglah juaranya!tukang karutnya!!
6.hang kena ingat!manusia yang rasa dirinya jahil!!lebih baik daripada manusia yang rasa dirinya alim!serba tau segalanya!orang lain semua salah!!
7.suruh cerita bagaimana hukum MLM!cara nak tubuhkan sebuah negara islam!hang buat bodoh jee!!

Tanpa Nama berkata...

satu lagi!!
1.Kes bakar bayi dikelantan!!
2.Aku tak pernah degar lagi berlaku dinegeri lain atau negara lain!!
3.Zaman jahilliah dulu!mereka tidak bakar!depa tanam!!
4.kalau aku jadi hang!atau nik aziz!aku akan muhasabah diri:
4.1.Apa sebab Allah pilih kelantan dalam kes bakar bayi!pasal apa tak terjadi dinegeri lain!
4.2.Aku akan panggil segala ulama dikelantan!bincang!mengapa berlaku dinegeri kita!sebuah negeri yang dok jaja merata tempat sebagai sebuah negeri islam!diperintah oleh seorang yang dijaja sebagai tok guru!doa mujarab segalanya!boleh tentukan sapa masuk syurga!sapa masuk neraka!!
5.Kalau aku jadi nik aziz!aku tak tau nak sorok muka kat mana!!anggap pemimpin negeri lain jahil segalanya!tak ikut islam!!last sekali!peristiwa yang mengalahkan perangai perbuatan zaman jahilliah terjadi kat negeri aku!!
6.Allah dah beri peringattan lah tu!!tak sedar lagi!!
7.Perkara "ranting" seperti perarakan Maulidurrasul !yang boleh pecahbelahkan umat islam!hang jaja sana sini!hang keluar dalil sana-sini!apa hang ni jenis pencacai yang dok belahkan sesama islam ka!hang mengaji kat pakistan!hang tak tenguk magaimana umat islam berbunuh sesama sendiri kerana perbezaan mazhab!!
8.Perkara yang dok untung puak kristian pakiam!hang bela mati-matian!
9.jenis apa hang ni!!kalau tak malu dengan imam Syafie!malulah dengan Tok Kenali!!
10.nak banding yusuff qardawi!nik aziz dan hang dengan imam Syafie!!bagai langit dan bumi!hang dah baca biodata imam Syafie!!umur berapa dia hafiz Al-Quran!!
11.Berjuta-juta umat Islam berkembang dinusantara kerana jasa imam Syafie dan pengikutnya!!
12.Jasa hang apa!!hang habaq satt!!!
13.yang pasti ada jasa hang!pemecahbelahkan umat islam dimalaysia!!

Ahmad Putra berkata...

Assalamualaikum

Tanpa Nama yang pengecut!!

PAS tak kata tak boleh, tapi tak wajib. Hang nak berarak sangat, tak payah ramai-ramai. Hang nak buat sorang2 pun xpa.

Jangan diwajijbkan benda yang tak wajib. Haram hukumnya.

Satu lagi, di negeri lain pn ada kes buang bayi. Bukan Ktan je. Johor negeri tertinggi kes lahir anak luar nikah.

man berkata...

sape yg tulis tu? dangkal sungguh. tak paham ape wan ji tulis kot.

matbong berkata...

jika rasa diri jahil, baik la pegi masjid menutut ilmu islam.........dari dok berarak sakan."banyak banyak lah solat berjamaah kat masjid" dari dok gila nak berarak.....

Yusri berkata...

jgn layan apa yg Tanpa Nama tulis tu.. dia tu hati dah gelap sgt.. hang bg hujah apa pun... dia xkan terima... mcm abu jahal & abu lahab.. bermacam2 cara & bukti yg menunjukkan Muhammad itu Rasulullah SAW.. abu jahal & abu lahab masih x percaya malah menuduh Rasulullah melakukan sihir.

Tanpa Nama = Abu Jahal

plugrosak berkata...

Salam Ustaz, Sembahyang sunat ramai-ramai (berjemaah) dalam stadium atau atas padang nabi ada buat tak?..hehehe

hamba yang jahil
plugrosak@gmail.com

Tanpa Nama berkata...

tuan ahmad putra!
1.mana-mana negeri ada kes buang bayi!itu memang hakikat!!
2.Ada hang degaq kes bakaq bayi dinegeri lain!negara lain!kecuali kelantan!
3.kalau hang tak pengecut!hang bagi tau sat!!

Melayu Penang berkata...

PAS dah jadi Pondan Amat Sangat lepaih kawan dengan CIFUT BABI Aljuburi (PKR = Pungkoq Kena Rodok) dan Lim Guan Eng Chaunivis (DAP = Dok Angan Panjang).

Bangkitlah PAS, jadi pejuang sebenar untuk agama, bangsa dan negara demi ummah. Tinggalkan rakan2 jahanam kau tu sekarang juga. Jgn jadi melukut tepi gantang saja.


TAKUT BAYAN LEPAIH BALIK PULAU, SANA TERLEPAIH SINI TERPELAU PLAK NANTI NI....

Tanpa Nama berkata...

to tanpa nama,

sudah menjadi dasar akhbar UMNO akan memburukkan negeri PR. Apa nak hairankan.. asal cerita buruk je, tumpukan kepada negeri PR.

to plugrosak,

memang sah plug hotak kau dah rosak. ada ke stadium zaman Rasulullah? yang pasti dalam hadis, Rasulullah SAW sembahyang SUNAT raya kat padang bukan kat masjid Nabi.

kepada kedua duanya,

INIlah akibat belajar dari bahagian agama UMNO. kedua-dua nya jadi rosak, BANGANG TAK BOLEH DIAJAR!!!!!

mie berkata...

kepada plug rosak,

Disebabkan ko cakap ko jahil.. tak pe lah .. tapi buat pengetahuan ko kalau ko dtg ke negara-negara arab.. buat pengetahuan ko.. walaupun negara ini panas.. solat sunat aidilfitri/aidiladha mmg akan dilakukan di tanah lapang/.. kalau pagi raya .. ko menuju ke masjid.. maka ko takkan nampak org solat sunat kat sana.. :)

Btw.. dari ulasan2 yang mengutuk Nik Aziz dan Qardawi tu.. fikir dulu sebelum berkata-kata. dan siapa engkau dibanding dengan Nik Aziz dan Qardawi? Nik Aziz tidak mencari keredhaan Manusia.. Kutuk la dia berbakul2 pun.. yang penting dia mencari keredhaan Allah