Rabu, 17 Februari 2010

TERKANTOI…

TERKANTOI…

“Abang, Saya relakan abang kahwin dengan isteri lain selepas kematian saya” tiba-tiba Azizah berkata kepada suaminya, Sufian ketika menghindangkan segelas kopi.

“eh… apa awak ni, tiba-tiba je ni” Sufian mencelah. Sambil membelek surat khabar utusan Malaysia yang sedang dibacanya.

"bukan apa la bang, mana tau, saya mati lebih dahulu berbanding abang" Kata Azizah sambil melabuhkan punggungnya di kerusi yang berhampiran dengan Sufian.

”kalau abang kahwin dengan isteri lain, saya izinkan isteri abang itu pakai pakaian saya”

Sufian diam tidak terkata. Kelihatan dia seperti sedang membaca surat khabar sahaja, tetapi sebenarnya pemikirannya sedang berfikir tentang apa yang diberitahu oleh isteri kepadanya.

"kalau abang kahwin dengan isteri lain, saya izinkan dia jaga anak-anak kita"

"dia nak pakai kereta saya pun, saya izinkan"

”dia nak pakai kasut saya yang merah tu pun, saya tak kisah”

”eh.. tak muat la.. kasut awak saiz 6. kaki dia saiz 5 jer.. lagipun, dia tak suka warna merah, dia suka warna hitam” tiba-tiba Sufian menyampuk..

”apa dia bang?” Soal Azizah

“cuba cakap sekali lagi, bang” sambung Azizah lagi.

”alamak.. adus....” bisik hati Sufian.

Sekian

Al-Bakistani
ustaz_bakistani@yahoo.com



- Sri Indah (B), Sg Buloh
4 Rabiul awal 1431 – 18 Febuari 2010 * 2:49 pagi

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

1. mana hukum MLM oii!!
2.Mana proposal perlembagaan sebuah negara Islam yang dilaungkan oleh Pasa oii!!tak dak !cakap tak dak!!dok belit-belit buat apa!!habih cerita!!!
3.hang ni cakap saja pandai,bedegaq-degaq!!!tenguk ekoq dulu la!!!