Selasa, 23 Mac 2010

JUDI DI MALAYSIA : NAJIB NAK TELITI, BUKAN NAK HARAMKAN

Dalam utusan Meroyan melaporkan;

Mengenai kemungkinan kerajaan membenarkan aktiviti perjudian melibatkan pertaruhan sukan (sports betting) di Malaysia, Najib berkata, perkara itu memerlukan penelitian mendalam dan menyeluruh.

"Memang terdapat cadangan agar membenarkan pertaruhan sukan tetapi itu masih di peringkat cadangan. Biarlah kita teliti dulu," jelasnya.

Terdapat laporan yang menyatakan bahawa sebuah syarikat tempatan telah mengemukakan cadangan kepada kerajaan untuk menjalankan operasi pertaruhan sukan sebagai satu lagi aktiviti perjudian syarikat berkenaan. (sila Klik)

KOMENTAR:

Semasa kelantan diambil oleh PAS pada tahun 1990 dahulu, Tuan Guru Nik Abdul Aziz telah memanggil semua ketua-ketua agama di negeri kelantan untuk diadakan satu dialog. perkara yang dibincangkan ketika itu adalah, tentang status arak dan judi menurut agama masing-masing. Setelah dialog selesai, didapati bahawa ada sebilangan agama membenarkan dalam agama mereka meminum arak, tetapi tidak terdapat satu agama pun yang membenarkan judi.

Ekoran itu, Kelantan telah melarang sebarang kegiatan judi secara mutlak, dan membenarkan penjualan arak secara tertutup, untuk mereka yang tidak beragama islam, yang dalam agama mereka membenarkan peminuman arak.

Inilah yang membedakan antara PAS dan UMNO.

HARAMNYA JUDI

firman Allah;

يَسْأَلُونَكَ عَنِ الْخَمْرِ وَالْمَيْسِرِ قُلْ فِيهِمَا إِثْمٌ كَبِيرٌ وَمَنَافِعُ لِلنَّاسِ وَإِثْمُهُمَا أَكْبَرُ مِنْ نَفْعِهِمَا

maksudnya;
"mereka bertanya kepada kamu tentang arak dan judi, katakanlah, pada kedua-duanya adalah dosa besar dan memberi manfaat kepada manusia. dosanya lebih besar berbanding manfaatnya"
(Surah Al-Baqarah : 219)

firman Allah lagi;

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آَمَنُوا إِنَّمَا الْخَمْرُ وَالْمَيْسِرُ وَالْأَنْصَابُ وَالْأَزْلَامُ رِجْسٌ مِنْ عَمَلِ الشَّيْطَانِ فَاجْتَنِبُوهُ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ

maksudnya;
"Wahai orang-orang yang beriman, sesungguhnya arak, judi, tenung nasib dan berhala merupakan najis, daripada amalan-amalan syaitan. maka hendaklah kamu jauhkan diri. mudah-mudahan kamu berjaya"

(Surah Al-Maidah : 90)

HAK NON MUSLIM

Firman Allah;

لَا يَنْهَاكُمُ اللَّهُ عَنِ الَّذِينَ لَمْ يُقَاتِلُوكُمْ فِي الدِّينِ وَلَمْ يُخْرِجُوكُمْ مِنْ دِيَارِكُمْ أَنْ تَبَرُّوهُمْ وَتُقْسِطُوا إِلَيْهِمْ إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الْمُقْسِطِينَ

Maksudnya;
”Allah tidak halang terhadap mereka yang tidak menyerang kamu dalam agama, dan mengeluarkan kamu daripada negara kamu bahawa kamu berbuat baik dan melakukan keadilan kepada mereka. Sesungguhnya Allah sayang kepada orang yang melakukan keadilan”

(Surah Al-Mumtahanah : 8)

juga firman Allah;

فَإِنْ جَاءُوكَ فَاحْكُمْ بَيْنَهُمْ أَوْ أَعْرِضْ عَنْهُمْ وَإِنْ تُعْرِضْ عَنْهُمْ فَلَنْ يَضُرُّوكَ شَيْئًا وَإِنْ حَكَمْتَ فَاحْكُمْ بَيْنَهُمْ بِالْقِسْطِ إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الْمُقْسِطِينَ

Maksudnya;
“Sekiranya mereka datang kepada kamu, maka berhukumlah diantara mereka atau berpaling dariapda mereka. jika kamu berpaling daripada mereka, maka mereka tidak dapat memberi mudharat kepada kamu sedikitpun. Apabila kamu berhukum, maka hendaklah kamu berhukum diantara mereka dengan keadilan. Sesungguhnya Allah suka kepada orang yang melakukan keadilan”

(Surah Al-Maidah : 42)

Dan hadis, daripada Ibnu Umar;

أن رسول الله صلى الله عليه وسلم أتي بيهودي ويهودية قد زنيا ، فقال رسول الله صلى الله عليه وسلم : « ما تجدون في كتابكم ؟ » قالوا : لا نجد الرجم (1) ، فقال ابن سلام : كذبوا ، الرجم في كتابهم ، قال : فدعا ابن صوريا ، فجعل يقرأ حتى إذا انتهى إلى موضع الرجم ، وضع يده على موضع الرجم ، فقال ابن سلام : ارفع يدك فرفعها ، فإذا آية الرجم ، فقال : يا محمد ، الرجم في كتابنا فرجمهما رسول الله صلى الله عليه وسلم بالبلاط

Maksudnya;
“Dua yahudi berzina. Berkata rasulullah, apa yang kamu dapati dalam kitab kamu?” mereka menjawab, “kami tidak mendapati berkenaan rejam pun”. Berkata Abdullah bin salam, “mereka semua bohong. Rejam wujud dalam kitab mereka”. Abdullah bin Suriya dipanggil, lalu dia membaca hingga sampai di tempat rejam, lalu dia meletakkan tangannya pada tempat rejam. Berkata Abdullah bin Salam, “angkat akan tangan kamu itu” lalu diangkat, didapati ada ayat rejam. Dia berkata, “wahai Rasulullah, rejam wujud dalam kitab kami”. maka kedua-dua direjam oleh rasulullah SAW dengan penyebat” (Musnad At-Tayalisi : 1956)

juga, Sabda Nabi SAW;

أُعْطِيَ أَهْلُ التَّوْرَاةِ التَّوْرَاةَ فَعَمِلُوا بِهَا وَأُعْطِيَ أَهْلُ الْإِنْجِيلِ الْإِنْجِيلَ فَعَمِلُوا بِهِ وَأُعْطِيتُمْ الْقُرْآنَ فَعَمِلْتُمْ بِهِ

maksudnya;
"Diberikan ahli taurat akan kitab taurat, maka hendaklah mereka beramal dengannya. Diberikan ahli Injil akan kitab injil, maka hendaklah mereka beramal dengannya. Kamu diberikan Al-Quran, maka hendaklah kamu beramal dengannya" (Al-Bukhari)

dan sabda Nabi SAW lagi;

إِنَّ اللَّهَ قَدْ أَعْطَى كُلَّ ذِي حَقٍّ حَقَّهُ

maksudnya;
"Sesungguhnya ALlah memberi akan orang yang berhak akan haknya" (Abu Daud : 2486)

sekian

Wallahu 'Alam

Al-Bakistani
ustaz_bakistani@yahoo.com




Tiada ulasan: