Ahad, 25 April 2010

KOMEN TENTANG PRK HULU SELANGOR.

KOMEN TENTANG PRK HULU SELANGOR.

PERTAMA;

Satu malam, di salah satu bilik jentera (ICT) ada dua pemuda PKR 'bergaduh' sambil nampak seorang itu hempas duit seratus ringgit. Padaku, tindakan itu tidak sihat ketika berlaku Piliharaya. Kita bekerja bukan kerana duit, tetapi hendak menangkan haji Zaid Ibrahim demi melihat kekalahan BN; yang paling penting untuk melaksanakan keadilan dan menentang kezaliman yang dilakukan oleh UMNO/BN.

KEDUA;

Jentera Pilihanraya tidak ramai seperti yang berlaku sebelum ini. lebih-lebih lagi, ada unsur sabotage sesama ahli dan Pimpinan PKR dan antara sebilangan kecil pimpinan PAS terhadap PKR dengan alasan bahawa dahulu Haji Zaid pernah saman hudud. Adapun DAP, tidak diketahui wujud atau tidak unsur sabotage ini.

Begitujuga, ada kenyataan Azmin Ali dilihat seperti ada unsur Sabotage (tak perlu sebut, kenyataan yang mana) terhadap Tuan Haji Zaid Ibrahim. Pun begitu, agak melihat berbelah pihak kepada Haji Zaid Ibrahim di sebelah akhir.

KETIGA:

Ada di sebilangan besar di pusat pengundian, kehadiran perayu undi dari PR terlalu sikit. Bahkan, ada tempat yang perayu undi tidak sampai 20 orang pun, walhal dari Pihak BN mempunyai perayu undi begitu ramai.

dan.. emmm.. kalau perasan lagi, akan menyusul lagi dalam artikle yang lain.

sekian

Wallahu 'Alam


Al-Bakistani


- Sri Indah (B), Sg Buloh
26 April 2010 * 2:18 pagi

6 ulasan:

Yong berkata...

PR kalah kerana perkara berikut:

1. Dalam PKR ade banyak berudu dan berpotensi jadi katak yang akan menyeberang. Ahli umNo yang sokong PKR beralih angin bila Dr Halili jadi katak puru.

2. Orang Melayu sokong ketuanan Melayu. Mengundi BN bermaksud menyokong ketuanan Melayu. Yang penting bukan Kamalanathan, tapi umNO dan ketuanan Melayu. Mereka takut jika PKR berkuasa, kekuasaan Melayu akan terhakis.

3. Masyarakat Felda yang totok umNO. Isu APCO, tidak dilihat serius oleh masyarakat Felda. Pakcik dan makcik kat Felda tu tak tahupun ape itu APCO atau implikasinya kepada negara.

4. Kaum india mengundi berdasarkan warna kulit. PR dilihat tidak begitu menyokong kepentingan mereka. Muka baru seperti calon MIC ini memberi harapan baru kepada mereka. Ape mereka peduli pada APCO dan ISA?

5. Pujukan PKR tidak sampai ke dalam hati pengundi. Kata2 pemimpin PKR terlalu 'bombastik' dan mungkin difahami oleh golongan muda, tidak makcik dan pakcik penyokong umNO selama lebih 50 tahun.

6. Media perdana dikuasai BN. Propaganda berlaku sepanjang saat. Bagi PR ia hanya berlaku masa pilihanraya je.

Yong sengaja tak sebut pasal pengundi hantu, SPR atau polis. Mereka hanya alat BN. Alat ini macam alat2 lain juga akan jadi buruk dan tak boleh dipertahankan jika sentiasa diasak melalui pendidikan dan kesedaran politik. Yang penting ialah PR perlu mempelajari kekuatan BN (cth: konsep ketuanan Melayu), mengatasi segala kelemahan diri (cth: katak dan UG) dan gunakan media yang PR boleh kawal, iaitu internet. Ini saje komen Yong. Sesapa yang tahu lebih sila tambah.

Tanpa Nama berkata...

Salam Ust....

Alangkah baiknya kalau selepas PRK tak kira siapa yg menang kita bersama2 menghidupkan keharmonian beragama dan bermasyarakat semula ...

Ya Rahman Ya Rahim ....

Tanpa Nama berkata...

"Saya Muslim. Saya Benci UMNO. Saya Benci
gabung dengan UMNO. Saya benci orang yang 'candukan' Islam untuk gabung dengan
perkauman UMNO"

ganti dgn ...

"Saya Muslim. Saya Benci PAS. Saya Benci
Kepuraan PAS. Saya benci orang yang 'gunakan' Islam untuk gabung dengan
perkauman DAP"

"kafir" tidak akan redha Islam selagi kita tidak memasuki agamanya ...

sekali sekala tu ingat ustaz ...

Al BakulAngkatSendri berkata...

Cukup le tu sokong orang yang berpaksikan duit. Sokonglah Islam, degan matlamat Ikhlas. Jangan laga2 kan orang...

Tanpa Nama berkata...

syeikh,,

ana ingat blogger2 ni kena dok bincang bantai PKR la pulak..banyak sgt penyakitnya..tpi padan2lah..spt menarik tepung dlm gandum

PAS nampak dh nak sembuh..

MZ

Tanpa Nama berkata...

"Saya Muslim. Saya Benci UMNO. Saya Benci
gabung dengan UMNO. Saya benci orang yang 'candukan' Islam untuk gabung dengan
perkauman UMNO"

ustaz,
drpd bencikan umno semata2, lebih baik anda bencikan juga musuh islam yg ada di mana2, baik dlm umno, pas, pkr, dap, tak berparti, ngo dll.

malah, pas sendiri, DAP (tak payah ckplah), pkr, mic, mca pun agak perkauman juga.

tp yg sedihnya, kita mengaku anti-perkauman, tp muslim berbangsa lain masih lagi terkontang-kanting berseorangan. org melayu tak tolong, keluarga pula buang dia. dan lebih sedih lg kita BERLEBIH2 sibuk pula dgn non-muslim dgn harapan mereka memeluk islam. bende ni bukan tak boleh tp masalhnya kita mengabaikan sedara SEISLAM kita tu. ingat nabi pernah ditegur dlm satu situasi HAMPIR serupa (org tua muslim-pembesar kafir).

dan nasihat saya, ustaz sebagai seorg islam yg agak berilmu, hentikanlah menyebarkan dan mempercayai cerita2 hear-say. hearsay ni bukannye tepat. ada hadis berkenaan hear-say ni tp sy tak ingat.

saya bagi contohlah, ustaz tahu game yg org pertama bisik kat org sebelah, dan seterusnya, dan org yg akhir kena sampaikan apa yg org pertama ckp, berapa percent kah ketepatannya? bukan bermakna semua org2 sebelumnya itu tidak jujur (walaupun ada yg cuba mengelat), tp manusia ni ada kelemahannya, jd buat apa nak dengar dan percaya semata2 yg smpikan tu org yg kita percaya?

bukan ke nabi kata berdiam diri tu lebih baik?

lagi satu bukan ke khilaf atas perkara cabang dibolehkan? bukan ke IDEA UG atau pro-pakatan ni perkara khilaf yg dibenarkan? tak rasa ke anda tak amal ilmu anda? IDEA adalah IDEA, belum dilaksanakan pun. saya pun tak setuju dgn UG dan ada hujah saya tp buat apa nak DENDAM2 dgn kata2. nabi tidak melarang wahsyi yg membunuh Hamzah dr datang kelas Baginda, cuma baginda harap si wahsyi ni tidak menampakkan diri di depan baginda saja. tiada pula selepas itu nabi kata 'aku benci wahsyi yg bunuh bapa saudara ku. jadi sy nak tanya ustaz, kenapa tak ikut perangai nabi. iya kita bukan nabi, tp kenalah berusaha utk mengikutnya, betul?

ada sekali saya nampak sorg pakcik yg tampak miskin lempang anak dia lepas anak dia bagi sedekah kat org miskin yg lain. kawan saya yg berani sikit pergi sound pakcik tu kata org miskin pun boleh bersedekah kpd org miskin yg lain, buat nak lempang anak pakcik tu. initially kami pikir anak itu dilempang pasal bagi duit kat org lain walhal diri sendiri tarak duit, tp pakcik tu menerangkan dia tanya anak dia dpt duit dr mana, anak dia jawab hasil dr bermain tikam..

jadi kita tidak perlu bersangka buruk atas tindakan seseorang itu.

pendek kata sy nak ingatkan diri saya dan ustaz, cakap serupa bikin, amal apa yg ustaz ajar, BOLEH?

wasalam