Sabtu, 29 Mei 2010

SYUKUR ALLAH SWT PELIHARA PAS

Wawancara akhbar Operasi dengan Ustaz Hasan Syukri ketika menjadi Naib Presiden PAS dan Senator keluaran April 2001


[1]

Malaysiakini melaporkan;

“Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng hari ini mengumumkan pengharaman menyeluruh pertaruhan sukan, menjadikan ia negeri pertama Pakatan rakyat yang berbuat demikian” (sila klik)

Membaca berita ini, hati kecilku terus bersyukur kehadrat ilahi. Antara sebab utamanya adalah, sudah kelihatan bahawa dakwah PAS semakin diterima oleh orang bukan Islam. Dari sudut yang lain pula, bersyukur kerana dikala UMNO mempertahankan judi, PAS tetap tidak sebumbung dengan UMNO.

Tidak dinafikan, memang wujud sebilangan menafikan usaha gabung antara PAS dengan UMNO ini, tetapi penafian itu ternyata tidak berpijak kepada fakta dan kenyataan. Ini terbukti, dengan kenyataan Ustaz Ahmad Awang dalam Muktamar PAS yang lalu; yang bertempat di Shah Alam.

Iaitu, Ustaz Ahmad AWang yang ketika itu adalah Naib Presiden PAS menyatakan seperti berikut;

“Kita tidak sepatutnya berfikir nak berpakat dengan UMNO. Sebaliknya kita perlu berusaha memperkasakan Pakatan Rakyat.

Ada pihak perwakilan yang kata mana ada di antara kita yang nak pergi berunding atau bersama dengan UMNO. Saya nak beritahu bahawa ketika kami di Perak dah buat keputusan sungguh tegas untuk tidak bersama UMNO dan dah putus untuk bersama DAP dan PKR, kami dihubungi oleh pimpinan tertinggi, ”Tak bolehkah kita kaji keputusan untuk bersama dengan UMNO?”.

Ada saudara-saudara! Jangan cakap tak ada. Cuma saya tak nak sebut namanya. Tapi saya nak katakan ada. Sebab itu janganlah saudara-saudara terus buat keputusan seolah-olah semua orang dalam PAS tak ada yang berfikir begitu (yakni untuk bersama dengan UMNO). Ada! Tapi saya tak layan.” (sila Klik)

Namun, bersyukur kepada Allah. walau ada usaha ke arah tindakan yang tidak bertamadun itu, ternyata Allah SWT lebih menyayangi PAS, menyebabkan usaha tersebut tidak berjaya.

Tidak dapat dibayangkan, bagaimana keadaan PAS dikala UMNO sedang mempertahankan judi, jika usaha gabung PAS dan UMNO ini berjaya dikala itu. keadaan ini, menyebabkan aku teringat beberapa kenyataan pimpinan PAS, seperti Ustaz Idris Ahmad sering berkata, “Insya Allah, Allah akan jaga PAS”.

[2]

Sejarah telah membuktikan bahawa PAS ditolak rakyat apabila bergabung dengan UMNO. tetapi, apabila PAS kekal menentang UMNO, sokongan terhadap PAS semakin hari semakin memberangsangkan. Ini terbukti dengan keadaan kini.

Mari kita meninjau sejarah. Iaitu menurut satu wawancara akhbar Operasi keluaran April 2001 bersama Ustaz Hasan Syukri dalam tajuk “imbas kembali rundingan PAS-UMNO”, Ustaz Hasan Syukri ketika itu merupakan Naib Presiden PAS merangkap Senator ada menyebut dalam wawancara itu seperti berikut;

“Bagi saya, stail Tun Razak berlainan. Beliau tidak menghebohkan dalam akhbar tentang kesediaan beliau berbincang dengan PAS. Kebanyakkan rundingan dijalankan tidak didedahkan kepada umum, malah beliau sendiri suka dilakukan secara senyap”

Dengan rundingan secara senyap itu berlaku, menyebabkan PAS dan Perikatan [UMNO] berjaya digabungkan. Namun, gabungan itu tidak melahirkan kemaslahatan kepada PAS, sebaliknya kemudharatan yang besar yang tertimpa.

Jika kita membaca sejarah Dato’ Asri dalam buku “memoir Politik asri” pula, kita dapat melihat bagaimana usaha gabung antara PAS dengan UMNO pada Januari 1973, mengakhirkan penolakan rakyat terhadap PAS dalam tahun 1978 begitu teruk sekali.

Lantaran itu, bermulanya penolakan secara serius terhadap kepimpinan Asri sehingga dalam muktamar PAS ke 28, bertarikh Oktober 1982, kedengaran ungkapan “marakbar asri” yang memberi maksud “pergi mampus Asri” dalam bahasa Farsi
[1].

Begitujuga, ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad ada mencoretkan satu artikle dalam harakah cetak dalam dua hingga tiga bulan lepas, tentang bagaimana penolakan terhadap sebilangan pimpinan PAS yang satu ketika dahulu adalah orang yang hebat, tetapi setelah masuk UMNO, mereka ditinggalkan oleh rakyat sedemikian rupa. Antara contoh yang didatangkan adalah, Dato’ Nakhaie Haji Ahmad.

Namun, sejarah sebegini tidak berulang kembali kepada PAS selepas PRU ke-12, waima usaha ke arah itu berlaku. Semuanya bersebab, penjagaan yang Allah berikan kepada PAS, lantaran PAS tidak bersekongkol dengan puak-puak zalim.

Ini membenarkan firman Allah;

فَأَوْحَى إِلَيْهِمْ رَبُّهُمْ لَنُهْلِكَنَّ الظَّالِمِينَ

Maksudnya;
“Maka Tuhan mewahyukan kepada mereka: "Kami pasti akan membinasakan orang- orang yang zalim itu”

(Surah Ibrahim : 13)

Juga firman Allah;

وَلَا تَرْكَنُوا إِلَى الَّذِينَ ظَلَمُوا فَتَمَسَّكُمُ النَّارُ وَمَا لَكُمْ مِنْ دُونِ اللَّهِ مِنْ أَوْلِيَاءَ ثُمَّ لَا تُنْصَرُونَ

Maksudnya;
“Dan janganlah kamu cenderung kepada orang-orang yang zalim yang menyebabkan kamu disentuh api neraka, dan sekali-kali kamu tiada mempunyai seorang penolongpun selain daripada Allah, kemudian kamu tidak akan diberi pertolongan”

(surah Hud : 113)

[3]

Tidak dapat dibayangkan, apa keadaan PAS jika PAS bergabung dengan UMNO, lalu didapati UMNO mengambil sikap pertahankan judi. Kemungkinan, keadaan akan menjadi kecamuk.

Mana mungkin PAS redha dengan keputusan kerajaan BN/UMNO dalam isu judi ini. malah, sejarah juga telah membuktikan bahawa ulama-ulama yang keluar dari UMNO, lalu menubuhkan PAS dahulu adalah berpunca dari sikap ‘keras kepala’ UMNO dalam isu judi juga, iaitu “loteri Kebajikan”.

Namun, keadaan itu tidak berlaku kini. Semuanya bersebab, janji Allah yang dinyatakan oleh Nabi SAW;

لَا تَزَالُ طَائِفَةٌ مِنْ أُمَّتِي ظَاهِرِينَ عَلَى الْحَقِّ لَا يَضُرُّهُمْ مَنْ خَالَفَهُمْ

Maksudnya;
”Sentiasa ada satu puak daripada kalangan umatku, yang menzahirkan atas kebenaran. Orang yang menyalahi mereka, tidak dapat memberi kemudharatan kepada mereka
[2]

Marilah kita berdoa kepada Allah, agar PAS sentiasa mendapat penjagaan dari Allah; terus menerus tidak bertindak dan terdetik pun untuk bersama dengan puak-puak yang zalim.

Sekian

Wallahu ’Alam

Al-Bakistani
ustaz_bakistani@yahoo.com


- Sri Indah (B), Sg Buloh
29 Mei 2010 * 5:41 petang


[1] M.s 107.
[2] Muslim : 3544.

8 ulasan:

Reformis Jalanan berkata...

Hahaha..cabar puak-puak tu pergi langgar Ustaz Ahmad Awang kat Perak. Hehehe.

Tanpa Nama berkata...

1.Ish!ish!ish!betuila hang ni akai pendek!akai dok dikepala lutut!!puji melangit puak kapiaq harbi!puak komunis tu!!
2.hang ni dari sekolah hingga alam pekerjaan dok dalam linkungan puak hang!!ngaji dalam bidang yang seratus peratus puak islam!hang mana pernah bersaing dengan puak kapiaq harbi dari sekolah hinggalah keU!!hang mana tau hatibudi puak kapaiq harbi!!lain kali hang ghajilah pandai sikit!!ambiq bidang yang kritikal!bidang sains!bersaing dengan puak kapiaq harbi tu!baru hang tau sepakterajang puak kapiaq harbi!!betui jugak!!hang ngaji bodoh dulu!mana boleh buat medic atau jurutera!!atau bidang sains yang lain!lupalah pulak!!
3.Sebabtu bila puak kapiaq harbi tu kelentong sikit tentang judi tu!hang percaya bukan main!hang lompat samapai kelangit!entah-entah hang dan puak hang buat kenduri kesyukuran!
4.Puak hang ni dulu!gamaknya bila nizar dilantik jadi mb perak dulu oleh puak kapiaq harbi!lompat sakan!juah sakan!tak sedaq diri!!kalau puak kapiaq habi boleh jadi mb perak tempohari!ingat depa nak lantik pas jadi mb ka!!
5.Puak komunis a.k.a dap tu memangla tak jalankan judi yang berlesen!!depa dari dulu jalankan judi haram!ekoq haram!arak haram!cina doll haram!along haram!!dadah !!atau hang sebut segala pekerjaan yang haram dalam dunia ni!didalangi oleh puak kapiaq harbi la oiii!!
6.Bodoh punya orang hang ni!sesama islam hang pecahbelahkan!hang pedajaikan!puak kapiaq yang terang-terang tolak islam hang angkat melangittt!!*&^%$&*^$@#%**&^%$$$ hang ni!!

camarputih berkata...

salam..boleh sy tahu pe muslihat@hikmah@rancangan@lain2 yg ust nak sampaikan,sbb seingt sy, ustz xlepas2 membangkitkn isu ni walau dah senyap..saya sangat2 pelik ngn sikap ust!xpayah la ust nak gn hujjah ust xnak pas gabung ngn umno, sbb hujjah tu semua org dah maklum..apa yg ust mahu sbnrnya??

Ibnu Ali berkata...

"Jika kita membaca sejarah Dato’ Asri dalam buku “memoir Politik asri” pula, kita dapat melihat bagaimana usaha gabung antara PAS dengan UMNO pada Januari 1973, mengakhirkan penolakan rakyat terhadap PAS dalam tahun 1978 begitu teruk sekali."

Soalan: Semasa PAS bergabung dengan UMNO. Semasa pilihanraya PAS menentang siapa ketika itu? Sudah tentu bukan UMNO dan Perikatan.

Penolakan tersebut bagaimana? Adakah selepas PAS "ditendang" keluar Perikatan? Musykil sebentar.

hussin berkata...

camarputih,

mungkin link berikut dapat membantu,

http://baganutama.blogspot.com/2010/05/unity-government-returns-part-2.html

Tanpa Nama berkata...

Ustaz,
Nampaknya diatas ada 2 ekor pencacai UG yang kurang senang dengan penulisan Ustaz.Yang banyak sangat sebut "kafir harbi" tu,ana teringat satu keratan kata-kata hikmat Inggeris,berbunyi "Its better to befriend a devil that you know than an angel that you do not know".Dalam konteks UMNO ni,ia merupakan hantu yang kita tak kenali dan sukar untuk dibuat kawan.Terdapat 2 masaalah disini - hantu dan tak dikenali pulak.Menjadikan ianya amat berbahaya.Munkin tujuan Ustaz menimbulkan isu ini kerana walau pun isu ini dah "tutup" diMuktamar Ipoh,namun kerap benar isu ni "dibuka" kembali tidak lain dari Presiden PAS sendiri.Sikap Presiden PAS yang "tutup,buka,tutup,buka" ni amat merisaukan banyak pihak.Tidak heiran ada juga pihak kurang senang melihat Ustaz coba "mengingatkan" kerana mereka berpendapat Ustaz hendak menyerang puak UG ni.Kalau pun Ustaz menyerang puak UG ni,mana salahnya.Memang wajar sebab bisul yang menanah perlu dibuang sebelum merebak jadi pekong.

abc

PAPAGEMUK berkata...

salam

woittt ostad wanji!

ludah buang tebiat ke? nak pecah belah PAS?

isu tu dah tutup. xde sape pon pimpinan yg nak gabung dgn umno. kalau ade, bagitau je laa. isytihar kat sini, senaraikan semuanya. senang kita ambik tindakan. lu duk buat andaian saja. mmg bewak2 pas reform mcm tu. bertindak atas andaian saja.

woiitt... kalau lu spesis nak rosakkan jamaah, baik lu keluarrrr!! pegi laaa main jauh2. lu tubuh parti sendiri. apa punya ostad. tak reti adab jemaah.

kalau betol lu sayang jemaah, lu pegi la jumpa presiden. bgtau apa yg lu duk melalak dlm blog lu sendiri. koya pandai sgt. dia xkan tolak permintaan lu. lu je yg akan tkencing.

anwar lepas keluar dr jail, tak terus terjun politik. kita nampak anwar mcm sunyi sepi dua tiga tahun selepas keluar jail. org ingat dia dah putus harapan. sebenarnya tidak. anwar kembali usaha pulihkan link2 antarabangsa yg terputus selama 6 tahun dalam penjara. kini anwar kembali.

so, lu ingat TGHH tu lemah sgt? TGHH pun sedang bina link2 untk masa depan jemaah di peringkat nasianal dan antarabangsa. takkan nak bgtau lu semua.

so, lu pegi la jumpa. bawak la kitab2 dan hujah2 lu berdepan dgn TGHH. wa nak tgk jugak apa hasilnya. takut? ada bran?

wa tak mau nnt kalau Islam akhirnya menang, lu akan tersenarai dalam lipatan sejarah sbg org yg melambatkan kemenangan, org yg menjadi onak dan duri dalam perjuangan..bla bla... habis dlm usrah2 akan datang org sebarkan bhw LU adalah contoh orang yg mengharubirukan jemaah.

wassalam!

Tanpa Nama berkata...

Salam,
Para pembela kumpulan UG sudah menyerang Ust Wan Ji tahap yang tertinggi dan kemuncak nya hingga dapat kita lihat perkataan perkataan mereka tidak lagi menggunakan akal sebalik nya nafsu yang menggila. Memang begitulah kalangan pengampu dan pembodek yang tidak ada pegangan pada apa apa sumber melainkan untuk wang dan sedikit kedudukan di dunia.

Mereka telah memperlihatkan indikasi indikasi kehilangan inisiatif yang memberikan petunjuk kehancuran atau kegagalan segala usaha mereka. Insyallah kerja kerja tanpa barakah itu tidak lama bertahan nya. Akhirnya pasti akur kepada kehendak azali. Berjuang dalam pas mestilah jujur dan ikhlas dan bukan ada agenda sendiri. Ustaz Wan Ji teruskan perjuangan Ustaz kerana kami sedar siapa yang benar atau siapa yang tersasar.