Rabu, 21 Julai 2010

APA PANDANGAN ISLAM TENTANG CUKAI?

Hukum asal mengambil cukai dari rakyat adalah haram. Ini disandarkan kepada hadis, bahawa nabi SAW bersabda;

إِنَّ صَاحِبَ الْمَكْسِ فِي النَّارِ

Maksudnya;
"Sesungguhnya pengambil cukai dalam neraka" [Musnad Ahmad : 16387]

Dalam kaedah usul fiqh, sebarang ancaman neraka menerusi nas memaksudkan perkara tersebut adalah haram. [mabahis usuliyyah fi taqsimat al-alfaz : 87]

Namun begitu, dalam beberapa keadaan, kerajaan dibenarkan mengutip cukai dari rakyat. Dr yusuf Al-Qaradhawi menyebut;

و اشترط بعضهم أن يخلو بيت المال خلوا تاما حتى يجوز فرض ضرائب , و ما صنعوا ذلك إلا خشية إسراف الحكام في طلب الأموال لحاجة و لغير حاجة

Maksudnya;
"Setengah ulama mensyaratkan [mengutip cukai], bahawa dalam keadaan baitul mal [perbendaharaan negara] benar-benar kekeringan, sehingga terpaksa mengenakan cukai [kepada rakyat]. Mereka [ulama] meletakkan syarat sebegitu, tidak lain kerana bimbang berlaku pengambilan harta rakyat sewenang-wenangnya, sama ada ketika hajat atau tidak" [Fiqh Az-zakat : 2/1140]

Imam As-Syatibi pula menyatakan;

و شرط جواز ذلك كله عندهم عدالة الإمام و إيقاع التصرف في أخذ المال و إعطائه على الوجه المشروع

Maksudnya;
"Disyaratkan keharusan itu – disisi mereka [ulama] – adalah pemerintah mestilah adil, dan perbelanjaan dari sudut pengambilan harta dan pemberian harta itu atas jalan yang dibenarkan syarak" [Al-'Itisam : 2/86]

Dalam kitab Al-Mustasfa, Imam Al-Ghazali menyebut, bahawa pengambilan cukai dari rakyat adalah satu kemudharatan. Namun, apabila berhimpun antara mudharat yang kecil dan besar, maka hendaklah dilakukan mudharat yang kecil, demi mengelak dari terjadinya mudharat yang besar. [m/s : 1/303]

Dalam Imam Al-Qurtubi pula menerangkan syarat-syarat mengambil harta rakyat dalam bentuk cukai adalah seperti berikut;

Pertama, jangan pemimpin mementingkan dirinya dengan membebankan rakyat.

Kedua, hendaklah dipentingkan kepada golongan yang paling berhajat dengan bantuan kewangan.

Dan ketiga, hendaklah disama-ratakan pembahagian negara [hasil cukai] berpandukan taraf kedudukan rakyat. [tafsir Al-Qurtubi : 11/60]

Sekian

Wallahu 'Alam

Al-Bakistani


- Sri Indah [b] Sg buloh
22 Julai 2010 * 5:45 pagi

5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

dlm final world cup tempoh hari, pakar cakap2 bola kata taktik spain adalah utk menang, manakala taktik holland adalah untuk tidak-kalah. untuk-menang dan untuk-tidak-kalah besar bezanya, kalau anda seorang yg berfikirlah.

jadi encik one-g cubalah fikir anda berjuang ni utk tegakkan islam, atau nak jatuhkan umno? utk menegakkan islam perlu berhadapan dengan musuh2 islam (bukan umno je, dlm pkr ada, dlm dap ada dan dlm pas pun ada).

dan setelah saya perhati, takde bezanya mainstream media atau bloggers, dua2 protect kepentingan masing2 dan dua2 membenarkan diri ditipu(vulnerable) akibat ketaksuban dgn diri sendiri (sikap "pendapat aku je yg betul" dan "aku dah kata dah"). bila dengar je berita yg menyokong mentaliti mereka, mereka berkata "ya, aku dah kata dah, si polan ni sekian sekian sekian". bukankah al-quran suruh kita berhati2 apabila dengar berita dari org fasiq (org fasiq ni boleh jadi kawan baik kita juga!!). adakah encik one-g dan saya sendiri tergolong dlm kategori ini?

Tanpa Nama berkata...

lepas ni segala cukai penduduk kelantan,sila jangan buat poster MB besar-besar yer.

rakyat kelantan sepatutnya makin bagus taraf hidup sebab diperintah oleh "ulama".tak gitu?

dan jangan taja haji 65K lagi.

Anoinimuz berkata...

ust bro, gua support lu.persetankan mereka yg membenci dan bodoh. hujah 2 ekor mangkuk ayun tu sgtlah dangkal dan hujah yahudi.pergi mampos

Tanpa Nama berkata...

anoinimuz
apa beza asobiyah umno dgn asobiyah yg dipegang oleh kau dan one-g?

bukan ke kewujudan syiah pada mulanya kerana satu pegangan politik yg melampau?

inilah anda. apabila ada beza pendapat je, terus cap macam2. agak2 ini ke yg nabi ajar?

PiMampuih berkata...

Kpd Anoinimuz

ini hasil tarbiyah wan ji kpd engko ... kau ni bukan nak pertahan Islam tapi semata2 nak pertahankan PAS ...

"Islam Bukan Milik PAS"