Rabu, 21 Julai 2010

PERPADUAN MELAYU : PAK PANDIR PUN BERSTRATEGI


Ini tantawi yang pro-perpaduan arab

ini tantawi yang pro-perpaduan melayu

SB Harussani berusaha tanpa putus asa untuk menggabungkan PAS - UMNO. Sudah diam sekejap, kemudian bersuara balik. Lebih wajar berfikir, disibukkan isu ini dikala UMNO sudah mula memalu gendang PRU.

Serangan hendap yang dilakukan UMNO ini, mendapat sokongan dari pimpinan tertinggi UMNO. Muhyidin dan Najib mula melaungkan 'salakkan serigala' yang berbunyi 'kokokkan ayam', dengan harapan akan ada 'ayam-ayam' dari pihak PAS yang menyahut.

Di saat itu, dua orang pimpinan PAS tertinggi PAS, Salahuddin Ayub dan Mahfuz Omar memberi peringatan dan nasihat agar berhati-hati dengan salakan serigala yang berbunyi kokokkan ayam itu. Ia merupakan ingatan, agar sesiapa pun dari PAS tidak terpengaruh dengan salakan serigala yang sedang memancing ayam.

Sedang nasihat dan peringatan itu sedang berkumandang dalam media, tidak semena-mena Nasaruddin tantawi berkokok menyahut kokokkan serigali. Nampaknya, kokokkan serigala ternyata berjaya mengenalkan kita, siapakah dalaman PAS diperingkat pemimpin yang benar-benar manusia, dan siapakah 'ayam'.

"syaikh.. dia berstrategi.." ada suara-suara sumbang kedengaran. Sama ada suara itu adalah suara UMNO, atau orang yang selalu mengangkat telefon Dato' razali dari syabas, sering berbual-bual tentang masa depan melayu.

"teori Strategi digunakan, dalam usaha melemahkan musuh. Kalau strategi dapat mengalahkan kita. itu bukan strategi namanya" inilah jawapan yang pernah aku berikan kepada Zulkifli Sulong satu masa dahulu. iaitu, ketika awal-awal isu UG berkumandang.

Berstrategi itu bagus, tetapi jangan kita berstrategi sepertimana pak Pandir berstrategi. Pernah pak pandir, ke kedai membeli kelembu. Sesampai di rumah, dia terus memasang kelambu di katil yang dia selalu tidur. Tiba-tiba, apabila isterinya masuk ke dalam bilik, isterinya terkejut Pak Pandir tidur kat bawah katil sedangkan di katilnya ada kelambu.

"kenapa abang tidur bawah katil" tanya isteri pak Pandir.

"Aku sedang bersrategi untuk menipu nyamuk la ni" ujar Pak Pandir dengan penuh kenyakinan.

Ini Strategi pak pandir. Siapa berani kata, bahawa hati Pak pandir tidak bersih kerana berstrategi ketika itu?

Itu Strategi pak pandir. bagaimana pula Strategi tantawi yang bertajuk "plan perpaduan Islam"?

Jawabnya, dia berniat baik.

sekian

Wallahu 'Alam

Al-Bakistani


- Sri Indah [b] Sg buloh
21 Julai 2010 * 6:10 Petang


4 ulasan:

Jebon berkata...

Apesal nama dia ada altantawi? Dia arab ke? Syarat nak jadi ulama mesti bubuh nama al-al-al ke? Baru bunyi macam arab kot? Abis tu altantuya tu ulama mana pulak? Ulama monggolia kot?

kulupSakah berkata...

tunggu kartun ronasina di merdeka review esok (Khamis) pasal perpaduan nih!

AdikTantawi berkata...

KulupSakan

kalau tak dekati UMNO dgn cara tu, camna nak dakwah depa ni ?????

Kelekuk berkata...

"Sedang nasihat dan peringatan itu sedang berkumandang dalam media, tidak semena-mena Nasaruddin tantawi berkokok menyahut kokokkan serigali"

"serigali" ke "serigeli"....

hang pa jugak lantik dia lepas tu bila tak sependapat dgn hang pa, mula lah hang pa kutuk Tantawi ni dgn pelbagai cemuhan ....

kalau hang pa ni tak reti nak hormat pimpinan hang pa .... betui ka hang pa ni ikut Islam spt yg Rasulullah s.w.t bawak atau hang pa ni puak yg bertopengkan Islam semata2 ...

sahabat pun ada berbeza pendapat tapi mereka ni saling hormat menghormati dan tidak buat serangan berbentuk peribadi ...

hang pa pi semak semula Islam hang pa ni ... ada yg tak kena ni ...