Khamis, 23 Disember 2010

PELIK HARUSSANI JADI MUFTI, WALHAL DIA TAK FAHAM FIQH

malaysiakini melaporkan bahawa, dalam mengherdik Mufti Perlis, Dr Juanda Jaya, Harussani berkata;

"Ingin saya tegaskan, macam mana orang bukan Islam hendak berhujah (sebagai peguam) sedangan mereka sendiri tidak tahu dan memahami nas al-Quran secara mendalam dan sebelum ini pernah ada masalah berlaku" [baca lagi disini]

komen;

soalnya pula, apakah semua orang bukan islam tidak faham Islam? bukankah wujud bukan islam yang faham islam, malahan amanah dengan ilmu islam? ini terbukti di zaman terdahulu. tentang mereka tidak beragama islam. Ini soal hidayah. Hidayah adalah kepunyaan Allah. Peliknya, orang bukan Islam yang faham islam, tidak boleh jadi peguam syarie, tapi orang macam Harussani yang tak faham fiqh boleh jadi mufti.

itu yang pertama. yang kedua pula adalah, keizinan non Muslim menjadi peguam syarie, adalah membuka ruang untuk non Muslim mengkaji Islam secara tepat dan mendalam. Jika mufti harussani yakin dengan kebenaran Islam, sudah pasti harussani akan izinkan mereka menjadi peguam syarie, kerana ia membuka ruang untuk mereka semakin mengenali kebenaran islam. Ia tidak mustahil, akan membuka jalan untuk mereka memeluk islam dengan kefahaman yang betul - Insya Allah.

Mungkin pemikiran fiqh konservatif ini, perlu diluputkan. agamawan dan mufti konservatif kena tarik diri dan letak jawatan. Di malaysia, kita ramai agamawan muda yang lebih bijak dan berkelayakan untuk membawa fiqh yang segar, seperti Dr Asri, Dr Juanda, Ustaz Zaharuddin Abdur Rahman [UZAR], Ustaz Nazri Chik, Ustaz Ramadhan Fitri dan sebagainya

para mufti konservatif perlu sedar bahawa Fiqh semakin berkembang. Jika tidak boleh terima perkembangan fiqh, maka mereka sebenarnya "tertinggal bas".

sekian

Wallahu 'Alam

Al-Bakistani


- Sri Indah [b] Sg Buloh
23 Disember 2010 * 4:55 petang

6 ulasan:

batuAir berkata...

yahoooo!,
wan ji kata :
"pelik harunsani jadi mufti, walhal dia tak faham fiqh".
aku kata :
"pelik wan ji tulis pasal mufti, sedangkan beliau tak tahu kerja mufti, dan berdasar apa dipilih sebagai mufti"
Lihat apa kelayakkan para-para-para mufti (teramai di dunia), ada kaitankah dgn kerja sebagai mufti, termasuk mufti Perlis dan matannya. Percaya atau tidak, seorang penyelia asrama dilantik mufti.
Bahkan wan ji kata orang yang "membawa fiqh yang segar" pun, sebenarnya mereka yg layu dalam fiqh.
Bidang fiqh bukan penuh dgn retorik dan ceduk sana ceduk sini.Bahkan hanya mereka berkembang pemikirannya dan bersifat berlapang dada.

otaklunyai berkata...

dapat jadsi mufti bukan sebab Ilmu dan takwanya tapi sebab lidahnya ... cuba ukur mesti panjang.... menjilat

air batu campor 2X5 berkata...

Sesuai benar nama batu air sebab akhirnya lenyap batunya dan tinggal airnya sahaja. Tengok ajelah

batuair berkata...

kah kah kah!
beza air nyior jantan dengan air nyior betina, kerana batunya.
air nyior batu ada batu, air nyior betina tiada batu.
- org luar dari kelantan panggil air batu/batu air ais.
Air kelapa muda tanpa ais adalah air kelapa betina, air kelapa muda ada ais, air kelapa jantan.

Tanpa Nama berkata...

saya dah dengar keseluruhan forum wan ji vs fatul bari - hujah wan ji yang start dgn menjatuhkan pemimpin yg zalim bagus sesuai dgn kaedah yg cukup untuk tolak hujah tak boleh tegur terbuka , hadis yg fatul bari bawa pun tak cukup kuat , dan persoalannya tak boleh tegur secara terbuka tak perlu diungkit2 sangat, yg lebih penting fatul bari bagi kuliah pada orang umno betul2 supaya mereka berubah , itu lebih wajar dia sibukkan...
2. mmg sudah tiba masanya ulama konservatif dan tua spt harussani , noh gadut dan lain2 digantikan dgn yg muda dan fresh yg banyak ilmu dgn fiqh segar spt wan ji @ zaharudin @ zulkifli bakri @ ustad basit yg ada phD fiqh dan seumpama dan sepatutnya pengerusi fatwa kebangsaan kena pakar syariah bukan yg phD usuluidin @ bahasa arab ... kurang2 kena bagi kat prof zuhdi ke atau daud bakar ...//

Syawal Ipoh berkata...

Kesian mufti Perak, mufti aku ni....
tapi elok pun kalau beliau berundur. Buat apa lama sangat....