Sabtu, 18 Disember 2010

TRANSFORMASI FIKRAH, TINDAKAN DAN KEPIMPINAN [3]

FIKRAH JIM vs FIKRAH PAS [2]

[1]

Tidak sempat untuk menyambung tulisan dalam perkara ini. Agak kesebukan sedikit, apabila ada orang yang mencadangkan “munazarah” antaraku dengan Ustaz Fathul Bari [Munazarah adalah istilah yang beritahu oleh Fathul bari, walhal pada asalnya aku dimaklumkan forum]. Walaubagaimana pun, setelah selesai segala forum yang dimaksudkan, aku ingin menyambung balik tulisan berkenaan dengan isu transformasi ini.

Sepertimana dalam tulisan lepas, segala ungkapan dan coretan yang aku kemukakan itu, adalah hasil dari berbual dengan beberapa orang bekas pimpinan JIM yang telah masuk PAS. Sudah pasti, dakwaan ini dinafikan oleh pihak extreme PAS atau mutassibin PAS, dengan menukilkan beberapa kenyataan sebilangan pimpinan-pimpinan yang mereka taassubkan itu.

Peliknya, dakwaan dari pimpinan-pimpinan itu, tidak pernah nampak selari dengan dakwaan bekas-bekas pimpinan JIM yang kini berada dalam PAS. Lebih pelik, dalam keadaan wujud percanggahan ini, malahan menjadi bahan “umpatan” dalam usrah-usrah dan tamrin-tamrin PAS diperingkat Universiti, tidak pernah pula wujud usaha untuk menghadirkan kedua-dua belah pihak, untuk menyelesaikan kekusutan ini, dan dapat dibincangkan secara fakta dan ilmiyyah. Akhirnya, perkara ini dibincangkan secara “umpatan” sehingga tidak melahirkan penyelesaian, malahan membarah.

jika perkara ini sekadar umpatan, ia tidak melahirkan kemudharatan yang besar. Tetapi, jika perkara umpatan ini melahirkan “pandang sinis”, atau “syak dan sangsi” antara kedua belah pihak, sudah pasti disebalik senyuman, tetapi berlaku “kocakan dalam gelas”. Dari pihak A akan memburukkan kepada pihak B, disamping dari pihak B pula melakukan tindakan yang sama.

[2]

Telah dinyatakan dalam tulisan lepas. Kekhilafan antara Fikrah ini, ia bukan perkara yang bersifat Qatie dan perkara yang disifatkan sebagai “As-Sawabit”. Tetapi, kekhilafan fikrah ini tidak lebih sekadar dalam perkara ijtihad tanzil, iaitu ijtihad dalam mengadaptasikan dakwah yang mahu dilakukan antara kedua-dua belah pihak di Malaysia.

Cuma, kekhilafan fikrah ini sudah dianggap oleh sebilangan pihak seperti perkara yang sealiran dengan aqidah. Ekoran itu, pihak yang berada disebelah PAS, akan mengaggap orang yang didakwa “JIM” seperti terkeluar dari Islam, maka begitujuga sebaliknya. Makanya, wujud sangsi menyangsikan antara kedua belah pihak, waima ketika berhadapan wujud puji-memuji antara satu dengan yang lain.

Dalam perkara ijtihad, Islam meletakkan asas hormat menghormati. Itupun, selagi tidak mendatangkan kemudharatan kepada Islam. Kemudharatan kepada PAS tidaklah terlalu penting, tetapi yang paling penting adalah, apakah ijtihad yang dikemukakan itu akan melahirkan kemudharatan kepada Islam yang diperjuangkan oleh PAS.

Islam dan PAS adalah dua unsur yang berbeda. PAS adalah sebuah parti politik dalam usaha hendak menabalkan Al-Quran dan As-Sunnah sebagai dasar pemerintahan negara. Sedangkan Islam adalah agama yang menjadi asas perjuangan PAS. Islam tidak mungkin malahan sekali-kali tidak akan silap, tetapi PAS memungkinkan berlaku kesilapan.

[3]

Era ini adalah era penyatuan manusia atas kesamaan antara semua pihak dalam usaha hendak memenangkan Islam. Orang Islam kini, bukan berfikir untuk menegakkan fikrah masing-masing, tetapi orang islam kini sudah bersama dengan non Muslim dalam usaha menegakkan keadilan di atas muka bumi Allah SWT ini.

Ekoran itu, tidak hairan PAS sendiri sudah berani mengemukakan satu ijtihad yang agak berani, iaitu apabila bersedia membuka keahlian partinya kepada non Muslim. Atas asas keadilan ini, ia melahirkan kesediaan non Muslim “duduk semeja” dengan ahli-ahli PAS, kemudian mereka sedikit demi sedikit mengenali Islam, seterusnya tidak hairan mereka boleh memeluk islam, ataupun sekurang-kurangnya mereka mengakui bahawa Islam adalah agama yang adil.

Inilah pemikiran umat Islam di era ini. tetapi, masih lagi difikirkan oleh sebilangan yang lain, masih lagi mahu mengangkat ketaassuban fikrah mereka, walhal tanpa mereka sedari cara mereka berfikir ini tidak lebih sekadar melambatkan penerimaan non Muslim terhadap Islam itu sendiri; melambatkan kemenangan islam di Malaysia.

Jika dengan non Muslim, umat Islam kini sudah berfikir untuk merapatkan jurang. Inikan pula, jurang antara dua gerakan islam yang wujud di Malaysia. Jika dirapatkan antara jurang-jurang ini, seterusnya melahirkan kesatuan bertindak, sudah pasti Islam mampu memerintah di malaysia dalam jangka masa yang sangat hampir – Insya Allah.

[4]

Padaku, setiap umat Islam di Malaysia, malahan di dunia, tidak seharusnya mereka berfikir untuk memenangkan fikrah, tetapi yang lebih besar dari itu adalah, kewajipan setiap individu muslim itu berfikir untuk memenangkan Islam. Menang Fikrah, tidak bermakna menangkan Islam. Tetapi, menangkan Islam, melambangkan menang ke semua fikrah-fikrah dalam gerakan islam.

PAS tidak akan ditubuhkan, kecuali kerana mahu melihat Islam memerintah. Maka begitujuga gerakan islam yang lain, sama ada bernama JIM atau sebagainya.

Inilah yang wajar difikirkan oleh setiap umat Islam di Malaysia, juga di mana-mana dunia sekalipun.

Sekian

P/s : aku yakin, artikle ini akan diulas oleh Suhaimi Embong [sila klik, klik dan klik] dalam blog hantu beliau.

Wallahu ‘Alam

Al-Bakistani


- Sri Indah [b] Sg Buloh
19 Disember 2010 * 2:31 pagi

7 ulasan:

Awanama berkata...

secara dasarnya , mana2 pertubuhan Islam yg politik @ non politik pas ke jim ke @ abim ka @ etc tidak wajar berbalah dan membuang masa berbalah sdgkn byk kerja yg perlu dibuat , kalau ada perbezaan pendapat - bahaskan tentang itu saja tanpa buang masa gaduh mcm budak2

batuAir berkata...

JIM belum berakhir, ada aku komen sedikit dlm blog Batuapi @ Firestone :
"aku baca tulisan kau, aku baca tulisan wan ji dan aku baca komen pelayar blog.
bagi aku kau berhak menyerang wan ji, krn kau berhak menyokong TGHH. Namun sindiran tajam kpd TGNA boleh mencetuskan pertentangan yg tiada kesudahan dari orang lain, kerana TGNA juga mempunyai pengikut tegar tersendiri (termasuk aku).
Bacaan sejarah dari seorang dengan seorang lain berbeza, perbezaan timbul disebabkan pengetahuan dan kecederungan seseorang. Mungkin inilah sebenarnya yg membezakan wan ji dgn BatuApi.
Sejarah lama hubungan PAS dan JIM, kadang-kadang perlu diungkitkan semula, dan kadang-kadang tidak perlu diungkitkan lagi. Di M'sia JIM bukan pertubuhan "alami", bahkan pertubuhan "kelompok" yg kebanyakan dianggotai oleh golongan profesional.
Suatu hakikat sejarah yg perlu diperhatikan, bahawa penubuhan JIM (alami&IRC) hasil drpd kecederungan para pelajar kepada perjuangan Islam, terutama pelajar yg belajar di luar negara. Namun kelemahan organisasi dan tarbiyah dalam PAS dan kecederungan ABIM kepada UMNO (Anwar) telah membuka ruang kpd JIM bertapak.
Persaingan makin meluas apabila masing-masing mendakwa (amat meloyakan aku) mereka adalah wakil kepada Ikhwan, atau ditarbiyah dan ditanzim oleh Ikhwan.
Bahkan kadang-kadang nama pemimpin turut terheret sama, dimana tim. presiden PAS TGHH dijadikan sandaran, dan presiden Ust. Fadil Nor ditajrihkan.
Selepas Anwar dipenjarakan, beberapa org kuat JIM menyertai PAS, dan mereka diberi peluang utk mengukuhkan dan menjadi pemimpin PAS. Namun sebelum bersama PAS, JIM kelihatan rapat dgn Anwar, mungkin krn ruang utk bergerak lebih selesa berbanding dgn bersama PAS. Keadaan ini kadang-kadang menyebabkan ABIM sendiri pun rasa tidak selesa dgn JIM.
Mungkin inilah yg bermain diminda wan ji, dan mungkin sebab inilah beliau kelihatan tidak selesa dgn TGHH.
Namun hanya tuan punya diri yg mengetahui, kerana aku sendiri tidak kenal kedua-dua jin yang bernama wan ji dan batuApi.
2010 Disember 6 00:14.

Awanama berkata...

Salam to all...abe ji, kalu kata nk bersama sama tegok Islam, semua puak2 jim kena masuk PAS la abe ji oii..sbb perjuangan PAS lebih clear hala tuju..walaupun puak JIM duk berdakwah, tp dia still tok bawok pada realiti kena sokong parti(sbb mu kato(mafhum mukhalafah)nk menangkn Islam di msia kena berparti) yg perjuangkan Islam..iaitu PAS, seperti hok mu oyak "PAS adalah sebuah parti politik dalam usaha hendak menabalkan Al-Quran dan As-Sunnah sebagai dasar pemerintahan negara" haaa...mu sendiri oyak gitu, tp hok aku kenal JIM ni, dia tok didik ahli dia tuk bersama berdakwah dan menerima arahan dari PAS utk memenangkan Islam, sepatutny kl nk menangkan ISlam sungguh!! kena padukan tenaga pada PAS la, buat daftar pemilih, dakwah org spy sokong dan intima dlm Parti Islam semsia, dan keno oyak ko org tanpa qias2 yg UMNO tu thaghut lagi melayu harbi!!!supo hok abe ji duk tulis dlm blog ni..aku gak sedih kadang2 dengan mu ni ji, mujur se kg, sedih la dengan wak ji ni, nk pelik sgt mikir last sekali semut depe mato napok tp gajoh depe mato tok napo..wok yos sungguh..bolaa wak ji wei...mu tu hok buat haru biru dale PAS, bukan nok harmonikan PAS.pastu so lagi mu kato suhaimi embong duk serang tok guru nik aziz tp mu serang tok guru haji hadi tok kaba!!muhasabah la wak ji wei...mu tu batu api...mano mungkin pokok bergoye kalu mu tok goye.palo otak cerdik tapi jahat!!!

Awanama berkata...

baru pah aku baco artikel we ji ni, artikel dio ni nampak mace org2PAS jah hok tegar fikrah n konon2nyo oghe jim ni tok kiro sgt bak fikrah...pah aku baco artikel ni aku gi mydin ptjy, tgk2 ado sorg laki paka baju 1 fikrah 1 amal..haha tgk2 lambang JIM...nk mintok we ji tulong hurai..apo maksud 1 fikrah 1 amal tu??? =)) jange maroh..bagi aku oghe jim hok tegar fikrah membabi buto nyo..doh ado PAS doh g tubuh JIM gok..sbb gapo, nk buat fikrah sendiri sbb apo? sbb pandangan dio ditolok...ngaju, tubek PAS pastu tubuh JIM haha..we ji..we ji...agok2la kalu nk hentam PAS pn. mu ni dok kecek dengan hok 3 kerat pim PAS hok bekas JIM, hok majoriti tu???tu qaul minoriti bro...emm..tok tahu laaa..we ji..suko sungguh kuca tahik..wak kijo la wei biar menang kan gerakan ISlam PAS di msia, buke duk wak kaca dale PAS...ji, so lg..kalu tok tahu kisoh jange duk kecek..duk kecek usrah2 PAS duk mengumpat ko JIM la dan etc, jamaah lain duk wak roadshow duk ngudoh ko PAS mu tok th..jamaah lain duk wak program dgn al-laazina UMNO mu tok caro...bolaa we ji wei...mu jange duk ngeroh lg pemikiran oghe...mu jange duk ingat mu ni tahu sume karo...sombong sungguh mu ni..malula..ilmu tinggi tp duk kecek bendo kito tk th..k, we ji, jupo mu di tok ube haha, kita satu DUN wei..anak buah ust halim..huhu..salam..

hussin berkata...

bagaimana pula dalam pas sendiri?

"“Baguslah kalau dia kritik ulama PAS sekarang, ulama kita pun ada yang ‘belawok’ (menipu),” jelas (ustaz)Yahya kepada (dato) A(bu) B(akar) C(hik)."

siapa yang 'belawok'? "ulama kita"! ulama yang 'belawok' ni secara otomatik gugur kelayakan sebagai pemimpin parti yang islam dasar perjuangannya! noktah. tiada tolak ansur. bukan orang lain yang mengatakan "ulama kita" 'belawok' tetapi ustaz yahya, "murabi" dan ikon "ikhwan" dalam pas!

tepuk dada tanya iman. justeru "ulama kita" ini, sekiranya masih mahu bergayut pada jawatan dalam parti, kehadiran mereka penuh bermuka2. adakah ahli2 pas masih malu-alah dengan mereka kerana mereka ulama? "ulama kita" inilah yang cuba dipertahankan oleh suhaimi almaniri sehingga sanggup memperlekehkan tgna.

wallahu'alam.

Awanama berkata...

Assalamualaikum

Ustaz Wan Ji dengar pengakuan dari orang JIM dalam PAS mmg la diorang x mengaku.. buatlah kajian sikit...

Nuung kat web ISMA (pecahan alami/ikram)mereka sebut ttg antara sbb yg menjadikan mrk berpecah ialah isu "menyelusup dlm harakah lain"

Dlm ikhwan sendiri konflik bab ni. Mrk dah lama rancang masuk (menyelusup) dalam Pas secara tabie... sapa? nantikan selanjutnya!

Awanama berkata...

isu lama tak habis lagi ke Wan Ji???

aku cukup menyampah ! sekadar ambil maklumat dgn 2/3 kerat ,pastu buat hukum... Mu dop tahu apa hok dia buat ke Pimpinan PAS,buat nyaknye tok soh kire la... lembu punya susu,sapi dapat nama... satu masa nanti,bila mu tahu perangai sebenar puak2 tu,mu akan konar balik 200 darjah sebagaimana mu konar dari pendirian mu hok dulu...
bagi aku,tak kesah dan amat mengalu2kan bekas JIM masuk PAS,bahkan sesiapa sahaja,tapi jangan buat PAS ni sebagai batu lonjatan dan proxy bagi JIM... jangan jadi anai-anai...