Sabtu, 12 Februari 2011

Presiden PAS mesti tegas - YB Iskandar Samad

Dari Blog YB Iskandar Samad;


Percanggahan pendapat secara terbuka oleh pemimpin-pemimpin PAS akan hanya menyebabkan PAS kurang dihormati oleh rakan-rakan Pakatan. Lebih parah lagi jika berlaku hentam menghentam. PAS akan dianggap sebagai parti yg berpecah belah dan tidak bersatu. Presiden PAS perlu bertindak dan tidak hanya berdiam diri seperti sekarang. Disiplin dalam parti saudah seperti tidak wujud lagi. Kami amat merindui akan Ustaz Hadi yang tegas dan berkarisma pada tahun-tahun 80'an dan 90'an. PAS perlu menjadi jurubicara ummah tetapi sekarang ini dilihat hanya sebagai pelakon tambahan. Sekadar untuk membekalkan tenaga-tenaga kerja bila ada demonstrasi atau pilihan raya kecil.


sumber : sila klik

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

wa setuju............tegas pada MAKHLUK perosak dalam PAS.........

pecat AL-BAQISTANI, pecat Dr Zul, Pecat Khalid samad dan mereka seumpamanya yang menjadi PARASIT dalam perjuangan PAS untuk menegakkan islam yang syumul.....

TAKBIR

Tanpa Nama berkata...

Macam mana Hadi Awang nak tegas dan menegakkan disiplin dalam PAS sebab dia sendiri dalam keadaan huru-hara.Mengenai isu UG - sekejap tutup,sekejap buka,sekejap tutup,sekejap buka.Seorang yang tidak tegas dan goyang tidak munkin mentadbir dengan tegas dan penuh disiplin.Depan ahli-ahli PAS cakap lain,belakang ahli-ahli PAS jumpa UMNO dalam gelap.

Tanpa Nama berkata...

banyak dah suara2 - mengimbau nostalgia hadi back to his gunga din 80's ....

Ahli PAS Kampongan berkata...

Ikhlas nak tanya ni.... layakkah Hj Hadi jadi PM..Adakah ciri ciri dan kewibaan membawa rakyat berbilang kaum..antara Islam dan Melayu pun nampak sangat kesukaran menyampaikan keputusan. Elok lah jawab sendiri sebab kalau aku tulis hangpa kata emosional lah, anti ug lah dan lain lain lagi