Rabu, 25 Ogos 2010

KAFIR HARBI LAWAN ISLAM, MELAYU HARBI BERNAMA UMNO

Ketua penerangan Pemuda UMNO ini tidak berwajah melayu, tapi dakwanya melayu

utusan meroyan melaporkan;

KUALA LUMPUR 25 Ogos - Tindakan Dewan Pemuda Pas Pusat yang mempertahan khatib jemputan, Zakaria Ahmad mengenai doa yang dibacakan dalam khutbah Jumaat di beberapa masjid di Pulau Pinang merupakan pendirian kolot parti itu.

Ketua Penerangan Pemuda UMNO, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata, tindakan Pemuda Pas tersebut hanya akan menyebabkan agama Islam terus dipandang mudah dan diperlekeh oleh masyarakat luar. [sila klik]

komen;

UMNO bukan sekadar tipu melayu, tetapi kini sudah sampai satu tahap yang sungguh kritikal, iaitu mula hendak membohongi agama.

Di mana salahnya mendoakan hidayah terhadap Ketua Menteri pulau Pinang yang dilakukan oleh Khatib, ustaz Zakaria Ahmad. Sama ada atas mimbar atau tidak?

Nama yang dipertuan Agong hendak disebut atau tidak, ia tidak memberi sebarang kecacatan kepada islam sedikit pun. Khalifah islam yang empat, Abu bakar As-Siddiq, Umar bin Al-Khattab, Usman bin Affan dan Ali bin Talib, tidak pernah marah pun kepada mana-mana khatib yang tidak pernah mendoakan mereka di atas mimbar.

Sikap UMNO ini, lebih kepada hendak mengampu, bukan untuk menyatakan keikhlasan mereka terhadap yang dipertuan Agong. Jika ini keadaan UMNO, adalah layak parti itu di lempar dengan pasir.

sabda nabi SAW;

ارم التراب علي المداحين

maksudnya;
"lempar tanah terhadap kaki mengampu"

pada UMNO, mendoakan agar orang bukan Islam memeluk islam merupakan kolot. dengan maksud, UMNO amat rela dan bangga jika Lim guan Eng kekal dalam keadaan tidak Islam.

Jika nabi SAW melihat, salah seorang dari dua umar [umar bin Al-Khattab dan Amru bin Hisyam atau dikenali Abu Jahal] masuk islam akan menyebabkan Islam akan digeruni, maka keadaan yang sama juga dilihat oleh Khatib, Ustaz Zakaria Ahmad dengan keislaman Lim Guan Eng.

Dengan keislaman Umar bin Al-Khattab ekoran keberkatan doa Nabi SAW itu, menyebabkan kafir Quraish takut dan gentar terhadap Islam, maka keadaan yang sama juga sedang menimpa 'kafir Quraish malaysia' yang bernama UMNO dengan keislaman seorang pemimpin politik yang bernama Lim Guan Eng.

"wah... nampaknya semakin teserlah penolakan UMNO terhadap Islam.. nampaknya amat relevan bahawa UMNO digelar MELAYU HARBI"

sekian

Wallahu 'Alam

Al-Bakistani


- Sri Indah [b] Sg Buloh
26 Ogos 2010 * 3:40 Pagi


MEMAHAMI URUF SECARA RINGKAS

Uruf berlaku dalam perkara yang tiada nas. Sekiranya wujud nas, maka uruf tidak boleh digunakan, kecuali dalam beberapa keadaan, iaitu;

Pertama;

sesuatu suruhan syarak menerusi nas, pasti mengandungi kemaslahatan, dan membawa manusia kepada keadilan. namun, apabila sesuautu suruhan syarak menerusi nas itu mahu dilaksanakan, melahirkan tentangan dari golongan majoriti [mungkin faktor mereka tidak faham atau sebagainya]. Atau dalam bahasa lain, uruf ramai menolak.

Maka ketika itu, perlu diperhatikan terlebih dahulu. Apakah dengan perlaksanaan sesuautu suruhan syarak itu akan melahirkan mudharat yang besar. Ataupun, perlaksanaan itu akan mendapat mudharat yang kecil, tetapi membuahkan kemaslahatan yang lebih besar.

Sekiranya menghasilkan mudharat yang lebih besar, maka hendaklah ditangguhkan terlebih dahulu sesuatu suruhan syarak, disamping perlu berusaha 'mengubat' punca penolakan sehingga ia menjadi uruf tersebut. Apabila punca itu sudah selesai, maka suruhan syarak itu wajib dilaksanakan.

Dalilnya adalah hadis, bahawa Nabi SAW ada berkata kepada Aisyah, "apakah kamu perhatikan kepada kaum kamu ketika mereka bina kaabah, mereka mengurangkan daripada qawaid ibrahim.

Aisyah bertanya, "wahai rasulullah. Kenapa kamu tidak kembalikan kaabah itu pada qawaid ibrahim?".

Jawab nabi, "jika tidak kaum kamu baru [meninggalkan kekufuran], pasti aku akan melakukannya".

Adapun jika didapati kemaslahatan besar akan berlaku dengan perlaksanaan sesuatu suruhan syarak, maka wajib dilaksanakan suruhan tersebut, waima didapati wujud juga mafsafah. Tetapi, wajib diketahui bahawa kewujudan mafsadah tersebut hendaklah sedikit berbanding maslahah yang bakal diterima.

Kedua;

Uruf hendaklah digunakan dalam usaha melaksanakan keadilan. keadilan yang dimaksudkan adalah, berdasarkan satu sabda Nabi SAW yang bermaksud;

"sesungguhnya Allah memberikan hak kepada orang yang berhak".

Justeru, uruf tidak boleh digunakan untuk menafikan hak. Jika digunakan juga, penggunaan uruf telah tersasar dari kegunaan uruf yang dibenarkan dalam syariah islamiyyah.

Sekian

Wallahu 'Alam

Al-Bakistani

- Tropikana
25 ogos 2010 * 5:14 petang

Selasa, 24 Ogos 2010

HUDUD : WAJIB FAUR, ATAU TARAKHI?

[1]

Malaysia adalah sebuah negara yang mengamalkan demokrasi. Teori demokrasi, semua perkara tidak dapat dilaksanakan melainkan mendapat suara majority. Tanpanya, sebarang perlaksanaan tidak dapat dilaksanakan, termasuk hukum Allah SWT.

Inilah dilemma yang sedang menimpa bagi sebarang gerakan Islam yang sedang berusaha ke arah perlaksanaan hukum Allah SWT dalam negara demokrasi. Namun begitu, meninggalkan terus demokrasi, atau tidak berusaha ke arah perlaksanaan islam dengan alasan demokrasi juga adalah satu perkara yang salah juga.

Kaedah fiqh ada menyebut;

ما لا يدرك كله لا يترك جله

Maksudnya;
"Perkara yang tidak dapat melakukan semua, maka jangan tinggalkan semuanya"

Ini merupakan kaedah yang diiktiraf dalam syarak. Ia bermaksud, jika seseorang itu tidak mampu melaksanakan sesuatu hukum, atau sesuatu suruhan secara seluruhnya, maka hendaklah dilakukan sekadar yang mampu.

Ia berasaskan kepada satu hadis, bahawa nabi SAW ada bersabda;

وَإِذَا أَمَرْتُكُمْ بِأَمْرٍ فَأْتُوا مِنْهُ مَا اسْتَطَعْتُمْ

Maksudnya;
"Apabila Aku menyuruh kamu sesuatu urusan, maka lakukannya sekadar kemampuan kamu" [Al-Bukhari : 6744]

Justeru, keterlibatan dalam system demokrasi adalah perlu. perlunya itu, dalam kaedah usul fiqh disebut sebagai bersifat Muaqqat [sementara], bukan bersifat muabbad [selama-lamanya]. [baca ulasan panjang tentang demokrasi di sini]

[2]

Sejak merdeka lagi, kerajaan persekutuan Malaysia di pegang oleh UMNO/BN. Segala keputusan di Malaysia, tertakluk keputusan majority dalam parlimen yang MP-MPnya, secara majority dimonopoli oleh UMNO/BN.

Namun, tidak pernah ada daya usaha oleh UMNO/BN untuk melaksanakan hukum-hukum islam, terutama hukum hudud. Yang wujudnya, usaha ke arah mengelirukan kepada rakyat Malaysia [khususnya terhadap non Muslim] tentang hukum Hudud.

Justeru, sudah diyakini bahawa UMNO/BN tidak akan melaksanakan hukum Islam itu, waima ia adalah wajib secara qatie.

Namun, parti yang sering kedengaran melaungkan perlaksanaan hudud ini adalah PAS. Namun, PAS tidak akan berjaya melaksanakannya juga, sekiranya PAS tidak majority dalam parlimen.

Walau tidak berjaya melaksanakannya, sekadar usaha PAS yang ada, sedikit sebanyak rakyat Malaysia sudah mula kenal dengan hukum islam itu, waima sebelum ini sering dimomokkan buruk oleh UMNO/BN. Seperti kedengaran suara sumbang dari pimpinan UMNO yang beragama islam, seperti kata mereka, "perlaksanaan hudud akan menyebabkan ramai yang tidak ada tangan", "kalau nak makan sup tangan, sila hadir di Kelantan" dan banyak lagi.

Kalau yang bersuara itu adalah mereka yang tidak beragama Islam, maka itu agak kurang memberi kesan kepada rakyat dalam menolak hukum islam tersebut. Tetapi, jika hukum Allah SWT itu dipersendakan oleh pemimpin-pemimpin negara yang beragama islam, sudah pasti ia melahirkan seribu satu kekeliruaan. Sama ada yang keliru itu adalah orang Muslim, malahan terlebih terkeliru itu adalah non Muslim.

[3]

PAS berjaya membina kerajaan di beberapa buah negeri, iaitu selepas berlaku sejarah 8 mac 2008 yang lalu. Pembinaan kerajaan tersebut, bukan PAS berdiri sendiri, sebaliknya bersama dengan PKR dan DAP, kecuali kelantan yang mampu berdiri sendiri sejak 20 tahun yang lalu.

Kelantan yang diperintah oleh PAS, telah berjaya mencadangkan Rang undang-undang Hudud, tetapi tidak berjaya dilaksanakan juga, kerana tidak mendapat persetujuan parlimen. Keadaan yang sama juga berlaku di Terengganu, semasa PAS memerintah di negeri itu pada tahun 1999 sehingga 2004 yang lalu.

Dari itu, nyata kepada kita bahawa perlaksanaan hukum hudud ini agak susah hendak dilaksanakan sekiranya PAS tidak dapat menguasai parlimen secara majority. Sekadar mendapat beberapa buah negeri, ia tidak memberi kemampuan PAS melaksanakan hudud, kecuali sekadar mampu mencadangkan rang undang-undang hudud yang dipersetujui dalam DUN sahaja.

[4]

Kini telah terbina satu gabungan parti politik yang membangkang BN bernama Pakatan rakyat. PAS, PKR dan DAP berada dalam satu meja dalam usaha menjatuhkan BN. Jika diharapkan kepada PAS sahaja untuk menguasai putrajaya, maka itu agak mustahil buat masa ini.

Rumitnya, apabila ketiga-tiga parti ini mempunyai idealogi yang berbeda, waima mempunyai mimpi yang sama. Mimpi setiap parti-parti ini adalah, mahukan jatuhnya regim UMNO/BN yang zalim, dengan naiknya keadilan berdasarkan idealogi parti masing-masing.

Justeru, apabila timbul isu hudud. Pertembungan antara PAS dan DAP pasti akan kelihatan. PAS mahu dengan hudud yang merupakan perintah dari Allah, dan DAP pula menolak hudud dengan cara pemikiran parti mereka.

Jika difikir secara rasional, pertembungan ini akan memberi keuntungan kepada UMNO/BN. Dengan maksud, pertembungan ini, akan menyebabkan ISA tetap akan kekal bertapak di Malaysia, system kehakiman yang cacamarba, SPR yang kekal menipu dan banyak lagi. Makanya, pertembungan ini sewajarnya dielakkan, bagi memastikan kejayaan perlaksanaan hudud yang lebih berkesan dan berhikmah berjaya dilaksanakan nanti.

[5]

Tidak dinafikan, hukum melaksanakan hudud, qisas dan Ta'zir adalah satu perkara yang wajib. Namun, perlu diingat, dalam pengajian usul fiqh ada menyatakan bahawa wajib itu terbahagi kepada dua jenis, iaitu Al-Wajib 'Ala Al-faur [wajib yang segera dilaksanakan], dan Al-Wajib 'Ala At-tarakhi [Wajib yang tidak segera dilaksanakan].

Kewajipan solat adalah 'Al-wajib 'Ala Al-faur'. Dengan maksud, apabila seseorang itu telah memeluk islam, maka menjadi kewajipan yang tidak dapat dielakkan lagi bahawa ia menunaikan solat.

Adapun kewajipan menunaikan haji, ia tidak bersifat 'ala Al-Faur', tetapi ia bersifat 'Al-Wajib 'Ala At-tarakhi' [wajib yang tidak perlu disegerakan]. Dengan maksud, selama mana seseorang itu tidak mencukupkan dirinya dengan syarat-syarat yang mewajibkannya menunaikan haji, seperti kemampuan harta, kesihatan dan sebagainya, maka kewajipan haji itu tertangguh sehingga ia berjaya menyempurnakan syaratnya itu terlebih dahulu.

Maka keadaan yang sama juga dalam perlaksanaan hudud. Iaitu, ia di bawah 'Al-Wajib 'Ala At-tarakhi'. 'Illat' bagi kewajipan ini adalah tertakluk kepada penguasaan kerajaan. Ini kerana, hudud tidak akan berjaya dilaksanakan tanpa kerjasama dari pihak polis sebagai pihak pelaksana, tanpa penjara dan sebagainya. Dan semua ini, tidak akan berjaya selagi PAS tidak mendapat majority suara dalam parlimen, atau dalam bahasa kini disebut sebagai PAS menguasai putrajaya.

[6]

Dilemma kini adalah, PAS bersama dengan PKR dan DAP. Didapati, DAP tidak bersetuju dengan cadangan PAS itu. Namun, DAP bersetuju dengan PAS dalam banyak perkara, dalam usaha menjatuhkan regim UMNO/BN.

Justeru, dalam hal ini, hudud tidak relevan di'isu'kan di kala PAS belum menguasai parlimen secara majority [sebaiknya, tidak diisukan, tetapi hendaklah distrategikan secara berhikmah]. Jika di'isu'kan juga, ia sekadar memberi keuntungan UMNO/BN yang mahu mempertahankan kuasa.

Namun begitu, jika PAS berdiam diri sahaja dalam bab hudud ini juga adalah satu perkara yang salah. Makanya, adalah lebih baik jika PAS mengadakan sessi penerangan secara berhikmah kepada rakyat tentang kebaikan hudud, disamping sering mengadakan wacana ilmiyyah secara tertutup bersama pimpinan tertinggi DAP, seperti Karpal Singh, Lim Guan Eng, Lim kit Siang dan sebagainya.

Bukan sekadar itu, malahan PAS perlu mengadakan sessi dialog ilmiyyah dengan sesiapa sahaja yang dilihat menolak hukum hudud. Sessi dialog itu, hendaklah dilaksanakan dalam keadaan yang bijak sana, iaitu tidak mendatangkan mainan isu oleh pihak musuh politik [UMNO/BN].

Mungkin akan ada suara sumbang akan bercakap, PAS hanya pentingkan kerusi berbanding Islam. Ingin dinyatakan bahawa, "Kalau PAS tidak bersama Pakatan rakyat, maka UMNO/BN akan terus memerintah. Apabila UMNO/BN memerintah, maka mudharat kepada Islam lagi besar.

Ini kerana, Selagi UMNO memerintah, ISA terus terlaksana, kehakiman tetap cacamarba, SPR yang menipu dan banyak lagi akan terus berjalan dalam negara. Justeru, PAS bertindak seperti itu adalah atas dasar islam, bukan kehendak kerusi semata-mata".

Sekian

Wallahu 'Alam


Al-Bakistani


- Sri Indah [b] sg buloh
25 Ogos 2010 * 2:30 pagi

Isnin, 23 Ogos 2010

DOA UNTUK NON MUSLIM

[1]

Seorang anak telah memeluk agama islam sedangkan ibunya belum lagi memeluk islam. tidak lama kemudian, didapati ibunya sedang sakit. Dia ingin berdoa kepada Allah, agar diberikan kesihatan kepada ibunya.

Tindakannya itu sampai kepada pengetahuan mufti berjiwa melayu, maka difatwakan haram tindakannya itu. Sebaliknya, jika dia berjumpa dengan orang islam. difatwakan berdasarkan kepada konsep Islam yang mengajar unsure "Birrun" iaitu melakukan kebaikan.

Firman Allah;

لَا يَنْهَاكُمُ اللَّهُ عَنِ الَّذِينَ لَمْ يُقَاتِلُوكُمْ فِي الدِّينِ وَلَمْ يُخْرِجُوكُمْ مِنْ دِيَارِكُمْ أَنْ تَبَرُّوهُمْ وَتُقْسِطُوا إِلَيْهِمْ إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الْمُقْسِطِينَ

Maksudnya;
"Allah SWT tidak menghalang kamu terhadap [non muslim] yang tidak menyerang kamu dalam agama, dan tidak mengeluarkan kamu daripada negara kamu, bahawa kamu melakukan 'birrun' atau kebaikan dan keadilan kepada mereka. Sesungguhnya Allah SWT sayang kepada orang yang melakukan keadilan"

(Surah Al-Mumtahanah : 8)

Penurunan ayat ini, berkenaan seorang muslimat bernama Asma' binti Abi bakar As-Siddiq. Dia telah memeluk islam bersama dengan bapa dan adiknya, Aisyah [Isteri nabi SAW].

Ibunya bernama Qutailah binti Abdil Uzza tidak memeluk islam. Namun hubungan kekeluargaan tetap berlaku.

Satu hari, ibunya telah datang berjumpanya untuk diberikan satu hadiah. Namun, hadiah itu tidak diterima dengan alasan ibunya tidak beragama Islam.

Tindakan dari Asma' itu, menyebabkan hati ibunya agak terluka. Malahan, perkara itu sampai kepada pengetahuan Nabi Muhammad SAW.

Nabi SAW bertanya kepada Asma' tentang apa yang telah terjadi, dan diakui kebenaran kejadian itu di hadapan Nabi SAW. Ekoran kejadian itu, Allah SWT menurunkan ayat ini. [Lihat at-tafsir al-Kabir]

[2]

Dalam bahasa melayu, 'Birrun' diterjemah sebagai kebaikan, kesejahteraan, buat baik, dan sebagainya.

Dalam Islam, melakukan 'birrun' ini sangat-sangat dituntut, tidak kira terhadap muslim, ataupun terhadap non Muslim.

Dalam melakukan birrun ini. ia boleh dilakukan dalam apa jua bentuk. sama ada dengan membantu, mengurangkan kesusahannya, malahan lebih dituntut agar didoakan agar mereka diberikan hidayah, ataupun mendoakan agar mereka berada dalam kesihatan dan kesejahteraan.

Saidina Umar bin Al-Khattab, menfatwa bahawa zakat boleh diberikan kepada orang miskin dari kalangan non Muslim. Pendapat Umar ini, didokong kuat oleh mereka yang beraliran hanafi, Imam An-Nawawi, Ibni Sirin dan Az-Zuhri. Dalam kitab “Al-Mabsut”, As-Sarakhsi menyebut zufar, iaitu anak murid kepada Abu Hanifah berpendapat harus memberi zakat kepada kafir zimmi berasaskan kepada Qias, kerana objektif zakat ialah untuk membantu, antara lain, fakir miskin yang memerlukan kepada bantuan. [lihat fiqh zakah, qaradhawi]

Pendapat Umar bin Al-Khattab ini berasaskan kepada firman Allah SWT;

إِنَّمَا الصَّدَقَاتُ لِلْفُقَرَاءِ وَالْمَسَاكِينِ وَالْعَامِلِينَ عَلَيْهَا وَالْمُؤَلَّفَةِ قُلُوبُهُمْ وَفِي الرِّقَابِ وَالْغَارِمِينَ وَفِي سَبِيلِ اللَّهِ وَابْنِ السَّبِيلِ فَرِيضَةً مِنَ اللَّهِ وَاللَّهُ عَلِيمٌ حَكِيمٌ

Maksudnya;
"Sesungguhnya zakat-zakat itu, hanyalah untuk orang-orang fakir, orang-orang miskin, pengurus-pengurus zakat, para mu'allaf yang dibujuk hatinya, untuk (memerdekakan) budak, orang-orang yang berhutang, untuk jalan Allah dan untuk mereka yuang sedang dalam perjalanan, sebagai suatu ketetapan yang diwajibkan Allah, dan Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana”

[surah at-Taubah : 60]

Dalam kitab “Al-Kharaj”, Imam Abu Yusuf menyebut bahawa Omar bin Al-Khattab memperuntukkan pemberian kepada warga yahudi dari wang baitul Mal untuk orang Islam, berasaskan firman Allah ini.

Kisah Umar ini membuktikan bahawa khalifah islam kedua itu tidak sekadar melakukan 'birrun' terhadap orang islam sahaja, malahan terhadap orang bukan islam.

Begitujuga, Imam fakhruddin Ar-Razi mendatangkan kisah Asma' yang didatangi oleh ibu dan neneknya yang bernama Ummu Natilah untuk mendapat bantuan kewangan. Namun begitu, Asma' tidak mahu diberikan oleh Asma’ dengan alasan mereka tidak beragama Islam. tindakan Asma' itu, menyebabkan Allah SWT menurunkan firman-Nya;

لَيْسَ عَلَيْكَ هُدَاهُمْ وَلَكِنَّ اللَّهَ يَهْدِي مَنْ يَشَاءُ وَمَا تُنْفِقُوا مِنْ خَيْرٍ فَلِأَنْفُسِكُمْ وَمَا تُنْفِقُونَ إِلَّا ابْتِغَاءَ وَجْهِ اللَّهِ وَمَا تُنْفِقُوا مِنْ خَيْرٍ يُوَفَّ إِلَيْكُمْ وَأَنْتُمْ لَا تُظْلَمُونَ

Maksudnya;
"Bukanlah kewajibanmu menjadikan mereka mendapat petunjuk, akan tetapi Allah-lah yang memberi petunjuk (memberi taufiq) siapa yang dikehendaki-Nya. Dan apa saja harta yang baik yang kamu nafkahkan (di jalan allah), maka pahalanya itu untuk kamu sendiri. Dan janganlah kamu membelanjakan sesuatu melainkan karena mencari keridhaan Allah. Dan apa saja harta yang baik yang kamu nafkahkan, niscaya kamu akan diberi pahalanya dengan cukup sedang kamu sedikitpun tidak akan dianiaya (dirugikan)”

[Surah Al-Baqarah : 272]

Ini menunjukkan, waima terhadap non Muslim pun, wajib kepada muslim itu melakukan 'birrun' kepada mereka.

[3]

Mendoakan agar orang bukan Islam diberikan hidayah, tidak terdapat sebarang larangan dari nas Al-Quran dan Al-hadis.

Ketika nabi SAW ke taif untuk mendapat bantuan, ternyata rakyat Taif menolak dakwah Nabi SAW. Bukan sekadar itu, malahan mereka sanggup melemparkan batu kepada Nabi SAW sehingga nabi SAW luka parah, dan terpaksa berundur.

Kemudian itu, Nabi SAW di datangi oleh Malaikat yang ditugaskan Allah agar menjaga bukit, bahawa menghempap bukit ke atas rakyat Taif. Tetapi, diminta agar meminta keizinan dari Nabi SAW terlebih dahulu.

Permintaan malaikat itu, dihalang oleh Nabi SAW. Malahan, nabi SAW menyebut dengan kata baginda SAW;

أرجو أن يخرج الله من أصلابهم من يعبد الله لا يشرك به شيئا

Maksudnya;
"Mudah-mudahan Allah SWT mengeluarkan keturunan mereka, golongan yang menyembah Allah, dan tidak melakukan syirik kepada Allah SWT" [As-Sirah An-Nabawiyyah, Ibni kathir : 2/153]

Kisah ini, membuktikan bahawa Nabi SAW pernah berdoa agar diberikan hidayah kepada keturunan rakyat taif yang tidak beriman kepada Allah SWT agar diberikan hidayah oleh Allah SWT.

Ini dikuatkan lagi, dengan doa Nabi SAW agar salah seorang dari dua orang yang bernama Umar memeluk Islam, agar menjadikan Islam semakin digeruni oleh musuh.

[4]

Ada sebilangan orang melayu UMNO yang bangang menyatakan larangan mendoakan kepada non Muslim, dengan alasan firman Allah SWT dari surah At-taubah, ayat 113 yang berbunyi;

مَا كَانَ لِلنَّبِيِّ وَالَّذِينَ آَمَنُوا أَنْ يَسْتَغْفِرُوا لِلْمُشْرِكِينَ وَلَوْ كَانُوا أُولِي قُرْبَى مِنْ بَعْدِ مَا تَبَيَّنَ لَهُمْ أَنَّهُمْ أَصْحَابُ الْجَحِيمِ

Maksudnya;
"Tidaklah bagi Nabi dan mereka yang beriman itu bahawa istighfarkan [mendoakan keampunan dosa] bagi orang musyrikin, walaupun mereka itu dari kalangan kaum kerabat, setelah nyata kepada mereka, bahawa sesungguhnya bagi adalah ahli neraka"

[surah at-taubah : 113]

Perlu diperhatikan bahawa ayat ini mengandungi larangan dalam dua perkara, iaitu;

Pertama;

Larangan daripada memohon dengan Allah agar diampunkan dosa non Muslim.

Kedua;

Mendoakan kepada non Muslim yang sudah mati.

Dari asbab an-Nuzul ayat ini, Ibnu Abbas bercerita bahawa setelah berlaku pembukaan Kota Makkah, Nabi SAW telah pergi ke kubur Ibu baginda. Ketika sampai di kubur itu, Nabi SAW berdiri di kubur itu disebelah kepalanya, lalu menangis.

Tindakan nabi SAW itu, diperhatikan oleh umar bin Al-Khattab, menyebabkan Umar berkata;

نهيتنا عن زيارة القبور والبكاء ، ثم زرت وبكيت

Maksudnya;
"Kamu mencegah kami daripada ziarah kubur dan menangis. Namun, kamu menziarahinya dan menangis"

Mendengar perkataan Umar itu, nabi SAW menjawab;

قد أذن لي فيه ، فلما علمت ما هي فيه من عذاب الله وإني لا أغني عنها من الله شيئاً بكيت رحمة لها

Maksudnya;
"Aku diizinkan. Setelah aku mengetahui bahawa dia [ibu Nabi] dikenakan azab daripada Allah, dan aku tidak termampu terhadapnya daripada Allah sedikitpun, maka Aku menangis agar dapat rahmat untuk ibuku itu"

Perkataan nabi SAW itu, menyebabkan turun ayat ini.

Dalam riwayat Sa'id bin Musayyib pula menyatakan, ayat ini diturunkan ekoran kematian bapa saudara nabi SAW yang paling disayangi bernama Abu talib.

Ketika dekat dengan saat kematian, nabi SAW ada berkata kepada Abu talib;

يا عم قل لا إله إلا الله أحاج لك بها عند الله

Maksudnya;
"Wahai pak cik, katakanlah "tiada tuhan kecuali Allah', pasti aku akan berhujjah untuk kamu di hadapan Allah [nanti]"

Lalu, berkata Abu Jahal dan Abdullah bin Abi Umayyah kepada Abu Talib;

أترغب عن ملة عبد المطلب

Maksudnya;
"Apakah kamu benci pegangan Abdul Muttalib?"

Jawab Abu talib;

أنا على ملة عبد المطلب

Maksudnya;
"Aku tetap atas pegangan Abdul Muttalib"

Mendengar itu, nabi SAW kesedihan sehingga nabi SAW berkata;

لأستغفرن لك ما لم أنه عنك

Maksudnya;
"Pasti aku akan istighfar kepada kamu, selama mana aku tidak ditegah terhadap kamu"

Perkataan Nabi SAW itu, menyebabkan Allah SWT menurunkan firman-Nya dari ayat ke 113, dari Surah At-taubah ini.

Jelas dari ini, larangan dalam ayat ini adalah larangan untuk memohon keampunan dosa terhadap non Muslim yang sudah mati.

Sekian

Wallahu 'Alam

Al-Bakistani


- Sri Indah [b] Sg buloh
23 ogos 2010 * 7:08 Malam

Jumaat, 20 Ogos 2010

UMNO TAK NAK LIM GUAN ENG MASUK ISLAM?

baru sat-sat bersembang dengan seseorang dari negeri Pulau pinang. Dia mendakwa, bahawa kejadian doa dalam Khutbah Jumaat terhadap Lim Guan Eng memang wujud. Tetapi, dia mempersoalkan isu yang sedang di mainkan oleh UMNO, khususnya TPM dan Zahid hamidi.

"kat mana salahnya doa itu?" soalnya.

"Pak imam yang menyebut Nama Lim Guan Eng dalam Khutbah itu, dia berdoa agar Lim guang Eng itu diberikan hidayah oleh Allah SWT.. supaya Lim Guang Eng masuk islam" ujar orang yang umurnya hampir 60 tahun itu.

penerangan itu, mengingatkan aku dengan doa nabi SAW yang berbunyi;

اللهم أعز الإسلام بأحد عمرين

maksudnya;
"Ya Allah, berikan kemegahan kepada Islam dengan islamnya salah seorang dari dua orang yang bernama Umar".

Dua orang umar yang dimaksudkan dalam doa Nabi SAW itu adalah, umar bin Al-Khattab, dan Amru bin Hisham, atau gelaran masyhurnya Abu Jahal [bapa goblok].

dalam doa nabi SAW itu, ternyata Allah SWT memilih Umar bin Al-Khattab, dengan keislaman Khalifah Islam kedua itu keesokkan harinya, di rumah Al-Arqam bin Abi Al-Arqam.

Justeru, tidak ada salahnya jika benar sungguh wujud Pak Imam yang berdoa di atas mimbar jumaat agar diberikan hidayah kepada Lim guan Eng. Jika ia salah, atas alasan apa ia salah.

Namun, atas alasan politik sempit UMNO itu, sengaja perkara ini diisukan. ia memberi tanda bahawa UMNO memang tidak teringin untuk melihat Lim guan eng memeluk islam, seperti yang sering diharapkan oleh ramai umat Islam yang mahu melihat Islam terlaksana di malaysia.

"UMNO lebih suka orang jadi kafir. yang dah masuk Islam pun, 'ditarbiah' UMNO agar lawan Islam" bisik hatiku.

Sekian

Wallahu 'Alam

Al-Bakistani


- Sri Indah [b] Sg buloh
21 Ogos 2010 * 2:59 Pagi

Isnin, 16 Ogos 2010

NAJIB KAYA HASIL JUDI?

(Klik untuk besarkan)

Romantis: Raja Petra dakwa Peguam Negara terbabit

Oleh: Dzulfikar Mashoor

KUALA LUMPUR, 17 Julai | Jabatan Peguam Negara sekali lagi menarik perhatian umum apabila Peguam Negara, Tan Sri Abdul Ghani Patail sendiri didakwa mempunyai hubungan romantis dengan salah seorang anggota bawahannya, Datuk Azailiza Mohd Ahad.

Menurut penulis blog Raja Petra Kamaruddin (RPK) dalam kolumnya, No Holds Barred), hubungan romantis Abdul Ghani dan Azailiza, Ketua Bahagian Hal Ehwal Antarabangsa itu sebenarnya merupakan rahsia umum di kalangan kakitangan Jabatan Peguam Negara.

"Ya, semua orang tahu mengenai hubungan sulit ini. Ianya bukan lagi rahsia. Peguam Negara (Abdul Ghani) dan Azailiza acapkali bersama ke luar negara, dan bagi menjimatkan wang pembayar cukai, mereka memilih untuk berkongsi kamar hotel dari menyewa (kamar) hotel yang berasingan," dakwanya seperti dipetik dari artikel Okay, What About This Affair Than? di sesawang Malaysia Today, http://malaysiatoday.net.

Difahamkan, pendedahan terbaru itu dibuat selepas beliau mendedahkan tentang skandal seks membabitkan salah seorang pasukan Abdul Ghani, Farah Azlina Latif dengan Saiful Bukhari Azlan, iaitu saksi utama kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim pada hujung bulan lepas.

Pada satu kenyataan rasmi 27 Julai lalu, Abdul Ghani akhirnya menggugurkan Farah sebagai Timbalan Pendakwa Raya (DPP).

Tidak cukup dengan itu, beliau yang juga pemilik blog Malaysia Today turut mempertikai kredibiliti Ketua Hakim Negara, Tan Sri Zaki Tun Azmi (dilantik sejak 2008) di samping menganggap kesemua pendedahannya itu sebagai skandal seks yang mencalar imej Istana Keadilan.

"Nampak gayanya, sangat banyak skandal seks di Istana Keadilan," tulis beliau seakan sinikal pada pihak-pihak terbabit.

"Apatah lagi Ketua Hakim Negara mengahwini isteri keduanya di Thailand secara tidak sah lalu kemudiannya menghapuskan bukti berkaitan bagi mengelak sebarang pendakwaan, seperti juga kawan kita Ahli Parlimen dari Sabah."

Sehubungan itu, beliau yang kini masih diburu oleh kerajaan pendedahan eksklusifnya berhubung pemimpin-pemimpin tertinggi tertentu negara sekali lagi mempersoal kredibiliti mereka yang terbabit dalam menguruskan soal keadilan di institusi kehakiman negara.

"Terfikirkah kita sama ada mereka mempunyai cukup masa untuk menyediakan kes di Mahkamah," sinisnya lagi.

Di sebalik pendedahan terbaru itu, beliau sekali lagi mempersoal sikap diam diri Abdul Ghani berhubung pendedahannya sebelum ini; iaitu hubungan romantis antara Timbalan Pendakwa raya, Farah dan Saiful Bukhari Azlan, saksi utama kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Kenapa Peguam Negara (Abdul Ghani) tidak mahu mengesahkan atau menafikan dakwaan salah seorang anggota pasukan pendakwaan mengadakan hubungan dengan saksi utama (Saiful Bukhari)," soalnya.

Baginya, tindakan Abdul Ghani menggugurkan Farah dari pasukann pendakwaan tanpa mengesahkan atau menafikan dakwaannya itu semata-mata untuk menyelamatkan diri dan Jabatan Peguam Negara yang ditadbirnya.

"Beliau (Abdul Ghani) tidak mahu mengambil risiko ke atas dirinya kerana pertamanya beliau tahu bahwa sekiranya beliau menafikan (dakwaan Raja Petra) lebih banyak keburukan akan terdedah."

"Bahkan, beliau paling (Abdul Ghani) risau sekiranya saya mendedahkan satu lagi hubungan sulit, iaitu antara beliau dan Ketua Bahagian Hal Ehwal Antarabangsa, Datuk Azailiza Mohd Ahad," katanya seperti dalam artikelnya.

Tuntas dari itu, beliau membuat rumusannya sendiri berhubung ketetapan terbaru Mahkamah Tinggi menolak permohongan Anwar, Ketua Pembangkang untuk menggugurkan kes liwat disebabkan wujudnya hubungan romantis yang membabitkan saksi utama, iaitu Saiful.

"Dengan erti kata lain, adalah berlaku sebarang 'cakap-cakap di ranjang' semasa hubungan sulit tersebut diadakan?"

"Dan mahkamah yakin tidak ada 'cakap-cakap di ranjang', hanya hubungan intim sahaja. Jadi tidak ada salah pendakwaan dan maka pertuduhan terhadap Anwar itu tidak perlu digugurkan," beliau bertegas.

Pendedahan terbaru yang dibuatnya semalam itu dijangka memetakan sekali lagi keputusan berunsur politik di Istana Keadilan dan Jabatan Peguam Negera kelak. -END