Rabu, 16 Disember 2009

APAKAH INI KEHIDUPAN ? (13)

APAKAH INI KEHIDUPAN ? (13)

SMS dari Zul termaktub, "budak tu dah lari.. kita kena pergi ambil cepat"

Aku terus tergesa-gesa start kereta. Dan terus memandu ke arah keluar. Sambil memandu, aku membuka sms yang aini. Termaktub, "Aini di Bukit Dukung"

Aku melihat sms itu, terus aku mendail nombor Aini.

"Assalamualaikum Aini.."

"waalaikumsalam... ustaz,, Aini dah lari dah ni" jawab Aini tergesa-gesa.

"emmm.. ok.. aini kat mana sekarang ni?"

"kat bukit Dukung.."

"ok.. Aini tunggu situ, menyorok dalam bilik air. Ustaz terus pegi sekarang juga" aku memberi arahan kepada Aini. Aku bimbang Aini dijejak oleh lelaki-lelaki yang merogolnya.

"ok.. ustaz... "

Aku pun mematikan hpku.

Aku terus memandu, tetapi terfikir, dimanakah bukit dukung itu, sebab aku tidak pernah sampai ditempat itu.

Aku terus menelefon Zul.

"hello, Assalamualaikum.. Zul, hang kat mana?" soalku

"waalaikumsalam..." Zul jawab salam, "aku kat hotel" sambung zul.

"macam ni zul.. aku kat shah alam ni. Aku pergi terus ke sana.. tapi problem aku ni, aku tak tahu bukit dukung tu kat mana" aku meminta pandangan zul.

"apa la hang.. hang pakai la GPS hang tu" zul memberi cadangan..

"aduh,.. macam mana aku boleh terlupa... hahahahha " jawabku sambil tergelak, sebab tidak terfikir langsung pasal GPS yang baru aku download dalam HPku dua minggu yang lepas.

"ok zul.. aku pegi dulu" sambungku lagi.

"ok.. jalan elok-elok.. hati-hati" pesan zul.

"insya Allah.." jawabku, sambil meletakkan telefon.

BUKIT DUKUNG

Perjalananku dari shah alam ke bukit dukung, mengambil masa lebih setengah jam. Aku memandu dengan begitu laju sekali, sehingga meter mencecah 160 KM sejam. Panduanku, benar-benar diharapkan kepada GPS yang ada dalam hpku.

Ketika sampai, aku terus menelefon Aini.

"assalamualaikum.. Aini kat mana?"

"waalaikumsalam.. kat depan ni"

"Aini pakai baju apa?" soalku, "ustaz naik kereta avanza warna hijau" sambungku, memaklumkan isyarat agar Aini tidak tersilap.

"Aini pakai baju merah jambu" Aini membalas ringkas.

Aku turun dari kereta, dan terus mencari Aini di R&R Bukit Dukung itu.

Kelihatan seorang perempuan muda, memakai cermin mata dan memakai baju berwarna merah jambu.

Dia melihat kearahku. Dia teragak-agak untuk mendekatiku. Mungkin disebabkan aku memakai jubah.

"Aini ke ni?" soalku

"ya.. " jawab Aini..

Melihat dia memakai baju yang agak seksi, aku memberikan dia jaketku.

"pakai jeket ni.. Aini pakai macam ni la, yang kena rogol tu" sambil menghulurkan jeket kepadanya.

Dia diam, tidak berkata apa-apa. Di ambil jeket itu, dan memakainya.

Aku menyuruh dia naik di bahagian belakang. Aku naik keretaku, dan terus memandu menuju ke Kuala Lumpur.

Dalam perjalanan, aku bertanya kepada Aini banyak perkara. Terutama, tentang keluarganya.

"Mak ngan ayah Aini tahu tak Aini jadi macam ni?" soalku.

"tak tahu.." aini menjawab. Aku melihat mukanya menerusi cermin kereta. Dilihat matanya termenung panjang, dengan melihat tajam di luar.

"dorang tahu tak, Aini datang KL ni?" soalku lagi.

"pun dorang tak tahu" jawab dia ringkas. Dilihat matanya, bergenang air mata.

"alamak... sekali dia nangis la pula" hatiku merungut.

"macam mana dorang boleh tak tahu Aini datang KL?" aku sengaja soal, sambil mengangkatkan sedikit suaraku.

"mak dan ayah dah meninggal dunia" jawab Aini.

"ohh. Yer ke... ustaz minta maaf sebab tanya soalan tu" aku meminta maaf. Aku melihat Aini menerusi cermin, ternyata dia sudah menangis. Air matanya lebat gugur dipipinya.

"tak pe ustaz... Aini tak kesah... tapikan ustaz... er.er..errr" Aini bersuara.

Bersambung....


p/s : selagi MP padang terap tidak meminta maaf secara terbuka terhadap tindakan jahatnya, selagi itu aku menganggap dia seperti UMNO.


Al-Bakistani
ustaz_bakistani@yahoo.com





- Sri indah (B), sg Buloh
17 Disember 2009 * 3:46 petang






Selasa, 15 Disember 2009

MP PADANG TERAP HARUS BERSUMPAH LAKNAT !

MP PADANG TERAP HARUS BERSUMPAH LAKNAT !

Kepada MP padang terap, hendaklah beliau menjawab perkara-perkara berikut;

Pertama:

Benarkah MP Padang terap pernah menfitnah Al-bakistani sebagai Special Branch?

Jika benar, sila akui. Jika tidak benar, diminta Saudara MP padang Terap bersumpah laknat terhadap fitnah yang beliau lakukan.

Sumpah laknat tersebut hendaklah seperti berikut;

"Demi Allah, Saya MP Padang Terap tidak pernah menfitnah saudara Al-Bakistani sebagai SB. Jika saya berbohong, saya rela diri saya ditimpa laknat dari Allah SWT"

Kedua:

Benarkah MP padang terap pernah mengaibkan bapa Al-Bakistani?

Jika benar, sila akui. Jika tidak benar, diminta saudara MP Padang Terap bersumpah laknat terhadap pengaiban yang dilakukan oleh beliau.

Sumpah laknat tersebut hendaklah seperti berikut;

"Demi Allah, Saya MP padang terap tidak pernah mengaibkan bapa Al-bakistani. Jika saya berbohong, saya rela diri saya ditimpa laknat dari Allah SWT"

Sekian

P/s : salah seorang "Teamwork" MP Padang Terap ada yang bersimpati dengan Al-bakistani. Ia telah maklumkan banyak perkara tentang tindakan jahat yang dilakukan oleh MP Padang terap terhadap Al-bakistani

Wallahu 'Alam


Al-Bakistani
ustaz_bakistani@yahoo.com



- Shah Alam
15 Disember 2009 * 8:39 malam

Isnin, 14 Disember 2009

KENAPA ARIFFAHMI NAFIKAN?

KENAPA ARIFFAHMI NAFIKAN?

Semasa ceramah Tuan Guru nik Abdul Aziz di Taman melewar baru-baru ini, aku bersama seorang kawan pergi. Sedang mendengar ceramah, tiba-tiba telefon kawanku berbunyi.

Aku membiarkan sahaja. Tidak ada faedahnya aku mengambil tahu siapa yang menelefon kawanku itu.

Setelah selesai telefon, kawanku itu maklumkan bahawa yang menelefon dia adalah Ariffahmi, seorang COO yang sedang dilubung isu yang melibatkan PMBK.

“dia nak jumpa kita” kata kawanku itu.

”ahh... dia nak buat apa jumpa kita?” tanyaku balik

”ala... kita pegi dengar la dulu, apa yang dia nak dari kita” kata ariffahmi lagi.

”emm... ok.. tapi bila?”

”esok.. kot”..

”bukankah kita nak pegi rumah tunang anta esok?”

”dia kata, kalau lewat malam pun tak pe... asal nak jumpa juga”

”ooo.. maknanya, dia jumpa kita nanti lepas balik dari Johor la”

”yap...” ringkas kata kawanku itu.

GOMBAK

Kami ke Johor. Aku, isteriku, anakku dan kawanku itu bersama-sama ke Johor menaiki kereta avanza hijau yang merupakan buraq harianku. Muar tempat yang kami pergi.

Setelah selesai urusan kami di Johor, kami terus balik ke Sungai Buloh. Setelah sampai, kami menguruskan beberapa urusan terlebih dahulu. Kemudian, dalam hampir pukul 12 malam, baru kami menghubungi Ariffahmi untuk berjumpa.

dia maklumkan, bahawa dia bermalam di Nikko Hotel, Ampang Park. Justeru, dia minta agak kami berjumpa dengannya di Nikko Hotel tersebut.

Kami faham, pertemuan dengan kami itu adalah disebabkan faktor kami adalah blogger. Makanya, kami mencadangkan agar dia berjumpa dengan seorang lagi blogger yang agak otai dalam ulasan politik. Dia bersedia berjumpa.

Kami bersama-sama menuju ke arah gombak dengan kereta avanzaku. Dalam kereta, Ariffahmi berkali-kali menyebut, ”kesian kat ana syaikh”

Aku agak kepelikkan. Apa motif ayat ini dikeluarkan dihadapanku bersama seorang kawan yang merupakan blogger juga.

”mungkin dia dah penat kot hadapi isu dia ni kot” hatiku berkata-kata.

ADA PIMPINAN

Sesampai kami di gombak, untuk berjumpa dengan salah seorang blogger Otai. Kami berjumpa juga dengan salah seorang pimpinan tertinggi PAS. juga seorang blogger yang sudah dikenali dalam dunia blogger.

Pada peringkat awalnya, ariffahmi agak teragak-agak untuk turun dari kereta, apabila dimaklumkan ada salah seorang blogger yang dia sangat kenal itu berada di situ. Tetapi, berkali-kali dipujuk, baru dia akur.

Kami turun dari kereta, dan disambut mesra oleh dua blogger otai, juga salah seorang pimpinan tertinggi PAS di situ.

”ana pergi satu tempat. Ramai ana jumpa. Nak minum sampai tak sempat, sebab bersalam dengan orang kat situ.. macam mana Al-Bakistani boleh tulis dalam blog, yang ana ni orang tak kenal” kata pimpinan tertinggi PAS itu.

”ala.. memang la kat situ orang kenal anta.. kalau anta pegi kat tempat budak-budak ana.. dorang tak kenal langsung anta” balasku, sambil ketawa, kemudian disambut oleh pimpinan PAS terbabit.

Kemudian, kami memfokuskan tentang isu arif. Pimpinan PAS terbabit memberi banyak nasihat kepada arif. Juga menjelaskan tentang nasihat pimpinan atas terhadap isu yang melibatkan beliau.

Aku malas hendak mengambil port dalam perbualan mereka. Ini kerana, ia sudah melibatkan dengan seorang pimpinan PAS tertinggi dengan arif. Cumanya, kami mendengar semua perbualan mereka.

PERBUALAN BLOGGER

Mungkin pimpinan terbabit faham kedatangan arif tidak disangka kewujudannya, menyebabkan pimpinan PAS terbabit meminta permisi. Sebelum bertolak, dia bayar semua makanan yang kami makan.

Maka tinggallah arif bersama dengan tiga orang blogger, yang terdiri dari aku, kawanku, juga seorang blogger otai.

Banyak isu yang kami bincangkan. Boleh dikatakan, 99 % berkaitan dengan isu arif.

Pada pengamatanku, kehadiran arif berjumpa dengan kami dengan tujuan membela diri. Makanya, banyak persoalan yang kami lontarkan, dijawab oleh arif.

Secara peribadi, aku tidak berkeyakinan dengan jawapan arif. Ini kerana, segala jawapan yang diberikan, tidak mampu disertakan dengan bukti yang kukuh, waima diminta berkali-kali.

Yang terkejut sedikit, apabila dia menyalahkan salah seorang exco kerajaan negeri kelantan tentang isu ini.

”jahat sangat ke dia tu” soalku.

”syaikh.. anta tak kenal dia.. anta kena duduk kelantan bagi lama sikit” jawab Arif..

Arif memburukkan exco itu. kami hanya mendengar, kerana ingin mengetahui sahaja.

”macam ni la syaikh.. kalau anta bagi semua fakta-fakta dan maklumat-maklumat yang ada, kami serang exco itu. anta bersedia tak?” aku memberi soalan provokasi

”eh.. tak payah la melalui ana.. carila orang lain” jawab arif gelisah dengan soalan aku itu.

”kalau tidak melalui anta pun, anta bagi kabel pun tak pe.. kami jumpa dengan orang tu.. amacam?” soalan provokasi kedua terpancul.

”ala... anta pegi cari sendiri la..” jawab arif lagi.

“memang kami boleh cari.. tapi, nak cari kat mana.. anta bagi la ’bunga-bunga’nya sikit, baru senang kerja kami. Punca masalah anta pun selesai” sekali lagi aku bersuara, sambil dilihat oleh kawanku dan blogger otai tersebut.

PULANG

Jam ditangan, sudah mencecah hampir pukul 4 pagi. Aku dah berkali-kali menguap, tetapi arif nampak masih tidak mahu berganjak. Aku biarkan sahaja.

”eh.. hampa pegi hantar arif ni.. dah lewat dah ni.. ” blogger otai bersuara.

Aku gembira dengan ayat itu. maklumlah, dah lewat pagi dah ni. Mengantuk pun sudah tidak tertahan lagi.

Arif mungkin faham. Dia bangun, dan meluru ke arah kereta avanzaku, dan aku sendiri akan menghantar dia pulang ke Nikko Hotel.

”ana dengar kata, ramai blogger-blogger ini tidak berduit, betul ke?” soal arif.

Aku rasa ingin menjawab, tetapi kawanku terus menjawab, ”memang ada pun”

”kalau ada masalah kewangan, bagitau la.. ana akan cuba bantu sekadar yang boleh” Arif memaklumkan

Aku melihat wajah arif bila dia menyebut sedemikian. Mengapa beliau menyebut sebegitu? Aku tidak mengetahuinya.

“ala.. dia memang niat nak bantu kot.. maklumlah, inikan musim ramai orang tak ada kerja” hatiku berkata.

Arif juga ada menyebut, "ana rasa la, ana kena tulis semua cerita-cerita yang berkait dengan ana.."

"bagus tu.. buka blog sendiri, lepas tu jawab. Baru hilang kekusutan sikit" jawabku ringkas, "anta jawab je la semua fitnah-fitnah yang dilontarkan oleh Kickdafella itu" sambung aku lagi, sambil mataku meleret ke arah wajahnya.

Kelihatan, dia mengangguk-ngangguk kepalanya. Di wajahnya kelihatan seperti sedang berfikir sesuatu.

Sesampai sahaja di Hotel Nikko. Kami bersalaman. Arif sempat juga berkata, ”kalau sampai kelantan, telefon la.. boleh kita minum teh ke, apa ke”

”ok.. tuan.. Assalamualaikum” aku menjawab dan memberi salam

Sambil tersenyum, Arif menjawab, ”waalaikumsalam”

Pertemuan kami itu, habis sekadar itu. dan kami juga berazam, kalau sampai ke kelantan, kami ingin berjumpa dengan dia. Bukan senang hendak duduk lepak dengan orang besar di Kelantan.

Tetapi, mengejutkan apabila semalam ada seorang blogger dari Kelantan memaklumkan kepada kami, bahawa pertemuan kami pada malam tersebut dinafikan oleh ariffahmi dihadapan Tuan Guru Nik Abdul Aziz.

Kami cuba menghubungi arif berkali-kali, tetapi dia tidak mengangkat hp. Persoalannya, mengapa ariffahmi nafikan pertemuan dengan kami pada malam itu?

Kami masih mencari jawapan sehingga hari ini.

Sekian

Wallahu ’Alam


Al-Bakistani
ustaz_bakistani@yahoo.com



- Sri Indah (B), Sg Buloh
15 Disember 2009 * 3:16 petang

Ahad, 13 Disember 2009

APAKAH INI KEHIDUPAN? (12)

APAKAH INI KEHIDUPAN? (12)

Aku melihat screen telefonku, tercatit nama Zul.

"Assalamualaikum zul…" aku mulakan salam.

"waalaikumsalam.. macam mana syaikh?" soal Zul.

"kami tunggu dekat dua jam, tak ada apa-apa respon.. aku dah tak tahan dah. Jadinya, aku balik dulu la. lagi pun, malam ni aku ada kuliah kat shah alam" aku memberi makluman ringkas.

"haha… aku agak dah. Hang mesti boring gilee kan?" Zul menyindir, "pastu, hang nampak macam mana sekarang?" sambung zul lagi dengan soalan.

"ala syaikh.. kira ok la ni. Hang tak pa la,, hang tunggu kat hotel, boleh tidoq.. aku ni, dah la tak leh tidoq, kena tunggu sampai petang pula tu" aku membalas sindiran Zul, "tapi aku dok nampak macam ni jela… kita tunggu respon dia dulu. Kalau dia telefon, kita baru fikir tindakan selanjutnya"

"ok.. apa-apa hal, hang telefon aku tau?"

"ok beres… Assalamualaikum"

"waalaikumsalam.."

KULIAH MAGRIB

Aku melihat jam di dinding. Kelihatan jarum jam sudah menunjuk sudah sampai pukul 6:30 petang.

"maghrib masuk pukul berapa yer?" hatiku bertanya.

Aku terus mencari taqwim waktu solat di dinding bilikku. Dilihat, pukul 7:03 minit masuk waktu solat maghrib. Aku terus menyarung jubah. Dengan tergesa-gesa, menaiki kereta dan terus menuju ke shah Alam.

Aku menggunakan laluan tol Hospital Sungai Buloh, dan terus menggunakan lebuhraya plus menuju ke shah Alam. Aku memandu agak laju juga, sehingga meter kereta mencecah 120 KM. sedang memandu, aku teringat, bahawa aku tidak maklumkan kepada ika yang aku pulang dulu. Aku terus mendail nombor ika, sebagai memberi makluman.

"Assalamualaikum.." suara kecil ika kedengaran.

"waalaikumsalam.. ika!!"

"ye ustaz?" jawab ika, "kenapa ustaz?" sambung ika lagi

"ana saje je nak maklumkan kat ika ni.. Ana balik dulu ni.. si Aini tu, ana tak dapat ambil dia lagi" aku memberi makluman.

"oh yer ke.. tak pe la ustaz.. tapi, ana minta maaf banyak-banyak sebab menyusahkan ustaz" suara ika kedengaran tenggelam timbul. Agak kurang kedengaran. Suaranya, seperti orang yang pasrah

"eh.. ika tak salah la… Aini je macam tak serius nak selamatkan diri.. ana sebenarnya, sedikit sebanyak, ada gak dari sudut hati ni putus asa nak selamatkan si Aini ni" aku memberi penjelasan

"tu la ustaz.. ana pun pelik, kenapa Aini macam tu?" Ika mengemukakan persoalan.

"entah la ika oi.. walau macam mana pun, kita tunggu respon dia pula. Kalau dia ada telefon ika, maklumkan kat ana. Ana nak pergi kuliah ni. Kat shah alam"

"ok ustaz.. tapi, ana minta maaf banyak-banyak kat ustaz tu.. ana rasa macam bersalah je, sebab menyusahkan ustaz" sekali lagi ika meminta maaf.

"ala… itu bukan isunya. Isu kita, kita cuba Bantu sekadar yang mampu" aku meredakan kerungsingan ika.

"ye ustaz. Terima kasih banyak-banyak ustaz" kedengaran suara ika tenggelam timbul.

"ok.. tak ada apa.. Assalamualaikum" aku memberi salam penutup.

"waalaikumsalam" balas ika, dan aku terus memutuskan talian.

Aku terus memandu laju menuju shah alam. Pemikiranku, tidak terhenti-henti memikirkan tentang keadaan Aini, sehingga terlupa hendak berfikir, tajuk apa yang ingin dikupas dalam kuliah maghrib di Shah Alam pada malam itu

Aku lihat jam di keretaku, termaktub hampir pukul 7 malam.

"alamak.. dah lewat sangat dah ni" hatiku berkata-kata. Ketika itu, aku baru sahaja sampai di tol shah Alam.

KULIAH

Aku sampai agak lambat di surau An-najahiyyah, Shah Alam. Aku sampai, ketika orang sudah selesai menunaikan solat, malahan sedang berwirid.

Aku masuk, mencari mana-mana orang yang sedang masbuk. Aku bercadang, untuk mengikut belakangnya sebagai makmum. Tetapi, tidak ada seorang pun yang masbuk, bahkan semuanya sedang berzikir.

Aku terpaksa menunaikan solat bersendirian. Aku mencari satu sudut di tepi dinding surau, dan menunaikan solat maghrib bersendirian di situ.

Setelah selesai, aku melihat kepada jemaah-jemaah yang sedang berdoa. Aku pun, terus menadah tangan, berdoa bersama-sama dengan imam.

Aku agak keletihan. Aku tidak khusyuk dengan doa imam, kerana kepalaku berfikir, tentang apa yang akan dikupas dalam kuliah maghrib ini. setelah berdoa, ramai jemaah yang nampakku di belakang, bersalaman mesra denganku. Aku membalas salam dan melemparkan senyuman kepada mereka.

Aku menunaikan solat sunat ba'diyyah Maghrib. Setelah selesai, aku berdoa. Setelah berdoa, aku masih belum lagi mendapat tajuk apa yang ingin dikupas pada kuliah maghrib pada malam itu.

Dua orang jemaah, mengangkat meja kuliah. Kelihatan imam, menuangkan air minum untukku sebagai penceramah pada malam itu.

Aku terus menuju ke meja kuliah, dan duduk. Aku mengeluarkan hpku, dan tekan bulang silent, agar kuliah tidak terganggu, dan meletakkan hpku di atas meja, ditepi Microphone.

Ketika memulakan kuliah, pemikiranku terlintas untuk mengupas surah Yasin. Aku terus mengupas surah yasin, bermula hikmat Allah dalam menetapkan surah yasin itu berada selepas surah Fatir, juga menyebut beberapa hadis-hadis tentang fadhilat yasin dan terus mengupas dua ayat dari surah yasin.

Jam sudah menunjuk pukul 8:25 malam. Aku masih lagi mengupas kalimah "waw Qasam" pada ayat "wal Quran". Sedang asyik mengupas, mataku terlihat cahaya hpku. Kelihatan seperti ada orang menelefonku. Kelihatan nama Zul.. kemudian, nama Ika.

Dua nama ini, menyebabkan aku tidak tenang, dan hilang focus dalam mengupas tafsiran surah yasin. Tidak lama kemudian, kelihatan nama Aini pula tercatit. Semakin kepalaku hilang focus.

Pemikiranku semakin hilang focus dalam mengupas surah yasin itu. Aku terus menuju kepada point kesimpulan dari dua ayat dari surah yasin yang telah aku kupas panjang lebar itu, kemudian menutup kuliahku dan meminta diri dari jemaah.

"ana minta maaf, ana tak dapat solat berjemaah bersama, sebab ada urusan penting yang kena ana selesaikan" aku mengakhiri kuliahku.

Setelah selesai kuliah, aku terus menuju keluar. Aku membalas salaman sebilangan jemaah. Dan terus menuju ke kereta.

Aku pun terus melihat hpku, terdapat 5 misscall, dan 3 sms. Kelihatan, tiga sms; iaitu sms Aini, ika dan Zul. Dan 5 Misscall itu adalah, dua miscall dari Ika dan satu miscall Zul dan satu miscall juga dari Aini.

aku terus membuka sms dari zul, aku terkejut..

Bersambung….

Al-bakistani
ustaz_bakistani@yahoo.com



- Sri Indah (B), Sg Buloh
13 Disember 2009 * 7:36 malam

Sabtu, 12 Disember 2009

DUIT MASJID PUN UMNO REMBAT?

DUIT MASJID PUN UMNO REMBAT?

Isu yang sedang dibicarakan adalah berkenaan dengan Nga Kor Meng yang persoalkan tentang dana pembinaan masjid dalam Negara. Jika mahu dibandingkan dengan dana pembinaan rumah ibadat agama lain, ia amat jauh berbeda.

Jika diselidik balik isu yang mahu dikemukakan oleh Nga Kor Meng adalah, bukannya isu tentang bandingan antara dana binaan masjid dengan dana binaan rumah ibadat agama lain, tetapi yang dipersoalkan oleh Ahli Parlimen Taiping itu adalah, berkenaan dengan peruntukan pembinaan masjid dalam Negara terlalu tinggi, tetapi dalam masa yang sama, rakyat bawahan yang beragama Islam diminta menderma untuk membina sesebuah masjid.

Dengan kata lain, isu yang mahu dibangkitkan oleh Nga Kor Meng adalah dana pembinaan masjid ini berkemungkinan wujud penyelewengan. Tetapi, memandangkan UMNO/BN adalah parti laknatullah, lagi maha sial, akhbar mereka memutar belik kenyataan beliau dengan menampakkan seakan-akan Nga Kor Meng mempersoalkan tentang peruntukan dana pembinaan masjid jika dibandingkan dengan dana pembinaan rumah ibadat agama lain.

Lebih parah lagi, apabila salah faham ini berlaku kepada Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasaruddin mat Isa. Maka, ia mengundang polimik dikalangan ahli pakatan, juga menaikkan sentiment kebencian ahli-ahli PAS kepada DAP, begitujuga sebaliknya.

UMNO CARI RUANG

UMNO/BN berada dalam keadaan yang teramat teruk. Kekuatan Pakatan Rakyat adalah kelemahan mereka. justeru, kelemahan Pakatan Rakyat perlu dicipta.

Isu perkauman adalah isu yang perlu dimainkan demi melihat kelemahan Pakatan Rakyat. Makanya, berbagai-bagai tindakan yang dilakukan, demi melahirkan pertembungan antara parti-parti dalam Pakatan Rakyat dengan isu perkauman ini.

Lebih parah lagi, apabila ada sebilangan pimpinan dalam pakatan Rakyat yang tidak bijak dalam mengurus perselisihan. Jika yang melakukan salah tafsir ini dari kalangan ahli-ahli biasa dari parti-parti tertentu, maka itu tidak menjadi satu polimik yang rumit. Tetapi yang lebih parah, apabila yang keluarkan kenyataan bodoh itu adalah pimpinan-pimpinan parti. Terutama, apabila kenyataan yang dikeluarkan itu boleh melahirkan kekusutan antara parti-parti dalam pakatan rakyat.

AGAMA DIJADIKAN MAINAN ISU

PAS adalah parti Islam. ahli-ahlinya berbilang kaum, tetapi melayu mendominasi. Kedominasian melayu dalam parti PAS, menjadi ruang untuk UMNO untuk kambing-hitamkan PAS dalam melahirkan pertembungan antara parti-parti dalam Pakatan Rakyat.

Justeru, banyak isu-isu yang kononnya melibatkan Islam sengaja dimain, dan diapi-apikan. Semuanya bertujuan, untuk melahirkan pertembungan antara parti-parti Pakatan Rakyat, seterusnya Pakatan Rakyat akan jadi lemah, seterusnya UMNO mula mencipta kekuatan.

Makanya, dalam isu ini, PAS perlu menjadi bijak dalam mengurus permasalahan hubungan antara parti-parti dalam Pakatan Rakyat. Gendang mainan UMNO sering kedengaran, tetapi diharapkan agar PAS tidak menari dengan mainan gendang tersebut.

Kenyataan media dalam isu melayu-Islam, perlu diselesaikan dengan bijaksana. Tanpa kebijaksanaan, memungkinkan PAS, PKR dan DAP kalah teruk dalam PRU akan datang.

Ingatlah, Allah SWT sendiri telah mengakui bahawa keadilan dan ketauhidan tidak akan berjaya dilaksanakan tanpa kuasa dan kebijaksanaan. Jika wujud kuasa, tanpa kebijaksanaan, keadilan dan tauhid dilaksanakan. Perkara ini boleh ditadabbur dari ayat 18, surah Al-Imran, bahawa Allah SWT berfirman yang bermaksud;

”telah bersaksi oleh Allah, bahawa tiada tuhan melainkan Dia. Juga bersaksi itu adalah Malaikat, dan orang-orang yang diberikan ilmu, dalam keadaan mereka melaksanakan keadilan. Tiada tuhan melain Dia. Dan Dia maha gagah lagi maha bijaksana”

Jika direnung dan ditadabburkan pada ayat ini, kita dapat melihat betapa Allah SWT meminta kita memikirkan tentang dua perkara penting, (1) tauhid, dan (2) Keadilan perlu dilaksanakan. Pun begitu, kedua-dua perkara ini tidak akan berjaya dilaksanakan melainkan mempunyai dua perkara, iaitu, (1) kekuasaan, juga, (2) kebijaksanaan. Ekoran itulah, ayat ini, Allah menyebut di akhirnya ”Dia (Allah) adalah tuhan yang maha gagah dan maha bijaksana”.

Tanpa kebijaksanaan, waima mempunyai kekuasaan, tauhid dan keadilan tidak akan berjaya dilaksanakan. Begitujuga, ada kebijaksanaan tanpa kekuasaan, keadilan dan tauhid tetap tidak berjaya dilaksanakan. Justeru, kedua-dua perkara ini amat perlu, dalam usaha hendak melihat Islam berjaya terlaksanakan di Malaysia.

Ini yang perlu kita faham dari ilmu yang bersumberkan Al-Quran. Ia akan difahami, jika Al-Quran itu ditadabbur dan didalami. Sekadar meracau dalam komen blog orang, seperti yang dilakukan oleh salah seorang Ahli parlimen, sampai bila-bila pun benda sebegini tidak akan faham.

Sekian

p/s : sila cari sebarang komen dalam mana-mana blog yang guna nickname – sunan. Kerana beliau adalah seorang yang berjawatan Ahli parlimen, tetapi amat tidak kedengaran suaranya dalam sidang parlimen.



Wallahu ’Alam






- Sri Indah (B), Sg Buloh
13 Disember 2009 * 1:13 petang







Khamis, 10 Disember 2009

APAKAH INI KEHIDUPAN? (11)


APAKAH INI KEHIDUPAN? (11)

Kami makan di salah sebuah kedai yang berhampiran di tempat itu. Aku makan, tetapi hatiku kurang tenang, kerana memikirkan keadaan Aini.

”dorang ni pun, kena raikan juga” hati kecilku berkata.

”macam mana ye, budak tu boleh kena rogol?” abang Ali memulakan soalan ketika kami sedang makan.

”entah la.. tapi menurut cerita Doktor tu, dia cakap Aini ni datang dari Yan, Kedah. Dia datang nak jumpa ngan sepupu dia” aku mula bercerita. Abang Ali dan Haji Rahman melihat wajahku, sambil menyantap rezeki.

“ceritanya, Mak saudara dia suruh datang KL ni. Jadinya, bila dia datang, ada budak jantan ambil dia naik kereta. Pastu dia kena rogol” sambung ceritaku lagi.

“apa kaitan antara budak jantan tu dengan Aini pula?” soal Haji Rahman dalam keadaan dahi agak berkerut.

“tak pasti pula tu. Katanya, budak lelaki tu abang kepada supupu si aini ni” jawabku, tetapi jawapan itu pun aku tidak yakin. Sebab, aku dapat cerita itu pun pun menerusi cerita orang, bukan dari sumber yang kuat.

Abang Ali dan Haji Rahman hanya mendengar ceritaku. Mereka diam, hanya menyuapkan makanan ke mulut sahaja.

PECAHKAN JE TINGKAP TU?

Selesai makan, kami terus bergegas ke rumah tempat Aini dikurungkan. Dalam pemikiranku, mungkin sudah ada cermin tingkap yang sudah pecah. Tetapi, setelah sampai, tiada ada apa-apa perubahan berlaku.

Aku cuba mendail nombor telefon Aini, dan Aini menjawab panggilan telefonku.

”Hello ustaz... Hp ni nak habis sesangat dah bateri dia ni ha...” Aini terus berkata tanpa memberi salam.

”Aini pecahkan cermin tu la.. kami nak tahu je, kat mana...err..” talian terputus.

”aduh... dia terputus la pula” aku bersuara sendirian.

Abang Ali tengok kelaku aku, ”kenapa ustaz?” tanya Abang Ali

”mungkin telefon budak ni habis bateri kot” jawabku

”cuba ustaz SMS jer” Haji Rahman memberi cadangan.

Aku terus taip Sms meminta agar Aini pecahkan cermin, ataupun bagi apa-apa tanda sekalipun, untuk kami nak tahu secara tepat tempat Aini sedang dikurung.

Tiba-tiba hpku berbunyi, menandakan aku menerima sms.

Dilihat, sms dari Aini, tercatit ”ok ustaz, Aini akan cuba”

Aku tunggu agak lama. Boring pun ada. Kadangkala, perasaan putus asa pun sudah berkunjung tiba.

Aku cuba menelefon Aini, tetapi tidak mendapat sebarang jawapan. Di cuba berpuluh kali, tetap tidak mendapat sebarang jawapan balas.

Aku terus menaip nombor telefon Doktor Ika, tetapi tidak sempat aku mendail, tiba-tiba satu call aku dapat. tercatit nama Zul. Aku terus menyambut panggilan.

”macam mana syaikh?” tanya Zul.

“entah la.. tak tahu apa cerita lagi ni. Bateri hp dia mati la pula.. dah berpuluh-puluh kali dah aku telefon dia. Tak dapat” aku memberi penjelasan

“emm.. ok.. macam ni je la.. kalau hang konfom mana satu kedai tu, hang pecahkan jer kedai tu’’ desak Zul.

”yap.. aku tunggu nak konfom jer. Kalau nak redah sekarang, nanti kena kedai orang, jadi hal pula” aku memberi ingatan.

”ok.. apa-apa hal, telefon aku” Zul mengakhiri perbualan.

Aku terus tekan butang off untuk memutuskan talian.

Aku sudah keletihan teramat sangat. Mengantuk pun ada. Sudah berkali-kali aku menguap, tetapi tidak dapat melakukan apa-apa tindakan pun.

Aku cuba call Aini, tetapi tetap tidak dapat. putus asaku sudah sampai ke tahap semaksima mungkin. Aku terus berjumpa dengan Abang Ali yang sedang berbaring dalam kereta estimanya. Wajahnya tergambar keletihan.

”Macam mana ustaz?” soal Abang Ali.

“Serba salah ana nak jawab soalan abang Ali tu. Nak kata tunggu, kita dah sejam lebih dok macam ni je.. nak kata balik, takut rasa rugi pula” jawabku ringkas.

“kami tak apa ustaz. Kami follow ustaz je ni” Haji Rahman bersuara, sambil Abang Ali menganggukkan kepalanya, membenarkan apa yang diucapkan oleh Haji Rahman.

“macam ni la abang ali, kita bersurai dulu. Kita tunggu respon lepas ni pula.. apa-apa hal nanti, ana bagitau kat abang ali’’ kataku membuat keputusan.

“ok ustaz’’ jawab Abang Ali.

Kami terus naik kereta estima, menuju ke rumah Haji Rahman. Dalam perjalanan, aku cuba call Aini lagi, tetapi tetap tidak dapat.

Aku pun menaip sms, ”Ustaz dah cuba usaha nak selamatkan Aini. Aini pula, kena tolong ustaz la untuk selamatkan diri Aini.. Aini kena agresif sikit” terus di sendkan kepada nombo telefon Aini.

PULANG

Smsku kepada Aini tidak dibalas langsung. Aku pulang dengan penuh keletihan. Pemikiranku, tidak habis-habis memikirkan apa yang terjadi pada aini.

Sesampai sahaja di rumah, aku terus mandi dan menunaikan solat asar. Aku solat asar hari ini agak lewat sikit, iaitu ketika jam di dinding menunjukkan hampir pukul 6 petang.

Setelah solat, aku ambil kitab ”At-Tafsir Al-Kabir” karangan Imam Fakhruddin Ar-Razi, untuk ulangkaji sebagai persiapan untuk kuliah maghrib malam itu di Surau An-Najahiyyah, Shah Alam.

Aku membelek tafsir surah Yasin, tetapi kepalaku tidak terfokus untuk membaca kitab tafsir yang muktabar itu.

Sedang asyik aku membelek, tiba-tiba telefon bimbitku berbunyi...

Bersambung...


p/s : to MP padang terap.. hang diberi gaji untuk maki UMNO/BN dalam parlimen, bukannya maki dalam ruangan blog orang.




- Sri Indah (B), Sg Buloh
10 Disember 2009 * 10:53 malam

DANA MUSLIM DAN DANA NON MUSLIM


DANA MUSLIM DAN DANA NON MUSLIM

zaman pemerintahan khalifah terdahulu, dana muslim dan non muslim dibedakan. Orang islam dikenakan zakat, sedangkan non muslim tidak dikenakan zakat, sebaliknya jizyah. Wang zakat digunakan untuk kemaslahatan umat Islam, sedangkan wang jizyah digunakan untuk kegunaan non muslim.

Wang dana Negara ini, tidak disatukan, sebaliknya di asingkan. Justeru, di zaman itu, isu pembinaan masjid dan rumah-rumah ibadat agama lain tidak pernah berlaku pertikaian.

Keadaan ini berbeda dengan apa yang berlaku di Malaysia. Dana kerajaan yang terhasil dari hasil mahsul muslim disatukan dengan hasil mahsul dari usaha non Muslim. Cumanya, dalam pembinaan rumah ibadat pula, muslim mendapat habuannya yang tinggi berbanding non Muslim, waima kadangkala hasil mahsul non Muslim lebih tinggi masuk dalam dana negara berbanding hasil mahsul muslim.

Apabila keadaan ini berlaku, tidak hairan pertikaian tentang tuntutan pembinaan rumah ibadat antara dua belah pihak tidak selesai. Waima ada pihak yang tutup mulut, tetapi ia sekadar mulut yang zahir sahaja tertutup, tetapi di dalam hati mengandungi seribu satu ketidak-puasan hati. Jika keadaan ini berterusan, tidak hairan di satu masa nanti, pertikaian yang lebih besar pasti akan berlaku.

Sudah sampai masanya, keadilan islam perlu diterapkan dalam pemerintahan agar pertikaian tidak akan terlahir.

Baca sama:
PAS tidak sepakat isu dana bina masjid

Sekian

p/s : to - MP Padang Terap; daripada dok kacau blog-blog orang, lebih baik study untuk maki UMNO/BN dalam parlimen..

Wallahu ‘Alam

Al-Bakistani
ustaz_bakistani@yahoo.com




- Sri Indah (B), Sg Buloh
10 Disember 2009 * 10:11 malam