Selasa, 6 Januari 2009

BERHARAP ISMAIL KAMUS KEMBALI KE PENTAS POLITIK

BERHARAP ISMAIL KAMUS KEMBALI KE PENTAS POLITIK

Di Malaysia, apabila disebut nama Ismail Kamus, pasti kita akan tergambar seorang pendakwah yang bergaya bersahaja, tetapi mendengar ceramahnya umpama melihat filem scenario. Tidak ketawa mendengar ceramah Ismail Kamus, orang itu adalah manusia yang mengalami masalah deria.

Sikap mesranya menyebabkan beliau disenangi sesiapa sahaja, mahupun budak-budak rock, metal, haru biru, mahupun haru hijau dan haru biru air laut.

Sindirannya dengan nada lawak, memberi kesan kepada pendengar untuk berubah. Orang yang merokok, mula merasa bersalah jika merokok lagi apabila beliau menyindir perokok itu sebagai adik beradik jin.

Dulu, beliau pernah terlibat dengan dunia politik sehingga sempat bergelar YB di DUN yang sekarang diYBkan oleh Dr Hasan Ali, Exco Agama dan Infrastruktur negeri Selangor, merangkap Pesuruhjaya PAS negeri Selangor.

Di maklumkan, beliau pada asalnya tidak mahu terlibat dengan dunia “YB” untuk bertanding dalam pilihanraya, tetapi memandangkan malu dengan ketokohan dan keilmuan Dr Harun Din yang merupakan timbalan Mursyidul Am PAS, beliau dipujuk menyebabkan beliau pun dalam keadaan berat hati terlibat juga dalam dunia politik tersebut.

Pengisytiharan keputusan Pilihanraya pada tahun 1999 melahirkan satu detik bersejarah dalam hidup beliau yang tidak pernah diimpi-impikan. Dari situ, bermulalah era dunia beliau berpolitik.

kemenangan itulah, melahirkan berbagai-bagai cerita kelakar yang berlaku dalam dewan negeri selangor. Seperti, setelah dituduh oleh UMNO bahawa PAS gila kuasa, lalu dijawab beliau dengan muka bersahaja, “kita bukan gila kuasa, tetapi kita nak ambil kuasa dari orang gila”. Juga dakwaan UMNO, bahawa PAS pandai bercakap, tapi tak pandai buat pembangunan, dijawab beliau bahawa “Mahathir pun pandai bercakap, sebab semua bangunan di buat oleh kontraktor” dan berbagai-bagai lagi hujjah yang menggelikan hati, tetapi berjaya menutup mulut UMNO pada masa itu.

sedihnya, pilihanraya pada tahun 2004, PAS kalah teruk. Kekalahan yang membawa beliau sendiri juga gugur dari gelaran YB. Sejak dari itu, beliau agak kurang lagi dilihat dalam pentas politik.

Apakah sebenarnya menyebabkan beliau sekarang menjadi kurang dengan dunia politik lagi?? Apakah memang beliau yang tidak lagi berminat, atau beliau sudah ditenggelamkan oleh orang-orang parti sendiri?? Entahlah... serahkan kepada yang maha mengetahui...

Pun begitu, secara peribadi, aku amat berharap orang seperti Ismail Kamus ini dapat kembali semula ke pentas politik. Ini kerana, dengan gayanya yang bersahaja, mudah berkira, senang di ajak bergaul dan berkawan tidak seperti sebilangan ahli-ahli politik yang dulunya senang, tetapi susah dikala memegang jawatan dalam kerajaan, walaupun bukan jawatan Menteri Besar sekalipun.

Sekian

P/S : bestnya kalaulah Ismail Kamus jadi Pesuruhjaya PAS selangor. kalau beliau jadi PJ Selangor, mungkin pertemuan sulit di sheraton hotel Subang jaya tidak akan berlaku. Tapi apakan daya???? Entahlah.. takut orang kata, terimalah seadanya...

Wallahu ’Alam

Al-Bakistani
http://g-82.blogspot.com

ustaz_bakistani@yahoo.com



- Sri Indah (B), Sg Buloh
7 Januari 2009 * 3:48 pagi.






2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

salam,,
saya juga menyokong pandangan saudara,mungkin ada insan yg tidak puas hati dengan isu" pertemuan di hotel tersebut,Allah Maha Kuasa.mugkin org yg tak ikut Keputusan Syura & Muktamar Sekejap je berada di dalam Jamaah ni, PAs masih Releven kerana ada lagi Insan2 yang IKHLAs dan betul2 harap Redha Allah join PAs Bknnya nak Jadi Menteri N MB,

Alhawari21

Ibnu Ali berkata...

Salam,

Ye, aku pun heran. SEbab kali terakhir aku tengok masa forum di Stadium Melawati bersama Dr harun Din, Ust Roslan dan dipengerusikan Dr Hassan Ali.

Dengar orang kata dia uzur. Maksudnya tak berapa aktif untuk ke sana sini. Tapi Tak tahu lah betul atau tak. Tengok dalam AJK Dewan Ulamak pun takde. Dalam Majlis Syuro pun takde. AJK Harian Pas SElangor pun takde. Dulu dia TPJ 1 Selangor tak silap.

Aku doakan dia kembali semula.