Selasa, 10 Mac 2009

ANWAR DAN PAK LAH DI HULU LANGAT???

ANWAR DAN PAK LAH DI HULU LANGAT???

MSO menulis;

“TIGA jam sebelum Menteri Kewangan, Mohd Najib Razak membentangkan bajet mininya di Parlimen jam 4:00 petang ini, berlangsung satu peristiwa diluar jangka yang penuh tandatanya, iaini Perdana Menteri, Abdullah Ahmad Badawi duduk serumah dan makan tengah hari bersama Anwar Ibrahim”

“Peristiwa bersejarah ini berlaku di Hulu Langat, Selangor di Madrasah Nurul Iman, Hulu Langat, Selangor. Abdullah dan Anwar sama-sama hadir pada majlis sambutan Maulid Rasul dan Sambutan Tamat Latihan Kerohanian 40 tahun Syeikh Mahmud Al-Majzub, mundir madrasah berkenaan”

“Kehadiran Anwar hari ini memang dinanti-nantika oleh kira-kira 1,000 hadiri dan para jemputan termasuk para ulama dari Asia Tenggara, sebaliknya kedatangan Abdullah secara tiba-tiba itu benar-benar mengejutkan”



KOMEN:

Aku sedang membaca beberapa tulisan berkenaan dengan seni peperangan Sun Tzu yang kononnya hidup lebih 2400 tahun yang lalu. Aku meneliti sejak beberapa hari yang lepas. Membaca kaedah peperangan yang unik sehingga menjadi bahan model utama dalam kebanyakkan peperangan yang meletus di dunia kini.

Dalam jangka beberapa hari itu, aku sedang melatih diriku untuk memahirkan salah satu dari 13 bab dari 36 strategi-strategi Sun Tzu, tiba-tiba hari ini seluruh rakyat Malaysia dikejutkan dengan berita eksklusif yang ditulis oleh MSO.

Membaca berita eksklusif MSO itu, aku hanya tersenyum. Aku sudah menjangkakan sesuatu yang pelik akan berlaku dalam masa dua tiga hari ini, tetapi tidak disangka hari ini sememangnya berlaku.

Hal ini telah aku nukilkan dalam tulisan aku yang lalu bertajuk ”siapa yang terkejut nanti??”;

Sila rujuk;

http://g-82.blogspot.com/2009/03/siapa-yang-terkejut-nanti.html

walaubagaimanapun, aku merasakan, jangkaan aku berdasarkan keadah Sun Tzu dari bab yang aku sedang latih itu agak terkena dengan sasarannya...

nampaknya, ada sesuatu yang lebih pelik akan berlaku nanti. Kita nantikan dan saksikan....

menarik.. menarik.....

sekian

Al-Bakistani
http://g-82.blogspot.com

ustaz_bakistani@yahoo.com



- Sri Indah (B), Sg Buloh
10 mac 2009 * 5:01 petang




Tiada ulasan: