Khamis, 12 Mac 2009

POLITIK RISAN PARET DI KERAJAAN KAUPUNYASUKA

POLITIK RISAN PARET DI KERAJAAN KAUPUNYASUKA

Risan memang ahli politik yang licik dan licin. Jika belut susah untuk ditangkap disebabkan licinnya, maka begitulah juga cara Risan berpolitik. Pun begitu, politik jahat ala belut itu pernah dimainkan oleh Risan dengan mengkambing hitamkan Jong Ann, seorang lelaki berbangsa cina yang pada asalnya adalah kawan rapat kepada Risan.

Risan berusaha hendak menjatuhkan IR airamah, seorang ahli politik perempuan yang agak hebat, dengan mencalonkan Mairamah seorang ahli politik perempuan lain untuk dijadikan saingan. Dalam masa yang sama, Jong Ann telah dikambing hitamkannya. Dia menanam doktrin, tindakan itu merupakan ”pahala besar”, menyebabkan jong Ann yang ketika itu amat baru dengan dunia politik terpengaruh.

Ahli politik perempuan yang menjadi musuh Risan berjaya dijatuhkan. Dalam masa yang sama, Risan berjaya melepaskan diri dari kesan buruk itu dengan menyandarkan bahawa tindakan itu adalah kerjabuat Jong Ann.

Jong Ann menjadi buruk di mata Ir Airamah, disamping Mairamah juga dijadikan bahan untuk dihina maki setelah Mairamah berjaya memegang tampuk kuasa dalam organisasi, kononnya tidak pandai buat kerja.

Risan tahu, jika beliau tidak berjaya menjatuhkan IR Airamah, pasti beliau terpaksa bertanding di peringkat DUN, dan sama sekali tidak akan berjaya bertanding di peringkat Parlimen. Ini kerana, sikap dan tindakan IR Airamah yang agak agrasif, juga suka berceloteh yang kadangkala menyerabutkan pemikiran.

Kejayaan itu melahirkan polimik. Pun begitu, ia semakin berjaya diredakan apabila kedatangan pilihanraya umum yang ke 109 di kerajaan Kaupunyasuka

PILIHANRAYA UMUM

Pilihanraya umum pun diisytiharkan. Risan sekali lagi bermain politik. Sebagai pengerusi Organisasi, dia bertindak ”menipu” dengan mendakwa dia akan bertanding di peringkat DUN.

Apabila melihat beliau mahu bertanding, semua ahlijawatankuasa organisasi terus menerima tawaran diri dia itu. Pun begitu, itu hanya tipu helah sahaja. Ini kerana, cita-citanya bukan DUN, tetapi Parlimen.

Beliau melihat, DUN tersebut tidak ada harapan untuk menang, tetapi di Parlimen yang dia mahu bertanding itu ada harapan cerah untuk menang.

Ekoran dari itulah, dia sekali lagi bermain politik. Dia telah berjumpa dengan sebilangan orang besar, melobi untuk mendapatkan parlimen tersebut.

Kebijaksanaan politik Risan setahap belut itu telah menyebabkan beliau berjaya. Di saat petugas-petugas sedang semangat bekerja, ketika itu dia mengisytiharkan diri bahawa tidak jadi bertanding di DUN, tetapi sudah bertukar kepada parlimen pula.

Tindakan Risan itu menyebabkan ramai yang terkejut. Pun begitu, Jong Ann yang sudah pernah dikambing hitamkan itu merasakan ada sesuatu yang tidak kena disebalik kejadian itu.

Jong Ann mula menyiasat. Setelah disiasat menerusi kawan-kawan Risan, terbukti, ini adalah mainan politik Risan ala belut yang hampir-hampir sama dimainkan untuk menjatuhkan IR Airamah dahulu.

Jong Ann rasa bagai dimainkan. Jong Ann mula menyerang Risan dengan segala kesempatan yang ada. Menyerang kejahatan berpolitik Risan yang nampak menjaga masa depan politik yang mementingkan diri.

Apabila menang pilihanraya umum ke 109 di kerajaan Kaupunyasuka, menyebabkan Risan yang menang di Parlimen Paret gembira. Berjaya juga akhirnya menjadi YB yang merupakan cita-citanya semenjak sedang belajar Universiti Koko, iaitu sebuah Universiti tertua di kerajaan Kaupunyasuka.

Dia mula berfikir sendirian, “kira aku ni cerdik juga la.. kalau aku bertanding di DUN, mesti aku tak menang.. sekarang aku dah jadi YB. Boleh aku tepuk meja... marah kat orang yang tak sebulu dengan aku.. hahahaha.. Ya.. ya... aku memang bijak.. tidak sebijak Jong Ann dan sekutu-sekutunya”

Setelah kemenangan itu dicapai, Risan masih rasa tidak tenang. Ini kerana, Jong Ann masih wujud di atas muka bumi lagi. Dia amat bimbang dengan kewujudan Jong Ann yang mungkin akan mematikan masa depan politiknya, lebih-lebih lagi pengaruh Jong Ann pun agak susah untuk dihapuskan.

Disebabkan terlalu bimbang, sehinggakan Risan pernah menungkapkan, ”orang yang lawan Aku, selalunya tidak lama dalam politik”.

Apa makna kata-kata itu??? apakah Risan mahu membunuh Jong Ann??? Atau, Risan akan bertindak merosakan imej Jong Ann dihadapan penyokong-penyokong Jong Ann???

Risan selalu berulang alik ke DUN. Di sana, dia berjumpa dengan ”kapten Penyusun DUN” untuk mengetahui berita terkini, lebih-lebih lagi tentang Jong Ann yang selalu menyerang dia dahulu.

Padanya, Jong Ann amat merbahaya pada masa depan politiknya. Jong Ann banyak tahu rahsia hidup dan cita-cita masa depan politik Risan, sebab itu, Risan amat bimbang dengan Jong Ann.

CITA-CITA

Setelah menjadi Ahli parlimen Paret, Risan mula menanam cita-cita yang menggunung. Dia pernah menyebut, beliau akan menjadi Timbalan Menteri Pendidikan.

Sedihnya, Perdana Menteri tidak melantiknya sebagai Timbalan Menteri, walaupun menteri pendidikan berkenaan telah berjaya dilobi oleh Risan.

Nampaknya, selicik-licik politik belut Risan, licik lagi politik ikan keli Perdana Menteri Kaupunyasuka.

Risan mengetahui bahawa Tukang Masak kesayangan Perdana Menteri adalah seorang kawan rapat kepada Jong Ann. Ekoran dari itu, menyebabkan Jong Ann juga dikenali oleh Perdana Menteri Kaupunyasuka. Itu merumitkan Risan. Maka, Risan telah bertindak menggunakan line tukang masak tersebut, untuk merapatkan diri dengan Perdana Menteri.

Tujuannya adalah, untuk memburukkan Jong Ann, agar di suatu masa nanti, jika Jong Ann menyebut cara politik Risan yang lalu, pasti tidak dipercayai oleh Perdana Menteri.

Mungkin beliau menganggap, Perdana Menteri Kaupunyasuka itu mempunyai pemahaman politik setahap belud, padahal politik Perdana Menteri itu lagi canggih dari belud.

Tidak cukup sekadar itu pula, Risan mula menyerang Jong Ann dengan sedaya mungkin. Memburukan Jong Ann dengan segala bentuk yang ada, agar penyokong Jong Ann akan memandang buruk pada Jong Ann, dan sudah pasti selepas ini, segala ungkapan Jong Ann tidak akan dilayan lagi..

Apakah Risan Paret berjaya dalam misinya itu... kita tunggu dan lihat....

Sekian

p/s : kisah ini tidak ada kena mengena dengan dah mati. Tapi mungkin ada kena mengena dengan mereka yang akan mati...

Al-Bakistani
http://g-82.blogspot.com

ustaz_bakistani@yahoo.com




- Sri Indah (B), Sg Buloh
12 mac 2009 * 4:51 petang

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

oi bakisetan..
sapa yang ko maksudkan ni??
jangan ingat aku tak tau..
ko maksudkan ni ialah YB Nasir Zakaria kan??? MP Padang Terap!

ape masalah ko ni lagi??
YB Nasir Zakaria ni dah menang dah pon..
dah menggunung tanggung jawab dia..
biarlah dia wat kerja dia..nak jaga
rakyat kat tempat dia menang...
yang ko sakit hati ngan dia ni apahal?

ko tul la tak reti kenang budi..
dia dan suluhkan ilmu politik..
dah letakkan ko kat tempat yang
ko sebenarnyer tak leh nak capai..
kira bersyukurla..
ni ko dok maki dia lagi..
apa salah dia??
takkan la sebab sekolah ko terumbang-ambing pon ni salah YB Nasir gak? agak-agak la..

baru blajor sun tzu ko dah nak mula
nak gi maki YB Nasir..
jangan nak beranganla..
ko jaga sekolahko tu lagi baik
jangan nak penaya orang lain plak..
ko ni pandai belakon la..
asyik letakkan diri ko tu bersalah jer.. nanti aku bagitau kat usop haslam suh amik ko berlakon dalam gerak khas..
nak tak?? kan ker ko ni dulu pernah kena tahan polis..

ape masalah ko ni??
cuba ko kasi tau sama aku..
leh aku tolong ko..
pasal sekolah ko terumbang ambing..
kan ker aku dah cakap..
bukan salah ko..
pae lagi?
pasal ko nak jadik YDP..
nanti aku suh semua org kat Subang
ni undi ko jadik YDP..
biar lawan ngan zaharudin
takpon aku suh dorang bagi laluan
kat ko..
pasal hubungan ko ngan org kampong
kan ker aku dah cakap..
org kampong ko yang salah..
sebab dorang ni tak reti hormat
langsung kat ko..ko kan ulamak..
nanti aku seligi kepala dorang
sorang-sorang..ok tak?
pasal anak murid ko pon nanti aku
tepok dahi dorang..
suh dorang blaja sendiri² walapon ko tak nak ajar dorang..
pastu kalu takda makanan..
nanti aku suh dorang puasa..
walopon ko gi makan tempat sesedap..
pasal kawasan ko pon nanti aku
gi jumpa sorang² suh dorang hormat pastu terus sujud kalu jumpa ko..
ko nak camtu kan???
haa ngan hassan ali pon aku nak sms nasihat dia..ala..cam ko slalu buat.. tapi biar aku buat..
suh dia cium buku lali kaki ko..
tapi ko kena pakai stokin la..
bulu kaki ko tu tak kemas.. geli maa...
pastu aku suh kerajaan selangor hantar sebijik camry hitam legam berkilat yang
baru kat ko..sebab ko kan selalu hantar beras memalam buta..
dengan adanya camry ni nanti..
kerja ko tambah senang.. dan org pon lagi ske ngan ko nanti...seyes bai aku cakap..
tapi aku perati..
semua ayat² ko yang jawap kat aku..
semuanyer emosi..apsal bai??
naper marah² ni?
ni semua ko balaja dalam kitab sun tzu ke?
ko dah main game ape yang buat ko marah ni???

aku nak bagitau kat ko..
YB Nasir yang aku kenal ni baik..
dia ni ada sikap timbang rasa..
tak pernah penaya org..
tak pernah maki hamun dalam blog..
tak pernah buat cerita untuk hentam org..ko jer yang rajin..
dulu ngan cerita ko hentam ridhwan..
pastu kuar plak citer ni balik??
ko ni keji la..
nak dekat² pemilihan..mesti ko buat perangai babi gila ko tu..
apsal?? dah kemaruk sangat nak jadik YDP ke??
biar jerla..
biar zaharudin jadik..takpon si brahim..
ko nih susah hatio sangat nape??
ko kan ker ader pengaruh..ko guna
pengaruh ko utk suh dorang taat pada ko la..
jangan la Hantam YB Nasir dalam ni
dia ni cam abang aku..
punya baik ngan org kampong..
ko nih dok tabur fitnah jer..
aku sarankan ko bertaubat!!

untuk YB Nasir Zakaria..
teruskan Usaha Anta untuk beri
khidmat kepada rakyat Padang Terap

-Sunan

Tanpa Nama berkata...

kah kah kah....nampaknya perangkap sudah terkena....kah kah kah

kesian....

nampaknya YB pun main sorok2 ker???

hahahahaha.... sudah la YB... tak payah nak cover line la.... hahahaha

padang terap tak ada duit, tak payah minta kat JPDlaaa... ana tau semua tu....

tapikan Rm 7500 sebulan gaji ahli parlimen... bila nak belanja???

takkan makin jadi YB, makin kedekut kot????

hahaha...

sekian terima kasih...

Al-Bakistani

Tanpa Nama berkata...

ana jadi timbalan anta lama la syaikh. dekat 2 tahun.. sekadar bahasa anta maki tu, ana masak la....

bahasa anta maki Dr Maria dulu pun ana masih ingat lagi.. bahasa anta maki Ustazah maryam pun ana kenal la syaikh......

tulisan provokasi anta dalam Tranungkite hentam Dr maria pun, ana kenal lah syaikh...

bukankah anta mastermain masa tu.. anta yang suruh ana buat semua tu kan????

ana belajar dari anta jer.... anta yang ajar ana benda-benda ni...

sudah la YB... ana bukan opportunis macam anta...

kalau ana tak suka, ana akan sebut ana tak suka... bukan macam anta, depan kata suka, belakang kata tak suka....itukan Opportunis. anta juga yang ajar kalimah tu... dan anta juga yang ajar ana semua benda-benda ni kan... ??

masihkah kau ingat????

ana tak akan jadi YDP.. ana tidak akan duduk dalam organisasi selagi selangor menang.... tapi bukan bermakna, ana tak ambil tahu hal keluar masuk duit JPD. ana akan pantau dari jauh.... JPD Paya Jaras adalah Paya Jaras, bukan Padang Terap.. ok.......

sekian

Al-Bakistani