Isnin, 23 Mac 2009

KUASA OH KUASA….

KUASA OH KUASA….

Kadang-kadang terfikir persoalan bodoh. Apabila jam kita tidak betul dengan masanya, mana satukah yang perlu dibaiki?? Matahari atau jam???

Begitujuga, apabila seluar yang kita pakai tu singkat sangat. Mana satu yang perlu dibaiki, apakah kain seluar itu perlu ditambah atau kaki kita yang perlu dipotong???

Kita nak minum air. Air tersebut bisa masuk ke dalam mulut dengan apa-apa jenis gelas sekalipun. Oleh itu, antara dua perkara, mana satukah yang patut kita perbalahkan???

Apakah kita perlu berbalah disebabkan jenis-jenis gelas atau kita berbalah, apakah air tersebut masuk ke dalam mulut kita??
orang berebut kuasa. Apa tujuan berebut kuasa, sedangkan masih lagi tidak mampu melaksanakan amanah. Jika tidak mampu melaksanakan amanah, apakah kehadiran kita itu pula melahirkan maslahat lebih besar???

Jika ianya tidak wujud, buat apa pertahankan kuasa. Jika pertahankan juga kuasa, apakah tujuannya yang sebenar???

Kaedah asas amat senang. Bila tidak mampu, baik tidak pertahankan kuasa. Letak jawatan. Pun begitu, bila masih tidak mampu, tetapi tetap pertahankan kuasa. Maka itu adalah perkara pelik bin ajaib.

Asasnya, kuasa adalah untuk menunaikan perintah Allah. Memberikan kebajikan kepada rakyat. Membantu orang yang susah. Itulah matlamat kuasa.

Pun begitu, amat memelikkan, apabila wujud manusia yang tidak pernah menunaikan matlamat dikala berkuasa dahulu, tiba-tiba dia berperang demi mempertahankan kuasa. Apakah tujuan sebenar dia mempertahankan kuasa itu???

Masalah rakyat tidak tertunai. Dakwah Islam tidak berjalan. Tiba-tiba dia masih tetap mempertahankan kuasa. Apakah itu sudah boleh disebut pengkhianat kepada kuasa???

Apabila dikritik demi mempertahankan rakyat dan mempertahankan dakwah Islam. Orang yang mengkritik dilebel sebagai karut. Tetapi, jika tindakan yang sama dilakukan terhadap musuh, maka tindakan itu dianggap hero.

”kalau gu kawe buat, semuanya betul belako”. Bukankah itulah ungkapan yang mengandungi makna assobiyyah????

Apa makna assobiyyah pula??? Jawapan nabi adalah, membantu orang melakukan kezaliman.

Bermakna, kalau kawan kita buat tak betul. Kita sokong tidak betul itu. itulah disebut sebagai assobiyyah. Atau mafhum Mukhalafahnya pula, kalau kawan kita buat tak betul, kita kritik, maka itulah bukan assobiyyah.

Nabi tak mengaku umat bagi mereka yang assobiyyah. Justeru, assobiyyah adalah haram.

Oleh itu, apa yang patut kita pertahankan dalam hal ini?? apakah matlamat atau wadah yang menuju kepada matlamat????

Dengan demikian, apabila jam kita rosak, pastikan kita membaiki jam, bukan membaiki matahari. Apabila seluar kita singkat, pastikan kita tambah kain untuk labuhkan seluar yang singkat, bukannya kita memotong kaki agar kaki kita sama panjang dengan seluar.

Sekian

Al-Bakistani
http://g-82.blogspot.com/

bakistani_blog@yahoo.com



- Sri Indah (B), Sg Buloh
24 mac 2009 * 2:23 pagi


Tiada ulasan: