Khamis, 9 April 2009

MENGAPA MUKRIZ, TETAPI TIDAK KHAIRY???

MENGAPA MUKRIZ, TETAPI TIDAK KHAIRY???

Mstar melaporkan
[1];

“PETALING JAYA: Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin yang baru tidak dilantik menyertai Kabinet yang diumumkan sebentar tadi”

“Bagaimanapun calon yang mencabar beliau pada pemilihan 25 Mac lalu dilantik sebagai Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri”

“Turut menganggotai Kabinet ialah Naib Ketua Pemuda Umno, Datuk Razali Ibrahim iaitu Timbalan Menteri Belia dan Sukan”

KOMEN:

Semalam Utusan Meroyan ada menukilkan satu article yang menggambarkan sejarah UMNO dahulu pernah tidak melantik ketua Pemuda UMNO dengan sebarang jawatan Menteri, mahupun Timbalan Menter. article tersebut meragukan. Apakah ia bertujuan “cover line” untuk pengisytiharan cabinet najib pada hari ini.

Nampaknya, sudah terbukti dengan jangkaan ramai. Khairy sudah tidak tersenarai sebagai Menteri, mahupun Timbalan menteri.

Alasan tidak terlantiknya Khairy belum kedengaran lagi. begitujuga, alasan perlantikan Mukriz juga masih tidak kedengaran. Pihak wartawan perlu bertanya kepada Najib, mengapa Mukriz, tetapi tidak Khairy??

Apa akan jadi pada UMNO selepas ini?? apakah keputusan ini benar-benar membuktikan bahawa Dr Mahathir sememangnya mempunyai ”suara” dalam menentukan kabinat Najib, walaupun perkara ini dinafikan Mahathir dua hari lepas???

Pun begitu, tidak terlantiknya Khairy, malahan Mukriz pula yang terlantik, memperlihatkan Najib adalah Proxy Mahathir. Nyatanya, Malaysia hari ini telah dikawal oleh sebuah ”kereta control”, yang sudah pasti ”alat control” itu berada di luar dari pihak yang berkuasa, tetapi digeruni oleh pihak yang berkuasa.

Kita tunggu dan lihat apa nak jadi....

Sekian

p/s : “Ramai yang takut kepada pihak yang berkuasa, tetapi mereka lupa untuk meletakkan ketakutan mereka kepada tuhan yang maha berkuasa”

wallahu ‘Alam

Al-Bakistani
http://g-82.blogspot.com

ustaz_bakistani@yahoo.com


- Seksyen 8 * Kota Damansara
9 april 2009 * 4:58 petang

[1] http://mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2009/4/9/mstar_berita/20090409161717&sec=mstar_berita

3 ulasan:

~ aman shah ~ berkata...

Assalamualaikum ustaz...

pada pendapat saya,

maybe najib nak letak "muka2 bersih"
untuk membersihkan namanya...

takkan laa najib yang bjaksana tu nak letak perasuah dalam ahli kabinetnya??
nanti apa rakyat kata kat najib kalau dia pilih khairy?
mesti2 rakyat makin mengata kat najib tu...

Al-Bakistani berkata...

menarik pandangan anta...

mungkinkan selepas ini Khairy akan digugurkan dari ketua Pemuda UMNO... mana tau???

sekian

Al-Bakistani

bumilangit berkata...

haha...

ketua pemuda tak dpt jawatan, tp ahli biasa dapat timb menteri.

tak gila?