Isnin, 6 April 2009

PARA MUFTI PUN GILA MEROYAN JUGA

PARA MUFTI PUN GILA MEROYAN JUGA

Utusan Meroyan melaporkan
[1];

“KUALA LUMPUR 6 April - Persidangan Mufti-mufti Seluruh Malaysia hari ini memutuskan tindakan orang bukan Islam yang membaca ayat-ayat suci al-Quran bagi tujuan kempen politik merupakan cubaan mempersendakan kesucian dan keagungan kitab suci itu”

“Persidangan Mufti-mufti Seluruh Malaysia hari ini berpandangan, tindakan mana-mana orang bukan Islam membaca ayat-ayat suci al-Quran untuk tujuan kempen politik adalah cubaan mempersenda kesucian dan keagungan al-Quran,''

KOMEN:

Kalau aku mendengar non muslim membaca Al-Quran, aku akan berbangga dengan tindakannya. Berbangga kerana, walaupun mereka tidak beragama Islam, tetapi mereka sudah nampak keindahan Islam sehingga mereka merujuk kepada asas Al-Quran dalam menyampaikan sesuatu pendapat.

Kebanggaan aku itu, tidak dikhususkan kepada non muslim yang membaca Al-Quran itu dalam ceramah politik atau tidak. jika mereka membaca Al-Quran dalam ceramah politik, bermakna non muslim sudah faham bahawa dalam islam wujud politik.

Pun begitu, berita hari ini yang dilaporkan oleh utusan Meroyan amat jelas menampakkan mufti lebih jahil tentang politik Islam. mereka mendakwa, tindakan non muslim membaca ayat Al-Quran untuk tujuan kempen politik merupakan cubaan mempersenda kesucian Al-Quran.

Amat pelik dengan kenyataan para mufti ini. Ini kerana, asas persenda Al-Quran mengikut para mufti adalah dengan non muslim membaca Al-Quran dalam ceramah politik.

Atas asas apakah yang digunakan oleh para mufti sehingga mengeluarkan kenyataan sebegini???

Apakah terlarang sama sekali terhadap non Muslim membaca Al-Quran?? Apakah terlarang sama sekali, membaca Al-Quran dalam ceramah politik??

Jika terlarang, dari mana dalil dan hujjah-hujjah yang dirujuk oleh para mufti??? Dalam islam, mana mungkin dinyatakan larangan tanpa merujuk kepada sandaran dalil-dalil yang muktabar.

Yang lebih memelikkan, Harussani mendakwa tindakan YB dari parti DAP yang membaca Al-Quran sebagai mempersendakan Islam. pun begitu, tidak dinyatakan dimanakah unsur mempersendakan Islam yang dimaksudkan. apakah dengan kalimah ”surah Al-’Araf” yang tersilap baca dengan ”Surah Al-’Aurah” menunjukkan itu adalah mempersendakan Al-Quran???

Jika tersilap juga sudah dikira sebagai mempersendakan Al-Quran, bagaimana pula dalam jangka tahun 1998 hingga 2004, yang mana ada seorang YB BN yang berbangsa melayu beragama Islam menyebut hukum ”uhud” dikala hendak menyebut hukum hudud. Apakah itu tidak dikatakan mempersendakan hukum yang terkandung dalam islam???

Apakah disebabkan orang daripada parti DAP yang ada pimpinan partinya mencabar mayatnya dilangkah jika Islam dilaksanakan membaca Al-Quran, maka sudah cukup untuk dinyatakan sebagai mempersendakan Al-Quran???

Jika begitu, orang dari Parti UMNO yang membaca Al-Quran juga sudah dikira sebagai mempersendakan Al-Quran. Ini kerana, UMNO adalah satu parti yang mempunyai presidennya yang beragama Islam, pernah menghina Islam dan perlaksanaan hukum islam dalam negara.

Kenyataan para mufti hari ini mengingatkan aku kepada hadis Nabi SAW, daripada Katsir bin Abdillah, daripada bapanya, daripada datuknya berkata;

سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، يَقُولُ:إِنِّي أَخَافُ عَلَى أُمَّتِي مِنْ بَعْدِي مِنْ أَعْمَالٍ ثَلاثَةٍقَالُوا: مَا هِيَ يَا رَسُولَ اللَّهِ؟ قَالَ: زَلَّةُ الْعَالِمِ، أَوْ حُكْمٌ جَائِرٌ، أَوْ هَوًى مُتَّبَعٌ.

Maksudnya;
”aku dengar Rasulullah SAW berkata; ”Aku bimbang tiga perkara berlaku terhadap umatku selepas kewafatanku”. Para sahabat bertanya; ”apa dia wahai rasulullah SAW?” Baginda SAW menjawab; ”(1) kegelinciran ulama, (2) pemerintah yang jahat dan (3) hawa nafsu yang dituruti
[2]

Nampaknya, ketiga-tiga perkara ini sudah berlaku selepas najib Tun Razak menjadi PM.

Sekian

p/s : Apakah Memusabaqahkan Al-Quran dalam keadaan tidak dijadikan Al-Quran sebagai pengamalan dalam pemerintahan, merupakan tindakan menghina Al-Quran???. Itu tidak perlu didebatkan, kerana itukan anjuran UMNO. Setiap yang datang dari UMNO, maka itu adalah benar mengikut fatwa para mufti. Bukankah begitu???

Wallahu ’Alam

Al-Bakistani
http://g-82.blogspot.com/

ustaz_bakistani@yahoo.com



- Sri Indah (B), Sg Buloh
7 april 2009 * 4:06 pagi

[1]http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0407&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_05.htm
[2] Al-Mukjam Al-Kabir : 13491.

1 ulasan:

abdrahim kassim berkata...

Saya teringat pernah seorang bekas PM dari UMNO menyebut dalam ucapannya, Nabi Muhammad s.w.t. Apakah itu tidak menghina?