Rabu, 29 April 2009

PANDANGAN BERNAS DARI RUANGAN KOMEN


PANDANGAN BERNAS DARI RUANGAN KOMEN

Ini antara komen-komen yang bernas dari sidang pembaca. Mungkin, pandangan ini dapat membuatkan kita berfikir tentang apa yang perlu kita lakukan demi kemenangan islam di masa akan datang.

***

Assalamualaikum wbt,
Sekadar memberikan sedikit pandangan.

Saya melihat akibat dari penerapan sistem pendidikan sekular, maka wujud 2 kelompok yang sangat berbeza, secara mudahnya boleh disebut sebagai golongan profesional dan golongan agama. Sampai wujud keadaan dimana sesetengah pihak berpandangan pemerintah mesti dari golongan professional dan ada juga yang merasakan mesti dari golongan ulama.Pemisahan ini sampai mewujudkan profesional yang dangkal pengetahuan agamanya, akhirnya menjadi manusia yang lemas dalam lautan kapitalisme. Dan masa yang sama, golongan agama pula sangat umum pengetahun semasa dan tidak dinamik.

Pada saya, ini adalah kesan dari sekularisme. Walhal berabad lamanya Islam tertegak, para khalifahnya adalah orang yang faham persoalan politik dengan jelas, professional cara kerjanya dan mendalam ilmu agamanya.

Dan inilah suasana dalam kehidupan Islam. Suasana ini pudar apabila sekularisme diterapkan dan universiti2 tidak lagi mengajar Islam secara talaqi, tetapi mengikut sistem silibus. Dan Islam hanya diajar sebatas fikrah tanpa menekankan aspek perlaksanaan(thariqah).

InsyaAllah, dengan penerapan kembali sistem Islam, apa pun bidang yang kita ikuti, kita mampu menjadi individu yang faqih fiddin dan tinggi etika profesionalisme, malahan lebih hebat dari cerdik pandai yang ada sekarang, amin.

Salam perjuangan

1 ulasan:

pasnational_unity berkata...

Proses asimilasi sekularisme telah berlaku secara sedar ataupun tidak.Umat diluar dahagakan bimbingan ke arahan kebenaran.Jika pergelutan yang berlaku di alam maya di antara dua golongan harapan ummah, dimanakah tempat atau dahan untuk umat berpaut?Pergeseran yang berlaku hendaklah ditangani dengan penuh hikmah agar umat tidak menjadi lagi kelam dalam zaman yang penuh kekelaman dan berjerebu.