Ahad, 19 April 2009

PERUBAHAN PASTI AKAN BERLAKU !!

Sukarno : tokoh penentangan penjajah indonesia
PERUBAHAN PASTI AKAN BERLAKU !!

Sukarno seorang yang hebat berpidato. Pidatonya mengkagumkan, berjaya menjadikan mulut-mulut pendengar tenganga. Ungkapan sastera yang indah, berjaya melahirkan semangat juang untuk menghadapi penjajah di Indonesia.

Benar kata Nabi SAW;

إن من البيان لسحرا

Maksudnya;
“Sesungguhnya, sebahagian pidato itu adalah sihir”

Zaman sukarno adalah zaman penentangan terhadap penjajah. Maka dia dilihat seperti sebuah mentor dalam menghalau penjajah dari negara yang dijajah.

Pun begitu, ketika penjajah berjaya dikeluarkan dari indonesia, beliau tidak berjaya membangunkan indonesia di atas runtuhan penjajah. Pidatonya yang hebat itu, sudah tidak berjaya menarik semangat juang, tetapi melahirnya perasaan meluat rakyat.

Rakyat memberontak mahukan perubahan. Menyedihkan, apabila wujud golongan yang takut dengan perubahan. Mereka adalah ”pengkagum-pengkagum sukarno”. Mengkagumi sukarno dengan sentimen kejumudan tanpa menilai kehendak waqii yang real.

Dr Yusuf Al-Qaradhawi : tokoh Mujadid Islam abad ini

Bagi mempertahankan sentimen kejumudan mereka itu, maka diungkapkan kisah sukarno dizaman kegemilangan; kisah pidato membangkit semangat ”diulang tayangkan”, perjuangan silam menjatuhkan penjajah dijadikan bahan selingan. Tujuannya, agar sukarno tidak ditolak rakyat.

Pun begitu, rakyat mahukan perubahan. Menyebabkan Sukarno di tendang rakyat indonesia sendiri, maka naiklah suharto sebagai mentor pembangunan indonesia. Walaupun beliau tidak serius membangunkan rohani rakyat indonesia, tetapi beliau agak terkedepan sedikit berbanding sukarno dalam membangunkan jasmani indonesia.

Jelasnya, rakyat indonesia memang mahukan perubahan, tetapi dirasakan rumit kerana dihalang oleh ”pengkagum-pengkagum membabi buta”. Pun begitu, fitrah manusia mengatasi serangan, akhirnya sukarno berjaya juga dijatuhkan.

Sekian

P/s : Di Iran, aura Ahmadinejad berjaya menandingi aura para ayatullah. bagaimana pula di sini???

Wallahu ’Alam

Al-Bakistani
http://g-82.blogspot.com

ustaz_bakistani@yahoo.com



- Sri Indah (B), Sg Buloh
20 april 2009 * 1:19 tenghahari.




15 ulasan:

Haikal Sulaiman berkata...

Salam ..

Saya menangis mengenangkan pertandingan pada pemilihan pemimpin tertinggi PAS pada tahun ini .
Betapa saya melihat begitu ramai PAS peringkat cawangan Mencadangkan orang yang berubah-ubah dasar beliau (mengenai hudud, waktu debat dengan khairy di kota Bharu ) apabila digertak oleh DAP . Sedarlah wahai umat !! kita memerlukan pemimpin yang tegas mempertahankan prinsip islam ini!!
Mungkin ustaz boleh fikir dan berimaginasi jika beliau menggantikan dato'seri presiden kelak bagaimanalah dasar parti ini ....

Al-Bakistani berkata...

ana lebih bimbang bila isi kandungan Islam tidak berjaya dilaksanakan berbanding slogan islam diperingkat awal tidak berjaya dilaungkan....

dalam fiqh muwazanat, kaedah ada menyebut;

kita lakukan mudharat sementara, demi untuk mendapat maslahat yang berpanjangan...

kita melakukan mudharat yang kecil, demi menghindarkan mudharat yang lebih besar...


sekian

Al-Bakistani

khalif berkata...

Ustaz, tak cukup alasan skarno dan suharto untuk jadikan alasan tukar kepimpinan kita.

Cuba cari bukti dalam sirrah nabi, Semua enam khalifah tak pernah di tukarkan walaupun ada suara yang tak berpuashati dengan performance mereka.

Al-Bakistani berkata...

para sahabat, terutama Khalifah yang empat. mereka mempunyai minda perubahan.. mereka adalah mujtahid, dan sentiasa melakukan perubahan...

lihatlah Omar yang menjadi Khalifah; yang tidak tertakluk dengan fatwa Abu Bakar semasa menjadi Khalifah....

persoalan yang perlu ditimbulkan kini, Sukarno masih dengan minda lamanya dikala sudah memerintah.. sukarno tidak bermindakan perubahan, justeru dia ditolak...

mungkin ditempat kita juga agak sama. sebab, ramai dari kalangan kita mendakwa mengikut khalifah yang empat, tetapi minda kita tidak seperti minda khalifah yang empat...

justeru, perlu ada dua perubahan. iaitu, (1) perubahan dari orang yang tidak bermindakan khalifa yang empat, kepada mereka yang berminda khalifah yang empat, (2) perubahan baru selepas mereka yang berminda khalifah empat mengambil tampuk pemerintahan...

sekian

Al-Bakistani
sekian

Al-Bakistani

Tanpa Nama berkata...

teruskanlah Wan Ji...orang yang nakkan perubahan tu dah besedia,cabarlah jawatan presiden.Presiden PAS tak bawa perubahan,lantiklah orang baru untuk jadi Presiden,supaya PAS lebih maju,buang T.G Haji Hadi sebab idea dia xleh pakai,ambikla orang yang "hebat" tu gantikan tempat T.G Haji Hadi,PAS akan maju dibawah kepimpinannya nanti yang akan membawa perubahan,dibawah T.G PAS tak ada sebarang perubahan,Bekerjalah untuk individu yang nak bawa perubahan,teruskan ye Wan Ji.jangan lupa,bila orang lain naik jadi Presiden terimalah kembali jawatan-jawatan yg telah diletakkan tu.

Al-Bakistani berkata...

Saidina ALi tak pernah bimbang Abu Bakar, Omar bin Al-Khattab dan Osman mendahuluinya untuk jawatan Khalifah.. tetapi, puak2 syiah yang taassub dengan 'Ali sahaja bimbang.....

yang penting bagi 'Ali, Islam terus memerintah. Al-Quran dan As-Sunnah berjaya dimartabarkan dan didaulatkan dalam pemerintahanan.

sekian

Al-Bakistani

Tanpa Nama berkata...

Salam Syeikh..

1.bila enta bukak topik ni enta kena tahu kenapa ada ahli jamaah yg bimbang..mereka bukan ta'sub mcm pengikut syiah.tapi mereka bimbang pd org2 yg nk merebut jawatan presiden tu tak ada jaminan yg mereka blh buat berubahan.

2.pd ana 'kepimpinan' ni Allah yg akan letak seseorang tu sesuai pd kemampuan dia.

3.bila enta dah buat spekulasi mcm ni ramai org yg hilang 'thiqah' pd enta.

4.syeikh..ana kagum dgn enta satu masa dulu.ana terbayang alangkah indah dan cantiknya kalau tulisan enta ni benar2 ilmiah.

5.ana cadangkan enta belajar cara tulisan saifulislam.com.banyak yg ummat dapat manfaat darinya.

sekadar luahan cetusan rasa kasih sayang..

wassalam

Al-Bakistani berkata...

menulis dengan fakta. menulis dengan pemikiran sendiri.. mungkin ada beza???

menulis dalam menyampaikan pandangan sendiri, dengan menulis merujuk kepada pandangan orang lain.... mungkin ada beza???

kita akan sayang kepada orang yang berpihak kepada kita. tapi kita tidak sayang kepada orang yang menyanggahi kita... itulah hukum karma....

tak perlu takut dan bimbang dengan PAS. sebab PAS parti Islam. kalau PAS parti Islam, pasti PAS akan dipelihara oleh Allah...

orang suka atau tidak, itu bukan isu. nabi kata, berkata benarlah, walaupun pahit sekalipun...

apabila orang rasa pahit, sudah pasti orang akan benci atau "hilang siqah". sebab ada sebilangan kita tafsirkan siqah itu adalah "berpihak", bukan "kebenaran".

sekian

Al-Bakistani

Tanpa Nama berkata...

Salam Syeikh..

1.syeikh..ana pernah terbaca tulisan enta yg lalu.bagaimana cara enta berdakwah dgn anak mudi yg dah hanyut.ana respect!!

2.syeikh..kalau dengan anak mudi yg dah hanyut ni enta boleh masuk dengan diorang dengan cara paling hikmah..tp kenapa dengan ahli jamaah sendiri enta tak buat macam tu?

3.syeikh..ana rasa masih banyak lagi uslub yg terbaik yg boleh enta gunakan dalam penulisan.

4.syeikh..hilang 'thiqah' yg ana maksudkan disini enta dah mula hilang nilai2 adab dalam berjamaah.kalau enta nak tahu semua ahli2 kita perhatikan enta.

5.ana minta kita sama2 bukak sirah..tengok bagaimana contoh2 t'baik dr golongan salafussoleh beradab jamaah..maafkan ana..

sekadar luahan cetusan rasa kasih sayang..

wassalam

Al-Bakistani berkata...

orang mementingkan adab, tetapi kadang-kadang orang yang dikatakan beradab itu telah melanggar undang-undang...

adab adalah kesempurnaan bagi undang-undang. bukannya undang-undang adalah kesempurnaan bagi adab.

langgar undang-undang tidak dikatakan salah. tetapi jika dilihat seakan-akan tidak beradab, maka itu dikatakan salah... adab adalah sunat, undang-undang adalah wajib.

ana baca kisah sahabat yang soleh bernama Ubbadah bin As-Somit yang berhadapan dengan Muawiyyah lantikan Omar sebagai Gabenor Syam...Soerang pemuda menghunuskan pedang kepada Saidina Omar. Syuraih Al-Qadi dengan Saidina Ali dalam Mahkamah umum dan banyak lagi....

ramai mendakwa, Nabi SAW direspek kerana akhlaknya,, sedangkan kita lupa Nabi SAW di respek kerana cara baginda berfikir, cara nabi memberikan cadangan, cara nabi kemukakan idea, cara baginda mengelola keadaan, cara nabi memberikan hak kepada rakyatnya dan banyak lagi...

jangan bimbang, ana sedang meneroka sirah nabi dalam peperangan. ana tengah merancang menulis "seni peperangan Nabi SAW, para sahabat dan panglima-panglima Islam"..

dalam islam, isteri memang wajib memberi ketaatan kepada suami, tetapi bukan bermakna suami mempunyai kuasa mutlak sehingga bertindak terhadap isteri sesuka hatinya.

ana dah kena semua benda ini. atas nama wala', ana diperkudakan oleh insan-insan yang ada kepentingan diri. insan-insan itu adalah golongan jemaah juga.

setelah dikambinghitamkan atas nama wala', ana berpegang prinsip, wala' tetapi ianya bukan taqlid buta....

masalah siqah atau tidak, pada ana, abu bakar adalah tokoh berhikmah, tetapi ana tidak nafikan tindakan Ubbadah mengkritik Muawiyyah sebagai berhikmah. sebab mereka adalah para sahabat; salaf as-soleh..

sila rujuk kitab siyar al-'alam wa an-nubala'.

sekian

Al-Bakistani

Tanpa Nama berkata...

salam yeikh..

1.syukran atas ulasan enta.

2.ana doakan semoga Allah bantu enta kalau betul niat enta baik utk jamaah, apatah lagi utk Islam.

3.kalau enta silap dan ana pun silap, ana harap Allah pimpin kita dan perbetulkan kita.

4.cumanya ana minta kita sama2 mencari uslub yg paling terbaik utk kita sampaikan sesuatu atau teguran pada jamaah dan pimpinan.

Siru 'ala barakatillah..

sekadar luahan cetusan rasa kasih sayang..

wassalam

Tanpa Nama berkata...

Cuba bagitahu siapa yang langgar undang-undang?dari sumber mana kenyataan yang mengatakan "sipulan" salah?enta dgr dari sape?khalid samad ke?enta percaya ke dia ke?entah-entah maklumat yang diterima tu hanya khittoh anai-anai nak porak perandakan jemaah,cepat betul enta percaya khabar dari orang.klu betul la 'sipulan' salah,mintakla syura buat tindakan @ paling kurang buat kenyataan yng tindakan itu salah...ana bimbang enta bentindak salah hasil dari silapnya maklumat...ana cadangkan enta dengarla dari dua-dua pihak,baru adil,nak jawab depan Allah ta'ala nanti pun sedap...ana bimbang juga anta dipergunakan untuk menaikkan seseorang kononnya atas dasar nak perjuangkan islam yg universal,lalu diburukkan orang itu,diperlekehkan orang ini,untuk menaikkan orang itu... hmmm ...semoga Allah beri kita petunjuk

Al-Bakistani berkata...

khittoh anai-anai??? anai-anai bersifat meruntuhkan bangunan tanpa disedari.. jika diketahui, cepat-cepat gunakan ubat bunuh anai-anai... tetapi, yang lebih penting sekarang ni, sudah ada raksasa yang nak runtuhkan bangunan, tapi peliknya, orang dari bangunan itu membiarkan raksasa itu bertindak untuk meruntuhkan bangunan tersebut. bukan sekadar itu, apabila ultraman datang menghalang raksasa tersebut, orang dalam bangunan itu sendiri marah kepada ultraman... pelik-pelik memang pelik...


sekian

UMNO jijik dan kotor !!!

Al-Bakistani

khalif berkata...

Ustaz Wanji, kami respek dengan kepimpinan TGHH sebab dia ada sikap yang jauh berlawanan dari ustaz yang ni lah.

Dia tak cepat melatah bila ada suara mengkritik dan menegur dia, banyak diam tapi banyak senyum dan menerangkan dalam bentuk penggulungan.

Kami sejuk hati bila dia memberi penerangan dengan senyuman pada muktamar di perak.

Ilmu ustaz wanji banyak, kami tak terlawan, tapi Saidina Umar tidak kurang lantangnya, tapi tawadduk dia melebihi ketegasannya.

Hah, lepas ni jawablah balik. tak payah muhasabahlah teguran kami.

Saya sendiri dah rasa macam tak kenal ustaz wanji yang saya kenal dulu.

Al-Bakistani berkata...

ana terima teguran antum.. pun begitu, pada ana,

a) UMNO tidak boleh dijadikan kawan..

b) UMNO tidak boleh dibiarkan memerintah...

sekian

Al-Bakistani