Selasa, 9 Jun 2009

BIMBANG.. BIMBANG...!!!


Pemuda (UMNO) sifatkan Hadi berpandangan jauh : utusan meroyan

KUALA TERENGGANU 8 Jun - Pergerakan Pemuda UMNO Terengganu menyifatkan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebagai pemimpin berpandangan jauh kerana tidak menutup pintu rundingan ke arah pembentukan kerajaan perpaduan antara UMNO-Pas.

Ketuanya, Saiful Bahri Baharuddin berkata, sikap Abdul Hadi itu menunjukkan beliau mengutamakan kestabilan politik negara serta pengukuhan orang Melayu di negara ini.
Menurutnya, Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa yang mempunyai pandangan sama dengan Abdul Hadi mempunyai semangat toleransi dalam mewujudkan kestabilan politik dengan menarik anggota parti itu ke arah pengukuhan ummah.

''Pemuda UMNO Terengganu mengalu-alukan sebarang perbincangan di antara pucuk pimpinan kedua-dua parti," katanya dalam kenyataan yang dikirimkan melalui khidmat pesanan ringkas di sini hari ini.

Menurut Saiful Bahri, sudah sampai masanya pemimpin kedua-dua parti duduk semeja untuk mencipta kestabilan dan kemakmuran negara.

Katanya, mereka yang menolak usaha pembentukan kerjasama di antara UMNO-Pas mempunyai agenda politik peribadi yang tersirat dan sempit.

Beliau berkata, tindakan mereka yang menolak usaha itu bertentangan dengan kehendak rakyat yang mahukan kemakmuran negara berkekalan.

''Rakyat juga mempunyai hasrat yang sama untuk melihat perpaduan dan kestabilan politik negara," ujarnya.

Menurutnya, pemimpin parti perlu menterjemahkan amanah yang diberikan ke arah kebaikan, bukannya terlalu banyak berpolitik sehingga memberi kesan kepada rakyat dan negara.

Ini kerana jelasnya, negara terpaksa berhadapan dengan banyak ancaman dari luar serta musuh Islam yang ingin melihat keruntuhan masyarakat di negara ini.

Justeru tegasnya, adalah penting semua pemimpin mengambil pendirian bersama untuk mencipta perpaduan demi kebaikan rakyat dan negara.

KOMEN :

bimbangnya dengan kenyaataan sebegini....

sekian

Al-Bakistani







- Sri Indah (B), Sg Buloh

8 Jun 2009 * 6:38 petang


Sumber :

2 ulasan:

penulis berkata...

Proses penyuntikan racun UMNO ke dalam pakatan.

Tanpa Nama berkata...

Yer betul tu...Mudah2an Allah selamatkan pakatan rakyat...Harap2 TG ayah chik jangan wat lagi kenyataan2 yang tidak mempopularkan pas bahkan mengurangkan populariti pas...Cukuplah kerenah us nasa sorg yang tak habih2 nak bekerjasama dengan umno...Allahuakbar!!