Tuan Guru Nik Abdul Aziz bin Nikmat, "Omar Bin Abdul Aziz Malaysia", yang semua ahli politik Islam wajib belajar politik dari beliau
JANGAN DESAK, TETAPI BAGI FAHAM
Dalam pemerintahan Omar Abdul Aziz, kita dapati beliau merupakan seorang khalifah islam yang baik dan berjaya. Beliau berjaya menegakkan keadilan, menyebarkan kebaikan dan sebagainya. Tetapi dalam masa yang sama, beliau sendiri tidak berjaya melaksanakan semua yang dikehendaki oleh islam, seperti menghidupkan peranan syura yang menjadi asas pemerintahan islam dan tidak berjaya mengeluarkan pemerintahan khalifah dari ruang kuasa keluarga Bani Umayyah[1].
Pernah anak beliau – abdul malik - bertanya tentang lambatnya beliau melaksanakan urusan pemerintahan islam ini. Mendengar soalan anaknya itu, beliau menjawab;
لا تعجل يا بني، فإن الله ذم الخمر في القرآن مرتين، وحرمها في الثالثة، وإني أخاف أن أحمل الحق على الناس جملة، فيدفعوه جملة، ويكون من ذا فتنة
Maksudnya;
“Jangan kamu terburu-buru wahai anakku, sesungguhnya Allah mencela arak dalam Al-Quran sebanyak dua kali. Dan mengharamkannya pada kali yang ketiga. Sesungguhnya aku bimbang menanggung kebenaran secara keseluruhannya, lalu mereka menolak seluruhnya dan menimpa fitnah[2]”
MORAL DARI KISAH INI:
a) Omar bin Abdul Aziz tidak mendesak rakyatnya agar menerima sesuatu perkara yang datang dari Islam, melainkan beliau akan memberi faham terlebih dahulu kepada rakyatnya. Ini kerana, jika bertindak memaksa rakyat menerima juga, dalam keadaan rakyat belum memahaminya lagi, maka dibimbangi akan lahirlah penolakan rakyat terhadap Islam itu sendiri. lebih buruk lagi, apabila pemimpin mengkondem pemikiran rakyat itu sendiri.

b) jika perlaksanaan Islam pun Omar bin Abdul Aziz tidak gopoh untuk lontarkan kepada rakyat, inikan pula perkara yang bukan perlaksanaan islam, cumanya sekadar idea yang baik.
c) Sebagai pemimpin, perlu memikirkan kesan disebalik sesuatu tindakan. Ini kerana, jika tersalah bertindak, akan melahirkan mudharat yang lebih besar. Kalau rakyat biasa buat, itu tidak mendatangkan mudharat yang besar. ini kerana tindak tanduk rakyat biasa tidak memberi kesan yang besar berbanding pemimpin besar.
Sekian
Wallahu ‘Alam
Al-Bakistani
http://g-82.blogspot.com
ustaz_bakistani@yahoo.com
- Sri Indah (B), Sg Buloh
11 jun 2009 * 12:34 tenghahari
[1] Fatawa Muasarah : 3/432
[2] Al-Muwafaqat : 2/148
Sekian
Wallahu ‘Alam
Al-Bakistani
http://g-82.blogspot.com
ustaz_bakistani@yahoo.com
- Sri Indah (B), Sg Buloh
11 jun 2009 * 12:34 tenghahari
[1] Fatawa Muasarah : 3/432
[2] Al-Muwafaqat : 2/148
2 ulasan:
Assalamualaikum
Betul tu ustaz...kalo kita memberi idea2 yang menyebabkan mad'u kita jauh dari kita tanpa penerangan yang sepaTUTnya itu memang tak patut...idea2 seperti perpaduan, muzakarah, rundingan, kerjasama dan lain2 boleh menyebabkan rakan2 pakatan dan sokongan bukan Islam merosot...kerana Islam ni agama untuk berhujah..agama fitrah...Tapi bagaimana pula cadangan yang disepakati oleh para ulama seperti presiden dan timbalan presiden di kalangan ulama? Bukankah ini dapat menjauhkan golongan2 lain dalam jemaah?? Tapi ia disepakati oleh semua ulama..tidakkah ia digelar ijma para ulama yang tidak boleh ditolak?? Mohon penjelasan ustaz??
ijmak lain... .. tak sama...
sekian
Al-Bakistani
Catat Ulasan