Rabu, 17 Jun 2009

KERAJAAN PERPADUAN BOLEH HANCURKAN PAS DAN PR


KERAJAAN PERPADUAN BOLEH HANCURKAN PAS DAN PR

Tak abih2 lagi lagi dengan citer Kerajaan Perpaduan. Betui kata TGNA. Kalo udah gatai dan tak dan2 nak jadi menteri, baik keluar jer dari PAS. UMNO Cheras siap offer lagi. Apa lagi yang ditunggu, keluar ler. Buat aper lagi duduk tercogok dalam PAS. Baikler berambus. Baikler jadi ustaz UMNO.

Sebenornye teman baru jer chek nama teman dalam PAS. Memang teman ahli PAS. Teman ahli tiga parti. Ahli UMNO, PAS dan PKR. Teman tak tahu macam mana tetiba teman jadi ahli UMNO. Lantaknye ler. Teman memang isi borang PAS tetapi tak tahu di mana ditala di deme akan teman ni. Oleh kerana PAS tak serius nak terima teman, temanpun isi borang PKR.

Tapi teman pelikler dengan PAS. Adaker ditalanye teman ke cawangan yang jauh daripada alamat teman. Lainler kalo tempat teman ni takde cawangan PAS. Udahler ditalanye entah kemana, tak berkhabor pulak tu. Setelah lebih 10 tahun, baruler teman tahu yang teman ni ahli PAS di cawangan..… Itupun sebab teman mencari. Kalo idak, sampai ke sudah teman tak tahu akan status keahlian teman.

Oleh kerana teman juga adalah ahli PAS, maka teman berhak menulis pasai PAS. Kepada pemimpin PAS yang nombor satu dan nombor dua serta SUnya, teman nak bagitahu yang mulut kome tu telah menyusahkan ahli PAS macam teman ni. Yang nak beradap dan berkempen face to face dengan pengundi, adalah orang macam teman ni. Kome tu tahu ceramah jer. Kome tu tahu nak jadi calon jer. Abih ceramah, kome balik. Yang kulu kelo ke darat ke baroh berkawan dengan pengundi, orang macam teman ini ler. Masa, tenaga dan duit yang abih usah citer ler.

Sebab itu teman katakan tadi yang kome ni bukan nyenangkan ahli PAS, tapi menyusahkan. Takkan kome tak tahu yang PAS udah elok pakatnya dengan PKR dan DAP . DAPpun udah mula boleh baca dan paham al-quran. Lim Guan Eng pun selalu nyebut nak tiru pemerintahan Khalifah Umar Abdul Aziz. Pasai si Karpal Singh tu, lantaknyer ler. Dalam tempoh DAP udah mula berjinak dan cuba memahami PAS, tetiba kome pulak buat hal nak berkawan dengan UMNO. Pelik teman. PAS yang mengEsakan Allah tetiba nak percaya dengan UMNO yang lebih percayakan bomoh daripada Allah.

TGNA memang ada buat silap. Silap kerana mempertaruhkan Ibrahim Ali di Pasir Mas. DSAI juga selalu buat silap. Silap kerana percayakan Saiful. Silap kerana terlalu yakin akan 916. Silap kerana melantik Hj Othman mengemudi PKR Perak. Begitu juga dengan Karpal Singh yang buat silap pertikaikan hudud. Tetapi silap deme takdeler sampai nyusahkan parti. Parti masih kukuh. Sokongan masih bertambah.

Tetapi silap TGHA dan kumpulannya boleh menghancurkan PAS dan PR. UMNOpun tahu yang UMNO tidak lagi boleh bertahan pada PRU13. Walaupun pengundi Melayu kampung masih bersama UMNO, jumlah pengundi Melayu yang mengundi UMNO semakin berkurangan. Sokongan bukan Melayu kepada PR pula telah bertambah dengan begitu ketara. Beberapa siri PRK termasuk PRK Bukit Gantang adalah buktinya. Dengan kata lain peluang PR memerintah Malaysia pada PRU13 lebih cerah berbanding UMNO. Sebab itulah UMNO memuji UG Presiden PAS. Najib kata PAS ikhlas. Kome ingat senangker UMNO nak muji PAS kalo takde udang di sebalik mee.

Tadi si SU PAS dengan bangganya mengatakan bahawa perbincangan dengan UMNO mesti melibatkan PKR dan DAP. Kenapa hari ni baru nak konar macam tu. Sebelum ni gah bebenor dengan UG. Siap dengan dalil lagi. Allah suruh kita berdamai. Jangan bergaduh. Berdamailer dengan UMNO. Tak payahler ungkit2 lagi pasai Altantuya. Tak payahler ungkit2 lagi pasai bomoh. Kata UMNO, bimbingler UMNO ke jalan yang benar.

Sepatutnya pimpinan utama PAS bantu MB Nizar di Perak. Sepatutnya PAS bersama PKR dan DAP memikirkan beberapa langkah proaktif ke arah memahamkan rakyat kampung tentang isu rampasan kuasa di Perak. Tetapi PAS tetap dengan ceramah risalah, ceramah risalah, ceramah risalah tanda tangan. Takdeker mende lain yang lebih berpekdah dan berkesan yang kome boleh buat. Buatler Futsal Piala Nizar atau Speaker. Buatler Kuiz Merampas Perak peringkat cawangan, kawasan, negeri dan kebangsaan. Hakim2 peringkat negeri dan kebangsaan mesti terdiri daripada ADUN PR. Ate ngape, payah bebenorker nak buat yang lain selain daripada ceramah?

Pemimpin2 utama PAS hari ni seolah2 udah jadi seperti perumpamaan, Gajah depan mata yang begitu besor tak berapa nampak, tapi hama yang nun jauh di Putrajaya nampak bebenor. -dango mamamat

Dari;
http://greenboc.blogspot.com/2009/06/pas-umno-kerajaan-perpaduan-boleh.html

41 ulasan:

Ibnu Ali berkata...

TG Nik Aziz Kata:

"Kalau semua setuju...PAS jadi menteri, DAP jadi menteri dan Keadilan jadi menteri"

Inilah 'antara' gambaran UG.

Kenapa TG Nik Aziz semacam baru sedar akan gambaran UG?

Apakah yang Tg Nik Aziz faham tentang UG sebelum ini? Sehinggakan marah benar dengan TGHA dan Ust Nasha?

Ibnu Ali berkata...

Laporan media aku copy dari blog Husam:

Beliau juga dilaporkan berkata jika agenda kerajaan perpaduan itu benar-benar ingin dijadikan satu realiti, BN seharusnya melantik pemimpin daripada gabungan pembangkang untuk jawatan menteri.

"Kalau semua setuju...PAS jadi menteri, DAP jadi menteri dan Keadilan jadi menteri," katanya.

-------------------

Inilah 'antara' gambaran UG yang diilhamkan oleh TG Hahi Hadi.

Kenapa TGNA dah sedap hentam-hentam Nasha baru sebut hal ni?

Apa yang TG NIk Aziz faham tentang UG yang diilhamkan oleh TGHA sebelum ini?

Adakah TGNA silap faham tentang UG, yang dalam kepala beliau "bawa PAS masuk UMNO/BN"?

Siapakah yang memberi nasihat kepada beliau dalam isu UG?

Kenapa Husam highlightkan artikel Tok Guru suh Nasha masuk UMNO?

no.......... berkata...

bagus sangatlah tu ambil statement dari greenboc.blogspot.

Hanya Allah yang tahu sangat perangai dan noda greenboc yang tidak melayakkan ustaz ambil statement dari dia.

Eloklah kalu ustaz pula yang kenal-kenal dengan greenboc ni.

IbnuQalil berkata...

Salam, ini yang ana persoalkan. Di mana sebenarnya pendirian TGNA? Atau sebenarnya TGNA sememangnya setuju dgn UG tetapi penasihat beliau yang memutarbelit fakta. Betul ke begitu?

KPP Kelantan buat kenyataan x benarkan pimpinan yang sokong UG ni hadir membantu di Manek Urai. Maknanya TGHH xleh g Manek Urai utk berkempen la? Mudahnya bercakap. Lebih mudah lagi mengutuk dan menghina. Itulah sebab dalam sesetngah perkara yg kita tidak erti, maka diam itu lebih baik dr bercakap yg akhirnya menyerlahkan kebodohan kita wpun taraf ustaz. Wallahua'lam.

Al-Bakistani berkata...

pertama:

ambil dari greenboc?? pada ana, tidak ada yang salah dari kenyataan dari artikle tersebut.

pada ana, jangan lihat kepada siapa yang berkata, tetapi lihat kepada apa yang dikata... (kata-kata Ali bin Abi talib).

kedua:

UG disisi tok guru nik aziz... sefaham ana dari kenyataan tok guru. beliau menolak disebabkan melahirkan perpecahan dikalangan ahli PAS dan Pakatan rakyat.. semuanya berpunca lontaran idea itu dalam ekadaan rakyat tidak faham...

sepatutnya, bawa bincang dalam PAS terlebih dahulu, kemudian dibawa bincang pula kepada PR. barulah dilontarkan.. bila dilontarkan dalam keadaan semua parti-parti sudah menyokong, pasti idea itu akan berjalan dengan baik. kerana parti-parti yang lain akan sama membantu memahamkan rakyat ttg isu ini...

masalah sekarang.. lontaran idea ini tidak difahami rakyat lagi. malah, dikalangan pimpinan PAS dan PR sendiri pun tidak tahu menahu...

apabila emreka tidak tahu menahu, macam mana mereka mahu menyokong.. lebih-lebih lagi, yang menyokong ini adalah puak2 yang ada skandal pertemuan belakang tabir dengan UMNO dalam kejadian lepas...

inilah masalahnya....

ketiga:

Haji hadi tidak dibenarkan ke manik urai?? kenapa marah??? kalau itu arahan tok guru nik aziz, terima je la.. wala' kan????

keempat :

bahkan, ada sebilangan ustaz sokong sesuatu kenyataan dan idea dalam ekadaan dia sendiri tidak faham apa yang dia sokong...

apakah ini tindakan orang yang bijak????

mungkin kenyataan yang disokong itu adalah wahyu barangkali???

sekian

Al-bakistani

gjoy berkata...

Setahu aku, pimpinan tertinggi yg bagi pandangan, tidak mengambarkan mereka setuju atau tidak bersetuju. Mereka mencadangkan agar diberi penerangan dulu. Dengar dahulu cadangan tersebut dari mulut TGHH sendiri. Jangan dok melatah tak tentu pasal... Kita disuruh jangan percaya kat media tetapi kita sendiri gunakan media untuk sama2 hancurkan jemaah.

Yang hangpa dok layan media buat apa... bukankah sebelum ini kita diajar supaya bila ada berita dari orang fasik, selidik dahulu kesahihannya. Kalau betul baru terima, kalau fitnah buang jauh2... atau keluar pas... adakah perkara ini tidak dipraktikkan oleh TGNA. Mengapa TGNA tak dapatkan penjelasan daripada TGNA dahulu sebelum buat statement kat media. Apa yg aku nampak TGNA hanya dapat info dari satu pihak sahaja...

Al-Bakistani berkata...

yang lagi kelakar tu.. ada pimpinan yang sokong kerajaan perpaduan sengaja buat kenyataan dalam media yang mereka sendiri kata, media itu akan menspekulasikan sesuatu kenyataan...

justeru, sapa yang perlu dipersalahkan???

sekian

Al-bakistani

org kelantan berkata...

Pergi mampuslah Al-bakistani... ingat bagus sangat ke??? belajar agama sepatutnya jaga jemaah tapi jahanamkan jemaah... dah tak boleh fikir ke mana yg betul atau yg fitnah... berita dari orang fasik, munafik dan kafirpun boleh terima... tak taulah apa nak jadi...

gjoy berkata...

sebab memang dia dah tahu... akan ada dari mereka yg tak sokong kerajaan perpaduan akan menspekulasikan kenyataannya... itulah kerja2 bodoh dalam pas. Mereka ini perlu dikeluarkan dari pas samada mereka akan keluar sendiri atau Allah akan keluarkan mereka dalam keadaan sehina-hinanya... bertaubatlah kepada mereka yang tak tau apa2 pasal kerajaan perpaduan tetapi berlagak pandai...

Al-Bakistani berkata...

ada orang kafir bawa berita. ternyata ia benar. kalau ia salah, mintalah orang Islam itu nafikan..

ada orang islam bawa berita, ternyata tipu. jika memang ia adalah tipu, nyatakan dimanakah tipunya itu...

mana satu yang mahu dipakai???

ALlah bagi akal. nak terima, terimalah.. tak nak terima, jangan terima...

yang pastinya, orang Islam pun bisa jadi munafiq dan fasiq.. antaranya, apabila orang islam mula berbohong apabila berbicara...

bukankah itu sabdaan Nabi???

perkataan nabi ternyata benar...

sekian

Al-Bakistani

org kelantan berkata...

Habistu mengapa TGNA hanya terima pandangan dari satu pihak sahaja... mengapa tak terima penjelasan dari Us Nasa... kalau hanya dapat info dari satu pihak sahaja tetapi dicanang satu negara... bukankah itu boleh kita boleh anggap sebagai fitnah. dan kita boleh kata pandangan yg TGNA terima adalah daripada mereka yg munafik... supaya jemaah hancur...

mereka sedang bergembira dan berpesta sekarang kerana Us Nasa berjaya dinyahkan dari parti disamping berjaya membuatkan ahli2 benci TGNA... inilah kerja2 bodoh dalam pas oleh golongan munafik.

Al-Bakistani berkata...

pertama:

kalau nak keluar idea yang bagus. pastikan dibincangkan dengan bagus.. kalau sekadar idea sahaja bagus, tapi cara lontarannya tak bagus.. ia jadi macam tak bagus juga....

kedua:

lebih malang lagi. apabila melibatkan UMNO ini melibatkan kepada keduniaan yang merugikan... disebabakn dunia, dakwah Islam mula terbantut.. non Muslim yang sudah mula dekat dengan PAS, kini semakin lari.. mengapa lari?? sebab, mereka benci UMNO yang kafir tu.. tiba-tiba, kita pula nak kawan dengan UMNO yang mereka benci...

bukankah itu kerja-kerja bodoh dalam dakwah???

sekian

Al-Bakistani

Al-Bakistani berkata...

dah tu. kenapa Haji Hadi dan Nasha tak jumpa sendiri dengan tok guru nik aziz.. pergi cerita bentuk kerajaan perpaduan. kalau sudah tahu, tok guru faham sebelah pihak sahaja???

dah tu, kenapa Ustaz Nasha buat pertemuan sulit dengan UMNO tanpa pengetahuan tok guru nik aziz??

kenapa ustaz Nasha nafikan dahulu, kemudian terbukti betul. bahkan dia akui pula selepas itu dalam ceramahnya di Bachok???

mengapa idea ini tidak dibincangkan dalam meeting pakatan rakyat terlebih dahulu??

kenapa idea ini sengaja dilontarkan dalam media, tanpa dibincnagkan secara ilmiyyah dalam majlis tertutup???

bukankah itu adalah punca perselisihan dikalangan ahli PAS, juga dikalangan PR??

mungkin ini kot kerja-kerja cerdik dalam PAS???

sekian

sekian

Al-Bakistani

Tanpa Nama berkata...

Tadi ada kata kalau info yg betul itu dari orang kafir kita boleh ambil tapi kalau dari orang islam tapi tak betul kita kena tolak... mengapa tak nak terima idea yang bagus walaupun cara tak bagus... ambil yg betul itu sahaja walaupun cara tak bagus atau dari orang kafir...

Masing2 ada kefahaman sendiri pasal UG ini. Apa yg difahami pas nak masuk umno... macam2 hal. tunggulah TGHH bagi penerangan samada terima atau tolak...

Adalah menjadi alasan kepada golongan yg anti UG, kononnya penyebab kepada non muslim nak dekat dengan Pas mula menjauhi Pas. 50 tahun dulu buat apa???

Al-Bakistani berkata...

pertama :

sapa kata PAS nak masuk UMNO.. yang timbulnya adalah, PAS nak bersama-sama dengan UMNO...

kenapa isu ini terjadi??

sebab, Nasha buat pertemuan dengan UMNO secara sulit, yang dinafikan diperingkat awal, kemudian diakui kebenarannya setelah dinafikan..

lebih parah lagi, idea ini dilontarkan dikala UMNO sedang nazak. seakan-akan bagi pernafasan kepada UMNO itu.

bertambah parah, apabila lontaran idea ini tidak melibatkan PR, malah PKR dan DAP menolaknya...

yang lebih bertambah parah, apabila lontaran idea ini disambut oleh UMNO sahaja...

kedua :

50 tahun sudah berusaha ke arah mendekatkan non Muslim kepada PAS.. ternyata kurang berjaya... tetapi, kejayaannay amat terserlah dengan Pakatan rakyat... Nizar menjadi mentor PAS yang diterima non Muslim...

tetapi sedih, dikala non Muslim sudah sayang kepada PAS. keluar kenyataan yang mensangsikan mereka terhadap PAS...

bermakna, kejayaan usaha mendekatkan non muslim kepada PAS terhapus dengan semata-mata kenyataan yang dikeluarkan dengan cara yang tidak bagus...

sekian

Al-Bakistani

org kelantan berkata...

Muktamar baru habis... pemilihan baru selesai... takde ceritapun pasal kerajaan perpaduan cuma masa press statement je... mengapa mainan media ini dijadikan isu... siapa yg banyak cakap pasal UG ni... TGHH dan Us Nasa ke??? siapa yg dok kata macam2 dalam setiap soalan yg wartawan tanya??? pimpinan tertinggi tak berkata apa sebab mereka tak tau apa lagi dan TGHH tak buat penerangan lagipun... yg dok bising ni tak tentu arah buat apa???

Pertemuan sulit tu, TGHH dan TGNA dan bertemu dan selesai... mengapa diungkitkan kembali... nak ado domba lagi ke???

Cuba tanya Anwar Ibrahim, dia setuju tak UG ni... tanya dia dan minta dia jawab dengan ikhlas...

Aku nak tanya, kerajaan 16 september tu ada bincang dalam Mesy pakatan rakyat ke??? takde pulak yang nak cakap tak tentu hala... ok je, tenang je... takde pulak yang nak kata tipu dll...

Siapa yang menyebabkan peselisihan ini???

org kelantan berkata...

Barisan Alternatif dan Pakatan Rakyat orang yg sama... mengapa non muslim tidak seperti sekarang???

Alhamdulillah non muslim sudah mula tidak takut dgn pas dan memahami pas.

Al-Bakistani berkata...

pertama:

sebelum muktamar, presiden tarik balik kerajaan perpaduan sehingga rakyat faham... tahu-tahu, lepas muktamar, pimpinan tertentu bercakap juga tentang kerajaan perpaduan dalam keadaan rakyat masih tak faham...

kenapa tarik balik, lepas tu cakap lagi... diam2 je la apabila ditanya oleh media... nak bicarakan juga, tunggu dalam meeting je la.....

kedua :

pertemuan sulit ini ditimbulkan balik, apabila nasha tidak jawab ttg wan abu bakar TF2010??

memang ia selesai muktamar lepas, tapi selepas muktamar timbul lagi pertemuan sulit..

yang lebih parah. sekejap nafi, sekejap akui berlaku... bukahkah ini penipuan???

ketiga :

tak perlu tanya Anwar Ibrahim apakah dia setuju atau tidak UG ni.. dia cakap dah kan dalam surat khabar, pertemuan untuk selesaikan masalah negara itu boleh diterima, tapi bukan kerjaaan perpaduan...

sila belek balik akhbar dalam minggi ini...

ketiga:

semua bersetuju dengan 16 September. tok guru nik aziz sendiri pun setuju... tapi yang tak setuju hanya haji hadi...

ok.. mungkin itu salah..... tetapi, tidak melahirkan kekacauan dalaman parti, juga sesama PR.. walaupun, disebabkan haji hadi tak tandatangan itu menyebabkan pimpinan PR mula tak syok dengan haji hadi...

tidak jadi 16 september, tidak melahirkan masalah kepada PR, malah semakin kuat...

keadaan ini berbeda dengan UG.. semakin hari, semakin lemah... justeru, tutuplah cerita UG ini..

kuatkan parti, fokus dakwah dalam PR... pertahan kerajaan PR yang sedang kita perintah sekarang...

jangan kerana UG. yang dikejar tak dapat, yang dikendong keciciran...

sekian

Al-Bakistani

Al-Bakistani berkata...

yap . Alhamdulillah PAS sudah diterima oleh Non Muslim.. ini pintu pertama untuk terbinanya kerjaaan Islam dalam jangka 10 tahun lagi...

justeru, jangan sia-siakan peluang ini. dan jangan buat tindakan yang melahirkan kebencian mereka terhadap PAS...

sekian

Al-Bakistani

org kelantan berkata...

Ala media... nak kata cakap depan media kenapa tarik lepas tu kenapa cakap lagi... ada juga yg cakap depan media sampai suruh orang letak jawatan... diam lagi bagus...

Tanya Anwar pasal UG masa awal kes perak dulu... skrg ni aku dah baca. kenyataannya sama dgn TGHH cakap... adakah salah UG tu???

Bila TGHH je semua tak betul tapi ada buat kajian tak sebab apa TGHH tak mau sain setuju kerajaan 16 sept.

Takde siapa cakap isu UG hanya sorang je cakap...

Al-Bakistani berkata...

pertama:

memang ana buat kajian tentang kenapa haji hadi tak tandatangan 16 september..

ana ada tulis jawapan ana ttg isu itu...

sila rujuk;

http://g-82.blogspot.com/2009/04/ramai-non-muslim-dalam-kerajaan.html

kedua:

sbb apa ramai yang tak sokong UG? sebab, mereka mahukan pakatan rakyat. jangan libatkan UMNO dalam kes ini...

jadinya, apabila ada yang bercakap. semua tak mahu layan, malah dibantah lagi...

ketiga:

kena hentam dalam media.. memang patut pun.. sebab, dia cakap PAS menerima, padahal itu bukan idea PAS. bahkan idea peribadi.. bukti bukan idea PAS, sebab tak ada perbincangan dalam parti, bahkan dalam PR... dengar balik kenyataan media itu dalam youtube..

sekian

Al-Bakistani

org kelantan berkata...

Patutlahpun tak boleh terima UG... Bagi aku, bila kerajaan selangor berjaya meluluskan 3 ekar tanah untuk dibuat gereja... inilah hasilnya jika kerajaan 16 september berlaku... apa lagi peranan Pas di dalam kerajaan PR sedangkan isu di atas tidak dapat diselesaikan... Isu kilang arak dan lain2... pas terpaksa menjadi pembangkang di dalam kerajaan yg dipimpin oleh PAS... pelik rasanya...

Jelas terbukti bahawa ini adalah mainan media... TGHH baru lontar idea, semua pihak mengambil bahagian sedangkan masing2 tak tau apa2...

Al-Bakistani berkata...

isu selangor, bukan masalah PAS tak ada suara. tapi isu PJ selanhgor yang malas nak bersuara....

maklumlah, orang nak jadi MB.. justeru, rosakanlah pakatan rakyat.. macam2 isu yang ditimbulkan.. kononnya, PKR ini tidak jaga agama...

isu PAS/PR di selangor boleh selesai dengan tukar PJ baru..

sekian

Al-bakistani

Tanpa Nama berkata...

Ceritanya ialah tak bincang isu ni betul-betul dalam jamaah. Mana akhlak kita isu yang sebegini besar tak dibincang secara mendalam dalam PAS dan PR terlebih dahulu sebelum dilontar kepada ahli-ahli. Cerdik ke tu? Tambah lagi jika ia berkait dengan UMNO. Tolong pikiaqlah sikit!

Tanpa Nama berkata...

Tuduh jangan tak tuduh. Kalau boleh libatkan semua orang sebanyak mungkin. Selak kain dan underwear mereka.

Inilahlah masalahnya apabila diskusi tidak bersifat objective. Jadi yang pentingnya aku boleh berhujah dan aku yakin aku meanang. Orang sokong aku.
Yes............

Pemude Islam DAP berkata...

aku meluat btul la org PAS yg jumud ni...bnde dh terang lagi bersuluh pun korang tak nmpak ke?
1.Najib anggap PAS ikhlas
2.Nasha smbut baik respon Najib(tgk youtube cmner Nasha cakap)di kala pimpinn disuruh snyap
3.Nasrudin Tantawi xnak dbat halatuju PAS.Apekejadahnye lari ni..fahamnye kalo lari tu maknenye takut...takut tu maknenye x fham...ape ke jadahnye sokong tp x fham...
4.Tok guru hangin kat Nasha sebab kluar statement suke najib respon.
5.Nasha kate tok guru pnye statement x mewakili parti
6.Semue orang blur pasl UG...xde spe pun fham...kalo kte strategi pun...ni nmenye strategi pelingkup...
7.Korg yg kt TGNA x cukup mklumat ni knape?korg ingt die tu spe?Korg dh anggap TGNA tu org x bodoh klo korg fikir die x cukup maklumat..

Balik2 wala'...balik2 sangka baik..PAS xleh g jauh la klo cmni...fkir beb...fakta tu trg2 jelas dan nyate...

Syauqi berkata...

mungkin sape yg baca artikel ni boleh jg kot tengok video ini...

tengok lah video ni....
penjelasan Tuan Guru pasal kerajaan perpaduan.....
aku jumpa kt youtube..

tak payah lah nk komen pasal benda yang diri sendiri pon xtahu n x faham....
menyusahkan orang laian saje....

http://www.youtube.com/watch?v=dJKJ0FR7fQQ&feature=channel_page

org kelantan asli berkata...

Salam,

syeikh org kelantan. perkenalkan la diri nta. nta asal kelantan kat mana?
nta tak tgk ke penderitaan TGNA / org kelantan berpuluh tahun kena dera ngn UMNO?
pk la syeikh..

Tanpa Nama berkata...

Negara Perpaduan. PRU13 tak payah buat ler. Ngabihkan duit rakyat. Bubarkan semua parti. Non partisme

Tanpa Nama berkata...

Salam.Ustaz,setuju dgn Ustaz,rakyat tidak faham dan UG tidak patut diutarakn dlm keadaan skrg.. tadi baru dpt berita, Insyaallah TGNA nak buat 'Mesyuarat Ukhuwah' bersama dgn TG Presiden dan Ust Nasa..
(sumber,Malaysiakini)
Mg dapat leraikan kekeruhan yg berlaku. Inilah watak tenang TGNA, masih lg bersifat rasional.inilah yg terbaik. Mg ahli PAS sabar dan tenang. Mg kita tidak menjadi batu api dlm hal ini dan tidak mengeruhkan lg keadaan. Kita tahu bahawa UG adalah lontaran idea peribadi, bukan dari syura'.. Kukuhkan PAS,kukuhkan PR.

Ibnu Ali berkata...

Juga masalah pimpinan yang faham tapi buat2 tak paham:

Macam husam musa, khalid samad dan lain.. dimomokkan kepada ahli UG ini bawak pas ke dalam UMNO. Sebab tu ramai tak paham..

Macam ustaz la sekali. Mecelarukan kepala otak orang.

Angkatan Perpaduan Ummah (APU) merupakan satu ijtihad. Kemudian, lahir GERAK sebelum lahirnya Barisan Alternatif juga satu ijtihad. Sekarang Pakatan Rakyat juga merupakan ijtihad. Ijtihad-ijtihad ini merupakan satu pandangan berdasarkan dalil-dalil dari 'mujtahid'. Mujtahid mempunyai alasan-alasan.

Ijtihad juga tidak boleh membatalkan ijtihad lain. Kerajaan Perpaduan dan ertikata kerajaan tanpa pembangkang merupakan satu ijtihad, ianya boleh jadi betul boleh jadi salah. Jika betul dapat dua pahala, jika salah dapat satu pahala. Mujtahid tidak boleh memaksa orang lain mengikut ijtihasnya, juga orang lain tidak boleh memaksa orang lain menolak ijtihad dari mujtahid. Mujtahid juga tidak boleh memaksa orang lain menolak ijtihad mujtahid lain.

16 Sept juga ijtihad tapi ijtihad Anwar, tak tahulah rancangan 16 sept tu bawak dalam mesyuarat pakatan rakyat atau tak.

16 sept pun 50-50, tak semua pimpinan setuju. Tapi isu UG ni lain pulak ye? Hilang abis respect kepada TG Haji Hadi. Habis dibakul sampahkan smuanya.

Tanpa Nama berkata...

albakistani isu selangor, bukan masalah PAS tak ada suara. tapi isu PJ selanhgor yang malas nak bersuara....

maklumlah, orang nak jadi MB.. justeru, rosakanlah pakatan rakyat.. macam2 isu yang ditimbulkan.. kononnya, PKR ini tidak jaga agama...

isu PAS/PR di selangor boleh selesai dengan tukar PJ baru..

sekian

Al-bakistani
i say :

hebatlah anda dedahkan keburukan org lain ... siap sebut jawatan lagi ... bravo .. tentu para malaikat amat berseronok dengan pendedahan ustaz... dedah ustaz ... sbb ustaz akan dapat ganjaran daripada Allah ... amat mulia kerja ustaz ... sbb kerja dedah ni amat disukai oleh nabi kita ... bukan begitu ke?!

fadhilhassan berkata...

sgt2lah berharap semua pimpinan PAS baca artikel tersebut. itu luahan hati kebanyakan ahli PAS...

tangisan yang mendiam di hati sejak isu UG ini ditimbulkan.

mujur di siber ini ada yg mampu menulis dan mengungkap kebenaran...

tentang greenboc, beliau dj radio internet yg sudah dikenali.. memangler tidak ada manusia yg sempurna, saya rasa begitulah Gb .. mesti ada kekurangan beliau asalkan bukan menyentuh akidah.

Tanpa Nama berkata...

nasha pun jenis buat2 tak faham juga... dah tahu PAS dan PR dah kelam kabut isu UG.. bakpo dok bercakap juga??

dah tahu tok guru nik aziz kata diam.. bakpo dok bercakap juga???

dah tahu PKR dan DAP tak sokong UG.. bakpo dok bercakap juga??

kena sebutir dengan tok guru nik abdul aziz.. baru demam seminggu...

Al-Bakistani berkata...

pertama:

tidak melaksanakan ijtihad bukan bermakna membatalkan ijtihad.. itu kena faham...

Di Malaysia, persoalan nikah kahwin merujuk kepada mazhab As-Syafii, apakah itu bermaksud membatalkan cara nikah kahwin dalam mazhab hanafi??

kedua:

perpedaan pendapat yang terlahir dari ijtihad, tidak semuanya mesti dilaksanakan...

sesuatu ijtihad, sebelum dilaksanakan perlu diperhatikan terlebih dahulu waqi'nya terlebih dahulu... apakah memberi maslahah kepada umat atau melahirkan mafsadah??

tidak dinafikan UG ini adalah perkara ijtihadiyyah. pun begitu, waqi sekarang agak tidak mengizinkan begitu. ini kerana, dilihat ia menjadi asas perangkap utama untuk memecah belahkan PR dan PAS...

sekian

Al-bakistani

Tanpa Nama berkata...

Salam,

Cuba lihat petikan dari youtube ni berkenaan Nasha sambut baik kenyataan dari Najib :http://www.youtube.com/watch?v=BeQpyFEIgrM

ni pula dari Abdul Halim, parlimen Pengkalan Chepa menyangkal Syura ttg Kerajaan Perpaduan :http://www.youtube.com

Ibnu Ali berkata...

Eeee... Adakah ijtihad yang diutarakan oleh TGHA nak dilaksanakan terus?

Ustaz dah tengok ke video dia kat London berkenaan dengn UG?

Sebab apa pecah? Sebab macam2 tuduhan dari orang-orang macam ustaz dan penarik beca. Suka memanjang2 cerita.

Apa yang berkenaan dengan ijtihad tuh ana faham. Tak laksanakan ijtihad pun boleh. Kan ana dah sebut kat atas tuh.

Apa masuk bab nikah kawen plak?

Pastu tuduh TGHA pasang perangkap pecahbelahkan PR?

Terima atau tak terima UG nih atas pemahaman kita. Kalau tak terima boleh, terima pun boleh.

Sedap sebut pasal maslahah atau mafasadah ye...

mz berkata...

ustaz one G- takyah layan makluk2 tuh sgt.. tuh geng2 keras kepala ..org dah crite detail pon tak dgr.

Isu skarang bukan Kerajuan Perpaduan tuh bagus ke tak.. tunggu penjelasan ke stak.. Siu sekrg
idea tuh TELAH BAWA PERPECAHAN DLM PAS>.
makluk2 tuh phm ke bahasa melayu ni. ke dia phm bahasa arab aje..

jadi utk elak perpcahan tuh, TGNA bg tau tutp aje ler isu idea tuh... sennag crite.. tangguh dulu.. bincang dulu elok2..

nie tak dgr kata keras kepala..jenih fikir diorg aje yg betul ni yg susah.. semua org lain salah..

kalau org guna perkataan yg teruk geneg2 tuh marah.. Kalau geng2 tuh yg kata pulak OK. kata org sesatlah dan sbgnya... org bg nasihat kata buat FITNAH,, dia kutuk dan buat fitnah kat org lain TAKDER HAL PLAK..... Memang jenis spesis yg double stndard.. kalau tgk yg bapa segala double standard di adalah UMNO.. so aku rasa ade tepatnya juga kata TGNA yg boneka UMNO ni...


org takmo berpecah belah..

aku bg ilmu matematik kat sini.
=======
Geng1 : ORG PAS - SOKONG KUATKAN PR - SOKONG DAKWAN KEPADA ORG UMNO - TAU MUSUH ADLAH UMNO -- TP TAK SOKONG KERJASAMA POLITIK DGN UMNO@Kerajaan Perpaduan

Geng 2: ORG PAS - SOKONG KUATKAN PR - SOKONG DAKWAN KEPADA ORG UMNO - TAU MUSUH ADLAH UMNO -- DAN SOKONG KERJASAMA POLITIK DGN UMNO@Kerajaan Perpaduan

=====

Ape perbezaan dia: Yg last skali aje beza tuh..
Jadi: Solution : utk dua geng2 tersebut adalah lupakan yg last skali- tumpukan yg lain- amik benda yg kita agreed bersama..jadi jemaah bersatu balik.. tulah yg TGNA buat.. phm ke tak tuh.. aku still rasa akan ade makluk yg tak phm lagi tuh..

p/s: bg aku idea Kerajaan Perpaduan tuh sgt bagus (dr segi idea), tp realiti aku rasa teramat susah.. dan skrg idea tuh buat jemaah berpecah.. jadi aku agreed dgn TGNA utk elak perpecahan lagi teruk..

khalif13 berkata...

fadhilhassan berkata...
sgt2lah berharap semua pimpinan PAS baca artikel tersebut. itu luahan hati kebanyakan ahli PAS...

tangisan yang mendiam di hati sejak isu UG ini ditimbulkan.

mujur di siber ini ada yg mampu menulis dan mengungkap kebenaran...

tentang greenboc, beliau dj radio internet yg sudah dikenali.. memangler tidak ada manusia yg sempurna, saya rasa begitulah Gb .. mesti ada kekurangan beliau asalkan bukan menyentuh akidah.
......................................

eh, tidak tidak.... tak sampai menyentuh akidah, tapi dalam soal buat fitnah sahabat-sahabat cyber khianati kawan-kawan tu benda biasalah.

DJ bukan mulia, presidenpun korang boleh balun.

Sejak bila pulak di izinkan mendapat berita dari orang fisiq ustaz? Tak tahu? Ni saya dah beritahu.

Al-Bakistani berkata...

kalau dah nampak, isu kerajaan perpaduan sudah nampak melahirkan perpecahan.. dengarlah nasihat tok guru nik aziz yang minta diberhentikan dengan segera...

ini tidak, dalam keadaan sedang celaru pun, tetap dok bercakap juga.. last-last makin besar kelam kabutnya...

inilah tanda, tidak menghayati masalah rakyat dari bawah... tengok sendiri respon rakyat, bukannya mendengar dari penasihat-penasihat ELIT yang tidak tengok masalah orang bawahan...

sekian

Al-bakistani

org kelantan berkata...

TGNA sendiri kata mana boleh sekat orang nak bercakap... biar dia sorang je cakap...

skrg tengok pula TGHH bagi penjelasan... buka youtube & search tajuk

Think: Islam Leads The Change (Part 1 sampai 7)