Sabtu, 20 Jun 2009

PERJANJIAN HUDAIBIYYAH – KERAJAAN PERPADUAN??

kepimpinan Ulama ala Tuan Guru Nik Abdul Aziz bin Nik Mat ternyata kejayaannya. Tapi sedih, ia tidak dicontohi oleh ulama-ulama yang lain.


PERJANJIAN HUDAIBIYYAH – KERAJAAN PERPADUAN??

Seorang kawan dari negeri Pahang telefon. Bertanya pendapatku dengan katanya, kerajaan perpaduan ini adalah sama seperti perjanjian Al-Hudaibiyyah.

Aku menjawab, ”mengapa tak kata, Kerajaan pakatan rakyat itu sebagai perjanjian Al-Hudaibiyyah”.

”betul juga” katanya ringkas.

Sesampai di rumah. Melayari internet, aku membaca ada ulasan yang menyebut, bahawa kerajaan perpaduan ini sama seperti kandungan “piagam madinah”.

Yang lebih mengkelakarkan, ada pihak tertentu mengkiaskan kerajaan perpaduan ini sama seperti pertemuan Musa AS dengan Firaun seperti yang diceritakan oleh Allah dari surah Taha.

Amat pelik cara hujjah itu.

PERJANJIAN AL-HUDAIBIYYAH

Dalam sirah Nabi SAW, terdapat satu sejarah besar yang dinamakan sebagai perjanjian Al-Hudaibiyyah. Dalam perjanjian tersebut, terdapat sedikit kekacauan di kalangan para sahabat dalam menerima kandungan perjanjian yang dilakukan di antara team Islam dengan team kafir Quraish.

Pertentangan dari kalangan sahabat terhadap kandungan perjanjian itu adalah disebabakn tidak setuju dengan tindakan Nabi SAW yang dilihat agak toleransi dalam menulis surat perjanjian, sehingga sampai satu tahap terpaksa memadamkan kalimah ”bismillah” dan kalimah ”muhammad Rasulullah”.

Apa yang boleh dipelajari dari sirah Nabi SAW ini, kita akan memahami bahawa tujuan Nabi SAW bertindak sedemikian adalah untuk mendapat maslahah yang lebih besar di sebalik perjanjian tersebut, walaupun dilihat dari satu sudut seakan-akan menggadaikan beberapa perkara dalam islam.

Apa yang lebih pasti, walaupun Nabi SAW mengugurkan kalimah ”bismillah” dan kalimah ”Muhammad Rasulullah” ternyata musuh terpedaya dengan tindakan Nabi SAW itu dengan menerima kandungan perjanjian tersebut. Apabila mereka menerima, 10 tahun kemudiannya Islam telah mendapat kemenangan yang gilang gemilang dengan kejadian sejarah fath makkah.

Nyatanya, kandungan perjanjian itu dilihat seperti perangkap yang di pasang oleh Nabi SAW dalam menguasai musuh Islam ketika itu.

Keadaan ini agak berbeda dengan Kerajaan perpaduan. Ini kerana, dengan isu kerajaan perpaduan yang dicadangkan oleh pimpinan PAS, juga disokong oleh pimpinan PAS yang lain pula, dilihat seakan-akan ”perangkap makan tuan”.

Dalam keadaan mempertahankan kerajaan perpaduan ini, dilihat ahli PAS sudah tidak berpaduan lagi, disamping lebih 60 peratus Non Muslim yang sebelum ini menyokong PAS sudah sangsi dan mula menolak PAS.

Begitujuga, keraguan dari sahabat-sahabat dalam pakatan juga semakin terserlah.

Bermakna, kerajaan perpaduan ini bukanlah mendapat keuntungan untuk kemenangan Islam, tetapi memberi kerugian yang amat besar terhadap kemenangan Islam itu sendiri.

Jika dilihat dalam kerajaan Pakatan Rakyat pula, keuntungan dakwah islamiyyah itu amat terserlah, sepertimana keuntungan dakwah Islamiyyah yang dikecapi dalam perjanjian al-hudaibiyyah.

Masakan tidak, kita dapati ketika Pakatan Rakyat dibina, kepercayaan non Muslim terhadap PAS amat ketara dilihat menerusi sokongan mereka. Begitujuga, sokongan orang melayu terhadap PAS semakin hari semakin terserlah.

Pun begitu, menyedihkan sokongan itu kembali berkurangan disebabkan idea kerajaan perpaduan ini dilontarkan tanpa diadakan perbincangan yang lebih mendalam di kalangan parti PAS, juga dikalangan kawan-kawan dari Pakatan Rakyat.

PIAGAM MADINAH

Jika kita merenung dalam kandungan piagam madinah, kita akan dapati bagaimana konsep pemerintahan Islam yang dilakukan oleh Nabi SAW berjaya menyatukan semua bangsa dan agama dalam sebuah negara.

Ekoran itu, kita dapat melihat bagaimana orang yahudi dan nasrani bisa duduk dalam kerajaan Islam Madinah yang dipimpin oleh Rasulullah SAW. malah, yang lebih membanggakan lagi, apabila kerajaan Islam yang dikepalai oleh Nabi SAW itu mendapat sokongan dan dokongan dari kalangan non Muslim sehingga sampai satu tahap, ada sebilangan non muslim sanggup berjumpa dengan Nabi SAW semata-mata mahu meminta izin untuk memberikan bantuan tenaga dalam mengalahkan musuh-musuh Islam dalam sesuatu peperangan.

Keadaan ini tidak sama dengan kerajaan perpaduan yang diideakan. Ini kerana, dalam piagam Madinah, ketoleransian itu wujud dengan ditabalkan Nabi Muhammad SAW itu sebagai ketua kerajaan, sedangkan keadaan ini tidak berlaku dalam kerajaan perpaduan.

Begitujuga, piagam madinah mengandungi maksud bahawa non muslim bisa duduk dalam kerajaan Islam pimpinan Nabi, dengan sama-sama berusaha hendak membantu Nabi SAW dalam membangunkan kerajaan. semua ini bersebab, kepercayaan mereka terhadap Nabi SAW itu semakin hari semakin bertambah.

Keadaan ini tidka berlaku dalam kerajaan perpaduan. Ini kerana, semenjak idea ini ditimbulkan, kesangsian non muslim terhadap PAS semakin hari semakin ketara. Bukan sekadar kesangsian, malah penolakan secara terang-terangan dari pihak mereka juga amat kelihatan.

NABI MUSA JUMPA FIRAUN

Ada pula pihak tertentu berhujjah dengan ayat Al-Quran yang menceritakan tentang arahan Allah agar Musa berjumpa dengan Firaun.

Firman Allah;

اذْهَبَا إِلَى فِرْعَوْنَ إِنَّهُ طَغَى * فَقُولَا لَهُ قَوْلًا لَيِّنًا لَعَلَّهُ يَتَذَكَّرُ أَوْ يَخْشَى

Maksudnya;
“Pergilah kamu berdua (musa dan Harun) kepada Firaun, sesungguhnya dia adalah taghut (melampaui batas) * maka katakanlah kepadanya dengan perkataan yang lembut, mudah-mudahan dia akan ambil peringatan dan bisa menjadi takut”

(Surah Taha : 44)

Perlu diingat, pertemuan Musa dan Harun dengan Firaun, bukannya mahu membina kerajaan, tetapi berjumpa dengan firaun untuk menyampaikan satu hasrat dari Allah bahawa Firaun itu adalah taghut.

PENUTUP

Jika mahu dilihat dari sudut dakwah Islamiyyah, bersama-sama dengan kerajaan pakatan rakyat lebih banyak memberi keuntungan, berbanding melahirkan idea kerajaan perpaduan.

Di kala Non Muslim sudah semakin hari semakin hampir dengan Islam, inilah masanya kita berusaha dengan seagrasifan yang mungkin untuk memahamkan Islam kepada mereka.

Bukan bermakna, dakwah kepada UMNO itu tidak penting, malah ia adalah sesuatu yang penting. Pentingnya itu, bukan dengan bergabung kerajaan dengan “PARTI UMNO”, tetapi cukup sekadar dengan “individu-individu UMNO” sahaja.

Orang tua-tua dulu ada menyebut;

”jangan sampai yang dikejar tak dapat, yang dikendong keciciran”

Justeru, aku amat menyokong kenyataan tok guru nik abdul aziz dalam akhbar;

“Menteri Besar Kelantan itu turut mempersoalkan mengapa perlu membuka lembaran baru hubungan antara UMNO dan Pas dengan menyifatkan kerajaan pakatan pembangkang pada masa ini jauh lebih baik daripada kerajaan perpaduan”

Sekian

Wallahu ‘Alam

Al-Bakistani
http://g-82.blogspot.com

ustaz_bakistani@yahoo.com



- Sri Indah (B), Sg Buloh
21 Jun 2009 * 1:30 petang


11 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Ana rasa hujah ustaz sama dengan ustaz nasrudin tantawi.. Beliau pun kata demikian ...dia kata pertemuan antara 'individu umno' dan 'individu pas' adalah sama macam musa as bertemu firaun...Bukan pertemuan nak membentuk kerajaan bersama...Tapi untuk menzahirkan kebenaran kerana seafdal jihad adalah berkata benar dihadapan pemerintah yang zalim...Cuma ana rasa pendapat terbaik ialah dakwah kita biarlah di parlimen,muzakarah dan debat yang terbuka...Bukan pertemuan yang tersorok2 di hotel2....Ana heran jgak,kenapa diorg guna kata ini majlis syura putuskan....untuk membolehkan diorg jumpa dalam gelap...sedangkan nabi musa AS jumpa terang2 di hadapan rakyat dan tukang sihir...

Tanpa Nama berkata...

Assalamualaikum....

atas kapasiti apa ustaz cuba mengeluarkan kenyataan bahawa non-muslim yg sebelum ini menyokong kita semakin kurang sokongannya?

Nta bercakap seolah-olah nta berada di peringkat tertinggi kepimpinan PAS.

Mengeluarkan kenyataan bukan untuk membantu memulihkan hura-hara pemikiran ahli bawahan, tetapi semakin mengusutnya lagi

muslimat berkata...

Al-Bakistani,

Saya rasa mungkin anda tersalah tafsiran, pertemuan dgn UMNO bukan diibarat seperti pertemuan Nabi Musa dgn Firaun, tapi sebaliknya dakwah pada UMNO diibarat seperti dakwah nabi Musa kepada Firaun kerana berdiri memperkatakan kebenaran di hadapan penguasa/pemerintah yang zalim..

Dalam perjanjian Hudaibiyah, sahabat juga tidak bersetuju dgn rasulullah dan merasakan ia adalah perangkap yg boleh merugikan Islam...bila sahabat tahu ia mengandungi kebaikan ?bila perjanjian itu berjalan...

begitu juga isu UG...bagaimana anda tahu ia 'senjata makan tuan?' sedangkan ia belum pun dilaksanakan

Jawapannya kerana anda juga seperti sahabat2 Rasulullah ketika itu, yakni sekadar mengandaikan sahaja...
memberi pandangan berdasarkan andaian dan firasat pribadi sahaja. bahkan terjemahan kepada UG ini pun anda tidak dapat berikan dgn sempurna kerana anda menafsir UG dari pengetahuan umum anda sahaja bukan dari tafsiran tuan yag membawa idea ini...

saya kira tidak perlu berlebih-lebihan menimbulkan cerita ini kerana diperingkat pimpinan pun sedang berusaha utk mencari penyelesaian.

Berterusan 'memanaskan isu' tidak membawa keuntungan kepada jemaah pas, apatah lagi Al-Bakistani bukanlah org yg berauthoriti utk terusan memperkatakannya

Sahabat berkata...

Salam,

Antara kerja2 yg paling BEST dlm PAS ni adalah........

KRITIK...KRITIK...KRITIK....

Disebabkan dlm PAS ni bnyk pengulasla...perception2 yg negatif tu timbul....

Kita sbg pemuda (termasuk ustaz) pi la dptkan kepastian dulu dr pimpinan pemuda tentang isu ni...Ustaz dok Selangor....boleh jumpa terus KP Selangor yg dok dekat je ngan Sg Buloh....

Takpun....tanya ustaz Din Tantawi dulu...betul ke sbg ahli... cara kita nk sampaikan pbezaan pndangan kita dgn pimpinan melalui medium blog ni....

Kedua2nya adalah Tok guru kita...dan kita sayangkan mereka...dan sbg seorang ahli jamaah, kita ada medium kita tersendiri to resolve this issue.

Bw bincang...sbg pemuda...bw bincanglah ngan KP kwsn...ttg isu ini....takut nnti lepas mesyuarat ukhuwah....semua ini adalah salah faham....

SEKADAR pndgn sahabat...

"BERKASIH SYG KERANA ALLAH

Tanpa Nama berkata...

Salam,

Antara kerja2 yg paling BEST dlm PAS ni adalah........

KRITIK...KRITIK...KRITIK....

Disebabkan dlm PAS ni bnyk pengulasla...perception2 yg negatif tu timbul....

Kita sbg pemuda (termasuk ustaz) pi la dptkan kepastian dulu dr pimpinan pemuda tentang isu ni...Ustaz dok Selangor....boleh jumpa terus KP Selangor yg dok dekat je ngan Sg Buloh....

Takpun....tanya ustaz Din Tantawi dulu...betul ke sbg ahli... cara kita nk sampaikan pbezaan pndangan kita dgn pimpinan melalui medium blog ni....

Kedua2nya adalah Tok guru kita...dan kita sayangkan mereka...dan sbg seorang ahli jamaah, kita ada medium kita tersendiri to resolve this issue.

Bw bincang...sbg pemuda...bw bincanglah ngan KP kwsn...ttg isu ini....takut nnti lepas mesyuarat ukhuwah....semua ini adalah salah faham....

SEKADAR pndgn sahabat...

"BERKASIH SYG KERANA ALLAH

Al-Bakistani berkata...

pertama:

dalam perjanjian hudaibiyyah, musuh tertekan. tetapi dalam KP, musuh semakin kuat.

dalam perjajian hudaibiyyah, para sahabat berbeda pendapat disamping tidak berpecah. dalam KP pulak, ahli kita terbahagi kepada dua... disamping non muslim sudah mula tinggalkan kita...

pihak kami sudah buat servay terhadap non Muslim selepas isu KP ini... team kajian kami mendapat keputusan, hampir 70 % non Muslim sudah meluat dengan PAS dengan isu KP.. cumanya, sebilangan lain masih lagi percaya kepada PAS ekoran kenyataan Tok guru nik Abdul Aziz yang mengkritik terang-terangan KP ini...

kedua:

dalam perjanjian hudaibiyyah, memang dilihat seperti kurang memberikan faedah pada peringkat awal terhadap kandungan perjanjian tersebut, tetapi selepas itu perjanjian itu ternyata memberi keuntungan dakwah islamiyyah...

ingat !! maqasid disebalik kandungan perjanjian itu adalah, untuk mendapatkan ruang dakwah..

keadaan ini boleh diadaptasikan dalam kerajaan pakatan rakyat.. adapun dalam kerajaan perpaduan, ruangan dakwah telah tertutup dengan tertutupnya hati-hati non muslim terhadap PAS ekorn hilang kepercayaan merka terhadap PAS.. justeru, maqasid disebalik kerajaan perpaduan dan Perjanjian hudaibiyyah amat ketara perbedaaannya...

bahkan, maqasid kerajaan pakatan rakyat sememangnya wujud dalam kerajaan pakatan rakyat...

sekian

Al-bakistani

IbnuQalil berkata...

Salam,

Survey yg menunjukkan 70% non muslim meluat dgn PAS dlm isu KP, ana nk tnya brape soalan. Berapa org sampelnya? 10org ke? Kawasan mana sampel diambil? Shah Alam shj ke? Latar belakang pendidikan sampel? Tinggi shj ke? Dan ada soalan2 lain lagi.

Ustaz Idris ada sebut dlm Kuliah Haraki, ramai blogger (termasuk ustaz) seolah-olah sayangkan PAS tetapi menyimbah petrol menyemarakkan api dalam isu UG. Oleh itu, lebih baik diam dari mendedahkan secara terbuka. Kita ada saluran. Kawasan, cawangan, muktamar, jumpa pimpinan dsbg. Lainlah kalau mmg x terlibat cwgn atau kawasan. Sia-sia je ngaku jadi ahli PAS. Betul x ustaz? Ustaz Kawasan mana?

Pesan ustaz Idris lagi, jangan kita menjadi PENYAMBUNG LIDAH-LIDAH SYAITAN.

Wallahua'lam.

Al-Bakistani berkata...

pertama:

team kajian kami mendapat maklumat juga dari risikan...

kedua:

jangan jadi penyambung lidah syaitan??? kalau itu disebut sebagai penyambung lidah-lidah syaitan, maka amalan syaitan (pertemuan sulit, tipu ahli dll) pun jangan dibuat oleh "orang-orang tertentu".

agama tidak boleh dijual semata-mata nak halalkan kerja mengarut...

sekian

Al-bakistani

Tanpa Nama berkata...

ye la tu. harun din tuduh orang tak ada bukti. tu bukan lidah syaitan ka. mat iraqi & nik Abduh buat tuduhan rambang. tu bukan lidah syaitan ka.

hangpa puak2 ulama jumud memang lagu tu. kalau orang lain buat. semua lidah syaitan. kalau hangpa buat kerja syaitan pun. hangpa mesti kata itu lidah malaikat.

mat baling

Tanpa Nama berkata...

Pertanyaan drp IbnuQalil anta masih x jawab : "Kita ada saluran. Kawasan, cawangan, muktamar, jumpa pimpinan dsbg. Lainlah kalau mmg x terlibat cwgn atau kawasan. Sia-sia je ngaku jadi ahli PAS. Betul x ustaz? Ustaz Kawasan mana?"

hi_j87 berkata...

salam ustaz,
jelas ana tgk, ustaz x paham mcm mana konsep unity gov ni,
sbb kalau ustaz faham, survey ustaz dan "team" ustaz tu pasti menampakkan keputusan SEBALIKNYA,

adakah ustaz sendiri secara peribadi tidak menyokong usaha da'wah melalui kerajaan bersama ini? lantas menghukum mereka yg BEKERJA KERANA ALLAH ni sebagai pemecah belah,

sayang, Ustaz ada ilmu, tp tak menggunakan pada tempatnya, saluran pun x berapa betul,

ana sokong "Tanpa Nama", harap Ustaz dpt nyatakan Ustaz dari Kawasan atau Cawangan mana? mungkin boleh bawak bebrincang dulu, bermunaqashah dgn ahli2 usrah Cawangan Ustaz..