Khamis, 9 Julai 2009

CADANGAN DEBAT DENGAN MUHYIDDIN


CADANGAN DEBAT DENGAN MUHYIDDIN

Tok guru nik abdul aziz cabar Najib berdebat dalam isu status pegangan UMNO, apakah sesat atau tidak? Najib tidak menjawab. Pun begitu, dalam
utusan semalam melaporkan, Muhiyiddin cabar PAS kemukakan bukti bahawa UMNO benar-benar tidak perjuangkan Islam.

Justeru, dicadangkan kepada pimpinan PAS tertentu, agar mencabar muhiyiddin Yasin untuk di adakan debat di Manik urai berkenaan dengan tajuk yang sama.

Memandangkan Muhiyiddin Yasin adalah Timbalan Presiden UMNO, maka dicadangkan timbalan Presiden PAS yang kehadapan dalam debat terbuka ini. Kalau mahu cadangkan Presiden PAS, ia agak tidak padan dengan status jawatan.

Firman Allah;

قُلْ هَاتُوا بُرْهَانَكُمْ إِنْ كُنْتُمْ صَادِقِينَ

Maksudnya;
“Katakanlah, datangkan bukti-bukti kamu, jika kamu orang yang benar”

(Surah Al-Baqarah : 111)


Sekian

Wallahu ‘Alam

Al-Bakistani


- Sri Indah (B), Sg Buloh
10 Julai 2009 * 10:32 pagi

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Mane lah timbln presiden tu berani...Jumper sorok2 boleh lah...nak jumper terang2...debat pulak tu...kalo runding belakang tabir oklah...