Sabtu, 26 Disember 2009

“SUMPAH ABANG TAK RABA”


“SUMPAH ABANG TAK RABA”

Azman (bukan nama sebenar) masuk ke dalam lif bersama isterinya. Masuk bersama dalam lif itu, beberapa orang termasuk seorang perempuan yang agak cantik dan memakai pakaian seksi. perempuan itu berdiri, betul-betul dihadapan antara Azman dan isterinya. Mata Azman tidak habis-habis memerhatikan perempuan seksi tersebut.

Dalam tidak disangka-sangka, tiba- tiba perempuan itu berpaling kepada azman.

“kenapa awak raba punggung saya?” kata perempuan itu. tidak sempat azman berkata apa-apa, perempuan itu menampar mukanya.

Azman tergamam, dicampur perasaan malu. Semua orang dalam lif itu melihat kepadanya. Setelah keluar dari lif, azman memberitahu kepada isteri, bahawa dia tidak raba pun perempuan tersebut.

“sumpah,, abang tidak raba perempuan tadi” kata Azman.

sambil tersenyum sinis, isteri azman berkata, “Saya percaya abang memang tidak raba perempuan tadi”

Mendengar jawapan isterinya itu, azman menarik nafas lega. Cumanya, dia kepelikkan, kenapa dia kena tampar dengan perempuan tadi.

”abang pelik betul, kenapa abang kena tampar dengan perempuan tadi?” kata Azman.

Dengan slumbernya isterinya berkata, “sebab yang raba perempuan itu adalah saya”

Sekian



2 ulasan:

Shookcree berkata...

Isteri: lain kali tgk lagi perempuan lain.. saya kat sini awak dah tak pandang..
Suami: Ustaz ada pesan tengok pompuan tak blh 2 kali.. pertama kali tgk sekali lama sikit tak per..

Tanpa Nama berkata...

LOL...