Sabtu, 16 Januari 2010

MENUNGGU ULAMA MALAYSIA SEPERTI SYAIKH SYA’RAWI



MENUNGGU ULAMA MALAYSIA SEPERTI SYAIKH SYA’RAWI

As-Syaikh As-Sya’rawi seorang ulama yang hebat dari negara Mesir. Beliau digelar sebagai guru para Imam Tafsir di Mesir. Kehebatan beliau, amat dikagumi ramai, tidak kira kawan atau lawan.

Dalam satu pertemuan bersama Husni Mubarrak bersama sebilangan ulama-ulama Al-Azhar dan paderi-paderi Kristian di Mesir, dilihat As-Syaikh As-Sya’rawi berjaya menguasai suasana, bahkan beliau berjaya memberi nasihat terbuka kepada Husni Mubarrak terhadap kepimpinanya.

Di Malaysia, agak tiada lagi ulama yang dikagumi oleh rakyat jelata seluruhnya; tidak kira muslim ataupun non Muslim, sepertimana kekaguman rata-rata rakyat mesir yang beragama islam dan tidak beragama islam terhadap As-Syaikh As-Sya’rawi.

Yang wujud di Malaysia, sekadar ulama-ulama yang hanya dihormati dikalangan Muslim sahaja, tetapi mereka terlalu tidak dikenali langsung di kalangan non Muslim, kecuali Tuan Guru Nik Abdul Aziz sahaja.

Kita menunggu ulama Islam di Malaysia, seperti syaikh Sya’rawi, bukan ‘ulama’ yang hanya dilihat seakan-akan menyeru kepada pertembungan antara Muslim dan Non Muslim, yang hakikatnya memberi banyak kerugiaan pada dakwah islam itu sendiri.

Sekian

Wallahu ‘Alam.

Al-Bakistani
ustaz_bakistani@yahoo.com




- Sri Indah (B), Sg Buloh
16 Januari 2010 * 6:02 pagi

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Begitu jugak ustaz2 kat malaysia ni,lagi teruk,langsung tak wibawa,english k.o,arab cukup makan,ilmu pengetahuan ala kadar,camne nak jadi ulamak cam syarawi tu.Nak Dialog interfaith?hahahah malang sikit apatah lg nak dakwah,tapi kalau bangga diri dan kutuk org no wahid

Tanpa Nama berkata...

laaa apa plak msia takde ulama mcm shaikh syarawi ni, aku kenal...nama dia wan ji. aku rasa wanji lagi best dari shaikh tu....;-p