Rabu, 13 Januari 2010

SUDAH TERBIT : BUKU BARU



Sejak berumur 12 tahun, aku sudah mengikuti perkembangan seorang tokoh bernama Tuan Guru Nik Abdul Aziz bin Nik Mat. Sejak dari itu, sebarang tulisan atau maklumat yang berkaitan dengan Tuan Guru, pasti aku akan simpan.

Kini, aku telah menghimpun sebahagian maklumat-maklumat yang aku dapat itu menerusi sebuah buku. Ia berkisar bandingan antara dua tokoh, Khalifah Umar bin Abdul Aziz dan Tuan Guru Nik Abdul Aziz yang kedua-duanya adalah tokoh yang menjadi pemerintah.

Buku ini sudah diterbitkan oleh sebuah syarikat penerbitan, iaitu Rijal Media. Pada peringkat awalnya, bercadang untuk dilancarkan pada hari jumaat ini. Pun begitu, berlaku sedikit halangan, menyebabkan ia telah ditangguhkan pelancarannya pada 22 Januari ini ia akan dilancarkan di Medan Ilmu, Kota Bharu Kelantan.

Sekian

"tok guru nik Abdul Aziz tidak mempunyai beg duit. Duit belanjanya disimpan dalam sampul surat sahaja" maklumat terdekat dengan Tok Guru.

Wallahu ‘Alam



Tiada ulasan: